Ada reader tanya apa chilhood memory aku yang pertama.
Hmmm....mulalah semua benda aku teringat ni.
Tak reti dah mana satu yang mula-mula.
Aku rasa aku nak cerita semua yang aku teringat.
1. Nampak hantu
Ok yang ni aku masih ingat fresh sampai sekarang.
Masa ni kitorang masih duduk menyewa kat Bangi.
Time ni aku kecik sangat lagi, Ima maybe belum lahir lagi.
Pak Aji masih keje cikgu.
Aku rasa masa tu hari Sabtu, sebab bapak aku tak keje, Mak Aji keje.
Rumah sewa tu ada bilik kat belakang, Pak Aji menggosok baju dalam bilik tu.
Aku tengah tengok TV, atas lantai.
Seingat aku, aku toleh ke sofa and nampak ada sorang lelaki duduk situ, pakai topeng Mickey Mouse tengah senyum kat aku.
Aku tak sure itu topeng atau itu Mickey Mouse (kahkahkah), tapi kepala dia memang kepala Mickey Mouse, tapi badan semua macam orang lelaki.
The thing is muka dia tu muka Mickey Mouse yang ngeri.
Lebih kurang macam hawa-hawa muka clown IT tu.
Aku terus berlari panggil Pak Aji.
Pak Aji kata "Ada apa?".
Aku cakap "Ada orang tu", sambil tunjuk kat kerusi.
Tapi Pak Aji tak nampak apa-apa.
Bila dah besar sikit aku cerita kat Mak Aji.
Mak Aji kata kawan dia pun ada nampak (rumah sewa tu kawan Mak Aji duduk sekali).
Tapi kawan dia nampak ada lelaki berdiri atas buaian kat playground belakang rumah.
Berdiri okeh, bukan duduk. Buaian tu pulak tengah bergerak-gerak.
Kau boleh berdiri tegak atas buaian bergerak?
Aku rasa ada orang lelaki mati kat area tu kot (or maybe dalam rumah tu).
Tapi nasib baik dia tak merasuk satu rumah, dia just munculkan diri je.
Itupun dah buatkan aku takleh lupa.
That's why masa aku tengok IT terasa takut gila, sebab aku pernah nampak pesen muka yang sama.
2. Mangsa culik (?)
Ini masa Darjah 1.
Aku tak sure samada ini memang realiti atau hantu (again).
Tapi takkanlah hantu kot sebab kejadian ni berlaku waktu siang, lepas habis skolah.
Aku gi skolah jalan kaki, rumah aku tak jauh sangat dari skolah tapi jalan kaki 10 minit jugak.
Dekat selekoh, tiba-tiba ada satu jeep lalu and mendekat sangat kat aku.
Jeep ni datang dari arah belakang.
Tapi nama pun jeep kan, memang bunyi kuat sikit, so aku boleh terasa jeep tu dekat or jauh.
The moment aku toleh, nampak ada sorang lelaki ni bukak pintu belah kiri and tangan dia keluar macam nak capai aku.
Aku injak ke belakang sikit.
Dia tak dapat capai.
Pastu satu jeep tu gelak-gelak riuh and jalan terus.
Tetiba aku teringat payung tertinggal dalam kelas, aku patah balik.
Bila aku keluar dari gate skolah, aku nampak jeep yang sama tunggu depan skolah!
Ya Allah takut gila!
Aku tak tau apa motif dia tunggu depan skolah tu tapi lelaki-lelaki dalam tu semua gelak-gelak pandang aku.
Then aku jalan balik tumpang masuk grup akak-akak yang lalu jalan yang sama.
Sampai sekarang aku tak sure apa motif dorang buat gitu.
Memang nak menculik ke apa itu sekumpulan hantu yang mati eksiden dalam jeep. Entah.
3. Makan tempoyak
Mata aku memang teruk dari skolah rendah lagi.
Kejadian ni masa umur 9-10 tahun rasanya.
Aku dah start rasa mata aku something wrong tapi tak pernah terfikir perkataan 'rabun'.
Kejadiannya, aku ikut Mak Aji gi beraya rumah kawan dia.
Kebetulan waktu makan, dia ajak makan malam sekali kat dapur.
Aku nampak macam ada lauk ayam masak merah, tapi sikit je ayam dia dalam 2 ketul gitu.
Takde lansung orang sentuh lauk tu, so aku bajet itu mesti lauk semalam dia perangat balik.
Jadi aku mintak bapak aku cedokkan ayam tu untuk aku.
Bapak aku tanya "Ini? Yang ini?"
Dua kali dia tanya.
Aku angguk, konfiden.
Bila aku cuit nak makan dengan nasik, eh apsal benyek semacam je ni.
Tapi sebab nak cover punya pasal, aku sumbat jugak dalam mulut.
Hah kauuu, berair mata aku nak tahan muntah.
Banyak pulakkk bapak aku cedokkan.
Itulah makan malam paling lama dalam hidup aku.
Senyap je akui sepanjang makan.
Mesti makcik-makcik tu kagum dengan kesopanan dan kesusilaan anak Dahlia datang rumah orang.
Makan tunduk je.
Padahal aku nak cover asik nak terjeluak je ni.
Berair mata aku nak habiskan nasik. Hazab!
Rupanya tempoyak tu dah gaul dengan sambal.
Punyalah teruk mata aku, sambal tempoyak boleh nampak macam ayam masak merah.
4. Lari dari rumah
Ini sejenis tebiat.
Kalau takde apa nak buat, aku dengan Ima akan main berlakon-lakon.
Selalunya berlakon jadi bos-secretary.
Tapi hari tu tetiba berlakon cerita sedih.
Ada satu time tu aku terlampau menghayati watak.
Dek kerana jalan cerita tu sedih sangat gamaknya, aku ambik beg mengaji, masukkan 2 helai spender dengan baju sehelai, salam Ima, pastu keluar rumah.
Padahal bapak aku ada terlentang kat hall tengah tido.
Yang si Ima macam real je mengongoi-ngongoi nangis kakak dia nak larikan diri ni.
Siap cakap "Kak, jangan la pegi kak, nanti Ima nak tido ngan sape".
Aku pun tak tau pesal aku emo sangat, "Maafkan akak, akak terpaksa pegi."
Siap salam peluk-peluk. Gila drama.
Aku keluar pintu gate langkau 2 rumah jiran pastu dengar suara Mak Aji "Hei, masukkkk!!!!".
Tak cukup tanah aku lari.
5. Bisnes origami
Ni bisnes kecil-kecilan masa umur 8-9 tahun.
Waktu ni kawan-kawan aku ramai dah pakai stationary set Garfield.
Pensil kaler Luna pun dah pakai 24 batang punya.
Aku masih pakai yang 12, pendek pulak tu.
Hati tu teringin nak pakai stationary cantik tapi takde duit.
Nak mintak Mak Aji, jangan harapla dia nak bagi.
Belanja skolah aku waktu ni masih 40 sen.
Padahal skolah dah start jual nasik lemak kejung 30 sen.
Air sirap 10 sen.
Oklah cukup-cukup, tapi masalahnya balik skolah aku nak beli eskrim. Mana nak cekau duit. Kahkahkah.
Disebabkan tak berapa nak mampu tapi keinginan tu besar, aku jual origami.
Kiranya aku jual kreativiti gitu.
Buat purse dari kertas, buat Santa socks dari manila kad - pastu jual.
Harga murah-murah je, bergantung pada apa yang aku nak makan hari tu.
Kalau aku rasa nak makan nasik lemak, aku jual 20 sen.
Lepas la nak beli nasik lemak 30 sen, air sirap paip 10 sen pastu belen buat beli eskrim.
Wah, mewah habis dah tu.
Kalau terasa nak makan ABC, aku buat origami tu extra cantik, jual 30 sen.
Boleh la balik skolah karang singgah kedai gas beli ABC (makcik gas tu jual ABC jugak).
Plan asal nak kumpul duit buat beli stationary set yang lawa-lawa pastu nak beli kaler pensil yang besar sikit so that lagi cantik aku boleh kaler origami aku.
Kalau alatan cukup barulah berkembang idea.
Tapi duit aku balik-balik habis kat makan.
Sampai ke tua ni gitu jugaklah, duit habis kat makan je keje.
Walaupun purse tu aku buat dari kertas, masalahnya ada pulak yang beli tu!
Memang supportive kawan-kawan aku.
Baru nak merasa jadi orang kaya, aku kena sound ngan cikgu sebab menjual dalam sekolah.
Kiranya cikgu aku dulu umpama Majlis Perbandaran.
Cuma dia takde lori je, kalau tak dah lama dia angkut aku naik lori tu.
Maybe perangai cari duit aku ni yang menurun kat Redza.
Tapi dia up sikit lah, jual maggi.
Yang beli Herba Rahsia Rimba please follow instruction ni ya.
Herba Rahsia Rimba tu kategori jamu, bukan herba macam GC Plus.
Jamu bukan boleh sebarang-barang ambik dan tak boleh ambik hari-hari.
Nak bacaan lanjut, baca ENTRY NI.