2018-09-06

Munafik 2 - my review



Ramai nampaknya dah tengok cerita ni.
Bersepah-sepah orang review and bagi pendapat.

Aku dah tengok Munafik 2 jugak, Jumaat lepas, hari kedua tayangan.
Aku dah bagi sikit review kat IG tapi aku delete sebab aku takut ada orang salah faham.
Kat IG mana boleh tulis panjang lebar, mesti tulis kat blog jugak supaya takde orang salah anggap.
Sebab review aku nampaknya tak ikut majoriti.

Takpe, aku akan explain kenapa tak ikut majoriti.

Majoriti cakap Munafik 2 sangat bagi impak yang besar.
Ada yang menangis.
Ada yang muhasabah.
Ada jugak yang pesan suruh ambik wuduk sebelum tengok [dah kenapa nak ambik wuduk?].

Aku tertanya-tanya jugak, dasyatnya impak cerita ni sampai kena ambik wuduk.
Dah la aku ni penakut boleh tahan, karang histeria pulak kat dalam tu.
Semuanya gara-gara respond orang yang dah tengok Munafik 2 lebih awal.

Ok takpe, jom tengok jugak.
Disebabkan feedback semua gempak, aku sanggup tak beli popcorn sebab dijangka aku takkan sentuh popcorn tu dek kerana terkesima dengan impak yang hebat.

Jalan cerita Munafik 2, takde masalah, ok je.
Agak menakutkan juga sebab ada sihir-sihir.
Tapi aku berapa minat sangat dengan cerita sihir, aku lebih suka cerita seram ada hantu.

Adegan terkejut-terkejut memang banyak sangat, no wonder dia warned awal-awal yang sakit jantung and mengandung better jangan tengok.
Bukan apa, kadang tu korang bukan terkejut dek kerana cerita tapi terkejut dek orang sebelah terpekik.
Dapat pulak orang sebelah tu aku, cerita yang tak berapa seram pun jadi seram.
Lagi kuat pulak suara aku menjerit dari suara hantu.

Most of the jalan cerita dalam suasana gelap, itu wajib, barulah elemen seram lebih menyeramkan.
Tapi rimas pulak bergelap je.
Masa kes housemate aku kena rasuk dulu, dia kena rasuk tak kira siang malam.
Nak petang, petang. Nak malam, malam.
Sukati dia je nak merasuk.

Cerita ni menggambarkan 2 jenis munafik :

1. Yang jelas kemunafikannya (Abuja).
2. Munafik yang tak jelas. Rasa macam dah buat benda betul, tapi tersasar.

Aku taknak cerita panjang pasal jalan cerita, karang ter-spoil pulak.
Aku nak cerita pasal impak.

Impak dari tonton cerita ni berbeza-beza.
Ada yang kata sangat bagi kesan mendalam, ada yang tak.
Tak semua orang akan dapat impak yang sama walaupun majoriti bagi review yang tak jauh beza.
Memandangkan ini review aku, so aku cerita dari sudut pandang aku pulak.

Bagi aku, impak dia taklah macam yang ramai katakan.
Nak kata sampai kena ambik wuduk, takde la seram sampai macam tu sekali.
Bila ada yang kata sedih sampai menangis, aku tunggu gak tapi tak jumpa-jumpa tang mana sedihnya.
Risau gak, takkan keras nau hati aku sampai tak jumpa elemen sedih?

Lepas baca beberapa review, baru aku faham, kenapa ada yang kata sedih.

3 tahun lepas, masa aku start join kelas, ustaz cakap yang Allah suka dengan orang yang ada usaha nak memperbaiki diri.
Allah suka sangat dengan orang yang bertaubat dan kemudian belajar agama.
Taubat dan taklim tu Allah sangat suka.
Kalau diibaratkan Facebook, Allah LIKE.

Siapa pun yang bertaubat, siapa pun yang kemudian belajar (agama) untuk memperbaiki dirinya, sepanjang proses itu Allah LIKE.
Setiap hari Allah LIKE.

Bukan tu saja, Allah akan canangkan kepada seluruh malaikat "Tengok tu, ini HambaKu, dia sedang bertaubat, dia sedang memperbaiki dirinya".

Allah terus-menerus membangga-banggakan kita di depan malaikat.

Allah cakap kalau kamu datang kepadaKu dengan membawa dosa yang memenuhi ruang langit dan bumi, sehingga tak ada ruang lansung untuk makhluk lain melainkan hanya dipenuhi dengan dosa-dosa kamu, ketika kau datang padaKu dan mengatakan "Ya Allah, ini hambaMu yang hina sekarang datang ke pintu rahmatMu memohon taubat."

Apa kata Allah?

"Aku bukakan rahmatKu seluas-luasnya untuk mu. Aku terima kedatanganmu dan Aku gugurkan semua dosa-dosamu biar hilang. Dan Aku tak peduli seberapa banyak pun (dosa)"

Impaknya sangat besar pada aku waktu tu.
Aku menangis sampai keluar air hidung.
Dek kerana impaknya sangat besar, sampai sekarang aku ingat.

Mungkin inilah sebabnya kenapa ramai yang tengok Munafik 2 kata impaknya sangat hebat untuk diri dia.
Boleh jadi apa yang dikatakan dalan Munafik 2 adalah satu ilmu baru untuk yang menonton, that's why dia terasa impak yang cukup besar.
Dan aku pulak kurang merasa impak dari cerita tu mungkin sebab setiap minggu aku ada taklim.
Boleh kata setiap kali taklim ada ilmu tentang tauhid.
Secara lojiknya kalau dah hampir setiap hari ada taklim, akan sampai satu tahap apa yang menjadi impak bagi orang, tak lagi menjadi impak sangat pada diri kau.
Bukan makna kata takde rasa apa-apa dah, tapi kerana kau dah mula faham dan mengamalkan.
Ini ada kaitan dengan ilmu dan amal.

Dia macam kau tengok iklan raya yang sedih-sedih tu.
Mula-mula memang terkesan sangat.
Bila dah 3-4 kali tengok benda yang sama, impaknya dah berbeza.
Masih terasa sebak, tapi tak macam first time tengok.

Bab munafik jenis yang nombor 2 (refer numbering kat atas), memang always ustaz aku ingatkan.

"Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah" (An-Nisa, 76).

Tipu daya setan memang lemah, tapi jangan main-main sebab dorang sangat experience buat kerja sesat-menyesatkan manusia dari zaman Nabi Adam lagi.
Ambition puak-puak dorang bukan calang-calang.
Dorang dah bersumpah takkan bagi chan manusia berada di jalan yang betul sebab dorang aim nak bagi neraka full house.
That's why, kalau tak boleh jadikan manusia tu jahat, dia akan jadikan jahil.
Kalau tak dapat jadikan jahil, dia jadikan malas.
Malas mengaji, malas sedekah, malas zikir, malas solat.

Benda pertama yang dia akan buat adalah buatkan manusia ada keinginan yang membuak-buak dengan harta dunia.
Bila keinginan pada dunia melebihi akhirat, maka manusia akan lebih bimbangkan urusan dunia.
Bila urusan dunia yang lebih dirisaukan, manusia jadi cenderung tambah ilmu berkenaan urusan dunia, tak ada masa untuk tambah ilmu akhirat.
Bila ilmu akhirat kurang, ibadah pun jadi kurang.

Yang dah jadi baik pun belum tentu selamat.
Sebab bila manusia tak dapat ditipu dengan sesuatu, setan akan cari cara lain.
Antaranya, menjadikan manusia buat amalan-amalan yang tak dituntut sampaikan manusia jadi taksub untuk mengamalkannya.
Terasa macam dah buat benda yang betul dah, rupanya tersasar.
Paling mudah, tersasar niat.

Bila tak berjaya halang manusia tu dari bersolat, dia goda manusia mintak (doa) kaya dulu.
Bila diizinkan Allah jadi kaya, slowly dia cucuk dengan penyakit tak sabar, tamak dan sentiasa bimbang dengan harta.
Bila bimbang, mulalah merebut harta dunia (caras jawatan orang umpamanya).
Kemudian membelanjakan harta untuk perkara yang tak jelas (contohnya, majlis untuk anak yatim tapi ada show-show yang tak patut).

Nak cerita pasal ni, panjang jadinya nanti entry ni.
Apa-apa pun Munafik 2 is a good movie, cuma kurang menyengat.
Tapi nampaknya ramai yang dapat ilmu baru dari movie tu, alhamdulillah, banyak pahala Shamsul.
Silakan tengok.
Semoga ilmu yang dapat akan jadi amal soleh.






Ada lagi yang tanya cara-cara nak guna Herba Rahsia Rimba.
Kat flyers pun ada tulis cara-cara ni, maybe korang tak perasan.