2018-08-01

Sombong


Baru-baru ni aku dengan En Wan berbual satu topik yang berat.
Kitorang memang suka cari pasal bukak topik heavy.

En Wan kata dari jauh aku nampak sombong.

Boleh??

Dari dulu lagi dia kata aku memang nampak sombong.
Bila dah kenal aku baru tau aku tak sombong.
Mujur berkenalan thru chatroom, kalau first time jumpa tanpa kenal-kenal dulu, konfem dia takkan tegur aku punya dia kata.

Aku tanya sombong yang macamana?

Dia kata aku nampak sombong sebab aku tak campur orang, tak suka bersembang dengan orang walau dalam crowd yang ramai, suka buat hal sendiri dan sentiasa mengelak jumpa orang.

Laaaa.
Itu je?
Sebab tak tegur orang maka aku dikata sombong?

Dah tu, apesal kau tak tegur aku?
Kalau kau pun tak tegur aku, so apa beza kau dengan aku.
Bukan tu kira kau pun sombong jugak ke?

Tapi memang betul pun.
Memang aku tak suka campur ramai orang, tapi tak bermakna aku sombong.
Aku takde masalah nak start any conversation, cuma aku pilih untuk not to start.

Aku budak sales kot.
Mana ada budak sales yang pendiam.
Try la bukak apa-apa topik dengan aku, pastu kau tengok aku boleh berenti ke tak.
Takut karang kau yang letih melayan aku bercakap.

Little that people know, kebanyakkan orang yang 'sombong' macam aku ni lebih suka observe people.
You don't know what is going on in the head of someone who doesn't talk much.
Dia sebenarnya tengah memerhatikan orang sambil memikir dan membawang dalam hati, supaya ada bahan dia nak menulis kat blog.

Dalam mana-mana talk and seminar yang aku attend, I don't mind pergi sorang.
Aku dah biasa bergerak sorang-sorang zaman buat sales dulu, so aku dah biasa berjalan tak berteman.
Adalah satu perkara yang biasa untuk aku attend mana-mana kelas, sorang.
Tapi ramai orang anggap those yang bergerak sendiri ni takde kawan dan sombong sebab tu takde orang nak berkawan dengan dia *sigh*.

Dalam mana-mana kelas yang aku attend, aku perati kebanyakkan yang datang berteman ni lah yang tak reti bercampur dengan orang.
Balik-balik duduk dengan geng sendiri.
Kalau kena buat group pun cop kawan-kawan sendiri jugak, taknak campur orang lain.
Itu ke yang dikatakan peramah?
Kalau gitu aku pun boleh jadi peramah dah kalau 24 jam bersidai dengan kawan-kawan sendiri.
Tu belum lagi dengan perangai dorang bersembang macam nak rak time speaker bercakap kat depan.
Lepas tu menggagau tanya orang belakang "Dia suruh tulis apa eh? Page mana satu eh?"

Itulah sebenarnya punca kenapa aku suka bergerak sorang.
Bila kita bergerak sorang, kita lebih berani dan juga fokus dan bersedia.
Sebab kita tau takde sape tolong copkan tempat duduk kalau lambat, takde sape nak meminjamkan notes kalau tak attend kelas dan takde sape yang nak ditanya kalau lalai dalam kelas.

Lagi satu yang aku suka bila bergerak sendiri adalah aku tak terikat dengan orang lain.
Tau je la kan bila dah bergerak satu kumpulan, sometimes apa yang dorang buat tu kita tak berkenan pun tapi disebabkan kita dah datang sekali jadi tak sampai hati nak buat kepala sendiri.
Ikut la jugak walaupun not happy, atas dasar menjaga hati.

Berdasarkan pengalaman aku, bila bergerak sendiri, aku lebih terdedah dengan ramai orang.
Walaupun hanya acquaintance, tapi pendedahan selama 1-2 jam masa duduk sebelah-menyebelah atau makan semeja, lebih bermakna.
Kerana selalunya bila kita kenal-kenal orang setakat 1-2 jam, perbualan kita lebih fokus pada satu-satu topik.
Nampak macam baru kenal, tapi apa yang disembangkan tu bukan biasa-biasa punya sembang, let alone nak membawang.

The only logical explanation kenapa orang macam aku dianggap sombong adalah, orang anggap aku merasa diri aku lebih baik daripada yang lain, that's why aku tak perlukan kawan.

I have also been told that people see me as being intelligent.
So bila orang tu bijak, dia memang tak cakap banyak dan tak campur orang sebab they are looking down on everyone.
Gitulah kot anggapan orang.

Macam tu la agaknya orang dok kata kat someone yang cantik tapi tak campur orang.
"Sombong, sebab perasan cun".

Dan orang yang kaya tapi pendiam.
"Sombong, sebab kaya".

Ha'ah. Betul sangat lah tu.

Bila aku senyap dan tak bercampur orang, dikatanya sombong.
Tapi bila aku berani bercakap dan nampak outstanding, people describe me as confident and self-possessed.
Camana tu?

Aku rasa ramai yang tak tau apa itu sombong.
They interpret sombong tu as yang tak bergaul, yang tak bercakap, yang buat hal sendiri, yang tak reti mintak tolong orang.

Itu bukan sombong, dik.
Sombong tu adalah bila kita menggunakan sesuatu yang ada pada kita untuk memanipulasi keadaan.

Contoh, ada jawatan besar, digunakan untuk buat sesuka hati pada orang bawahan.

Ada duit banyak digunakan untuk raih kuasa.

Itu baru namanya sombong.

Kalau jenis yang buat hal sendiri, itu bukan sombong namanya.
Itu namanya personaliti.

Ada certain orang, personalitinya extrovert.
Tapi bila extrovert people encounter orang yang diam buat hal sendiri, dia kata orang tu sombong just because they do not contribute to a conversation and not sharing.
Adil ke anggap orang macam tu when you yourself not trying to engage any conversation with them pun?
Kau nak mintak pendapat orang, kau tanyalah dia.
Kalau nak suruh orang tu bercakap, kau tegur. Kau kan peramah. Yang tak tegur kenapa?
Lainlah kalau kau dah tegur dia buat dek, ha tu baru boleh nak kata sombong.
Ni tak, dah kau pun senyap ada hati cakap orang lain sombong. Eh, dah kenapa kau?

The thing is, people often fear and dislike what they don't understand.
Ini semua punca sebab suka bersangka-sangka.
Kenapa nak assume when you can ask?

Orang yang banyak bercakap anggap orang pendiam tu sombong.
Tapi dia tak tau, orang pendiam pun anggap dia sombong sebab terlalu banyak sangat bercakap sampai orang lain takde chance nak bercakap.

Ok, aku tak tak tau orang lain.
But since entry ni tentang diri aku yang dikatakan sombong, meh aku explain why.

Aku memang bukan pendiam.
Tak pernah hayat aku jadi manusia pendiam.
Tapi memang aku suka buat hal sendiri.
Dari zaman blaja dulu pun aku tak suka join study group, aku suka blaja sendiri.
Dan bila aku dapat high marks, ada yang menganggap itulah reason kenapa aku tak suka study group sebab aku taknak share ilmu aku dengan orang lain.

Tengkorak dia!

Aku tak suka study group sebab 80% yang buat study group bukan datang untuk study pun.
Banyak bersembang, banyak melanguk.
Maunya tak besembang dah kalau buat study group pun dengan geng-geng sendiri.
Dah la geng-geng pun sejenis yang datang study group tak pernah bersedia.
Bila kita ajak join study dengan group lain, taknak.

Kita ni nak join study group mesti bersedia, barulah masing-masing share ilmu yang dia tau.
Ini tak.
Datang study group dengan otak kosong, kuat bersembang, kejap-kejap pi tandas, hujung-hujung mintak nota nak copy.
Baik kau ketuk je pintu bilik aku mintak pinjam notes gi fotostet.
Takyah aku buang masa bersiap bagai nak gi library.

Orang buat study group, dia pun nak buat.
Orang lain datang study group bersedia, dia datang dengan tak bawak apa, tak contribute apa-apa, hanya mintak diajar.
That's not study group la, itu namanya tusyen.

Bila aku cakap macam ni, mesti orang kata aku sombong kan?
Tapi macam aku tulis tadi, people dislike what they don't understand (and refuse to understand too).

Masa aku join sales (makan gaji), aku buat ramai kawan di kalangan sales people dari company-company lain dan customer.
Nak jadi budak sales ni kena create network, dah tentu takleh jadi pendiam.
Tapi, jangan jadi terlampau peramah.
Peramah yang aku maksudkan adalah bercakap takde isi.

Customer aku semuanya reseacher dan lecturer.
Dorang ada banyak keje lain dan projek untuk disiapkan so dorang takde masa nak bersembang dengan sembang yang takde isi melainkan kalau ajak jumpa lepas waktu pejabat.

Aku perasan ada sorang budak sales ni, asal aku datang situ, mesti terserempak dengan dia.
Maknanya dia lagi rajin dan lagi awal dari aku.
Tapi aku pelik, big-big deals tak pernah dapat kat dia padahal aku tau dia good instruments.

Until one day, ada tender/sebutharga nak release.
So this customer invite all vendor datang briefing.
Dalam briefing tu budak tu lah yang paling peramah, semua customer dia sembang beria-ia.
Nak main psikologi la ni konon.
Bila vendor lain nampak dia peramah dengan semua customer, keyakinan kitorang pun down 50%.
Konon lah.

Sekali dia tak dapat satu deal pun!

Masa aku hantar barang kat customer, aku nampak salah satu instument yang aku jangka budak tu akan menang, rupanya dapat kat company lain.
The customer beli instrument tu dengan brand lain.
Aku pelik gak, sebab brand budak tu quite famous jugak, dah banyak reference.
Rupanya tak menang sebab budak tu tak meyakinkan.
Customer tu cakap budak tu buat demo pun huru-hara, banyak soalan teknikal tak dapat jawab, so dorang taknak after sales service ke laut.

Tu salah satu contoh peramah yang tak menguntungkan.
Kita ni, agak-agak kalau cakap kita tu kosong, takyah la cakap. Diam lagi baik.
Sebab yang kau nak ajak bersembang tu semua intelligent people.
Most intelligent people are not interested in small talk that's why they not interact with people talking about pointless subjects.
Tapi kalau topik kau tu sparks their interest, haaa masa tu baru kau benar-benar jadi friend dorang.

Another thing yang maybe buatkan aku nampak sombong sebab aku banyak spend masa aku kat kerja and my work requires me to do a lot of research and reading.
Aku tak banyak buat kawan baru melainkan orang yang berada dalam line yang sama.
Dan dengan kawan-kawan inilah kadang aku bergurau, bermaki-makian to each other dan back to serious discussion.

Most people are interested in the people they talk to, tapi ada juga orang-orang yang more interested in the topic being discussed.
Aku salah sorang darinya.

Maknanya bila aku bersembang, aku suka go very deep and avoid small talk.
Maybe itulah punca-punca 'kesombongan' aku.

Bukan tak berminat lansung dengan cakap-cakap kosong ni, tapi aku ada banyak benda nak mikir.
Aku nak mikir pasal product reserach, at the same time nak menghafal hafazan lagi, so aku tend to prioritize life aku untuk what is most important.
Tapi kalau free time macam tengah bercuti tu boleh je nak sembang-sembang sikit.

My point is, jangan assume people sombong kalau kau sendiri takde effort nak kenal dia.
'Kenal' means kau sendiri tegur and kenal dia, bukan pandang-pandang gitu je, apetah lagi setakat dengar dari mulut orang.




Auwwww it's August u ollss!!
Hari ni sehingga 10 Ogos, kita celebrate Ogos dengan free gift untuk produk GreenAard.
Setiap pembelian RM90 dan ke atas dengan setiap pembelian harga normal (bukan pakej deal), akan dapat high quality grade mini perfume.
Bukan ori tapi high quality yang sama bau dengan ori dan tahan 2-3 hours.
Boleh la kan, buat sembur-sembur. Free kot.