Bukan salah pregnant.
Tapi memang dah sampai waktunya untuk ujian itu datang.
Bagi kita yang serba-serbi tak tahu, kita tercari-cari punca kenapa rezeki sangkut-sangkut sedangkan kita dah berusaha sebaik mungkin, sesuai dengan syariat.
Tapi kalau lihat dengan mata hati, boleh jadi itu sebenarnya anugerah.
Kerana selalunya dalam keadaan susah, kita lebih dekat dengan Allah.
Dalam keadaan sedang bersedih, kita cenderung mengaji dan zikir untuk cari ketenangan.
Dalam keadaan sempit dan putus ikhtiar, kita lebih banyak merayu pada Dia dan letak pergantungan penuh padaNya.
Mana tau nanti asbab dari mengaji dan berzikir nanti akan bagi kesan yang bagus untuk anak dalam kandungan.
Mana tau asbab dari itu, anak yang dikandung bakal jadi hafiz/hafizah.
Boleh jadi itu yang Allah nak bagi.
Cuba imagine kalau kita sentiasa dalam keadaan senang, boleh jadi kita tak teringat nak berzikir pun waktu-waktu mengandung ni.
Cara Allah tunjukkan kasih sayang berbeza.
Belum tentu lagi kalau semua keinginan terpenuhi, tanda Dia sayang.
Dan belum tentu lagi saat diberikan kesusahan, tanda Dia murka.
Jangan ingat Allah bagi kita rasa senang kerana kita orang soleh.
Tak.
Soleh kita tu tahap hujung kuku je kalau nak banding dengan nikmat yang Allah bagi free selama ni.
Aku pernah lalui situasi macam reader ni.
Masa mengandung Rayyan macam ni lah jugak aku rasa.
Tengah sedap-sedap ligat ke sana sini, tetiba kena tahan kat wad.
Dah tersadai kat hospital, barulah waktu tu ingat mati sikit.
Itulah waktu-waktunya aku baca Quran, aku kelebet hadis, aku zikir.
Kalau tak sakit, belum tentu zikir aku sebanyak tu.
Allah bagi anugerah tak selalunya datang dalam bentuk bungkusan hadiah, tapi ujian.
Sebab lumrah manusia kalau diberi rasa senang, mudah nak terleka.
Bersyukurlah kalau Allah masih menegur kita.
Itu tanda Dia masih peduli.
Hidup kita ni macam air yang mengalir dalam sungai.
Tak cukup dengan mengalir je, kadang-kadang kena lalu kat laluan berliku.
Kadang-kadang air tersumbat pulak dek sampah.
Selalunya bila kita dapat masalah, kita susah nak berbaik sangka dengan Allah.
Yang sebetulnya, kalau nak meringankan masalah, kena husnuzon (positif) dengan Allah dulu.
Bila ada perasaan positif, baru boleh datang sabar dan dapat berfikir dengan jelas untuk cari jalan keluar dari masalah.
Masalah sebenar kita adalah macamana cara nak atasi masalah tu, bukan banyak mana dan berat mana masalah tersebut.
Ujian susah, ujian kehilangan, musibah, penyakit, miskin.
Ini semua ujian-ujian 'biasa' selagi masih hidup.
Kita semua pernah rasa ujian susah, sakit, hilang orang tersayang, miskin, dan musibah/kecelakaan.
Cuma ujian miskin bagi si miskin tak sama dengan ujian miskin untuk si kaya.
Orang kaya pun ada ujian miskinnya.
Tapi miskin dia tak sama macam miskin kita.
Untuk yang dah biasa kaya, duit simpanan tinggal RM10K pun dah rasa miskin sebab tanggungan mereka besar.
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 155-157).
Awal-awal lagi dah di-sound yang semua pun akan merasa ujian-ujian ni.
Jadi tak perlulah nak lari ke mana, sampai masanya kita hadap ajelah.
Sejujurnya kalau kita tak realize segala yang terjadi di dunia ini adalah sebuah ujian, memang susah kita nak sabar.
Tapi as an ordinary human being, kita certainly tak dapat predict bila ujian nak datang.
Kalau boleh predict nanti takde lah pulak pahala sabar, ye tak?
Maybe sebab tulah ujian datang unpredictable.
Allah nak bagi kita pahala sabar.
Manusia tu kan sifatnya pelupa.
Ada masanya leka dengan urusan dunia sampai urusan akhirat kita ambil mudah.
Jadi Allah turunkan ujian sekali-sekala, bukan semuanya untuk balas dosa-dosa kita.
Kalau setiap dosa dibalas dengan ujian dah tentu kita tak berpeluang nak rasa bahagia kerana dosa kita terlalu banyak.
Karang terus-menerus habiskan hidup dengan ujian je pulak.
Ujian ni Allah turunkan sekali sekala untuk kejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang (wahhh gitu ayat aku).
Kalau Allah tak kirimkan ujian ni khas untuk kita, ntah-ntah kita masih hanyut.
Macam exam kat skolah jugak.
Ujian datang sekali-sekala, bukan sepanjang tahun, betul tak?
Dan ujian tu pun bukan sejenis denda.
Tapi untuk mengukur tahap kefahaman dalam pelajaran.
Kalau kita lulus cemerlang, dapatlah naik kelas yang depan-depan.
Macam tu lah juga ujian Allah.
Untuk menguji sejauh mana kita kasihkan Dia.
Untuk menilai tahap kesombongan dan kesabaran kita.
Untuk melatih kita sentiasa bergantung padaNya.
Kalau lulus, darjat kita dinaikkan.
Kebaikan demi kebaikkan akan sampai.
Dia datangkan ujian untuk tambahkan keyakinan kita padaNya bahawa hanya Dia je yang boleh atur hidup kita.
Apa je yang menimpa kita hari ini, susah atau senang, adalah sebahagian dari rancanganNya yang akhirnya bermanfaat untuk kita.
Akhirnya semua akan jadi baik-baik untuk kita.
Kalau sekarang masih tak baik maknanya ini bukan yang akhir.
Masih harga RM45 ya.
Kat booth pun sama, kat online pun sama.
So kalau nak beli secara online pun takpe, sebab harga sama je.
So kalau nak beli secara online pun takpe, sebab harga sama je.
Nak tau pasal Herba Rahsia Rimba, klik SINI.
Oh by the way hari ni last day kitorang kat Kompleks PKNS Shah Alam.
Aku ada di sana 1.30-2.30pm.
Booth tutup 9pm.