2018-07-09

Jemput diri sendiri.



Self invites.

Memang ada orang yang suka tag along kat majlis-majlis orang yang takde sangkut-paut dengan dia.
Macam kes reader ni, kawan dia always ada kat mana-mana majlis yang dia pergi walaupun ke majlis akikah kaum keluarga, padahal tak dijemput.
The thing is, kawan tu akan PM sendiri tuan rumah and tanya if she/he can come.
Of course dalam kebanyakkan kes, tuan rumah segan nak menolak.
Padahal dia pun taknak terima, tapi entahlah. Tak reti nak say NO kot.

Sebenarnya kita boleh menolak.
Dah nama pun majlis kita, kita berhak untuk jemput orang yang kita nak dan tak jemput orang yang kita taknak.
Selalunya orang yang berani self invite ni very persistent.
Kau pusing ikut mana pun, dia tetap nak datang.
So, kau bagi dia 'kerja' sikit.
Cakap "Kalau nak datang boleh. Tapi majlis ni pot luck. Setakat ni semua makanan kitorang dah bahagi-bahagikan tugas. Kalau awak nak join the group, awak bawak Coke 16 botol besar, boleh? Taknak air lain, air lain dah ada. Coke je belum ada".

Tengok apa respond dia.
Kalau dia datang bawak 16 botol Coke, takpe.
Kalau dia tak jadi datang, lagi takpe.

Tapi kalau kau memang taknak dia datang, then be up front.
Cakap je "Sorry, tapi ini majlis tertutup untuk very close frens and family saja".
Sometimes kita kena berani berterus-terang.
Kalau tak, nanti kita sendiri tak selesa berada kat majlis kita sendiri.

Selalunya self invites are people yang lonely.
Takde kawan.
Satu-satunya kawan yang dia ada maybe kita je.
Bila kita jadi satu-satunya kawan dia, dia akan mengidolakan kita.
Ye lah kan, dengan siapa lagi dia nak compare pun, memang kita je yang paling best dia ada.
Jadi dia nak berada dalam lingkungan kita juga.
That's why dia nak berkawan dengan kawan-kawan kita.
Kalau boleh nak jadi family kita terus.
Sebab dia rasa life kita best.
Jadi dia nak berada dalam lingkungan tu.

Aku maybe bias sikit isu ni sebab ada pengalaman dengan orang macam ni.
So takyah ambik bulat-bulat la pendapat ni sebab aku cerita based on experience.

Kalau ikut pengalaman aku, one day, orang-orang macam ni akan take over personality kita.
Dan dia akan melebih-lebih macamkan dia tu sebahagian dari keluarga.
Satu hari nanti, tau-tau je dia dah start tido baring dalam rumah kau, macamkan dia tu anak angkat dalam family.
Apa-apa majlis keluarga kau, dialah yang paling sibuk dan excited.
Semua benda dalam rumah tu nanti dia kontrol.
Dia sorang je perasan dia dah jadi part of the family padahal kita nampak macam dia tu orang terbuang.
Time tu dah tak guna dah kalau kita baru nak tegur.
Bila dia dah merasa diri dia sebahagian dari famili, dah susah nak suruh dia keluar dari lingkungan.
Kita pun jadi tak sampai hati and dia pun takkan keluar senang-senang tanpa menyusahkan kita dulu.
Haaaa...takut tak?

Trust me, sila takut.
It happened to me and my family.
Orang-orang macam ni sejenis saiko sebenarnya.
Kalau hantu tu terang-terang nampak perangai setannya.
Tapi orang saiko ni, perangai setan tu dia tak tunjuk awal-awal.

Siapa pernah tengok movie 'Friend Request'?
Cerita about this one girl, Maria (aku letak je nama ni).
Life Maria ni best, kawan ramai, pandai, pakwe hensem and loving, family pun bahagia.
Salah sorang coursemate dia (also a girl) suka perati dia.
This girl memang takde kawan, ke mana-mana sorang je.
Dia nak berkawan dengan Maria.
So one day dia hantar fren request kat Maria.
Maria and her frens view profile budak tu.
Takde fren lansung.
Timeline pun pelik-pelik je.
Tapi Maria bersangka-baik, dia kata agaknya budak ni nak berkawan, so dia accept fren request.

Bila request dia diterima, si saiko ni dok ingat dia now dah jadi BFF Maria.
Sibuk nak ikut ke mana-mana.
Birthday party Maria pun dia nak join padahal baru 2 hari kenal.
Si Maria awal-awalnya nak celebrate dengan boifren dia je, rupanya boifren Maria ni buat surprise party dengan kawan-kawan Maria.
Masa Maria keluar dating tu, dia follow dari belakang.
Bengang la si saiko ni tak ajak dia join.
Lepas tu terus dia start stalk Maria and ugut macam-macam.

Memang ada orang yang muka tebal sikit.
Bila dia nampak orang invite kita pi open house, dia PM tuan majlis bagitau dia kawan kita and is it ok if dia join sekali.
Konon-konon dia akan datang bersekali dengan kita, padahal kita tak tau menahu pun dia akan join jugak majlis tu.

Ok takpe, kita boleh test benda ni.

Try tengok if dalam majlis tu dia berkawan dengan orang lain atau masih mengendeng kat kita.
Kalau masih mengendeng kat kita, maknanya dia memang tak mahu buat kawan dengan orang lain.
Dia just nak ada di semua tempat yang kita ada.

Lagi satu, try mintak mana-mana tuan rumah yang pernah invite dia datang majlis untuk invite lagi sekali ke next majlis tanpa invite kita sekali.
See if dia datang ke tak.
Kalau dia datang and make new frens, ok lah.
Kalau tak datang, hmm....sendiri pikirlah.

Some saiko tak menakutkan, tapi sikap dia yang menjengkelkan ni buatkan dia nampak menakutkan.
Contohnya, kau buat majlis untuk kawan-kawan kau, tapi dia yang bersiap paling awal, siap nervous tunggu kawan-kawan kau datang, padahal kau rilek je. Eh, dah kenapa kau??

Tapi, nak dibandingkan dengan self invites, aku lagi tak boleh brain dengan orang yang suka menjemput orang lain datang ke majlis kita, padahal kita tak suruh pun.
Kot ye pun nak ajak member-member lain join sekali, cuba beradab sikit.
Tanya dulu tuan rumah "Kau ada jemput ABCDEFG tak?"
Kalau tuan rumah kata takde, dah.
Jangan memandai-mandai jemput, melainkan tuan rumah kata "Aku takde nombor dorang, kau tolong jemput dorang sekali ok?"

Ada jugak jenis yang bila kita kata kita tak jemput ramai orang, dia tanya "La, apesal kau tak jemput BCDEFGH? Barulah best lepak ramai-ramai".

Ewah, ingat ni port gathering?
Tak reti nak pikir bajet tuan rumah ke hape.
Ada lah sebab-sebabnya kenapa dia limitkan jemputan.
Toksah nak pandai-pandai sebarkan jemputan kalau tak disuruh.
Blaja hormat majlis orang sikit, jangan buat macam majlis kita.
Walaupun kawan kita tu jenis tak kisah tapi kena ingat, bukan kawan kita tu sorang yang jadi tuan rumah.
Pasangannya sekali adalah tuan rumah, jadi blaja respect sikit.
Jangan nanti kita seronok-seronok jumpa member tapi tuan rumah seram sejuk pandang lauk yang tak cukup.
Tau je lah kan, kalau dah ramai-ramai 'gathering' bukan ingat nak balik cepat.
Tetamu makin ramai, yang kita ni boleh berlonggok berjam-jam tak reti nak balik.

Jangan pulak kata "Alah, takat 3-4 orang, apa salahnya".

Eh ni sekarang sape yang tuan rumah ni?
Kau ingat set-set kau ni je ke kawan-kawan dia?
Entah-entah dia dah jemput lebih dari 200 oready.

Orang dah jemput kita tu datang je la.
Toksah sibuk nak tanya orang tu jemput tak, orang ni jemput tak.
Karang dengan kau-kau sekali dia kensel jemput baru sentap.
Pastu mulalah membawang "Buat majlis tapi bajet ciput".
Dah bagus lah dia buat majlis, heloklah dari kau yang tak pernah buat majlis lansung ni.





Nampak tak awal-awal tadi ada pop out keluar?
Ok, korang boleh beli mana-mana produk GreenAard ni dengan diskaun dari 5-11% bergantung pada berapa ramai friend kat Facebook. 
Grab offer tu sebab kita offer untuk bulan July ni je.