2018-08-17

41


Selamat menempuh umur 41 tahun, Diana!

Umur 14 tahun takde celebration, dah cecah 41 baru nak celebrate bagai.

Kali ni celebration start on 13th August.
Semuanya idea En Wan.
Ahad lepas aku dah pasang niat nak puasa 1 Zulhijjah.
Sebab aku tau anytime next week aku dah tak boleh solat, jadi sementara ada masa ni dapat 1-2 hari puasa jadiklah, kan.
Sekali malam tu dia tanya "Di puasa ke esok?"

"Puasa, nape?"

Dia cakap "Takyah puasa lah, abang nak ajak Di makan. Selasa dah start Founder's Birthday promo, takut busy. Kita celebrate besday Di esok je lah".

Dalam hati aku terpikir, dah kenapa kalau aku nak puasa pun?
Sah-sah esok (Isnin) belum birthday aku, apa salahnya celebrate time bukak puasa.
Lagipun selama ni memang celebrate time dinner.
Oh agaknya kali ni dia buat reservation makan lunch sekali dengan budak-budak opis.
So ok lah, tak jadi puasa.

Kebetulan pulak Ahad tu Rayyan demam.
Jadi Isnin (esoknya) aku taknak pi opis.
Aku nak monitor Rayyan kat rumah je.

Isnin tu aku tunggu sampai pukul 12 dia tak balik-balik.
Busy nau agaknya kat opis prepare untuk promo.
Aku pun terus masak tomyam.
Dah bagi Rayyan makan segala, dia pun balik.
Aku tak siap apa pun lagi.
Nampak dia keluarkan beg baju and pack baju.

"Kita nak pi mana ni?"

Dia kata "Ada la...dekat-dekat je".



Memang dekat sungguh pun, kat Sunway Resort je.
Alahaiii, dia punya warning tak kasik aku puasa tu aku ingatkan nak bawak aku pi Penang ke, Langkawi ke.
Kalau sepelaung gini, baik berangkat lepas bukak puasa pun takpe.
Tapi takpelah kan, dah dia nak ajak, ikut je la.

Waktu bunga ni sampai, kitorang memang kat lobby.
Aku tengah tunggu dia check in, sekali datang sorang budak perempuan.
Aku ingatkan reader datang nak mintak otograf. Siap bawak bunga bagai. Kahkahkah. [kau ingat kau Diana Danielle?].
Aku tengok En Wan kat depan front office dah tersenyum-senyum.
Bangga la tu surprise menjadik.



Mula-mula aku bajet, petang karang mesti dia balik ambik anak dia datang sini.
Macam last time, lepak Majestic KL.
Tau-tau je malam ambik anak-anak kat rumah datang tido hotel.
Dia ni memang tak boleh jauh dari anak-anak dia.

This time mula-mula dia dah cadang, kalau rasa-rasa rindu kat Rayyan, dekat je kalau nak ambik.
Tapi bila bukak langsir rupanya bilik ni betul-betul facing Sunway Lagoon, terus kensel plan.
Takleh jadi ni kalau bawak Rayyan, tak aman hidup aku kejap-kejap dia ajak masuk sana.
Dah, tak payah.
Tunggu abang dia balik sok baru kita pegi.

Aku ni nama je duduk Subang Jaya.
Orang kata kalau nak pi Sunway Lagoon tetiap hari tu boleh sangat.
Tapi, 5 tahun pun tak sekali masuk dalam ni.
First aku masuk sini masa dating dengan En Wan zaman bercinta dulu, mandi bersama you olss. Kahkahkah.
Last aku datang tak ingat bila tapi dah ada Redza time tu. Rayyan je belum masuk dalam ni lagi.
Ni kira macam pengganti Mimaland.
Dulu Mimaland la paling gempak sekali.
Harap-harap Sunway Lagoon ni panjang la sikit umurnya, jangan jadi macam Mimaland.



Dah tua-tua masih lagi dapat hadiah bear, rasa tebiat sangat. 



Bagi kotak canggih sangat, bini dah lah spesis blur. Nak bukak pun tak reti.
Rupanya dalam tu ada cokelat favourite.
Baru bercadang-cadang nak kirim kat Redza balik nanti, dah dapat ni tak jadilah jawabnya.

Lepas kelebet-kelebet bunga, En Wan ajak gi cari bedak aku kat Sunway Piramid.
Patut la last weekend tu aku ajak pi beli bedak aku kat sana dia buat dek.
Rupanya dia dah plan nak lepak Sunway.




En Wan ajak masuk Bubba Gump.
Ni first time masuk walaupun dah banyak kali aku mintak nak masuk sini.



Dua-dua air ni sedap.



Lamb sedap, tapi gravy tak berapa sedap.
So aku makan lamb gitu je tanpa gravy.
Takpe, sebab lamb dia dah marinate sedap sangat.
Mashed potato pun sedap.
Dengan kulit-kulitnya sekali dia mash.



Portion lamb grill ni quite banyak jugak la, aku share dengan En Wan baru boleh habis.



Appetizer aku pilih mac and cheese with shrimp.
Ini sedap melampau.
The best mac and cheese aku pernah rasa so far.
Lain kali order bendalah ni je pun dah ok. Puas hati!



Ko tengok betapa tak kedekutnya dia dengan cheese.
Yang dalam tu dah tentu-tentu la bergelumang dengan cheese.
Yang atas tu pun dia tabur punyalah banyak.
Kenyang babat-babat aku jumpa kawan-kawan baru.
Udang pun banyak dalam tu.
Asal aku cedok mac je mesti ada udang sekali.



Ini pun sedap.
Udang yang disumbat dalam crab ball, kau rasa??



Cuma aku rasa tak sesuai sangat pair dengan nasi.
Sebab aku tak boleh telan nasik with cheese.
Isi ketam tu dia campur dengan cheese and carrot.
Kalau gaul dengan nasik macam tak kena.
Memang that day kitorang tak sentuh pun nasi tu, makan the ball je.



Muka pun dah jadi pat persegi lepas melantak cheese, jom lah kita pulang.
Dalam ni ada souvenier corner untuk beli merchandize Bubba Gump.



Hari tu kat dalam restoran cuma ada 2 couple je, kitorang and sorang chinese couple.
Maybe sebab weekdays and office hour.
Kalau weekend rasanya padat.
So kalau nak makan bertenang-tenang, sila datang on weekdays dan bukan lunch hour.



Padahal tengah celebrate birthday sendiri, tapi bila masuk sini aku boleh lupa nak redeem birthday offer aku.
Nasib baik sales tu bagitau, kalau tak rugi 10%.
Korang yang ada akaun dengan GreenAard ni tau tak korang boleh dapat 100 points free untuk birthday month?
On top of that korang dapat beli harga GreenAard dengan harga booth price?
Tak tau kan? Haa...tu la sape suruh tak follow FB GreenAard.



Bila duduk rumah terasa nak lepak hotel, berehat.
Bila dah duduk hotel terasa panjang nau pulak masa sampai tak tau nak buat apa.
Jadi kitorang tengok movie.
Itupun tak tau nak tengok apa sebab En Wan nak save cerita best-best untuk tengok dengan Redza nanti.
Dengan aku tengok citer bodoh-bodoh je. 
Kitorang pilih The First Purge.
Dengar cerita The Purge tahun 2013 tu jauh lagi best.

The Purge kali ni tak sedap mana pun.
Thrill memang thrill tapi entahlah, tak sedap mana pun.
Maybe takde Ethan Hawke kot tu pasal kureng sikit keterujaannya.
Yang 2013 punya ada Ethan.

En Wan dah ada banyak movie dalam list nak tengok dengan anak bujang dia.
Ni Redza dah sampai rumah, jawabnya seminggu ni aku tak laku la.
Tengok movie dengan anak, lepak mamak pun dengan anak.
Agaknya tu pasal dia layan aku kaw-kaw sebelum Redza balik, investment lah agaknya so that aku tak kacau time dia nak melepak dengan anak.



Habis tengok movie, lepak mamak.
Padahal takde la lapar mana pun tapi saje.
Kalau terlampau banyak free time gini la jadiknya.
Tu pasal orang kata keep yourself busy, kalau tak tau apa nak buat ujung-ujung mentekedarah je kejenya.



Bahagia nau rasanya sesekali dapat melepak sampai malam-malam gini.
Walaupun melepak kat mamak je.



Kiri : Birthday tahun lepas.
Kanan : Birthday tahun ni.

Sama je baju aku pakai rupanya, baru perasan.
Nampak nau wardrobe takde baju baru. 

Seronok betul breakfast buffet Sunway Resort.
Dari satu hujung ke satu hujung penuh dengan makanan yang sedap-sedap.
Kalau roti ni ya ampunnnn macam-macam jenis.
Rasa macam nak makan semua.

Kebanyakkan food dia middle east sebab hotel ni Arab yang punya dah tentu dia lebihkan makanan untuk orang-orang dia.
Yang stay sana pun puak-puak dia jugak.
Tapi walaupun macam tu, food dorang sedap.
Puas hati bayar buffet macam ni.



First round.
Yang daging cincang with peas tu, aku lupa nama dia.
Ingatkan beef rupanya kambing!
Best gila pagi-pagi breakfast kambing.
Yang macam mihun ni sebenarnya bukan mihun Malaysia, tapi mihum style Arab.
Rasa manis-manis sikit.
Tak berapa boleh layan, tapi habis gak aku makan.
Aku ni apa ajelah yang tak sedap.



2nd round.
Bermacam jenis roti.
Tu pun banyak lagi yang aku tak ambik.
Ada manakish chicken, manakish olive, manakish cheese, and lebanese bread makan dengan cheddar.



Disudahi dengan cheese omelette with yogurt and yakult.
Cukuplah 3 round.
Kalau ikut hati aku, aku nak ambik makanan lain lagi tapi En Wan nak sambung buat keje dalam bilik.



Dia ni kau campak la kat mana-mana pun, mesti cari nasik jugak.


Lepas makan, kitorang balik ke bilik dulu.
Masing-masing bukak laptop buat kerja.
Aku cakap kat En Wan aku taknak masuk opis hari ni, birthday aku kan, aku nak cuti.
Dia cakap ok tapi nak singgah opis kejap ambik barang sebab dia pun nak buat keje kat rumah je.

Masa keluar dari hotel nak balik ke opis, dia tanya "Kalau lalu jalan sini agaknya jem tak?"

Aku cakap jem apa sangatlah Subang Jaya ni, standard la kalau orang keluar lunch.
Tapi masa tu belum pukul 12 pun lagi, takde jem mana pun.
Lagipun macamlah Sunway dengan opis tu jauh sangat, kejap je dah sampai, nak kejarkan apa ntah.
Tapi aku perasan hari tu dia macam-macam tergesa-gesa je bawak kereta.
Lepas tu henfon kat tangan tak lepas.
Aku cakap "Yang nak kejap-kejap tengok henfon tu kenapa. Cuba letak and fokus kat jalan je. Nak cepat sampai tapi sibuk nak tengok henfon, bila nak sampainya?"

[Wah, dah berani sound dah time ni, maklumlah dah dapat surprise birthday takyah nak bersabar-sabar lagi. Investment sudah berakhir. Hahaha].

Sampai kat parking opis, dia naik atas ambik barang jap, aku tunggu dalam kereta.
Kejap lepas tu dia turun, "Di naik kejaplah, abang nak settle keje kejap. Karang lama sangat tunggu dalam kereta. Dalam setengah jam".

Takpelah kalau macam tu, aku naik la kejap, bawak laptop sekali.

Sampai depan opis aku pelik apesal pintu opis ni bertutup?
Awal nau budak-budak ni ambik lunch break.
Pulak tu takkan takde sape tinggal kat opis.
Selama ni memang dah bagitau tak boleh keluar lunch serentak, at least mesti ada sorang jaga opis sebab waktu lunch hour ada orang walk-in beli barang.

En Wan reply "Dorang pegi makan lah agaknya tu..."
Cool je dia jawab.
Again, satu kepelikkan sebab laki aku ni sejenis bos Jepun-style.
Dia takde de ambik mudah undang-undang yang dia create.
Selalunya dia la yang paling hangin kalau opis takde orang jaga time lunch.




Rupanya semua berpakat nak buat surprise kat aku.
Mastermindnya laki aku la sape lagi kan.
Patut la bawak kereta macam pelesit, rupanya staff dah bagi cue semua orang dah sampai, makanan semua dah ready.
Siap berkomplot dengan Mak Aji and Pak Aji.

Patut la Isnin lepas staff aku call "Akak ada order apa-apa tak dari Pos Laju, kalau takde, kami nak keluar kejap. Takut nanti Pos Laju sampai takde orang kat opis".

Masa tu aku dah tergerak nak tanya "Kenapa semua nak keluar serentak?"

Tapi tak terkeluar pulak dari mulut.
Mood tengah baik baru sampai hotel waktu tu, so tak kuasa aku nak tanya macam-macam.
Rupanya, hari Isnin tu lagi budak-budak ni dah keluar pi beli barang untuk prepare birthday surprise ni.
Patut la En Wan cool semacam je bila aku tanya pasal staff.
Pasni aku tau dah, kalau tetiba dia cool je bila melibatkan hal-hal opis, tu mesti ada agenda tersembunyi.

Apa-apa pun memang menjadi surprise ni.
Aku pun tak tau masa bila En Wan prepare semua benda ni.
Padahal hari-hari aku ada dengan dia.
Ni yang aku cuak ni kalau jenis yang senyap-senyap buat planning.
Karang tau-tau je company aku dah bertukar tangan. Kahkahkah.



Masalahnya, pandai pulak dia order kek bagai.
Order kat kawan aku pulak tu.
Yang kawan aku pun rilekkkk je bersekongkol tanpa rasa bersalah.
Kalau nak order kek ni, boleh order kat Aisyah 019-2812880.
Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa ada seketul Nutella atas tu, sebabnya, nama kek ni Red Velvet Nutella Cake.



Sebelum potong kek, hambik gamba kek dulu.
Itu rule pertama.



Yang best tu, mak bapak aku pun sama naik berkomplot dengan menantu.
Ntah bila masa En Wan contact mak bapak aku ajak datang opis ntah.
Patut la masa aku keluar dari hotel Mak Aji call aku tanya aku kat mana.

Mak Aji : Kau kat mana ni.

Aku : Baru keluar hotel, nak balik opis, kenapa.

Mak Aji : Takde la, tanya je.

Pastu dah, dia letak phone.
La, call aku tanya itu je ke?
Rupanya dia dah standby kat opis waktu ni.



Bukan just kek, tapi En Wan siap order tauhu bergedil and mee bandung feveret aku!
Tak sia-sia aku berbuat baik dan banyak bersabar terhadap beliau di bulan Ogos.
Sabar itu indah. 



Masuk bilik, atas meja ada Ferrero Roche.
Ni dah sah dari mak bapak aku.
Tetiap tahun memang tak pernah missed belikan aku cokelat feveret aku ni.



Alhamdulillah, di usia 41, Allah masih panjangkan usia mak bapak dan mak mertua untuk sambut hari jadi sama-sama.
Yang atas riba aku tu dah macam Ju-On pulak.

Terima kasih kat semuaaaaaaaaaaaaaaa yang wish sejak Isnin lepas.
Terima kasih yang mendoakan.
Semua doa yang baik insyallah akan kembali kepada korang juga.






New agen.
Kalau kawasan berhampiran Jengka nak COD dengan this agen, please call her, ok?