2018-09-07

Apa lagi yang kurang.


Kita selalu expect untuk dapat recognition.
Kita nak dikenali kerana kebolehan dan kejayaan melakukan sesuatu.
Sampaikan di zaman sekarang, pengiktirafan dah jadi benchmark our happiness

Dek kerana sibuk sangat cari pengiktirafan, kita jadi lupa nak bersyukur.
Padahal dah banyak dah kita dapat nikmat.
It's just that because of ego and pride dan always rasa tak puas, buatkan kita terus cari, cari, cari new recognition.
Seolah-olah hidup kita tak bermakna kalau terputus dari pujian dan pengiktrafan orang lain.

Once dah terbiasa dipuji, we continue to expect for more.
Kita sendiri yang 'buru' pujian.
Kaau tak hati-hati, akan jadi terdesak untuk menghalalkan segala cara asalkan dapat pujian yang lebih sampaikan tak sedar kita sebenarnya dah dapat lebih dari cukup.

Terlalu fokus dengan keinginan mencari dunia.
Terlalu fokus dengan sesuatu yang belum kita dapat.
Terlalu fokus pada yang belum ada.
Akibatnya, kita tak sempat bersyukur dengan apa yang dah ada.

Padahal kalau Allah nak tambahkan nikmat pada kita bukan kerana kita nakkan benda tu, tapi kerana syukur.
Kerana Allah dah janji "Kalau kau bersyukur nanti Aku tambahkan lagi" (Ibrahim, 7).
Maksudnya, kalau nak nikmat demi nikmat tanpa perlu bersusah-payah, kuncinya syukur.

Sepatutnya kita lebih busy bersyukur dengan apa yang kita dah ada.
Selama ni kita kurang bersyukur pun Allah masih cukupkan keperluan, apetah lagi kalau kita bersyukur.
Jadi, apa yang kurang lagi pemberian Allah pada kita selama ni?
Tak ada yang kurang.
Cuma kita je yang kurang ajar pada Allah.

Kita tak akan boleh bersyukur kalau selalu fokus pada apa yang kita nak berbanding apa yang kita dah dapat.
Pasang impian tak salah, usaha lebih pun tak salah.
Yang salah bila kita memandai-mandai ukur nikmat Allah dengan cara sendiri.
Maksudnya, kalau apa yang kita nak tu Allah bagi, baru kita bersyukur.
Kalau tak dapat, mula question apa benda lagi yang aku tak buat, usaha dah buat, solat buat, puasa buat, sedekah buat.
Maksudnya, kita taat bersebab.

Kenal Nabi Ayyub?

Nabi Ayyub sakit selama 7 tahun.
Kalau ikut lojik, dah kenapa taraf-taraf Nabi pun boleh kena penyakit yang tak ada ubat sedangkan orang yang kufur elok je sihat walafiat.
Itu menunjukkan ibadah takde kaitan dengan nikmat dan urusan dunia.

Keluarga Nabi Ayyub suruh dia doa je mintak sembuh.

"Kau seorang Nabi, angkatlah tangan (doa) mintak Allah bagi kesembuhan, mesti Allah perkenankan"

Apa kata Ayyub?

"Kita hidup senang selama lebih 20 tahun. Allah baru bagi ujian 7 tahun. Aku malu nak mintak tolong Allah".

Nabi, malu mintak tolong pada Allah padahal kalau dia mintak Allah dah tentu bagi.

Kita ni nabi pun bukan.
Jangankan kata jadi imam, jadi makmum pun jarang.
Tahajud malas, mengaji kadang-kadang.
40 tahun hidup hafalan tak bertambah, tapi nak macam-macam.
Bila Allah tak perkenankan ada hati pi question balik "Apa lagi yang aku tak buat, ya Allah?"
Ini namanya kurang ajar.

Jangan sesekali merasa apa yang kita dapat sekarang adalah kerana hasil usaha sendiri kerana itulah punca bunga-bunga kesombongan yang membawa kepada kurang ajar.
Usaha tak salah, tapi mengaitkan usaha dengan hasil tu yang salah.
Tapi jangan pulak sampai pasrah berserah taknak usaha lansung, kerana usaha adalah sebahagian dari bentuk amal, dan Allah menilai amal.
Cuma Dia nak bagi atau tak, itu hak Dia.
Umpama kita mohon loan kat bank.
Kita sebagai pemohon cuma boleh usahakan prepare semua yang bank nak.
Tapi belum tentu lulus walaupun all requirements lengkap.
Kiasannya begitulah.






LAST DAY TODAY
WHATSAPP ADMIN GREENAARD