2018-09-05

Kek



Ini BUKAN paid review.

Isnin, En Wan bawak balik 3 kotak kek dari ofis.
Dia tanya if aku ada order kek.
No, aku takde order kek.

Then baru teringat ada blog reader bagitau around 4pm ada delivery kek ke opis.
Aku tak terbayang akan dapat sampai 3 kotak terus.
Ingatkan sekotak je.
Rupanya dalam 3 kotak tu ada a total of 10 jenis desserts!

Sabrina Bakery.
Pernah dengar naman ni dari adik ipar aku, tapi aku tak pernah try.
Ok now dapat sekaligus 10 jenis, maka marilah kita pelan-pelan rasa.



Ini namanya Combo Dasyat.
Harga RM40 je.

Combo ni ada 4 jenis kek :

(a) DFCC : yang berjalur
(b) Pandan Gula Melaka : yang kaler hijau
(c) Pecan Butterscotch : yang ada krim putih atas.
(d) Red Velvet Nutella : yang ada lambakan coklat cair.

Pertama sekali aku rasa adalah kek Pandan Gula Melaka, sebab nampak macam tempting dengan gula melaka yang menjejes-jejes tu.
Memang sedap, siap ada kelapa bagai, dah macam makan onde-onde.
En Wan bedal 2 slice terus, aku satu, mak satu. Settle sekali hadap.
En Wan sejenis yang tak berapa layan kek.
Kalau dia bertambah, maknanya kek tu sedap.
Tapi yang Pandan Gula Melaka ni memang sedap.
Cuma time makan aku buang sikit krim sebab aku memang tak berapa makan krim.
Alangkan pi Stabak, whip cream aku tak kasik letak.
Tak kisah la sesedap mana pun kalau dah namanya krim memang aku tak berapa makan.

Semalam, aku baru try DFCC.
Ya ampunnnnn DFCC ni sedap kemain!
Aku pun tak tau apa benda maknanya DFCC.
Kek dia moist choc and atas tu macam cheese.
Yang buat best tu dia punya kek coklat punyalah lembut.

Yang lagi 2 jenis aku belum try.
Jenuh la kalau nak merasa semuanya sekali hadap.



Nampak tak tempting tak temptingnya Pandan Gula Melaka cake ni?



Rupa belah dalam macam ni.
Krim dia tak manis sangat pun, aku je yang tak berapa suka krim.
Aku rasa macam belah dalam dia ada letak kelapa jugak.



Yang ni Combo Abang Sado.
Harga RM35 je.

Gabungan 4 jenis brownies :

(a) Brownies Legend (aku rasa ni sejenis brownies kedut)
(b) Nutella Oat Bar (yang ada secotet coklat di atasnya)
(c) Brownies Mix Nut (yang ada lambakan kekacang di atasnya)
(d) Congobar (yang plain top)

Kau percaya tak aku tak pernah makan Congobar?

Punyalah kejap-kejap Congobar lalu-lalang kat newsfeed aku, tak pernah aku terpikir nak order.
Sebab kalau nak order, kena order sekali banyak kan.
Mana ada orang jual setakat 3-4 slice.
Yang dalam rumah ni, aku sorang je mencekik benda-benda macam ni.
Mak mertua aku memang tak berapa layan benda-benda manis.
Laki aku lagi lah.
Kalau aku sorang je yang makan, tahun bila nak habis?

Alhamdulillah, dapat gak aku rasa Congobar.
Aku tak tau apesal nama dia Congo.
Tapi rasa dia sedap juga.

Yang lain-lain aku belum rasa.
Aku ni sejenis tak berapa melayan brownies, setakat rasa-rasa tu boleh tapi kalau nak makan sekali hadap memang payah sikit.
Alangkan American Brownies Secret Recipe tu pun sepotong makan sampai 4 hari baru habis.




Jenuh aku nak perabiskan semua ni oii.
Silap-siap minggu depan pun tak abis lagi ni.
Tapi bagus jugak buat combo-combo macam ni, at least dapat rasa banyak jenis dalam satu kotak.
Kalau boring takde apa nak buat kat opis, tong-tong sorang RM5, pi beli Combo Abang Sado ni, puas makan, silap-silap boleh tapau lebih bawak balik.



Yang ini namanya Combo Tsunami.
Harga RM30.

Consists of :

(a) Whoppie Pie King (mungkin sebab warnanya macam Whoopi Golberg. Eh!)
(b) Nutella Cheese Tart

Ok dua-dua ni nampak 'pelik' sikit dari yang lain, jadi dua-dua aku dah try.
Dua-dua ni ada cheese.
Yang si Whoopie tu krim cheese kat tengah dilapik oleh dua kek.
Yang tart tu sah-sah la ada cheese dah namanya pun cheese tart.
Dua-dua sedap, tapi kalau Whoppie tu se-moist DFCC akan jadi lagi best.



Gitu gambar jarak dekat.



Nutella Cheese Tart



Kalau korang nak try, WHATSAPP SINI.
Guna kod GREENAPPLE.
Dia kata dia akan bagi diskaun.








Sekarang, siapa yang beli Makeup Remover 125g, kita tak bagi kotak.
Kita bagi cosmetik bag terus.
At least korang boleh guna the bag.
Silakan isi Makeup Remover dan segala tok nenek mekap kat dalam tu.