2018-07-30

Pulang



Aku tengok cerita ni Khamis lepas, hari pertama ditayangkan di cinema.
Sebenarnya aku tak tau pun kewujudan cerita ni.
Masa on the way nak ke Langkawi 2 minggu lepas, dalam kereta En Wan cakap "Tau tak ada cerita melayu baru nak keluar? True story".

Aku ni sejenis yang tak kisah siapa pun yang berlakon, as long as cerita tu true story atau biography, memang aku layan.
Nak pulak En Wan cakap "Pelakon dia siapa hah tu....ala yang awak rekod cerita dia tengok ulang-ulang tu"

Aku, "Remy Ishak?"

Hahahahha.
Betul rupanya.
Aku ada rekod 2 cerita Remy Ishak keluar kat Astro, love story.
Destinasi Cinta Sara dan Kau Untukku.
Dua cerita ni sweet nau rasa. So aku rekod dan tak pernah delete-delete.
Ulang-ulang tengok kalau free time.

Khamis lepas En Wan book siap-siap tiket.
Aku tengok cerita ni dengan tak tau sinopsis lansung.
Jadi, I have no idea at all apa jalan cerita, yang aku tau true story.

Jalan cerita - sila tengok sendiri.

Cerita memang sedih tapi airmata tak mengalir pun.
Cuma aku sebak (maybe aku keras hati sikit).
Aku sebak sebab takdir tak menyebelahi dorang.
Masing-masing sayang each other and setia, tapi apa yang berlaku macam tak fall into the right place at the right time.

Yang si Othman pun, tulis poskad balik-balik ayat yang sama.
Takde isi.
Seolah-olah poskad tu hanya bukti "Aku masih hidup".

Sakit hati pun ada jugak aku tengok part ni.
That's why aku always cakap komunikasi sangat penting.
Biar duduk jauh terpisah, asalkan ada komunikasi.
Kirim khabar berita, explain.
Cubalah bagi penantian orang tu berbaloi sikit.
Sesekali dia terima surat dari kita, kalau ada isi yang panjang lebar, terubat jugak hati.

Ya, aku taulah itu hanya poskad.
Tapi takkan la setiap poskad kau tulis ayat yang sama.
Kalau aku pun lemau nak baca.

To be fair, maybe Othman takde idea nak tulis apa.
Atau malu nak luahkan perasaan (orang dulu-dulu kan pemalu).
Atau memang itu je ayat yang dia tau tulis.
Entah, aku tak tau apa puncanya.
Apa pun puncanya, bagi aku, kat sini satu kesilapan Othman sebab tak usaha nak tulis panjang lebar sikit.

Lagi satu aku bengang bila Othman balik rumah secara diam-diam tapi tak bagitau Thom (isteri dia).
Maybe ini 'penyakit' orang zaman dulu yang suka bersangka-sangka.
Dari zaman Sri Mersing dengan Damak dulu pun gini lah.
Puncanya sebab bersangka-sangka.

Aku tau Othman kecewa bila dia dapat tau isteri dia kawen lain pada malam dia balik tu.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, dah alang-alang kau sampai rumah after so many years belayar, takkan kau taknak tunjukkan muka kejap?
Takkan taknak tengok anak?
Eh kalau aku jadi lelaki, aku terjah.
Biar kecoh majlis tu.
Biar majlis tu tak jadi.
So what, bini aku kot yang kau nak kawen tu.
Walaupun sah kawen sebab suami tinggalkan berbulan-bulan takde khabar, tapi aku akan tetap tunjukkan muka jugak.

Cuba tengok cerita Langit Petang yang Fazura dan Keith Foo berlakon tu.
Dah sampai hari nikah dah, tapi Keith terjah jugak tunjukkan muka.
Terus tak jadi kawen si Fazura dengan Farid Kamil.
Baru puas hati tengok, walaupun kalau kawen dengan Farid pun takpe sebab hensem jugak.

Ok berbalik pada cerita Pulang.

Ya, aku tau Othman kecewa isteri dia kawen lain.
Tapi, kalau dah alang-alang nak kecewa, apa bezanya kalau dia face to face je dengan isteri dia malam tu?
Lebih baik kecewa dengar explanation daripada kecewa tak tau hujung pangkal cerita.

Tak.

"Pulang" bukan kisah lelaki yang tak bertanggungjawab.
Othman sangat setia.
Cuma Othman tak faham setia bukan bermaksud pertahankan cinta semata-mata, tapi lebih dari tu.

Dia terlampau nak bawak balik kekayaan untuk mewahkan isteri dan anak.
Dia rasa malu belayar tanpa bawak balik perubahan pada keluarga.
Sepatutnya Othman kenal isteri sendiri.
Mesti tau isteri kita orangnya macamana.
Some perempuan tak kisah hidup seadanya asalkan suami ada selalu.
Apa gunanya ada suami tapi tak nampak di mata, takde khabar berita?
Sakitnya jauh lebih perit dari menunggu jodoh yang tak sampai-sampai!

Aku memang frust betul bab ni.
Rupanya isteri dia tak jadi kawen malam tu.
Isteri dia masih sayangkan Othman.

That's why aku cakap dalam mana-mana perhubungan, KOMUNIKASI sangat penting!
Nak merajuk pun biar clear cut dulu.
Bagi peluang kat diri sendiri untuk beri dan dengar penjelasan.
Lepas tu nak merajuk, merajuklah.
Dah lah tinggalkan isteri bertahun-tahun tak bercakap-cakap, pastu bila balik nak bersangka-sangka pulak.
Ya ampunnn, tak penat ke hidup macam tu?

Aku kesian dengan wife dia yang menanggung rindu, hidup susah takde kiriman duit and kena besarkan anak sorang-sorang.
Sanggup pulak tunggu sampai akhir hayat.
Seolah-olah laki mati muda padahal laki hidup lagi.

Tapi tu lah, ini bukan fiksyen. Ini true story.
Dah takdir Allah tentukan jalan hidup Othman and Thom macam tu.
Kalaulah boleh ulang semula, mesti dorang akan perbaiki situasi.

Dalam keadaan susah dan menderita perasaan, Thom berjaya besarkan anak.
Anak dia pandai.
Tahun 60an dah blaja kat overseas, kira cerdik pandai ni.

Sebahagian besar kita akan fokus pada diri sendiri.
Mudah pulak rasa jealous bila orang lain lebih senang dari kita.
Rasa sakit hati bila orang lain lebih dari kita.
Dan kita rasa pelik apesal orang tu lebih dari kita dalam segala-galanya.

Cerita ni buatkan aku nampak satu hikmah.

Jangan hanya tengok apa yang dia dapat.
Kita tak tau apa yang dah Allah ambik darinya.
Kadang-kadang kita nak apa yang orang tu dapat, tapi pernah tak kita terfikir kemampuan kita untuk menanggung ujiannya juga?

Macam tu lah kisah Thom dan Othman.
Dikurniakan anak cucu yang bijak pandai dan keturunan yang senang sampai sekarang.
Tapi apa yang dah Allah ambil dari meraka?
Hilang nikmat hidup bersama.
Thom hidup sepanjang hayat menunggu suami.
Othman merana sepanjang hayat mengenang isteri.

Allah takkan bagi semuanya.
Ingat tu.

Jangan hanya fokus pada apa yang orang lain ada sampai lupa dengan apa yang kita miliki.
Semua orang ada bahagian rezeki masing-masing sesuai dengan keperluannya, bukan keinginannya.
Dengki dengan pencapaian orang lain tak akan buatkan pencapaian kita meningkat.
Yang kita kena buat adalah belajar dari kejayaan orang lain supaya kita dapat ubah hidup.

Cerita Pulang ni cerita yang menarik.
Kalau omputih dengan Titanic-nya.
Indonesia dengan Tenggalamnya Kapal Van Der Wijck.
Malaysia dengan Pulang.

Tak pernah sangka ada cerita cinta yang sedih berlaku dalam negara, berpuluh tahun dulu.
Aku yang tengok ni pun terasa-rasa sakitnya menanggung rindu.
At the same time sakit hati sebab dorang berdua lack of communication.
Dah hujung nyawa baru nak explain segalanya.
Tapi itulah jalan cerita yang Allah dah tentukan untuk Othman dan Thom.
Untuk kita semua ambil hikmahnya.
Bukan untuk bersedih-sedih je.

Cerita "Pulang" bukan untuk ajar kita tentang setia saja.
Tapi ajar kita untuk hargai sesuatu yang ada dalam hidup.

Kalau nak menghargai sesuatu, bayangkan dan rasakan dulu kalau benda tu hilang.
Kalau tak rasa apa-apa, maksudnya benda tu memang dah benar-benar hilang dari hati kita.
Dan kita hanya akan sedar bila ia betul-betul dah tak ada.
Ketika kita memiliki, selalunya belum boleh mengajar kita untuk bersyukur.
Kehilanganlah yang akan ajar kita segalanya.
Sebab itu, hargailah apa dan siapa kita ada sekarang.

Allah ada His own plan ketika Dia tulis takdir cinta Othman and Thom.
Kita kena percaya kadang Allah meletakkan kita kat suatu keadaan di mana kita tak ada pilihan lain selain menjadi kuat.
Dan pada waktu yang tepat, bahagia akan datang dalam bentuk yang tak pernah kita bayangkan.





Thank you pada yang sudi datang shopping kat booth GreenAard last week.
Yang refuse untuk ambil gambar, takpe kami faham.
Yang bergambar tapi menyorok di balik paper bag pun takpe.
Janji semua happy dapat harga promo, kan?
Kalau nak 'selamat' shopping tanpa perlu ambil gambar, boleh lah beli GreenAard kat website atau WHATSAPP SINI.