2018-09-28

Hindi Medium


Baru-baru ni sembang dengan blog reader.
Dia tanya aku where else dia boleh hantar anak dia just in case anak tak dapat SBP atau MRSM tahun depan (Form 1).
Kalau boleh taknak anak dia masuk skolah menengah harian.

Buatkan aku teringat cerita ni, Hindi Medium :



Cerita ni tentang a couple yang kaya tapi duduk di kawasan middle class kerana mewarisi perniagaan orang tua.
Orang tua dorang dulu ada kedai kain jadi now the anak (husband) mewarisi perniagaan tu.
The husband memang kampung-kampung tapi the wife agak bandar and pandai cakap omputih sikit.

Di sana (India), parents berebut nak masukkan anak-anak ke skolah elite.
Baik orang kaya atau miskin, semua nak masukkan anak ke skolah terbaik.
So this couple sanggup pindah ke bandar supaya layak masukkan anak ke skolah tu (sebab perlukan alamat tetap yang berhampiran).
Sekolah kat sana examine kaw-kaw background semua mak bapak yang buat permohonan.
Kalau mak bapak tu tak well-educated, walaupun kaya, tetap takde peluang anak nak blaja kat situ.
Kalau parents tak reti cakap omputih lagilah dorang tak pandang.

Kat situ je dah nampak how language divides their society.
English-speaking Indians dianggap premium class.
Yang tak pandai cakap omputih atau tak fluent, tak kira kau kaya macamana pun, kau tetap lowbrow walaupun sebenarnya kau berskolah.
Cuma tak fasih cakap english je.
Tak jauh beza dengan culture negara kita gak, kan? Hahaha.

Disebabkan dorang tau pentingnya untuk bersekolah di skolah elit yang menggunakan english as teaching medium, this couple bersungguh-sungguh ubah lifestyle.
They do everything they can sampai sanggup pindah keluar dari rumah pusaka kat kawasan kampung tu dan pindah ke kawasan perumahan mewah.
Mula-mula tu agak akward lah sebab dorang dah biasa hidup sederhana tapi dek kerana nak membiasakan diri sebagai orang kaya-kaya, dorang terpaksa mingle dengan kejiranan yang poyo.
Padahal dorang pun kaya gak, bawak BMW gak, cuma dah biasa hidup seadanya.

Unfortunately, permohonan dorang ke skolah tu was rejected.
Bukan sebab anak tak layak tapi background mak bapak tak strong.
Padahal kaya tu.
Kiranya that school tak pandang kau kaya ke tak, kalau kau tak meyakinkan, kau takkan boleh enroll anak kau kat situ.

Rupanya skolah ni ada kuota untuk rakyat miskin.
So this couple sanggup pindah ke kawasan rakyat miskin pulak.
Bukan miskin macam kampung dorang dulu tapi kali ni kawasan pertempatan set-set yang terima bantuan makanan.
Memang kawasan daif gila.
Sanggup dorang buat tu semua just for the sake of nak bagi anak lepas masuk skolah elit tu.

Kat sini dorang berkenalan dengan kejiranan yang taught them a few lessons - none that need language to comprehend.
Waktu ni lah baru dorang realize how harmoni dan baiknya orang-orang miskin ni.
Padahal kelompok ni makan sendiri pun tak lepas, tapi masih berebut nak bersedekah and contribute apa-apa yang patut kalau ada jiran-jiran yang kesusahan.

Skolah tu hantar pegawai and teachers untuk check keluarga miskin yang buat permohonan.
Dorang nak pastikan those families betul-betul miskin and layak.
Terpaksalah si husband kerje kat kilang buat roti semata-mata nak bagi kulit kasar, nampaklah sikit kerja berat.
Dengan macam-macam kegigihan yang dorang lalui, at last dapat jugak anak masuk ke skolah tu.

Dalam masa yang sama, ada another couple dari kawasan daif tu yang sama-sama mohon jugak, tapi tak dapat.
Kerana pemilihan untuk kuota rakyat miskin ni bukan berdasarkan background tapi cabutan nama.
Kiranya based on luck.
So the husband rasa guilty sebab dorang sebenarnya ikut laluan yang salah.
The husband terasa macam tempat anak dia tu sepatutnya dapat kat anak couple yang lagi satu.
So dia buat plan untuk pastikan anak orang tu dapat masuk ke sana juga.

......eh takkan aku nak cerita sampai habis kot.
Penat aku tengok 2 jam setengah tau.
Pegi download and tengok sendiri.

Lepas tengok cerita ni aku terasa yang kegigihan mak bapak nak anak-anak blaja di skolah yang terbaik bukan hanya berlaku kat Malaysia, malah seluruh dunia.
Takde mak bapak yang nak anak masuk skolah lekeh-lekeh.
Kalau ada peluang, semua pun nak masukkan ke skolah yang terbaik menurut pandangan masing-masing.
Tak kisahlah boarding school ke, skolah cluster ke, private school ke, asalkan yang terbaik sesuai dengan kehendak.

Kalau kat Malaysia, kebanyakkan mak bapak nak anak ke boarding school.
Some people ada perception yang berbeza bila ada mak bapak yang beria-ia nak masukkan anak-anak ke boarding school.
Ada yang terasa hati seolah-olah sekolah harian tak bagus.
Tak kurang juga yang sakit hati dengan mak bapak yang nak anak blaja kat boarding school.

Sebenarnya, kebanyakkan mak bapak yang hantar anak ke skolah berasrama ni bukan tabah sangat berjauhan dengan anak.
Maksudnya, kalau boleh dorang pun taknak anak skolah jauh.
Biar anak duduk depan mata.
Tapi anak kita semua tak sama.
Ada yang tak payah diketuk tau nak blaja.
Ada yang nak kena ketuk baru blaja (ni anak aku).
Ada yang dah diketuk pun tak blaja-blaja.

Macam aku, aku tak pernah bagi syarat apa-apa kat Redza.
In fact masa tawaran sampai, aku ambik langkah untuk taknak tanya-tanya.
Taknak influence apa-apa kat dia sebab kalau boleh aku nak dia skolah dekat rumah je.
Tapi En Wan nak sangat Redza ke skolah asrama.
Dia kata dia yang ajar Redza selama ni, so dia tau kelemahan dan kekuatan anak dia kat mana.

Anak aku tu bukannya rajin blaja sangat.
Kalau dia jenis boleh belajar sendiri, takdelah aku spent seribu sebulan untuk home tuition dia sorang.
Tapi memandangkan dia ni sejenis yang nak kena ketuk baru blaja, jadi apaknya memang berharap dia masuk boarding school.
Biar semenggah sikit waktu blajanya.

Ko tau masa dia nak UPSR dulu, sepanjang tahun iPad tak lekang dari tangan.
Everyday iPad, melayan katun.
Esok nak paper UPSR, malam ni boleh mengadap iPad lagi, kau tak hangin?

Si Rayyan pun sama gak.
Apa kejenya nak hantar tusyen umur 8 tahun, ye tak?
Tapi aku hantar sebab nak bagi dia blaja je.
Kalau kat rumah takde maknanya nak blaja.
Kalau boleh subjek PJK pun aku nak hantar pi tusyen asal dia blaja.

Nak kata boarding school bagus, aku rasa semua benda ada pros and cons.
Kalau nak cakap pasal baik dan buruk, skolah mana-mana pun ada kelebihan dan kekurangan.
Bila kita ada peluang untuk memilih, pilihlah yang berisiko kecil mengikut kesesuaian kita.
Kerana baik atau buruknya pilihan, semuanya masih mempunyai risiko.

Kalau nak kata di boarding school pelajar kurang terdedah dengan aktiviti yang tak elok, betul juga.
Kerana dorang banyak habiskan masa kat blaja, riadah pun dalam kawasan skolah je, tak bercampur dengan orang luar, semuanya terikat dengan disiplin skolah 24 jam, no TV, no internet, no smartphone.
Maka lojiknya, akhlak adalah lebih baik.

Tapi jangan lupa, aku pernah masuk boarding school.
Akhlak aku tetap ke laut, siap ada percubaan untuk fly malam.
Nasib je pak guard tu terjaga, kalau tak, mau sampai Singapore aku fly.

Kalau nak kata blaja skolah harian anak-anak lebih leka bermain dari blaja, pun betul juga.
Sebab aku pun gitu dulu.
Tetiap petang datang skolah nak study katanya.
Study tepi padang, bawah pokok.
Sambil study sampai tengok budak laki training olahraga.
Study 20 minit, melanguk 2 jam.

However, masih ada yang berskolah harian, result tetap flying colors.
Tak payah jauh-jauh nak bagi contoh.
Pakwe aku tu skolah kampung je.
Helok pun SPM 9 agg. Siap boleh fly ke Jepun bagai.
Kawan aku Sang Nila Utama lagi sorang.
Tu pun skolah kampung je, tapi SPM helok 8 agg.

Jadi benda-benda ni sebenarnya atas inisiatif pelajar tu sendiri, dengan dibantu oleh pengaruh persekitaran.
Cuma kelebihan skolah asrama ni pelajar terikat dengan jadual blaja yang ketat.
Nak taknak, kalau dah sekeliling kau bukak buku, kau pun akhirnya bukak buku jugak sebab takde geng nak melanguk sama-sama.
Kalau duduk rumah karang, asik melanguk je pulak sampai tak sempat bukak buku.
Kena hempok pulak dengan buku tu karang.

Pada pandangan aku, hantar anak-anak ke sekolah asrama ada positif outcome jugak.
Especially kat pelajaran, they have far more time and resources untuk blaja.
Cikgu-cikgu 24 jam ada kat kawasan maktab.
They can oversee perkembangan anak-anak ni secara holistik dan tak terganggu.

Lagipun bukannya kita hantar budak-budak ni ke kem tahanan sampai tak boleh contact lansung.
Si Redza tu hari-hari call bagi laporan.
Dah la kejap-kejap balik.
Insyallah, tak kurang kasih sayang mak bapak untuk anak-anak yang berskolah jauh ni.

Satu lagi positive outcome yang aku nampak bila anak-anak dihantar ke sekolah asrama, dorang berpeluang disiplinkan diri dan berdikari.
Ini adalah dua skill paling penting that a person will need in life.

Kat rumah pun boleh disiplinkan anak-anak, bukan tak boleh.
Tapi boleh merekahlah anak tekak aku.

Some anak-anak, kalau orang lain suruh baru dia patuh, kalau mak bapak suruh dia ingat aku nyanyi-nyanyi kat telinga dia.
Tu pasal selalu kena libas.
Padahal bukannya tak boleh buat tapi dia macam tak puas hati kalau tak dengar suara mak dia terpekik.
Nak kena aku pekik jugak baru nak buat.
Lama-lama pitching aku lagi tinggi dari Ziana Zain.

Selain tu, selalunya sekolah berasrama yang baik akan provide anak-anak dengan suasana yang peaceful untuk bantu dorang tumpukan pada akademik dan kegiatan kurikulum.
Pendedahan pada program luar pun banyak.
Biorlah dia duduk situ, blaja jadi orang sikit.
Karang duduk dengan aku lama-lama jadi anak Tarzan.
Habis tu maknya asik terpekik je kan.

Satu perubahan paling besar aku nampak kat Redza adalah solat.
Kalau dulu solat kemain laju, habis solat terus bangkit nak kejarkan apa pun aku tak tau.

Kadang sampai aku sound "Bangun ni nak ke mana? Kau tak doa lagi kan? Duduk balik, doa!"

Haaa gitu arahan.
En Wan kata kalau jiran ingat aku mak tiri pun memang patut.

Now ni kemain tertib dengan to'maninah, dengan sunat rawatib, dengan sujud yang panjang, dengan doa lepas solat, puasa sunat Isnin Khamis pun rajin. Alhamdulillah.
At least itu perubahan yang aku dah nampak hasil dia duduk di Langkawi.
Kat sana solat sentiasa berjemaah, solat pulak hanya di surau jadi dah tentu semua solat di awal waktu, program agama pun banyak.
Moga-moga berkekalan hendaknya.

Hah lagi satu bab makan.
Kalau dulu, jenuh la aku nak suruh makan.
Padahal kemain sedap aku masak.
Kalau aku tak masak pun, makanan tetap ada, samada beli atau bawak makan kat luar.
Punnnnnn liat nak makan.
Sebab kenyang makan iPad!
Lagipun kat dapur tu apak dia dah sediakan macam-macam - aiskrim, cokelat, maggi, jajan - tak pernah putus stok.
Nenek pulak kemain rajin bawak kepok lekor, roti canai frozen, karipap frozen.
Macam-macam makanan ada tu pasal bila suruh makan nasik, taknak.
Banyak sangat mencekik benda merepek, dah kenyang.

Ni bila dah ke boarding school, berani la kau makan tak ikut time, kebulur kau nanti.
Now, si Redza hanya makan 3 kali sehari walaupun balik bercuti kat rumah.
Lapar macamanapun dia hanya akan tunggu waktu makan - pagi, tengahari and malam.
Kalau aku goreng kepok lekor petang-petang, dia akan mintak aku simpankan sampai dinner baru makan.
Dah terlajak berdisiplin la pulak.
Patutlah kurus.
Patutnya aku yang duduk asrama baru boleh kembali langsing.

Entahlah, nak debate pasal skolah-skolah ni aku rasa tak patut.
Benda ni kita sendiri pun lalui dulu.
Jadi berdasarkan pengalaman sendiri, kita decide apa yang baik untuk anak-anak sendiri, itu je.
Takyah gaduh-gaduh siapa lagi bagus, siapa tak.
Kalau pilihan aku ni menjadikan aku mak yang tak bagus sebab nampak macam melepaskan tanggungjawab membesarkan dan mendidik anak pada skolah, terpulang.
Masing-masing entitle to their own opinion, silakan.




Ramai pulak yang tanya boleh ke tak sempena 3rd Anniversary ni beli 1 NJ and 1 CG dengan harga RM100 sebab dua-dua ni harganya sama je tapi kalau nak dapat RM100 kena beli setiap satu 2 botol.
Ok lah, big bos dah keluarkan arahan untuk pakej ni available sehingga 5 Oct.
Bleh beli 1NJ and 1CG dengan harga RM100. Yeay!