Nice quote.
Penuh dengan sarcasm.
Which mengingatkan aku tentang kenapa orang berlumba-lumba nak jadi kaya dan berjaya.
Salah satu sebabnya inilah.
Kerana bila kita ada sesuatu yang tak semua orang ada, kita akan lebih disegani.
Dari kecik lagi aku nampak kejayaan ada kaitan dengan kaya, akademik cemerlang atau jadi pemimpin (contohnya jadi bos).
Selain dari tiga point ni was considered a waste of time.
Walau macamanapun, konsep ni tak terpakai pada semua orang, di semua negara.
Kat negara-negara yang sangat maju, earning respect has little to do with money or wealth.
Mula-mula tu aku percaya dengan konsep ni sebab they made sense.
Kerana untuk mengagumi seseorang, kita perlu ada bukti yang yang kita boleh nampak.
Mungkin dari kereta yang dia pakai.
Mungkin dari rumahnya atau area mana dia tinggal.
Dari jenama pakaiannya.
Dari jawatan yang disandang.
Dari title yang dia pegang.
Semua tu lambang success.
Aku pernah cerita dulu tentang kawan baik aku yang satu masa dulu he has nothing to offer.
Bukanlah takde apa lansung, dia bijak tapi dia takde proof untuk meyakinkan orang dia adalah bijak.
Apa yang dia cadangkan dalam meeting memang make sense tapi disebabkan dia bukan siapa-siapa, apa yang dia cadangkan orang dengar gitu-gitu je.
Now dia dah ada title, ada jawatan besar and ada company sendiri.
Dalam meeting walaupun dia diam tak cakap apa-apa, orang masih anggap dia bijak dan faham padahal ada kalanya memang dia tak paham pun.
Dulu, walau dia faham angguk-angguk masih ada orang tanya dia balik "Faham ke tak?"
Dari situ dah nampak beza treatment yang dia dapat dulu dan sekarang.
Bezanya ada pada title yang dia pegang sekarang.
Aku pun ada pengalaman yang lebih kurang sama.
Tapi taknak cerita kat sinilah sebab aku tau orang tu baca blog aku.
Mungkin dia pun masih ingat atau boleh jadi tak ingat apa yang dia pernah buat dulu.
Tapi aku tak lupa.
Cukup aku simpan sendiri.
Tapi ingat, aku tak pernah lupa! [dah macam saiko pulak. kahkahkah].
Pangkat, kuasa dan kaya lebih mudah untuk diukur dan dibuat perbandingan, that's why senang nak klasifikasi whether or not you are success.
Contoh, kalau A kata dia sangat bahagia, orang akan tanya "apa buktinya?".
Tapi kalau disertakan dengan bukti gambar-gambar vacation, shopping, bergambar depan kereta besar, rumah besar, baru orang akan percaya.
Jadi tak heranlah zaman sekarang ramai yang cuba mengeluarkan 'bukti-bukti' ni.
Bukan kerana mereka nak tunjuk sangat, tapi it has become a trend and demand.
Dan bukan sikit-sikit juga orang yang stress hidupnya kerana bersusah-payah nak mengimpress orang lain demi nak earn respect.
Hari-hari pikir cara apa lagi yang boleh dibuktikan kepada orang bahawa dia benar-benar success.
Some people define success dengan harta.
Some people define success dengan #relationshipgoals.
Some people define success dengan apa yang mereka capai.
Some people define success dengan apa yang mereka mampu bagi.
People view their success in many other ways.
Terpulang pada kita bagaimana kita define success.
Tak semestinya kena jadi millionaire baru dikatakan success.
Tak semestinya masuk boarding school baru dikatakan success.
Tapi kalau ada yang nak definasikan itu sebagai success, tak apa. Tak salah pun.
Yang salahnya bila kita allow orang lain memaksa diri kita untuk percaya bahawa definisi success adalah itu dan itu saja.
When we let somebody else impose their view of success on us, situlah bermulanya bunga-bunga stress.
Sebagai contoh, kalau kita percaya anak kita boleh berjaya walau bersekolah di skolah harian, then be happy with our decision.
Tak perlu kondem parents yang berangan-angan nak hantar anak ke sekolah berasrama.
Itu impian dia, biarkan.
Kalau kita percaya anak kita tetap ada masa depan yang cerah walau berskolah tahfiz, then tak perlu naik angin bila orang kata budak-budak tahfiz takde future.
You have decided to enroll your child kat situ, then be confident with your own decision.
Kalau ada orang kata jadi kaya barulah dikatakan berjaya, that is completely their right.
The point is, everyone is entitled to believe what they want.
Masa aku blaja dulu, ada satu 'kepercayaan' only certain-certain course saja yang dianggap success.
Kalau ambik course medic and engineering, dikira bijak.
Kalau ambik course kaji tumbuhan, dikira so and so je.
Needless to say, these people were all smart, tak dinafikan yang ambik course law, account, engine ni semua memang bijak.
Tapi kalaulah kita semua wajib percaya pada formula tu, maknanya aku ni was a complete failure.
Sebab aku budak biotek je, keje pun sales je bukan profesional pun, gaji berapa sen sangat starting dulu.
At 31 years old orang lain dah sibuk naik level manager, aku pulak was basically starting from scratch (sebab baru nak setup company sendiri).
Stress?
Of cos stress sebab sampai bila-bila pun kerjaya aku takkan dianggap success.
Keje jual barang je kot, celah mana success-nya, ye tak?
Ingat tak aku pernah cakap En Wan dulu suka kondem aku?
Setiap masa aku cuba untuk buktikan pada dia aku juga se-success dia walaupun aku bukan engineer.
Until at some point, aku terpaksa give up dengan definisi kejayaan orang lain.
Itulah perkara yang paling susah sekali untuk aku buat sebab benda ni dah so deeply embedded in our culture sampaikan dah jadi satu standard untuk ukur kehidupan kita.
Kalau orang lain tetap nak kata success tu adalah kaya, pakai Merz, travel the world, engineer, doctor, etc - biarlah.
Aku dah penat nak membuktikan kat orang yang aku juga success.
Even dalam dunia bisnes dan keusahawanan pun, being rich and famous adalah penanda kejayaan.
Kalau kau kaya tapi tak dikenali ramai, kau masih belum boleh dianggap berjaya.
Bila aku give up that definition of success, aku realized that aku jadi lebih bebas berekspresi of who I am and what matters to me.
Bila aku give up kerisauan of being judge by material, assets, money and title, keupayaan aku bekerja berubah secara drastik.
Trust me, kita akan jadi lebih present, produktif, and senang nak keep the momentum kerana kita lebih tertumpu pada proses, bukan habuan atau approval manusia.
Dari situ nanti, insyallah kita mula nampak progress towards the life yang kita nak.
Nampaknya hari ketiga, stock mug dah semakin menyusut.
Kalau tak salah ada 200 biji saja lagi.
Rasa macam tak sempat nak jumpa 5 Okt.
Tapi takpe, diskaun tetap valid until 5 Okt regardless ada mug atau tak.