2018-07-05

Hikmah dan Rezeki


Kes baby Adam semalam ramai yang bercakap soal rezeki.
Dalam pada masing-masing bercakap pasal rezeki dapat jaga anak kat rumah, aku teringat ada satu email yang pernah aku dapat dulu.
Tapi aku tak sempat nak respond, dan tak tau dah mana nak cari.

Tapi ayat dia lebih kurang gini "Saya teringin nak cuba tips Kak Di khatam Quran dalam sebulan (aku pernah bagi tips ni dulu). Tapi anak saya tengah melasak. Tak boleh nak tinggal lama. Sehari nak baca Quran pun tak sempat.".

Bila jadi kes baby Adam semalam, aku teringatkan email tu.
Betul lah.
Memang rezeki manusia tak sama.
Ada yang diberikan peluang tak perlu bekerja di luar, tapi tak diberikan rezeki kesempatan untuk beramal soleh atas kesibukan uruskan rumahtangga.
Ada orang pula terpaksa berkerja di luar 9 pagi hingga 6 petang, tapi boleh jadi Allah berikan rezeki dia baca satu muka surat Al-Quran masa lunch break.

Ada orang diberikan kemudahan tak perlu penat cari rezeki di luar.
Tak perlu bersiap awal ke tempat kerja sebab boleh kerja dari rumah.
Tapi kelonggaran masa tu belum tentu menjadikan dirinya dekat pada Allah.

Ada orang lain, dek kerana kena bangkit awal untuk bersiap pi kerja membuatkan dia "terpaksa" solat Subuh awal waktu.
Kalau pukul 5.30am dah bangkit, sempatlah buat tahajud sekali.

Dulu macam tu lah aku.

Masa makan gaji, lepas solat Subuh, cepat-cepat bangkit.
Nak doa pun tak sempat sebab takut lambat.
Nanti lambat seminit jalan dah jem.

Masa awal-awal kerja sendiri, wah seronok.
Sebab flexible working hours.
Bangun pun boleh lambat sikit. Subuh gajah.
Boleh kerja ikut masa sendiri pun tetapppppp tak sempat nak baca sehelai Quran.

Sungguh, rezeki kita semua berbeza.
Yang penting bukan apa yang kita dapat, tapi apa yang kita manfaatkan.

Selalunya macam tu lah.
Apa-apa kemudahan dalam urusan dunia, kita kaitkan dengan rezeki.
Tapi tak ramai yang menjadikan kemudahan dalam urusan dunia satu kelebihan juga untuk urusan akhirat.
Kalau ada perbezaan pada rezeki dunia, Allah akan bagi hak kita dalam bentuk yang lain pulak.
Kerana rezeki bukan hanya urusan dunia semata-mata, tapi adalah segala sesuatu yang dapat dirasakan manfaatnya oleh manusia.

1. Merasa tenang ketika tidak memiliki apa yang orang lain ada.
Dalam zaman material menjadi wishlist, bukan senang nak hindari hati dari rasa dengki bila tengok orang lain lebih dari kita. Nak-nak lagi zaman media sosial ni. Ambik gambar dengan henbeg mahal pun kena kecam. Bergambar depan kereta pun kena kecam. Kalau kita diberikan rasa selamat dari penyakit hati macam ni, itu juga salah satu bentuk rezeki. Rezeki harta dunia ni, semua orang boleh dapat. Tak kira mukmin atau kafir, semua berpeluang jadi kaya. Tapi, memiliki hati yang jauh dari perasaan iri, bukan semua orang dapat. Berbahagialah orang-orang yang jiwanya sentiasa tenang. Lebih bahagia lagi jika diberikan rezeki qanaah iaitu sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada dan tak membanding-bandingkan dengan orang lain.

2. Dijauhkan keinginan utk perkara-perkara yg lagha.
Seronok ambik tau hal artis dari pagi sampai malam. Segala hal tentang celebriti dan public figure semua dalam kepala. Tak baca bahan gossip sehari tak sah. Lepas tu bukak group membawang sesama sendiri. Kelebet hal orang sana, kelebet hal orang sini. Dapat apa tak tau. Tanda-tanda diberikan rezeki dengan sifat Ar-RahimNya adalah ketika diberikan pelrindungan dari terjebak dengan hal yang tak bermanfaat baik dari perbuatan atau perkataan.

3. Dijauhkan dari persekitaran dan lingkungan yg tak baik.
Manusia sifatnya mudah terpengaruh dengan persekitaran. Kalau persekitaran tak baik, slowly diri akan ke arah yang tak baik. Walaupun pada awalnya kita tak mahu tapi lama-kelamaan tanpa sedar kita akan ikut persekitaran kerana menganggap itu hal yang biasa.  Kalau tak follow arus, kita pula yan nampak janggal katanya. Seorang budak yang pengecut boleh menjadi sangat kejam kerana kawan yang menyokong dan mempengaruhinya. Ini fakta. Cannot be ignored. Lingkungan yang tak betul, cepat atau lambat akan mengubah sikap kita. Diletakkan di persekitaran yang baik dengan kehadiran kawan-kawan yang baik adalah rezeki. Kawan yang baik akan membantu dan menggalakkan kita berbuat baik dan menjadi lebih baik.

4. Cenderung beramal soleh.
Lidah yang selalu basah dengan nama Allah, merasa tak sedap hati kalau tak baca Quran setiap hari, merasa gelisah kalau berada lama-lama di tempat yang kurang elok, - ini juga namanya rezeki. Apetah lagi setiap kali pukul 4 pagi mata terjaga dengan sendiri. Jangan sambung tidur! Bukan semua orang dapat rezeki macam ni. Bangun, terus ambil wuduk dan solat 2 rakaat. Ada juga orang yang 'dipaksa' beramal. Nak keluar lepak dengan kawan, sekali bapak mertua ajak teman dengar ceramah agama kat masjid. Nak tak nak, terpaksa ikut. Itu namanya rezeki ya. Allah nak kita buat baik, walau 'dipaksa'. Nak tengok bola pukul 2 pagi, sekali terlajak tau-tau dah azan Subuh. Tu namanya Allah nak kita rehat cukup supaya jangan terlajak Subuh lepas habis tengok bola.

5. Terasa senang berpakaian syarii.
Sekarang trend berfashion macam-macam. Kalau dulu orang free hair dan slim je yang berfesyen. Sekarang orang bertudung jauh lagi hebat berfesyen. Fesyen untuk orang bersize 8XL pun ada. Tapi malangnya yang 8XL pun masih nak pakai ketat. Tagline "Siapa kata plus size tak boleh bergaya". Bukan tak boleh, sayang. Tapi patut padanlah sikit. Perut dah sama tinggi dengan tetek, coverlah sikit. Bergaya tak salah tapi jangan sampai jadi mangsa fesyen. Kita berada di zaman orang berlumba-lumba untuk kelihatan out-standing dan menarik. Ketika hati didatangkan keinginan untuk bertatih-tatih berpakaian syarii, jangan buang rezeki tu kerana dalam banyak-banyak manusia, Allah campakkan rasa itu dalam diri kita. Ambil, ikhlaskan hati buat kerana Allah. Insyallah kalau niat kerana Allah, walau kita berada di tengah-tengah lautan manusia yang gayanya da-bomb, takkan hadir sekelumit rasa iri hati apetah lagi merasa left out.

6. Mendalami ilmu agama.
Selagi kita bernyawa, selagi itu ada peluang untuk belajar. Belajarlah apa-apa pun, takde masalah. Tapi kalau satu hari kita bangkit dari tidur terasa nak belajar tajwid, itulah hidayah Allah. Jangan bertangguh, go find cikgu untuk ajar tajwid. Boleh jadi itu caranya Allah 'paksa' kita baca Quran dengan rutin. Kalau dah blaja tajwid mestilah kena mengaji sekali, ye tak? Kesibukan dengan urusan kerja dan keluarga kadang-kadang buatkan kita tak sempat nak tambah ilmu agama. Kadang-kadang  tu kita tahu, cuma kita tak buat. Jadi bila Allah gerakkan hati kita untuk blaja tajwid, itu bukan kerana kita zero knowledge pasal tajwid, tapi Allah nak jadikan itu asbab kita mengaji. Tu pun namanya rezeki tau.

7. Diberikan kemudahan membaca hikmah.
Ini rezeki yang sangat luar biasa. Orang-orang begini jiwanya sentiasa tenang, tindakannya rasional dan kata-katanya penuh hikmah dan bijaksana. Kerana setiap ujian disingkapi dengan baik sehingga semuanya dia nampak hikmah yang dikaitkan dengan kebesaran Allah. Orang-orang macam ni bukannya tak pernah marah dan menangis. Tapi marahnya tak sampai memaki hamun meleret-leret. Sedihnya tak berlama-lama meratap. Setiap apa yang berlaku pada dirinya akan cuba dicari sekecil-kecil kebaikan untuk disyukuri. Bahagianya kalau dapat rezeki yang ini.


Cukup-cukuplah membandingkan rezeki dan habuan dunia.
Bukannya tak penting, tapi ada yang lebih penting.
Kita ni suka sangat compare benda-benda yang kita tak boleh kawal.

Allah takdirkan baby Adam begitu, hikmahnya besar untuk kita semua.
Malangnya kita sembang hal lain.
Dok sembang mak siapa lagi terer jaga anak. Haihhh.

Patutnya buatkan kita sedar yang balance umur kita hari ni sangat tak ternilai harganya, kerana esok belum tentu jadi sebahagian dari diri kita.
So jangan biarkan hari ni berlalu tanpa kebaikan.
Jangan tertipu dengan umur kerana syarat mati tak harus tua.

Kadang-kadang Allah ambil sesuatu yang tak pernah kita terfikir akan hilang.
Tapi percayalah, Dia juga mampu bagi sesuatu yang kita tak pernah terfikir akan dapat.




   Ok, dah boleh beli GLOEI thru website. Tak perlu isi form lagi.
Hari tu tak sempat update dalam website sebab tu aku buat form.
          KLIK SINI