Kelmarin, aku nampak ada orang share lagi post FB aku yang ni.
Post 3 tahun lepas padahal.
Then aku tergerak hati nak view those yang menge-share.
Salah satu komen tu tulis "Kalau takde keje, takde anak, boleh la buat macam ni".
Ya, betul.
Kena tunggu free time, takde apa nak buat, baru boleh buat semua tu.
Tapi hati-hati dengan apa yang kita cakapkan, sebab Allah akan uji.
Yang menulis ni dah kena dah.
Dulu, aku pun cakap macam tu jugak.
"Kalau solat lama-lama, nanti bos cari macamana?"
"Bangun awal sangat nanti mengantuk kat ofis, susah nak fokus kat kerja."
"Bukan taknak mengaji tapi tak sempat. Balik kerja pun dah lambat, nak sambung settlekan kerja-kerja di rumah pulak. Kalau hari minggu lainlah"
Manusia memang sukakan diskaun, baik dalam urusan dunia atau akhirat.
Aku pun sama, tak terkecuali.
Tapi sekarang, bila aku ingat-ingatkan balik, macamanalah nak sempat zikir lepas Zohor kalau bersolat pun lepas habis waktu rehat?
Patutnya waktu rehat tu aku guna untuk makan DAN solat.
Tapi aku gunakan waktu rehat 1 jam tu untuk mentekedarah kaw-kaw, dah pukul 2pm baru nak solat.
Kalau baik sikit, aku makan 45 minit, lagi 15 minit nak habis waktu rehat baru kelam-kelibut nak bersolat, of course lah takkan sempat nak zikir.
Eh, jangankan kata zikir, nak berdoa pun tak sempat!
Subuh masuk pukul 6.10am pun aku marah sebab lambat sangat masuk waktu.
Bukan sebab excited nak solat tapi sebab nak cepat-cepat bersiap.
Nak bersiap paling-paling pun mahu 30 minit.
Belum lagi cerita tak tempuh jem.
Sempat solat pun dah besar rahmat.
Nak suruh aku baca Yassin lepas Subuh? Mana sempat wei. Tunggulah malam karang aku baca.
Eh bukan taknak mengaji lepas Maghrib, aku balik kerja pun dah lambat, penat.
Makan pun tak lagi, bagi la aku makan dulu.
Lagipun, bagi la aku rest kejap, ni je pun masa yang ada nak tengok TV.
Yassin tu malam Jumaat karang aku bacalah.
"At least aku tak tinggal solat okayyy?"
Diskaun...diskaun....diskaun.
Macam tu la aku dulu.
Dengan Allah aku selalu mintak diskaun.
Aku selalu justify semua benda yang aku buat supaya Allah faham keadaan aku.
Terasa macam solat 5 waktu aku tu dah memadai, dah cukup bagus.
Padahal solat pun tak khusyuk mana.
Nabi yang dijamin syurga pun takut dengan akhirat, solat sampai bengkak-bengkak kaki.
Tapi aku dah yakmat dengan solat 5 waktu (yang tak berapa khusyuk tu).
Lega dengan just puasa 30 hari bulan Ramadhan.
Bangga dengan "at least aku tak kacau orang".
Imam Hassan Al-Basri ada kata.
Dunia dan akhirat tu seperti timur dan barat.
Kita ni ada kat tengah-tengah di antara keduanya.
Ketika kita condong ke timur, kita akan menjauhi barat.
Ketika kita condong ke barat, maknanya kita akan menjauhi timur pulak.
Tak mungkin kita akan condong kepada kedua-duanya serentak.
Allah akan uji apa yang kita cakapkan.
Dulu, aku kata kalau free time baru sempat buat banyak ibadah.
Nah! 10 tahun lepas Allah bagi aku flexible time untuk bekerja, tak terikat dengan mana-mana majikan lagi.
Pun, tak bangun awal mana.
Jangankan kata tahajud, Subuh pun pukul 6.45am.
Eh kan ke boleh kerja dari rumah, apesal nak kalut bangun awal sangat ye tak?
6.45am masih Subuh lagi whattt.
Tahajud?
Isyraq?
Dhuha?
Masih takde dalam list.
Jangankan kata yang sunat, yang wajib tu pun 'jamak'.
Solat Zuhur pukul 4.10pm. Asal belum masuk Asar je konsepnya.
Mengaji?
Takde pun hari-hari.
Tu pun mengaji buat syarat sebab nak tunjuk kat Allah "Kan aku dah kata aku akan buat kalau ada free time?"
Masalahnya, free time dah banyak berbanding dulu tapi peningkatannya tak jauh mana!
Manusia memang suka mintak diskaun dalam urusan ibadah.
Dulu, kalau orang cerita pasal mengaji, aku cakap "Dia boleh la nak lama-lama atas sejadah, takde anak kecik."
Tapi bila anak aku dah besar, amalan aku banyak itu jugak, tak bertambah mana pun.
Yang sebetulnya malas tapi taknak mengaku.
Jenuh pusing pusing pikir alasan apa nak bagi.
Dari zaman takde anak sampai dah ada anak, sampai anak dah besar, pun tak buat-buat.
Jawapannya mudah, MALAS.
Ujian masa sangat berat.
Ia menentukan samada manusia berada dalam kerugian atau tak.
Dan sebenarnya ujian kelapangan waktu adalah jauh lebih berat.
Kerana di situlah kita diuji (or maybe teruji?), bagaimana kita manfaatkan lebihan masa, apa yang kita habiskan dengan waktu yang banyak tu, samada masih banyak dihabiskan untuk dunia atau akhirat.
Yang menulis ni dah merasa.
Aku dulu banyak sangat 'mencabar' Allah.
"Kalau opis dekat barulah boleh Subuh panjang sikit sebab tak payah keluar opis awal sangat"
Nah! Allah bagi aku opis 3 minit je dari rumah.
"Kalau kerja sendiri kan senang, nak mengaji depan PC kat opis pun takde masalah"
Nah! Allah bagi aku kerja sendiri.
Kelakar betul perangai.
Ada hati nak tipu Allah.
Macamlah Allah tak tau aku ni tengah berdalih-dalih.
Yang paling best sekali bab aurat.
Aku cakap tak boleh sebab kerja aku melibatkan jumpa dengan ramai orang.
Aku perlu kelihatan outstanding dan meyakinkan, barulah boleh dapat sales.
Now, aku macam terasa-rasa Allah perli "So now kau pakai berjubah bagai, lansung tak jumpa customer, adekah customer kau berkurang? Adekah lansung takde sales?"
Haaa tepuk!
The thing is, tak perlulah kita banyak buat alasan.
Tak perlu letakkan salah pada kerja ofis, pada bos, pada urusan rumahtangga, pada anak, pada traffik jem.
Sebab bila-bila masa je Allah boleh tarik 'masalah' kita dan bagi kita selapang-lapang waktu.
Masa tu nanti apa agaknya alasan kita nak bagi kalau kita masih tak buat-buat jugak?
Start hari ni, GreenAard provide pocket mirror untuk pembelian mana-mana produk.
*syarat seperti dalam arahan di atas*