Sabtu lepas, waktu malam.
En Wan ajak try satu restoran baru kat Putra Heights, restoran tomyam.
Restoran baru, memang tak ramai orang.
Tapi malam kitorang datang tu, memang takde orang lansung.
Tapi takpelah, kalau tak try mana nak tau best ke tak best, ye tak.
Dari segi cantik, memang cantik.
Cantik kat sini bermaksud kemas.
Restoran baru katakan, segalanya masih cantik.
Kedai cantik.
Kerusi meja cantik.
Susunan cantik.
Baju pekerja cantik.
Menu book cantik.
Sink cantik.
Hiasan cantik.
Lantai cantik.
Parking pun cantik (sebab waktu malam ofis tutup so banyaklah parking-nya).
Dari segi cantik, memang A.
Agaknya sebab takde orang, service pun cepat.
Ambik order cepat, order sampai pun cepat.
Dari segi ni pun A.
Tomyam boleh tahan sedap.
Kuah tak cair, rasa masam ada, rasa pedas ada.
Aku mintak seafood tomyam.
Lengkap dengan lala, sotong, udang, isi ikan and ketam!
Aku mintak telur bistik jugak.
Pun sedap, cuma sikit sangat ayam/daging dalam bistik tu.
Tapi overall menjadi la rasa bistik tu.
Aku minta jugak sotong goreng tepung.
Bab sotong goreng tepung selalu aku dapat yang salah.
Aku expect sotong goreng tepung yang bersalut tu.
Kalau pi utara, selalunya sotong goreng tepung dorang yang menepati selera aku.
Tapi kalau belah-belah sini punya sotong goreng telur selalunya yang sampai - tepung yang berintikan sotong.
Tepung besar penumbuk, sotong besar hujung jari kelingking je.
Itulah yang terjadi kat restoran ni.
Dalam menu tulis "Sotong Goreng Tepung (tepung tempura)".
Berkali-kali aku tanya betul ke sotong ni dengan tepung tempura?
Dia angguk ya ya ya.
Sekali yang datang tepung berinti sotong.
Padahal dia yang tulis tepung tempura, jadi secara lojiknya, akan jadi macam udang tempura la kan, udang bersalut tepung.
Aku expect sotong tu jadi macam tu.
Terus turun 20% mood aku.
Tapi takpela, kedai cantik, order cepat sampai, 2 lauk lagi pun ok.
Jadi aku takdelah mati selera sangat.
Tiba-tiba mood aku terus hilang serta-merta.
Nak tau sebab apa?
Ada kucing masuk restorannnnnnnnnn!!!!!
Allah, inilah yang paling aku alergik sekali.
Aku ni penakut kucing tapi takde la sampai ada ailurophobia.
Cuma lebih kepada geli.
Tu pasal aku memilih sikit kalau bab tempat makan.
Bukan aku tak suka makan kat warung, tapi selalunya kat warung kucing bersepah-sepah, itu sebenarnya yang aku tak boleh.
Terus aku mintak kunci kereta, masuk kereta, tinggalkan En Wan makan sorang-sorang.
Gitulah aku kalau dah givap dengan kucing.
Laki aku pun aku tinggalkan.
Rela aku berlapar, balik rumah makan maggi, daripada aku makan tapi kejap-kejap tertoleh-toleh nak tengok kucing tu ada kat mana.
Ni aku nak cakap kat mana-mana tuan kedai.
Macamana sayang pun tuan kedai dengan kucing, tolonglah jangan biarkan kucing berkeliaran dalam kedai mengganggu pengunjung.
Ya, aku tau kucing tu lalu-lalang je, bukan cakar orang.
Tapi bagi seorang pentakut kucing macam aku ni, bunyi kucing pun dah satu gangguan.
Kalau yang suka tu mungkin tak kisah kucing lalu bawah meja bergesel-gesel kat kaki.
Kena kat yang fobia kucing silap-silap boleh bukak silat atas meja makan.
Jadi, sebelum ada meja yang patah dikarate, pastikan kedai makan kau bebas kucing.
Benda ni bukan tak pernah jadi kat aku.
Aku melompat sampai terbalik kerusi pun pernah.
Aku melompat sampai air sirap aku terbalik masuk dalam pinggan En Wan pun pernah.
Aku menjerit sambil terajang kerusi pun pernah.
Tinggal terajang orang je belum ni.
Pernah ada satu kali tu aku makan kat warung.
Aku nampak dah ada kucing kat meja hujung.
Tapi aku cuba cool-kan diri.
Lagipun aku teringin sangat nak makan roti canai melayu waktu tu, so aku beranikan diri jugaklah.
Tak sampai 30 saat, tup-tup kucing yang kat hujung tadi dah ada sebelah aku siap berdiri dengan 2 tangan dia dah cecah peha aku.
Kau rasa?
Tanyalah En Wan berapa desibel aku punya pekik.
Siap dengan pakej terajang kerusi aku bagi.
Satu warung toleh kat aku.
Givap aku nak order.
Terus masuk kereta.
Laki aku dengan Redza rilek je sambung lepak situ siap bedal roti kosong 2 keping sorang macamkan kejadian tu berlaku kat meja orang sebelah.
Kucing ni kalau dia kenyang, dia takkan ganggu kita (pengunjung).
So, buatlah something untuk bagi dorang kenyang sebelum kedai dibukak.
Atau selepas kedai bukak pun, carilah jalan bagi dorang kenyang.
Ni tak, dah nampak kucing berkeliaran masuk dalam kedai boleh lagi buat dek.
Siap dimeow-meow-kan lagi kucing itu. Eh kau ni.
Hari ni last Birthday Offer.
Cukuplah 2 hari kan.
Jadi, yang tak sempat beli semalam, sempat lagi nak beli hari ni.
WHATSAPP 1 (Intan) - 9am to 9pm
WHATSAPP 2 (Syiema) - 9am to 5pm