2018-09-03

Siapa nak bayar ni?



Kalau keluar dengan kawan-kawan namanya gathering.
So kalau gathering, masing-masing faham semua kena contribute payment sebab selalunya before gathering dah decide nak lepak mana.
Bila gathering tu dipersetujui bermakna masing-masing dah aware dengan budget yang kena ready.
Selalunya bayar sendiri-sendiri, apetah lagi masing-masing bawak anak.
Kalau anak ramai tu dorang pun paham takkan nak suruh split bill sedangkan ada yang datang tanpa anak.
Common sense memainkan peranan penting kat sini.

Aku tak berapa suka split bill.
Aku pernah letak duit atas meja and voice out terus "makanan aku biar aku bayar, balance tu kau split sesama sendiri".

Serious, aku memang tak suka sistem split bill.
Especially kalau aku tau aku order banyak.
Tak adil untuk orang lain kena bayar sama rata sedangkan ada antaranya makan salad je.

Dan aku paling menyampah kat orang yang order banyak, lepas tu dia pulak yang cadangkan untuk split bill.
Nak je aku terbalikkan meja.
Kalau aku terpaksa split bill macam ni, aku tetap akan bayar tapi that will be the last time aku keluar dengan group tu.
I never wanted to repeat that experience.

Tapi dalam banyak keadaan, siapa yang ajak makan, selalunya dialah yang bayar.
Especially orang macam aku yang sangat choosy bab tempat makan (sebab aku takut kucing), dalam banyak keadaan aku yang pilih tempat makan.
Kalau aku pilih tempat makan, selalunya aku lah yang bayar.

Why?

Aku sejenis yang enjoy food dan untuk enjoy food, aku perlu ketenangan.
Kedai ada kucing is a NO NO.
Kalau aku makan, aku akan pastikan order main course, pastu kalau ada sup-sup lagi best buat hirup-hirup, kalau ada appetizer pun cantik gak, boleh kunyah-kunyah sementara nak tunggu main course sampai.
That's why most of the time kalau orang lain yang pilih tempat makan, dan tempat tu tak berapa aku berkenan, selalunya aku minum je.

Ha lagi satu, kalau aku ajak orang makan, jangan memandai-mandai orang tu nak bayarkan pulak.
Aku yang ajak, biar aku yang bayar.
Kalau orang tu yang bayar, besar harapan aku tak ajak dah orang tu makan sekali next time.
Aku tunggu orang tu yang ajak aku makan pulak.
Kau nak bayar sangat kan, meh kau ajak aku pulak. Pastu kau bayarlah puas-puas.

Bukan apa, aku tak selesa bila aku ajak makan tapi orang lain yang bayar.
Kalau kau nak belanja, cakap awal-awal "Jom! Saya belanja".
So aku boleh ready untuk tak order banyak-banyak.
Karang aku dah order melambak-lambak, eh tau-tau kau yang bayarkan.
Segan la aku wei.

Masa aku gi Bandung 3 tahun lepas dengan adik-beradik En Wan.
Adik-beradik En Wan ni jenis tak berapa kisah bab makan kalau pi holiday.
Dorang lagi fokus kat shopping. Makan cincai-cincai pun takpe.
Aku pulak kalau pi mana-mana fokus kat makan.
Pegi tempat orang kan, mesti la nak enjoy makanan tempat orang.

Port wajib haruslah Simpang Raya pekena nasi padang.
Tapi kakak-kakak En Wan taknak, sebab dorang punya budget kat makanan sangat low.
Lagipun, rombongan tu ramai juga.
Tak ramai orang yang willing to spend duit untuk belanja the whole group makan bila holiday ramai-ramai.
Dah tentu masing-masing allocate certain amount untuk makan sendiri-sendiri.
Belanja orang makan ussually takde dalam plan.

Habis tu kalau dah berjalan sama-sama satu van, takkan time makan asing-asing pulak, ye tak?
Dorang majoriti nak makan simple-simple je, aku pulak nak makan nasi padang.
Takkan time aku makan dorang semua duduk dalam van je.
Jadi, jalan penyelesaiannya, kitorang belanja je the whole kontinjen makan nasi padang, habis cerita.

The next day, lepas habis shopping-shopping, dorang semua beli roti untuk makan dinner.
Aku mana reti makan roti for dinner, kalau burger tu tahan lah lagi.
En Wan dah tak tentu arah nak mikir camne nak bawak aku keluar makan.
Walaupun kakak-kakak dia tak kisah if kitorang je keluar makan, tapi as adik, dia mesti rasa tak best makan asing-asing.
Dah sesekali holiday bersama, kalau makan asing-asing kan nampak janggal.
So dia tanya aku "Kita belanja dorang makan boleh?"

Hoih, apa pulak tak bolehnya, janji aku tak payah makan roti.
Aku sebenarnya nak makan Bruchetta The Stone.
Aku paham bukan semua orang willing to spend mahal untuk makan, apetah lagi kalau rombongan yang ramai.
Tapi dah kalau itu jalan terbaik untuk aku dapat lepak The Stone, apa salahnya angkut je semua makan The Stone.
Bak kata pepatah "cost and worth are two different things".
I just need my proper dinner, that's all.



The Stone, Bandung, 2016.


Bab bayarkan makanan insyallah takde masalah.
Yang aku tak berkenan bila aku order makanan, pastu ada orang sekat-sekat "Takyah order banyak-banyak lah...dorang tak makan lauk ni....dorang tak reti makan lauk tu...."

Sejujurnya, yang perangai gini adalah En Wan dan mak mertua aku.

Everytime set-set Tganu nak datang rumah, aku memang akan masak.
Pastu ada makanan tambahan aku order.

Mak akan start bising "Toksah masak lauk kurma ayam, puak-puak tu tak makan kurma ayam"

Karang aku buat sambal udang dia kata "Toksah banyak-banyak, dorang ni kalau udang tak berapa makan sangat".

Sampaikan nak masak nasi putih pun mak aku sound aku "Toksah masak banyak-banyak, dorang kenyang dah tu".

Itu baru maknya.
Belum anaknya lagi.

En Wan pun, bila aku nak order makanan tambahan nanti dia bising "Buat apa banyak-banyak Di, cukuplah tu makan nasi je"

Aku macam.....dah kenapa nak catu makanan ni?

Aku dah terbiasa dengan style Jawa yang suka menjamu orang makan.
Orang Jawa style dia, makanan biar banyak.
Biar tetamu makan sampai puas, bukan setakat rasa-rasa hujung lidah.
Orang Jawa ni selagi tetamu tak makan bertambah, dia tak puas hati.
Itupun time balik dia tapaukan lagi bekal.

Mak mertua aku selalu bising bila aku prepare banyak makanan time orang nak datang rumah.
Kadang-kadang aku malas nak dia bising, aku ikutkan je kehendak dia. Aku masak sikit je.
Tapi selalunya makanan jadi tak cukup, dan aku kena masak lagi sekali.
Kan ke dah dua kali kerja?

Lepas tu mak akan rasa serba-salah.
Mulalah dia membebel "Patutnya dah tau nak datang ramai-ramai, makan la serba sikit je. Ini tak, makan macam kat rumah sendiri. Nak sampai kenyang!" 

Tu bukan orang lain yang dia bebelkan tu tau.
Dia bebelkan anak cucu dia sendiri.

Now, aku bolayan kalau mak aku catu makanan yang aku masak everytime adik-beradik En Wan nak datang rumah.

Kalau mak start cakap "Toksok masak udang Diana, puak-puak tu tak makan udang", aku akan balas :

"Dorang tak makan udang sebab udang yang dorang makan selama ni tak sedap, mak. Udang yang Diana masak ni sedap, mak tengoklah mesti habis".

Dan selalunya memang habis lauk-pauk aku. Licin!
Bukan sebab aku masak sedap, tapi lumrah kalau makan ramai-ramai memang berselera.
Jadi, tak payahlah takut lauk berlebih, memang akan habis punya.
Lagipun ada yang suka makan berulang-ulang, jadi takde hal masak lebih.

Aku bukan apa, aku sendiri tak berapa suka kalau makan tak puas.
Apetah lagi nak jamu orang makan, biar orang tu makan puas.
Kalau setakat nak bagi rasa-rasa hujung lidah, baik aku hidang kepok keping je.

Tapi aku paham kenapa mak mertua aku tak kasik aku masak banyak-banyak.
Dia sebenarnya segan dengan menantu bila anak cucu dari kampung datang segerombolan makan beria-ia.
Macam mak-mak kita dulu, kalau kita makan kat rumah orang macam tak pernah jumpa makanan, mesti mak kita bengang kan.
So aku rasa itulah yang mak mertua aku rasa.

Last week, aku masak sup tulang sebab Rayyan nak makan lauk bersup.
Lepas Subuh aku dah start rebus tulang.
Aku plan nak masak lebih sebab tulang je kot, banyak mana pun isinya, masak lebih pun takpe.
Tapi mak tak kasi, dia suruh masak 6 ketul je.
6 ketul ni aku cakap, satu kali makan je ni, tak sempat nak bawak ke malam.
Nampak gaya macam aku kena masak again malam nanti.
Tapi takpelah, dah mak suruh 6 ketul je, kita masak la 6 ketul je.
Pastu aku nak masukkan daging sikit, mak bagi segenggam je daging.

"Apesal sikit sangat mak?"

Mak jawab "Mak tak makan daging, adik tak makan daging. Tu Diana dengan abang je cukup"

Aku layankan je, padahal aku tau sikit sangat ni.
Anak-anak sedara En Wan memang rajin datang makan lunch kat rumah ni.
Mak kata "Kalau dorang mari, mak perangat lauk dalam peti je".

Tengahari tu aku balik, nampak anak-anak sedara En Wan elok je tengah hirup sup tulang.
Lepas dorang balik mak ketuk pintu bilik aku "Diana, habih deme-deme makan sup tulang. Tinggal seketul je. Daging pun habis".

Aku malas nak cakap "Haa, kan betul Diana kata tak cukup".

Karang kecik ati mak aku pulak aku cakap macam tu, dah la pitching aku tinggi.
Aku senyum je, dalam hati aku cakap "I'm always right, mok". Hahahahaha.

Lagi satu, aku tak berapa suka orang yang offer diri untuk ikut aku pi makan.

A : Nak pi mana tu?

Aku : Pi makan.

A : Nak ikut!

Yang ni memang aku berbulu.
It is not about siapa yang bayar makan, tapi soal privacy.

Kalau aku nak keluar tak ajak sesape join sekali, itu maknanya aku nak spend time dengan family aku saja (atau laki aku je).
Melainkan aku cakap "Nak gi makan ni. Nak join?".
Ok yang ni takpe, sebab aku yang offer.
Ni tak, aku tak ajak pun tapi kau self invite.
Kalau aku ajak lain lah cerita.
Tu pun kalau aku ajak, kau jangan banyak songeh pilih tempat makan ikut selera tekak kau pulak.
Aku ajak, biar aku pilih tempat.
Bukan aku ajak, tapi kau pulak mengarah aku ikut tempat kau.
Karang dipersilakan turun dari kereta aku.

Lagi satu kepada orang yang mengharap orang lain belanja makan, please be considerate.
Dah tau kau memang takde bajet nak bayar, cubalah untuk tak buatkan that person bayar lebih.
Apetah lagi bila tukang bayar pun makan sikit je.
Ini bukan soal ikhlas atau tak, tapi soal timbangrasa.
Belum tentu ko akan order beria-ia kalau kau kena bayar sendiri, kan?
So, apa salahnya timbangrasa bila mengorder makanan yang kau tak perlu bayar.





Peminat Nutrijuice, sila ambil peluang ni.
Jimat RM27.
Sebotol untuk 10-14 hari.
So beli terus 3, sampai pertengahan Okt depan.