2018-09-04

Duit, apa tujuan? Kaya, apa tujuan?



Duit akan jadi manfaat jika kita jadikannya sebagai keperluan dalam hidup.
Tapi bila kita jadikan duit sebagai tujuan hidup, insyallah penyakit stress akan sampai.
Hidup itu murah.
Yang mahal adalah gaya hidup.

Cukup atau tak, sangat bergantung pada rasa syukur.
Kalau rasa syukur kurang, banyak mana sekalipun duit yang ada tetap takkan rasa cukup.
Kalau rasa syukur kurang, sebanyak mana pun kita berhabisan beli itu ini, tetap rasa tak puas.

Flow-nya macam ni.
Bila rasa syukur kurang....

- duit terasa manjang je tak cukup.
- bila selalu rasa tak cukup, bahagia pun berkurang.
- bila kurang bahagia, hati tak tenang.
- bila hati tak tenang, nak beribadah pun jadi malas, maka ibadah pun makin kurang.
- bila ibadah kurang, semakin jauh kita dari Allah.
- bila Allah dah semakin jauh, maka tercabutlah kenikmatan akhirat dalam diri dan yang tinggal hanya keinginan pada dunia.

Inilah sebenarnya musibah yang kita tak sedar.

Musibah kalau nak datang tak semuanya dalam bentuk kecelakaan seperti accident, rumah terbakar, anak mati, suami sakit, etc.

Tak.

Tapi musibah yang paling dasyat adalah ketika Allah cabut nikmat syukur dalam diri.
Bila nikmat syukur ni dicabut, slowly kita akan merasa flow-flow di atas tadi.

"Money can't buy happiness" is a truth that is often mentioned.

Walaupun statement tu betul, menjadi miskin pun tak dapat beli kebahagiaan.
Some people become very rich, but they still have to struggle to enjoy their lives.
The thing is bukan soal banyak atau sikit tapi bagaimana kita mengoptimumkan apa yang kita ada.

Belum tentu duit yang banyak akan jadi rezeki.

Ingat tak kes pegawai kerajaan yang songlap duit simpan dalam kabinet dalam rumah dulu?

Duit dia banyak.
Tapi apa aje yang dia boleh buat dengan duit yang banyak?
Simpan dalam kabinet, nak keluarkan takut, nak belanja pun takut, ujung-ujung usap je pintu kabinet tu (ok, ni aku tambah).

Maksudnya kat sini, kalau kita banyak duit sekalipun, belum tentu kita boleh manfaatkan.
It is not about banyak atau sikit tapi samada duit tu dinilai sebagai ibadah atau tak.

Cuba tanya diri sendiri kenapa nak beli barang yang di luar kemampuan kita?
Betul ke kita memang teringin atau kita nak dikagumi orang?
Jawablah dengan jujur.
Tak perlu bagitau orang apa jawapan kita, cukup untuk diri sendiri ambil iktibar.

Kebanyakkan orang yang bermati-matian beli itu ini walau di luar kemampuan tak lain tak bukan kerana nak dilihat oleh orang lain, kerana material yang mahal membawa isyarat kekayaan.
The thing is, orang lain tak tau pun kita rupanya tak semampu yang disangka.
Padahal kita setengah nyawa nak beli barang.
Kita sendiri tau seksanya kita nak beli kerana kita bukan kaya mana pun.
Hanya kerana nak orang nampak kita successful, maka kita sanggup berhabisan sampai stress-stress.

Lepas dapat beli, orang pun puji.
Kita seronok.
Then, apa?
Lepas orang puji, apa kita dapat?
Tak dapat apa pun.
Itu pun nasib kalau orang puji, kalau dapat keji?

Memiliki barang mahal ni, bukan calang-calang ujiannya.
Kerana bila kita ada barang mahal, kita cenderung untuk menayang.

Ingat, hati kita ni Allah yang pegang.
Nak orang suka kat kita, tak perlu dengan menunjuk apa kita ada.
Tak perlu juga bersusah-payah nak sediakan yang mahal-mahal untuk bagi orang sayang pada kita.
Allah tau nak buat kerja Dia.

Ustaz aku tu lansung tak pernah bagi apa-apa material, kalau tak hafal ayat kena sergah lagi ada.
Tapi, dia kekal dihormati, disegani, dan setiap tutur katanya jadi hikmah dan melekat di hati.

Bukan tak boleh berbakti pada orang lain, especially pada mak bapak.
Sesekali nak belikan barang-barang mahal, boleh, tak salah pun.
Tapi patut padanlah dengan kemampuan.
Kalau sampai stress pikir mana lagi nak cekau duit, apa lagi nak buat untuk buat orang sayang pada kita - tak perlu sampai macam ni.

Memang sifatnya manusia seronok bila dipuji, mudah sukakan orang yang buat baik padanya, walaupun orang tu cuma bagi pujian.
Dan, manusia cepat benci orang yang buat jahat padanya, walaupun hanya dikritik.

Perasaan melonjak-lonjak bila ada orang puji.
Tak tentu arah rasanya bila kena puji bertubi-tubi.
Bila hati dah rasa seronok, mulalah cenderung nak tunjukkan kebaikan-kebaikan lain.
Kepala asyik memikir apa lagi nak buat supaya pujian tu tak stop kat situ je.
Malah, kadang-kadang ada yang sanggup menipu supaya orang lain kagum.
Sampai ke satu tahap nanti sanggup berhabisan duit untuk bagi hadiah kat orang yang selalu puji-puji dia.

Kita kata pemberian kita ikhlas dan sedekah.
Tapi, cuba kita tanya dalam-dalam dengan diri sendiri.
Betul ke kita ikhlas?

Bila kita benar ikhlas, apa yang kita lakukan tak akan menjadi beban untuk diri sendiri.
Ikhlas menjadikan hati kita tenang.
Tapi kalau apa yang kita buat tak mendatangkan ketenangan malah membebankan, itu bukan ikhlas.
Itu pasti kita mengharapkan sesuatu selain redha Allah.
Itu petunjuk pertama.

Petunjuk yang kedua, bila apa yang kita lakukan ikhlas, Allah akan mempermudahkan jalan untuk kita buat kebaikan-kebaikan yang seterusnya tanpa perlu bersusah-payah.

Orang yang bijak akan selektif bila men-respon pada setiap pujian yang dia dapat.
Bukan semua pujian perlu dilayan.
Kerana pujian boleh ubah sesuatu yang pada awalnya ikhlas untuk tidak lagi ikhlas.
Malah, pujian boleh membangkitkan rasa bangga kerana menganggap diri sebagai orang yang banyak buat amal (sedekah).

Kebanyakan orang lebih peduli dengan apa yang orang lain fikir.
Kita letakkan value kita sebaris dengan material.

That's why ada sesetengah orang yang mampu beli original branded stuff sakit hati bila ada gred AAA.
Kalau dia rasa ada orang yang so-so beli barang macam dia, dia akan identify sampai ke lubang cacing if that is ori atau tak.
Selalunya jenis yang tak puas hati macam ni dia pun bukannya kaya sangat.
Dia beli hat ori tu pun susah-payah kumpul duit, jadi bila ada orang lain beli AAA yang sebijik sebijan macam dia, dia jadi sakit hati dan tak puas hati.
Kalau dia sejenis yang memang kaya tahap beli branded stuff macam pilih ikan, dia tak ambik port pun dengan orang yang beli AAA.

Sama juga orang yang kaitkan someone pakai kereta Proton dengan bawak henbeg Prada.
Dia mudah assume that Prada is not original.

Sebab apa jadi macam tu?

Kerana dia letakkan nilai diri satu level dengan harta.
Kalau orang tu pakai branded item, maka orang itu kaya.
Kalau dia pakai kereta local, dia mungkin kerja kerani.
Kalau kerja kerani bolehlah perlekehkan, apa yang dia cakap boleh dipertikaikan.
Kalau dia bawak Prada, jangan cari pasal sebab mungkin dia kerja lawyer.

Adeh, penat.




Testimoni baru dari pengguna Cleansing Gel.
Yang hari tu grab offer Anniversary Cleansing Gel tu untunglah sebab dapat jimat RM9, kan?
Nanti jangan lupa check email, kita issue kod diskaun 7%, boleh guna next purchase.

Yang nak try Cleansing Gel, boleh WHATSAPP SINI.
Insyallah sesuai untuk ekzema, oily skin, jerawat and ruam.