2018-08-02

Obses dengan orang yang dibenci


Some manusia lebih cenderung obses dengan orang yang dia benci.
At least, di zaman sekarang, macam tu lah yang aku nampak.
Lagi banyak hal yang dia meluat ada pada kau, lagi tekun dia follow.
Takde explanation yang jelas kenapa macam tu jadinya.

Kalau ikut aku punya lojik, once aku dah meluat dan menyampah kat someone, aku tak ambik tau dah hal dia.
Tapi to some people, lagi dia tak suka, lagi dia follow.
Lagi dia meluat, lagi dia stalk.

So here, aku come out with an explanation.
Untuk tak menkonfiuskan keadaan, let's label them as A (hater) dan B (yang kena stalk dek hater)

Boleh jadi A appreciate some particular qualities yang ada dalam diri B, yang mana qualities tu takde pada A.
That's why A start to hate B for his/her qualities.
Disebabkan A can't ignore B sebab B yang ada sesuatu yang A takde, kerana itulah A keep follow dan tanpa sedar akhirnya A jadi obses dengan B.

Lojik, kan?

Kiranya, dorang ni mahukan apa yang kau ada tapi dorang tak tau camana nak achieve that.
Bila dorang can't figure out kenapa dorang takde the qualities yang ada pada kau, they become very frustrated and angry.
Nak marah kat diri sendiri, malu.
Nak marah kat Allah, tak berani.
Jadi, dorang tranfer rasa marah tu pada kau.
Tu je cara dorang nak cope dengan frustration dan kekurangan pada diri.

Penyakit ni bukan penyakit baru.
Dari zaman tok kaduk dulu dah ada penyakit ni.
Cuma menjak ada media sosial ni semakin meluas penyakitnya.

Perasan tak, orang-orang yang banyak follower ni, once ada kes je, berderet maki hamun kat ruangan komen.
Sampaikan aku terpikir yang ramai-ramai follow dia beratus ribu selama ni memang betul-betul suka dia atau semuanya follow sebab tak suka dia?

But again, secara lojik akal, ada ke orang yang follow someone sebab tak suka?
Kegilaan apekah?

Atau maybe bila dorang tengok your popularity and lifestyle, dorang rasa kau tak layak dapat semua ni.
Especially kalau kau masih muda atau sama umur dengan dorang tapi kau lagi glemer, dan kaya.
Dorang rasa tak puas hati macamana kau boleh dapat semua benda ni.

Inilah spesis cetek otak.
Dorang menilai dari surface je.

Apa kau ingat orang tu dapat semua ni sekelip mata?

Kau taknak tanya kerja keras dan how they bersengkang mata behind the scenes?

Pergilah tanya apa yang dah dorang korbankan untuk sampai ke tahap ni.

Time kau membuta, dorang masih lagi siapkan kerja.
Time kau terbahak-bahak gelak membawang dengan member, dia dok berhempas-pulas siapkan kertas kerja.
Time kau mentekedarah dengan tenang kat rumah, dia masih di pejabat meeting sambil kunyah serdak biskut.

Kau tak tau apa yang dorang dah lalui sebab dorang tak tunjuk.
Yang kau nampak cuma hasil saja.

Tapi, honestly aku envy satu kualiti yang ada pada spesis ni.

Aku envy how they dedicate their time untuk kerja-kerja khidmat masyarakat.
Dorang ada terlalu banyak free time untuk stalk orang dan gigih pulak dig history orang tu and they do that for free!
Kalaulah aku ada masa sebanyak tu sure sehari aku boleh baca 34 jurnal.

Kenapa aku tulis entry ni?

Nope, bukan sebab aku kena attack dengan mana-mana.
Takde sape attack aku.

Ini sebenarnya adalah respond kepada satu email dari ex-hater yang dah selamat menjadi follower yang murni (hahahaha).
This lady confess that for so many years dia benci aku for no solid reason, yet, dia tak pernah skip satu pun entry blog aku.
Slowly, dia jadi suka pulak.

Sorry dia tak kasik reveal email sebab dalam email tu ada beberapa nama yang dia letak, yang aku kenal (haaaa, takut tak?).
Dia cuma mintak aku ulas tentang isu haters ni, hence the post.

Entahlah kan.
Kalau aku, once aku tak suka, memang aku takkan ambik tau dah, and I don't care dah pun apa kau nak buat.
Bila that someone aku dah tak peduli bermakna that someone dah jadi nobody to me.
Dia dah takde power dah kat aku.
Dan aku tak rasa tergugat dengan apa pun yang dia buat.

Jadi, kalau kau kata benci tapi masih lagi ambik tau that person's whereabouts, aku tak rasa kau benci.
Kau sebenarnya suka dan kisahkan that person.
In other words, kau merelakan diri kau 'di-kontrol' oleh that person.
Sikit-sikit kau nak compare diri kau dengan dia.
Sikit-sikit kau nak check antara kau dengan dia siapa lagi ok.
Kejap-kejap kau check apa dia buat.
Kau dah mendedikasikan hidup kau untuk dia.

Come on.....free yourself!
Penat tau buat keje gini.
Sedangkan kau boleh pilih untuk block je terus orang tu kalau betul kau benci.
Masalahnya kau taknak block, sebab....?

Sebab kau suka apa yang dia ada.
Cuma kau berharap tempat dia dapat kat kau.




Korang yang minat bakery atau memang baker, aku recommend please join this class.
Ini cousin aku yang Pastry Chef kat Sydney.
20 years of experience jadi Pastry Chef di hotel in London, Singapore and Sydney.
Ni spesis dessert taraf-taraf hotel.
Dia akan ajar bukan saja cara buat tapi decorate sekali.
Pakej lengkap!
Kalau korang nak bake another level, haaa, inilah orangnya korang kena berguru.
Nak tengok yuran kelas, apa jenis dessert yang korang akan blaja, KLIK SINI.