2018-09-12

Movie


Ok, hari ni aku nak review movie-movie yang aku dah tengok.
Ada yang baru tengok last week, ada yang dah tengok 3-4 bulan lepas tapi baru nak review.



1. The Nun (2018)

Tengok Jumaat lepas dengan En Wan and Redza.
Aku memberanikan diri je ni, padahal tak berani sangat pun.
Aku berjaya menamatkan cerita ni dalam keadaan 90% jalan cerita menekup muka.
10% je aku bukak mata.
Kesimpulannya, aku tak tengok The Nun, aku hanya mendengar The Nun.
Kalau dengar sambil tutup mata tak berapa takut sangat.
Bukan apa, cerita ni gelap sangat pastu kejap-kejap ada adegan terkejut padahal bukannya apa sangat pun, sakit tekak aku menjerit rupanya tertipu sebab hantunya tak keluar-keluar pun.

The Nun adalah prequel The Conjuring.
Siapa tengok Conjuring 2 maybe nak sangat tengok The Nun sebab ada Valak ni.
Tapi kalau rasa malas tengok pun takpelah, tak seseram mana pun.
Buktinya, aku just dengar tak tengok, tak rasa seram pun.
Dia punya seram tu hanya pada gambar je, jalan cerita (skrip) hampeh.
Remember, ini adalah review dari seorang yang penakut.
Kalau penakut pun kata cerita ni tak seseram mana, maknanya tak seram la tu.
Oh by the way IMDb rating cuma 5.9/10 je u olls, jadi memang betullah tak best. Hahaha.



2. First Reformed (2017)

I might be a little bias here, sebab cerita ni Ethan Hawke berlakon tetapi, IMDb rate cerita ni 7.2/10.
Selalunya, apa-apa cerita yang rating 7.0 and above memang aku tengok dan tak menghampakan.

Cerita ni tentang seorang pastor yang bagi kaunseling kat seorang radical enviromentalist yang terlampau kecewa dengan kemusnahan alam sekitar sampai rasa nak bunuh diri.
At the same time the activist plan nak bunuh anak dia yang bakal lahir sebab taknak anak tu membesar hidup kat planet yang semakin terancam.
Disebabkan terlalu kecewa, the activist bunuh diri.
Kematian activist tu buatkan pastor thought he must do something.
Dia mula merasa apa yang activist tu cakap tentang environment, was true.
Pastor tu start to question himself and everyone tentang kerakusan manusia buat pembangunan sampai alam sekitar musnah.
Dia merasa dia tak cukup menjaga hak Tuhan (environment).
Selama ni dia bagi dakwah supaya orang jadi baik dan buat baik tapi kenapa dia tak terfikir pun tentang kerosakan alam sekitar sedangkan itu pun satu perbuatan jahat yang perlu diperbetulkan.

Macam boring kan bunyinya?
Tapi untuk yang minat heavy drama, this is one of the 'must watch' movies.
One of the best quote dalam cerita ni was when the pastor bagi kaunseling kat aktivis tu "whatever despair you feel about bringing a child into this world cannot equal the despair of taking a child from it".
Sungguh, hilang anak lagi teruk rasanya dari tak dapat anak.
Apetah lagi nak bunuh anak semata-mata takut dia tak boleh survive.
Jangan memandai-mandai buat kerja Tuhan.

Ada satu lagi quote yang best masa scene pastor bagi kaunseling kat a group of people.
This one girl cakap ayah dia orang baik, tak pernah buat jahat, tapi akhirnya hidup susah, why?
Pastor ni cakap "There's no connection between godliness and prosperity. There’s no dollar sign on His pulpit. No American flag either".

Yang ini selalu aku ingatkan diri sendiri as well as tulis kat blog and FB yang mana ibadah tak ada kaitan dengan kesenangan hidup di dunia.
Kau kaya, belum tentu kerana urusan ibadah kau tip top.
Kau sihat, belum tentu kerana Allah kasih.
Kau dapat habuan pangkat, belum tentu kerana Allah sayang.
Apa saja habuan dunia ni kita dapat sebab Allah Maha Pemurah.
Dia memang nak bagi.
Takde kaitan kita soleh ke tak.
Jadi, jangan ingat kita banyak buat baik, hidup kita mesti success all the way.
Takkan terjadi macam tu.

Aku suka First Reformed sebab cerita ni buatkan aku banyak berfikir.
Cubalah tengok and fahamkan apa yang dia nak sampaikan, especially skrip dia banyak quote-quote yang best yang boleh kita ponder.
Yang penting, ada Ethan Hawke :)



3. Snowden (2016)

IMDb rate cerita ni 7.4/10.
Plus, it is a true story movie, jadi mestilah aku kena tengok.

Movie ni tentang Edward Snowden yang join agen NSA sebagai perisik.
Awal-awalnya dia disuruh spy komunikasi (digital) dari kerajaan luar dan pengganas.
Lama-lama dia realized yang dorang boleh kesan semua bentuk komunikasi - be it emails, mesej FB, sms-es, videos dari semua orang termasuk rakyat Amerika.
Bila data rakyat Amerika sendiri kena godam, dia mula rasa this is not right, seolah-olah ganggu privacy orang lain.
Jadi, dia decided untuk bocorkan maklumat sulit ni to public.

Bila tengok cerita ni, aku teringat dulu pernah ada kes Mark Zuckerberg kena soal samada dia ada allow 3rd party ambik data-data pengguna, kan?
Or was it dia kena soal samada team Facebook sendiri yang spy mesej-mesej pengguna?
Antara dua tu lah.

Then dulu pernah ada artikel viral yang si Mark ni cover kamera laptop dia dengan kertas, kan?
Bila tengok Snowden, agaknya inilah cerita sebenarnya di sebalik macamana data-data pengguna FB kena godam satu masa dulu.
Rupanya betul their government can spy sesiapa saja walaupun offline!
Dorang ada ability to remotely turn on kamera webcam atau kamera phone in order to watch you.
Gila punya insecure.
Hah, yang kat opis duduk satu bilik sorang tu hati-hati la, kalau nak betulkan tali bra ke, korek hidung ke, silakan buat bawah meja ya.

Masalahnya, takkan kita nak give up digital lives for the sake of complete privacy, betul tak?
Dalam cerita Snowden ni ada satu scene tu dia cakap semua benda ni jadi bukan sebab terrorism.
Terrorism cuma excuse Amerika je, yang sebetulnya dorang nak economy and social power.
That's why dorang track digital information antara negara-negara especially Iran, China and Russia.

Come to think of it, kalau antara satu negara ke satu negara pun boleh di-spy, kalau offline masih boleh di-spy, tak mustahil telecoms workers can stalk people they know by accessing their private messages, kan?
Kalau orang yang di-spy tu memang bagi threat, then obviously it is a good thing for them to be able to do.
What if kalau sesaje je nak korek private mesej Hamba Allah tu, camne?
Oh my Allah, scary wei!



4. Padmaavat (2018)

IMDb rate 7/10.
Ini pun cerita based on true event tahun 1300, kisah Maharani Padmaavat.

Katanya tahun 1300 tu Padmaavat dikenal sebab sangat cantik.
Dek kerana cantik nau, Sultan Alauddin Khilji nak jadikan dia bini padahal waktu tu Padmaavat dah pun jadi permaisuri orang.
Sultan Alauddin ni teror di zamannya, jarang kalah kalau berperang, that's why dia tak kisah pun nak rampas bini orang.

Cerita ni dibuat kerana satu sebab.
Kerana Jauhar.

Jauhar adalah pembunuhan diri secara besar-besaran oleh wanita untuk mengelakkan diri dari ditangkap, dijadikan hamba, dan dirogol oleh mana-mana penceroboh bila negara kalah dalam perang.
Zaman dulu kan kalau kalah perang, the women dijadikan tawanan and mangsa seks.
Jauhar yang paling terkenal dalam sejarah adalah semasa kerajaan Rajput kalah dengan kerajaan Sultan Alauddin.
Padahal dorang perang bukan sebab masalah negara tapi sebab Sultan Alauddin ni nakkan permaisuri Rajput (Padmaavat tu lah).
Sedih aku tengok bab Jauhar ni.
Disebabkan nak jaga harga diri, dorang bunuh diri dengan bawak anak-anak sekali.

3 pelakon utama - Ranveer Singh, Deepika Pandukone and Shahid Kapoor memang bawak karakter berkesan.
Aku takleh move on 3-4 hari teringat-ingat Shahid Kapoor bawak watak Ratan Singh (King of Rajput).
Padahal bersepah tengok Shahid Kapoor berlakon sebelum ni takde satu pun buat aku teringat-ingat.
But as Ratan Singh memang powerful kesannya.
He brings a regal aura to the character.
Pegi la cari movie ni, tengok sendiri.

Nah, ni scene Jauhar :