2018-09-26

Makin berisi makin tunduk


"Saya dan suami blaja sampai menengah je. Alhamdulillah anak-anak saya dua-dua habis sampai Masters, cadang nak sambung blaja lagi. Tapi saya heran, anak-anak saya ni bersekolah di sekolah agama, ilmu dunia dan agama sama-sama belajar tapi kenapa mereka tak macam hubungan saya dengan orang tua saya dulu. Saya dulu ibarat padi, makin berisi makin tunduk. Tapi anak-anak saya lain, kalau bercakap dengan kita mak bapak ni seolah-olah kita bodoh sangat. Salah pendidikan ke?"

Tu bukan email untuk aku, itu cerita yang pernah ustaz aku ceritakan.

Ada orang menyangka bila kita berpengetahuan tinggi, akhlak dan adab secara otomatik jadi lebih baik.
This assumption is based on kepercayaan bahawa ilmu sentiasa mempengaruhi tingkah laku seseorang, yang mana orang yang blaja tinggi, akhlaknya baik dan tindakannya cerdik manakala orang yang tak blaja tinggi kelakuannya buruk dan tindakannya asal boleh.

Kalau nak ikutkan formula tu, sepatutnya orang zaman sekarang jauh lebih beradab kerana pendedahan terhadap ilmu lebih meluas.
Malangnya apa yang kita nampak, sebaliknya.
To be fair, masih ada orang yang berpendidikan tinggi, berpengalaman luas, berjaya, tapi dalam masa yang sama adabnya baik, akhlaknya bagus.
Tapi tak boleh dinafikan, ada jugak yang semakin tinggi ilmu, semakin 'terkehel' adabnya.

Kes kakak kat atas tu, salah satu punca terkehelnya adab dan akhlak adalah kerana anak-anak menjadikan pendidikan sebagai satu kesombongan.

Aku nak share satu pengalaman yang buatkan aku terfikir tentang value formal education or what we called "book smarts".

Aku berpeluang untuk masuk ke sekolah yang (dan masih) terkenal dengan kualiti pendidikan dan pelajarnya yang bijak-bijak.
Walaupun masa tu aku agak terkejut dapat masuk ke skolah tu, at the same time aku bangga juga sebab Mak Aji always ugut aku "Muka kau tu dah lah kemek, kalau blaja bodoh, takde sape nak kat kau".
Jadi aku bangga bila dapat masuk skolah tu setidak-tidaknya aku masih ada harapan nak ada boifren [Ya Allah, gediknya. Dah la kemek].

Rupa-rupanya there were students in the school with far more intelligence dari aku.
Tapi, walaupun dorang bijak-bijak belaka, SOME of them didn't have enough common sense and sombong pulak tu, membuatkan aku wonder kenapa dorang macam ni sedangkan bijak.
Orang bijak sepatutnya boleh pikir mana yang betul mana yang tak.

Then aku realized, ini bukan salah pendidikan, bukan juga salah skolah.
It was the student's placement of priorities.
Dek terlalu fokus dengan education and nak excel in academics boleh buatkan kita terlepas pandang nilai-nilai yang lebih penting seperti emosi.
Kita mudah jadi hati kering, lupa diri dan sombong.
Mungkin inilah yang terjadi pada anak-anak kakak tu (atas).

Diberikan ilmu yang tinggi, bijak, ada jawatan besar, ada pangkat besar, terkenal - ini semua habuan dunia.
Bak kata ustaz aku, habuan dunia ni kalau dibagi, kita ambik je lah.
Tetapi segala apa yang kita dapat, Allah tak bagi sesaje.
Semuanya dipakejkan bersekali dengan ujian.
Jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita ada, belum tentu itu adalah satu anugerah.
Kalau tak carry dengan betul-betul, boleh menjadi punca kita ke neraka Allah.
Kerana Allah dah kata walau ada sebesar zarah sifat sombong, tidak akan cium bau syurga.
So don't let your education, your title, your salary or your stuff become arrogance.

Memang sepatutnya orang yang blaja tinggi should be at the same time berakhlak baik kerana bila seseorang ada pengetahuan yang tinggi, fikirannya jadi semakin luas, cerdas dan mampu berhujah dengan baik.
But in reality this is not always the case kerana semua ni hanya boleh didapati melalui sekolah, kolej, universiti, atau melalui penyelidikan, reading dan discussion.
Tetapi akhlak dan adab yang baik hanya boleh diperolehi dengan memperbanyakkan zikir, memperbanyakkan doa, merenung kekurangan diri, mensyukuri nikmatNya, bermuhasabah dan banyak mengingat mati.

Ni dalam Quran pun ada sebut :

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman." (Al Ahzab, 41-43).

Tingkah laku, akhlak dan adab yang mulia sangat dipengaruhi oleh zikir.
Semakin baik kualiti zikir seseorang, semakin banyak dia berzikir, maka akan semakin sempurna akhlaknya.
Orang yang zikirnya ala kadar, paling-paling pun hanya akan berakhlak saja, tak mencapai kesempurnaan dan kemuliaan akhlak.

Sangat susah kita nak jadi orang yang pandai bersyukur kalau tak rajin zikir kerana tak ada 'reminder' yang mengingatkan kita sesungguhnya segala nikmat dan apa yang kita miliki berasal dari Allah.
Cuba amati zikir-zikir, bukan ke semuanya memuji kebesaran Allah?
Sebab itulah semakin banyak kita memuji Allah, semakin menjadikan kita sedar bahawa kita tak punya apa-apa kalau Allah tak tolong.
Jadi, orang yang kurang zikir akan kurang sempurna akhlaknya, dan tinggi pula kesombongannya.
Walaupun dia boleh buat baik, tapi tidak akan mencapai pada kemuliaan akhlak.

Even Rasulullah saw ada bersabda :

Maukah kamu aku khabarkan orang yang paling aku cintai dan yang paling dekat tempatnya denganku pada hari kiamat?"

Para sahabat jawab "Ya".

Rasulullah saw sambung "Orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian" (HR. Ahmad).

Dari hadis tu dah jelas cakap orang yang paling dekat dengan Rasulullah saw di hari akhirat esok bukanlah orang yang paling bijak atau paling tinggi taraf pendidikannya, apetah lagi yang besar jawatannya, tetapi yang baik akhlaknya.
Dah tentu lagi bagus kalau kita kaya, kita bijak, kita ada nama at the same time kita ada akhlak yang bagus.

Orang Islam yang baik akhlaknya boleh menjadi da'i tanpa perlu keluarkan sepatah perkataan pun.
Kerana manusia lebih cepat dipengaruhi dengan perbuatan dari perkataan.
Oleh sebab itu, tak kira apa pun yang kita katakan, sejauh mana kebenaran fakta yang kita jelaskan dalam berhujah, jangan ketepikan adab dan akhlak.
Explaining facts and logic should be included with manners.
Kerana sesungguhnya akhlak yang baik mampu mengangkat darjat di mata manusia, mengangkat keimanan pemiliknya dan meletakkannya di syurga yang tinggi.



Yang tanya "Mug ada lagi tak?"
Setakat pagi ni insyallah ada lagi.
Kita dah allocate mug yang cukup sehingga 5 Okt.
Tapi kalau habis awal, tak janji.
Yang pasti kalau tak dapat mug, at least dapat harga promo.
Tapi kalau boleh collect la mug GreenAard satu :)