2018-07-31

Dia bukan benci.


Rupanya ada yang kaitkan entry review "Pulang" dengan move-on.

To be fair to Thom, dia susah nak move-on kerana dia tak pasti status suami.
Samada masih hidup atau mati.
That's why dia susah nak move on.

Bezanya dengan kebanyakkan kita yang tak boleh move on ni, bukannya kes suami tak balik-balik, tapi dok teringat kat ex boifren yang dah ber-couple dengan orang lain.
Alahai, bodoh benar rasa.

Honestly, sejak dua entry tentang MOVE-ON yang lepas, sampai ke hari ni aku terima lagi luahan orang yang tak boleh move-on.
Dah habis ayat dah aku nak nasihat.

Wait!

Jangan kata aku tak pernah merasa, ok?

Kalau aku bagi pilihan, antara broke up dengan boifren dengan kena hentak dek boifren, kau nak mana satu?
Mana satu agak-agak yang sakit?

Ok fine, aku tak kena tinggal.
Aku yang tinggalkan dia.
Tapi kalau agak-agak kena hentak lagi senang nak move on dari kena tinggal, suruh la boifren ko hentak kau sekali-sekala tengok lama mana boleh pergi.

Aku nak move-on dari troma kena hentak ni pun punyalah lama, sampai dah ada anak pun masih termimpi-mimpi.
The thing is kita kena usaha.
Cubalah untuk move on.
Jangan duduk bersedih mengenang orang yang taknak kat kita.
Lagi teruk, jangan sengaja torture diri tengok balik gambar-gambar lama, baca balik whatsapp lama, pegi stalk pulak FB/IG Hamba Allah tu.

Ada sorang reader katanya dia bercinta dengan ofismate.
Takde jodoh, berpisah selepas setahun lebih bercinta.
Yang buat lagi sedih bila ex-boifren mohon untuk tukar department sebab taknak duduk satu ofis dengan dia.
Dia kata dulu ke mana-mana sama, now ni berselisih bahu masing-masing dah macam orang asing.
Say "Hi" pun tak.

"Kenapa dia benci sangat kat saya? Tak boleh ke berkawan macam biasa?"

Dik, itulah namanya MOVE -ON.
Ada sesetengah orang pilih untuk letakkan fullstop terus pada silaturrahim.
Kerana itu yang terbaik untuk dia buat masa ni.
Dia perlu satu perubahan yang agresif supaya boleh move-on lebih cepat.
Belum tentu dia benci, cuma dia taknak toleh belakang lagi.
Sebagaimana dia ikhlas berpisah dengan kita, macam tu jugak kita kena ikhlas melepaskan dia.
"Lepas" means biar dia lepas terus.
Bukan melepaskan hubungan semata-mata, tapi lepaskan terus kenangan, tak toleh belakang dah.

Orang yang 'nekad' macam ni, dia tak benci.
Cuma dia dah taknak berselisih, taknak bersapa-sapa, apetah lagi nak re-unite.
Kerana dia sedar tak bersama adalah jauh lebih baik.
Hati pun tak sakit.

Selalunya orang yang buat gini adalah orang yang kena tinggal.
Dek kerana kecewa dan sakit hati, dia pilih untuk jalan terus, taknak toleh-toleh dah.
Yang selalu nak 'anggap sebagai kawan biasa' adalah those yang meninggalkan (eh!).
Sebab tu kau tak rasa apa-apa sebab kau yang tinggalkan dia.
Pastu question pulak kenapa tak boleh je berkawan macam biasa.

Adoyai nye punnn.
Orang tu tengah bersedih.
Dia nak tenangkan jiwa.
Dah cukup bagus dia angkat kaki macam tu je.
Kalau dia hantar santau kat kau, boleh?

Tunggulah esok lusa kalau-kalau dia dah ada pengganti.
Masa tu insyallah dia boleh bertegur sapa balik dengan kita sebab hati dia dah terisi.
Time tu jangan pulak kita yang berbulu tengok dia berjaya ada pengganti kita.
Kadang-kadang ni pun masalah gak.
Sejenis yang dia tinggalkan orang takpe, bila orang yang ditinggalkan dah ada pengganti, terus jadi saiko.

Kapasiti hati kita ni sama macam kedalaman gelas.
Semakin kita isi air dalam gelas, semakin jernih gelas tu.
Samalah juga macam hati.
Sia-sia je penuhkan hati dengan kenangan lampau yang menyakitkan.
Kan bagus masukkan kenangan baru?

Orang cakap, sakit hati ni takde ubatnya.
Kalau macam tu, kenapa tak ikhlaskan je kepada sumber sakit hati tu, kan lagi senang?

Kalau cinta penyebab sakit, lepaskan.

Kalau seseorang yang jadi penyebab hati sakit, maafkan.

Tak perlu cepat-cepat, buat slow-slow.
Lepaskan satu-satu.

Nak terkenang-kenangkan orang yang sikit pun tak terkenangkan kita.
Nak terindu-rindukan orang yang takde masa nak rindukan kita.
Nak menangiskan someone yang dah bahagia dengan orang lain.
Tu semua beban tau tak!

Percayalah cakap aku, once kau lepaskan, kau akan jumpa tenang.
Masa tu nanti kau akan cakap "Kalaulah aku tau setenang ni, dari dulu aku lepaskan".

Serious, betul.

Kerana yang buatkan kita sakit adalah bila kita cuba nakkan someone yang kita tak boleh dapat.
Kalau kita berjaya dapat dia pun rasanya hati tetap takkan tenang sebab always rasa takut hilang dia.
Lebih baik pilih untuk tak memiliki.





Hari ni LAST DAY introductory price untuk GLOEI.
Esok no more RM123.
Kita start dengan harga asal, RM139.
Kalau nak grab last day offer, WHATSAPP SINI.