2018-07-10

Mak berlagak tak kena tempat.



It is natural we as parents bangga dengan apa yang dicapai oleh anak.
Apetah lagi bila anak tu membesar depan mata, dari lahir kita lalui prosesnya, kemudian membesar, bersekolah, masuk U, bekerja, and so on.
Tak banyak sikit, mesti ada rasa proud.

Tapi, ada some parents dia punya bangga sangat over.
Apetah lagi bila anak-anak balik kampung bawak balik kereta besar, anak-anak jiran lain tak macam anak dia, mak oii dia punya kembang sampai tak perasan kain dah rabak.
Kalau anak tu berharta lebih sikit dari anak jiran yang lain, lagilah menjadi-jadi dia punya 'lupa diri'.
Kadang tu anak jadi malu sendiri bila mak bapak pulak over mencanang-canang harta benda anak masing-masing kat orang lain.

Aku faham perasaan reader yang hantar email ni.
Kita ni as anak-anak bukan apa, cuma taknak orang lain meluat dengan orang tua kita je.

Berbangga dengan pencapaian anak-anak bukan tak boleh.
Nak bercerita hal anak-anak, silakan selagi tak berlebih-lebihan dan tak berniat nak bandingkan dengan anak-anak orang lain.
Kan janggal jugak rasanya kalau bersembang dengan kawan-kawan kalau tak sentuh hal anak-anak, ye tak?
Go ahead kalau nak cerita pasal anak-anak.

Yang jadi masalah sekarang, ada mak bapak (selalunya mak), yang over sangat cerita pasal anak dia, sampai naik menyampah dengar.
Kita yang mendengar ni rasa ntah ye ntah tidak je la orang tua ni cakap.

Yang best-best cuma anak-anak dia je.
Anak dia je la yang jadik orang, anak orang jadi apa? Beruk?

Kalau bercerita pasal anak-anak dia, semuanya yang gempak-gempak melangit tak jejak tanah.

Universiti anak dia paling best.

Course anak dia paling susah nak masuk (anak dia kira hebat lah dapat masuk ni).

Kawan-kawan anak dia semua kaya-kaya, mak bapak pangkat Dato, pangkat Tan Sri (dia sorang je yang tak kaya tapi feeling macam orang kaya).

Anak dia gaji tinggi sekali antara kawan-kawan yang sebaya.

Anak dia habis blaja terus pakai Honda, kawan-kawan yang sebaya baru nak beli Kancil.

Anak dia dah beli rumah, kawan-kawan lain masih menyewa bilik.

Anak dia dapat gf/bf cantik, hensem, kerja besar, kaya.

Bla bla bla bla...

Bukannya aku takde pengalaman jumpa parents jenis ni.
Jenuh nak melayan kalau angin berlagak dia sampai.
Mula-mula tu datang gak kagum, lama-lama jadi kesian.
Bukan apa, kita tengok keadaan dia pun kita tau anak-anak dia takde la hebat nau macam yang dia kata.
Tapi takpelah, dah dia nak bercerita tu, kita layan je.
Boleh dengar je la, percaya jangan.

Parents yang macam ni sebenarnya hidup dalam bayangan.
Dia membayangkan anak dia hebat serba-serbi kerana dia teringin orang pandang tinggi pada dia.
Dia juga nak orang puji dia "Untungnya kau Senah anak-anak semua berjaya".

Bayangan ni dia dah set semenjak anak-anak kecik lagi.
Dari anak-anak bersekolah lagi dia dah pasang angan-angan, esok bila dah kerja nak anak-anak belikan dia rumah, belikan kereta, tetiap bulan setiap anak bagi dia RM1K.
Kalau ada 10 anak, dia aim untuk dapat RM10K.

Malangnya, anak-anak tak seperti yang dia harapkan.
Dek kerana nak mengubat hati yang lara kekdahnya, maka yang tak ada pun di ada-ada kan.
Nak sedapkan hati sendiri.
Lama-lama dek kerana dah terlampau lama hidup dalam bayangan, ujung-ujung tak jumpa jalan keluar terus.
Akhirnya penipuan dah jadi sebati sampaikan dia sendiri percaya apa yang dia tipu tu adalah perkara yang betul.
Sejenis mental illness gak ni.

Padahal anak-anak semua bukan tak menjadi, cuma takde la sehebat yang dia canangkan.
Parents jenis ni spesis taknak kalah punya orang.
Ni bukan apa, sebab dari awal lagi dah berlagak bercerita anak dia serba-serbi best dari anak orang lain, anak orang pun dia kondem kaw-kaw.
Tup-tup bila anak-anak dah besar takde la best mana, sama je level dengan anak orang lain.
Tu pasal makin menjadi-jadi perangai mem-brag depan orang, semata-mata nak bagi nampak jugak yang anak dia lebih hebat.

Kesian mak bapak yang macam ni.
Hidup dorang sebenarnya terseksa tanpa sedar.
Dah la kecewa anak-anak tak jadi macam yang dia dok imagine selama ni, tetiba tengok pulak anak orang lain lebih hebat, lagila 'meroyan'.
Tu yang habis dicanangnya cerita pasal anak, entah betul entah tak.
Tak boleh nampak anak orang lain lebih sikit, mula la dia nak reka cerita pasal anak dia pulak.
Padahal dia sendiri tau anak dia tak macam yang dia gebangkan.
Tapi entahlah, janji menang konsepnya.

Dah tentu bila suka bercerita tentang kekayaan yang tak pernah ada, lama-lama jadi mata duitan.
Dia perlukan duit yang banyak supaya orang nampak dia adalah seperti apa yang dia canangkan.

Boleh jadi juga parents yang macam ni pernah lalui zaman mewah satu masa dulu.
Malangnya, zaman tu dah berlalu, harta pun takde dah, yang tinggal hanya sejarah kekayaan je.
Dengan sejarah itulah dia hidup sekarang.
Balik-balik dok bercerita dan berbangga dengan hal 30-40 tahun lepas tak sudah-sudah.
Bila dah habis modal repeat sejarah, now dia buat new 'sejarah' pulak dengan mengada-adakan cerita yang tak ada.

Nak nasihat orang tua macam ni, dah payah dah.
Apetah lagi anak-anak nak tegur parents yang berperangai macam ni, lagi lah payah.
Bagi aku, mak bapak ni apa pun perangai dorang, tak payah lah tegur.
Dorang dah masuk zone 'sensitif'.

Kita as anak nak nasihat payah nak jalan.
Cakaplah lembut macamana pun, akan sentap jugak.
Kena mintak orang lain yang lebih tua dari dia, yang lebih dia hormati, untuk tegur.
Bukan apa, takut kalau kita tegur, tersilap tegur terus jadi derhaka.
Lagi baik pass tanggungjawab ni kat orang lain.

Tapi kalau rasa taknak orang lain tau masalah keluarga kita, kita diamkan dan layan je la perangai mak bapak tu.
Di samping tu, doa supaya kita dan dia sama-sama dibagi petunjuk.
Kadang-kadang tu kita ingat mak bapak kita yang perlu dibagi pentunjuk tapi rupanya kita yang kena dapat petunjuk.

Entah-entah kita tak bagi perhatian yang sewajarnya.
Kerana, orang yang kurang perhatian dan kasih sayang je yang cenderung jadi attention seeker macam tu.

Parents macam ni, kadang-kadang dia kecewa kat anak-anak, tapi dia takut nak luahkan pada anak-anak.
Karang anak-anak sentap terus tak balik-balik.
Kena perhati apa sebenarnya yang parents nak.
Kalau dia mata duitan, cuba fahamkan dia nak duit banyak mana.
Nak duit untuk apa.

Kadang-kadang dia bukan nak duit banyak sangat.
Tapi teringin nak baju tido baru.
Teringin nak merasa tido makan kat hotel.
Teringin nak pakai tudung Ariani.
Simple-simple things like that.

Insyallah, reader yang hantar email ni buat semua tu untuk mak dia.
Cuma ini salah satu cadangan untuk orang lain consider, selain dari mintak orang yang lebih tua tolong nasihatkan.

Aku pernah buat surprise party untuk someone.
Masa dia potong kek and dapat bunga, dia menangis.
Terluah dari mulut dia "Pertama kali rasa macam ni.."
Masa tu baru aku tau....oh dia teringin nak rasa macam ni rupanya.
Simple things like this kadang-kadang anak-anak terlepas pandang sebab kita rasa dah bagi duit bulan-bulan tu memadai.

Alah, toksah kata orang tua.
Kat media sosial ni ko tengok je lah.
Orang tu dapat bunga, dia sentap.
Orang tu gi holiday, dia sentap.
Orang tu beli new perabot, dia sentap.
Sentap bukan sebab sakit hati dengan orang tu tapi dia bengang sebab tak pernah dapat.

Tak kiralah orang tua atau orang muda, fitrahnya sama - mahukan perhatian dan kasih sayang.
Kalau tak cukup kasih sayang, macam-macam perangai 'pelik' yang keluar.




Pengguna Nutrijuice katanya asik tanya admin bila ada promo Nutrijuice.
Ok ni aku naikkan.
Jangan lama-lama ya, allocate 300 set only.