2018-08-06

Jatuh susah.


Kelmarin time nak tido En Wan tanya aku :

Part 1

En Wan : Kalau abang susah, Di nak tak kat abang?

Aku : Tak.

Senyap.

Pastu dia tanya lagi.

Part 2

En Wan : Kalau tiba-tiba abang jatuh susah, Di stay tak?

Aku : Tak.

Pastu terus dia tak tanya-tanya dah.

Kalau tanya soalan ringkas, aku jawab pun ringkas la kan.
Kalau expect orang jawab "yes", maka soalan tu biar jelas.

Aku pernah sembang-sembang dengan En Wan bab calon isteri.
Aku kata ada some kawan-kawan aku tak kisah pun bakal isteri blaja tinggi ke tak, kerja besar ke tak, yang penting baik.
Then aku tanya pernah tak dia terfikir nak cari calon isteri macam tu.

Dia kata "Tak. Abang dari awal dah plan bakal isteri mesti blaja tinggi, bijak dan bekerja".

Ok now aku nak explain isu tadi.

Ce fikir.
Kalau lelaki boleh pilih kriteria bakal isteri, apa masalahnya perempuan nak pilih kriteria bakal suami pulak?
Orang perempuan pun ada gak taste.

Jadi, bila En Wan tanya if aku boleh accept dia atau tak in case dia susah, memang jawapannya tak lah.

Oh pandai.
Kau set kau punya kriteria boleh, abis aku ni nak suruh terima lelaki seadanya? No way!
Aku pun ada gak kriteria yang aku nak.
Mana boleh main sebat je asalkan kawen.
Ingat kawen ni takat 2-3 bulan ke.
Kalau boleh nak sampai hujung nyawa, mestilah pilih-pilih gak.
Mana boleh terima buta-buta je.

Macam ustaz aku ada cakap, "Memang betul seseorang boleh berubah. Tapi kan lebih bagus kalau kita selidik dulu akhlaknya, agamanya, solatnya. Kalau solat pun ke laut, kan lebih baik uruskan solat dulu sebelum nikah?"

Ada betulnya apa ustaz cakap.
Kita semua bertanggungjawab memilih teman hidup.
Kalau dah susah, uruskan apa yang patut dulu.
Mesti ada usaha nak senangkan anak orang.
Mana boleh mintak anak orang terima kita seadanya.
Nanti kita take her for granted.

Sama lah macam kes berhutang.
Pinjam duit orang takde ikhtiar pun nak membayar.
Asik mintak orang consider keadaan dia je kejenya.
Ujung-ujung mintak halal. Cantek muka kau?

Aku dengan En Wan pun start dengan bersusah-susah jugak, bukan terus-terus dah selesa.
Tapi maksud "susah" yang aku nak cakap ni bukanlah susah yang kita semua alami awal-awal membina hidup rumahtangga.
Yang aku nak cakap ni adalah susah yang disebabkan oleh sifat pemalas diri sendiri.
Dah tau susah, taknak kerja.
Ada kerja, buat sambil lewa pulak.
Alih-alih bini sorang bekerja, yang dia duduk rumah ayun telur 24 jam.
Rumah pun tak reti nak kemas, nak mencekik perut sendiri pun tunggu bini siapkan.
Spender sendiri pun tak reti lipat.
Jenis ni mati lagi bagus. Hidup lama pun tak mendatangkan pekdah.

Ramai serkap jarang bila pompuan tinggalkan boifren untuk ke lelaki yang lebih kaya.
Tuduh pompuan mata duitan, materialistik.
Abis dah kalau kau takde plan untuk masa depan, apa hak kau nak mintak dia stay?
Kalau ada lelaki yang lebih baik nak kat dia, why not?

Yang kau pun kenapa mati-mati nak kat dia gak.
Apesal taknak orang lain?
Kalau betul kau tak memilih dan terima seadanya, dah lama kau mintak mak kau pinangkan sesape je.
Tapi tak, kan?
Sebab kau pun taste kemain lagi.
So, adil ke bila kau boleh pasang kriteria calon bini tapi perempuan takleh pasang kriteria dia pulak?

Lebih 20 tahun lepas (kalau tak salah aku), ada sorang artis perempuan ni katanya refuse to accept pakwe dia sebab nak terima lamaran sorang ahli perniagaan yang jauh beza usia.
Ahli perniagaan tu kalau tengok paras rupa memang out lah.
Jauh beza denggan boifren artis ni.
Kalau nak kata sepadan dengan artis ni, memang sekali imbas tak sepadan lansung.
Tapi dorang kawen jugak.

Masa aku matrik (or maybe skolah menengah), terserempak dengan artis ni and her husband kat Sungei Wang tengah shopping.
Memang cun gila artis ni rupanya in real life.
Dengan putihnya, dengan bergayanya, dengan cantiknya - tengah pilih handbag.
Kat belakang dia ada beberapa orang (rasanya bodyguard) and the husband.

Terus aku teringat kat statement artis tu dalam paper "Saya pilih dia (suami) kerana saya perlu memikirkan masa depan saya juga".

Makcik-makcik bawang pun mulalah buat statement "betul la tu, kawen lelaki kaya senang kau perabis duit orang tu kan? Takyah keje, duduk rumah jadi mem".

Tapi lojik kot apa artis tu kata.
Dia hanya artis, tak blaja tinggi (atau mungkin takde peluang untuk sambung blaja).
Belakon ni nasib-nasib je, sampai satu masa orang taknak tengok kau dah.
Waktu tu kita pun dah berusia, anak dah membesar, banyak duit nak pakai.
Jadi, bila dia kata dia memikirkan masa depan, tak semestinya dia pikir nak hidup mewah sorang-sorang.
Dia memikirkan nasib anak-anak dan mak bapak dia.
Boleh jadi dia ada tanggungan lain waktu tu, entah adik-adik masih bersekolah ke apa ke.

Alhamdulillah artis ni kekal dengan suami dia sampai akhir hayat.
Walaupun jalan cerita dia berjumpa jodoh tu mendatangkan macam-macam kecaman, kalau dah namanya jodoh, tetap jodoh.

Masa aku accept En Wan dulu pun gitulah ceritanya.
Orang buat andaian aku tinggalkan ex-bf sebab nak lelaki kaya, yang lagi pandai, yang lagi better look, yang ada masa depan lebih cerah.
Padahal ada sebab lain aku aku tinggalkan ex-bf.
Kebetulan pulak lelaki yang aku pilih tu serba-serbi better dari ex-bf, lagilah mengundang kecaman kan.
Nampak benor la aku yang jahat.
But come to think of it, siapa yang nak cari pasangan yang takde masa depan?

Ok sambung Part 2 pulak.

Yang Part 2 ni tricky sikit sebab soalan En Wan "Kalau dia jatuh susah...".

Jatuh susah kat sini ada banyak maksud.
Kalau maksud "jatuh susah" tu adalah disebabkan majikan bankrup lalu dia hilang kerja, ok itu something yang kita tak boleh elakkan sebab kita hanya makan gaji.
Tapi, kalau lepas tu kau takde plan nak buat/cari keje lain, ok yang ni namanya sengaja cari susah.
Ada hati nak suruh aku stay? No way.

Ya, aku tau nampak macam keji nau perangai nak tinggalkan laki bila laki jatuh susah.

Look.

Bagi aku, bila kita dah hidup bersama dan ada anak, priority dah letak kat anak, bukan lagi kat diri sendiri.
Zaman kita hidup senang bergaya-gaya ni dah berlalu dah, now is zaman untuk anak pulak.
Aku dah takde masa nak semakkan otak pikir masalah suami yang taknak kerja, taknak accept jawatan rendah dan gaji murah semata-mata jaga ego.
Apetah lagi lelaki yang mampu untuk kerja tapi memilih untuk jadi stay-at-home-father uruskan anak-anak manakala isteri sorang-sorang cari rezeki.
Yang ni lagi aku takleh brain.

Like, helooo...???

Walaupun kau baik hati sebab tolong jaga anak, ambikkan anak pegi balik skolah, tolong masak, tetap tak menjadikan kau lelaki yang bertanggungjawab bila kau biarkan bini kau sorang cari duit.
Mana tanggungjawab kau sebagai suami yang perlu sediakan tempat tinggal, makan, pakai dan nafkah.
Ni ke namanya kepala keluarga?
Apa ingat ni barter system ke.

Ada sorang kawan aku yang terpaksa berenti kerja sebab berpindah.
Masa tu dia dah ada anak.
Isteri dapat kerja lain, dia masih belum.
Tapi dengan education background yang dia ada, dia create seminar and talk.
Panjat bulding sana sini untuk offer seminar and workshop.
Untung tak banyak mana, tapi ada.
Dan dengan duit itu dia top-up apa-apa yang patut dalam rumahtangga.
Dia tak duduk sesaje harap duit gaji bini.
Walaupun apa yang dia dapat tak banyak, tapi dia tetap jalankan tanggungjawab bagi nafkah.
Last-last rezeki dia bertambah dan terus bertambah sampai sekarang.
Ini cerita kawan aku, Sang Nila Utama.

Allah dah janji rezeki tu dah ada, tapi tak semua rezeki kita tercampak depan mata everyday.
Ada yang kita kena ikhtiar.
Dapat tak dapat lain cerita sebab Allah nilai dari segi usaha kerana usaha itu ibadah, bukan dari banyak mana kita dapat.
Banyak tak banyak tu Dia dah set awal-awal lagi.
Semua orang akan dapat rezeki yang tak terduga, tapi rezeki yang tak terduga ni mungkin akan sampai lagi 15 tahun.
Habis, sepanjang 15 tahun ni takkan kau nak melanguk je, betul tak?

Mesti usaha cari duit.
Ini bukan soal gaji rendah atau gaji lagi tinggi dari isteri, tapi ikhtiar.
Kalau aku, bab duit ni aku tak kisah sangat.
Tak contribute sama banyak pun takpe, aku contribute lebih pun boleh.
Asalkan sama-sama contribute.
Ni tak, dah tau punca jadi susah adalah kerana kau malas cari kerja, sorry kalau aku, aku angkat kaki, jalan.

Bila usia dah menganjak 40an, aku mengharapkan hidup yang stabil.
Usia macam ni kalau boleh aku dah taknak fokus sangat pada urusan dunia like zaman muda-muda dulu.
Dulu zaman berhempas-pulas, keluar gelap balik gelap.
Now no more new loans, fokus untuk settlekan hutang-hutang yang masih berbaki dan just jalani apa yang dah ada je.
Bukan zamannya untuk hidup backwards and start all over again.

Betul, hidup dalam alam perkahwinan kena sama-sama bersiap-sedia untuk apa saja kemungkinan.
Siap-sedia untuk menerima kelebihan dan kekurangan.
Tapi MALAS tetap takde tolak-ansur.
Sebab "malas" adalah sejenis penyakit.
Duduk dengan orang malas ni kau jadi extra penat tau.
Bukan hanya penat sorang-sorang bekerja tapi vibe negatif dorang tu sangat kuat.
Kau akan jadi stress dan cepat marah bila duduk dengan orang malas.
Lama-lama energy kau drain.

Lagi satu jenis "jatuh susah" adalah bila kau susah disebabkan kebodohan diri sendiri buat hutang, buat new loans, pinjam ah long, cagar situ sini, pastu takleh bayar balik.
And you expect me to stay demi cinta? Jangan haraplah.
This is not susah-senang bersama.
This is kau senang sorang tapi bila susah aku kena sama-sama tanggung.

Ramai isteri-isteri yang kena hadap benda-benda macam ni.
Suami buat perangai, tapi bab susah, kena sama-sama tanggung.
Dek kerana nak jadi isteri mithali, tanggungla jugak masalah tu sampai tali bra dah lunyai pun tak mampu ganti.

"Bagi wanita berhak mendapatkan perlakuan ma'ruf, sebagaimana ia wajib memperlakukan suaminya dengan ma'ruf " (Al-Baqarah 228).

Perintah kat sini supaya isteri tak mengecewakan suami dan suami tak buat sesuka hati kat isteri.

Nak jadi mithali tak perlu sampai jadi bodoh. Ikutlah dengan ilmu.




Ramai tanya guideline nak dapatkan diskaun kalau beli kat website.
Ok ni caranya.
Pastikan bila dapat one-time kod diskaun tu copy and paste.
Kalau tak, dia takkan detect diskaun.