2018-07-23

Ikutlah dengan ilmu




Melalui email ni, jelas reader ni maksudkan solat fardu berjemaah.

Ladies, please jangan rumitkan perkara yang kita rasa penting padahal ianya tidak penting kerana ada yang jauh lebih penting.
Perlu tahu bahawa hukum melaksanakan solat fardu secara berjemaah bagi lelaki adalah di masjid, bukan di rumah.
Lebih afdal suami bersolat di surau atau masjid kecuali kalau takut isteri melambat-lambatkan solat jika suami tak ada di rumah, maka pada waktu ni lebih afdal buat di rumah.

Bukan tak boleh berjemaah di rumah, bukan tak boleh ajak suami berjemaah, tapi kita sebagai isteri pun mesti tahu hukum.
Jangan sampai kita bertekak dengan suami untuk perkara yang sebenarnya tidak perlu digaduhkan.
Jangan kita anggap suami yang taknak bersolat jemaah dengan isteri tu tak cukup imannya.
Yang patut kita risau adalah kalau suami kita tak bersolat.
Itu lagi penting untuk kita gaduhkan.
Kalaulah suami dianjurkan solat jemaah kat rumah, takkanlah Rasulullah saw sampai nak bakar rumah-rumah orang yang tak berjemaah kat masjid, ye tak?

Kita as isteri boleh usaha untuk sesekali pujuk suami untuk jemaah sama-sama, tapi tak perlulah sampai nak bertekak tentang ni.
Kadang kita rasa suami tak cukup beriman dan tak tinggi ilmu agama hanya kerana dia tak pernah ajak isteri berjemaah.
Sedangkan boleh jadi kita sebenarnya yang belum faham ilmu.
That's why ustaz aku always pesan, kalau kita berdepan dengan ujian atau musibah walaupun ujian itu berkaitan dengan karakter orang lain, kita yang kena buat solat taubat dulu.
Boleh jadi itu ujian untuk kita tapi Allah datangkan melalui orang lain.

Tak apa, to this reader anggaplah benda ni petunjuk dari Allah untuk kita sama-sama belajar sesuatu.
Kalau tak jadi hal ni, sampai bila-bila agaknya kita dok ingat itulah (jemaah di rumah) yang mesti diperjuangkan, betul tak?

En Wan tak solat di masjid/surau.
Dia di rumah saja (just in case kalau nak tau lah).
Dan aku pun tak pernah hint-hint suruh dia solat kat surau.
Cukuplah dia tak tinggal solat, tak tinggal solat Jumaat, tak tinggal terawikh bulan puasa dan selalu check aku "Di dah solat?".
Aku sangat percaya, kalau solat kita benar, sooner or later solat itu yang akan membawa kita dekat kepadaNya secara berperingkat-peringkat.

Ada satu email aku pernah terima 2 tahun lepas.
This lady bagitau aku dia always join group feeding the homeless.
Dia kata, nak sedekah tak mampu, jadi apa yang dia buat dia always join grup-grup yang bagi makan kat gelandangan.
Tolong masak, tolong kutip sumbangan and distribute food malam-malam.
Distribute makanan cuma 2 minggu sekali (kalau tak salah).
Tapi proses kutip sumbangan, beli barang, masak and miscellaneous ambik masa juga.

Program kebajikan yang dia join ni buatkan dia bergaduh dengan suami.
Suami marah dia suka join benda-benda macam ni.
Dia kata selama dengan suami, suami tak pernah ajar dia bersedekah, tak pernah dedahkan dia dengan kerja-kerja kebajikan.
Jadi, bila dia found this group, dia anggap ini cara Tuhan jawab doa-doanya.
Last-last dia suggest suami untuk kawen lain so that suami dia tak bising-bising.
Suami pun kawen lain.

Tapi, sejak suami kawen lain, dia gelisah.
Walaupun dia buat kerja kebajikan, hati tetap tak tenang.

Aku tanya dia "Awak buat kerja ni niat kerana apa? Kerana Allah, atau kerana awak nak orang nampak awak sebagai icon masyarakat?"

Lama dia tak reply.
After a few months dia reply.
Dia kata dia dah bercerai dengan suami.
Lepas dia sedar ketenangan dia yang sebenar adalah berkhidmat untuk suami, dia berusaha nak pisahkan suami dengan madu dan nak family jadi macam dulu semula.
Tapi last-last dia mintak cerai sebab suami tak nak ceraikan madu.

Frust betul aku baca email dia.
Sedih sebab kebanyakkan dari kita tak buat sesuatu dengan ilmu, hanya ikut-ikut orang.

Tak salah nak buat kerja kebajikan.
Tak salah nak sedekah.
Nak jadi icon masyakarat pun tak salah.
Tapi jangan sampai kita dahulukan yang tak penting dan abaikan yang jauh lebih penting.
Dan jangan sampai kita anggap kita lebih baik dari orang lain hanya kerana kita banyak buat kerja kebajikan.

"Setiap kita adalah penggembala dan kamu akan ditanya tentang gembalaanmu. Khalifah (pemimpin) adalah penggembala, seorang lelaki adalah penggembala atas penghuni rumahnya, wanita adalah penggembala atas rumah suaminya dan (penggembala atas) anaknya. Maka setiap kamu adalah penggembala dan setiap kamu akan ditanyakan tentang gembalaannya" (HR. Al-Bukhari).

Kita always question role orang lain, tapi kita sendiri tak jalankan role kita dengan baik.
Kita selalu nampak yang buruk pada orang lain tapi terlupa nak check buruk kita kat mana.
Kita rasa bila kita rajin sedekah, rajin buat kebajikan di luar, maka kita lebih dekat dengan Allah.

Belum tentu.

Tergantung pada niat.
Kalau niat kita benar, segalanya akan jadi mudah.
Tapi kalau niat kita ke lain, hati takkan jumpa tenang.
Last-last dapat penat.

Tak layak kita (isteri) mengetepikan tugas kita sebagai isteri atas alasan dakwah.
Tak patut kita mengetepikan masa untuk keluarga atas alasan halaqah.

Betul, kita semua berlumba-lumba nak buat benda baik.
Tapi menjaga hak suami juga adalah tugas dan dikira sebagai ibadah.
Ibadah means pahala.

Utamakan apa yang lebih utama.
Berdakwah sampai mengabaikan hak keluarga bermakna mengabaikan kewajiban.
Mengabaikan kewajipan sama dengan mengabaikan hak suami.
Mengabaikan hak suami adalah kufur terhadap suami.
Wanita yang kufur kepada suami duduknya di......? (sambung sendiri)
Jadi berlindung daripadanya.

Oh by the way, itu terpakai untuk lelaki yang benar-benar menjadi suami ya, bukan lelaki yang tau goyang telo saja.
Kalau dapat suami yang tau main telor je, itu kita angkat kaki, jalan!

Nak mendekatkan diri dengan Allah ada banyak cara.
Sedekah, buat kerja kebajikan dan solat jemaah dengan suami cuma salah satu darinya.
Kenapa kita taknak pilih cara lain?
Kenapa kita mati-mati nak buat yang itu juga sampai perlu bergaduh dan bercerai-berai?
Inilah yang dikatakan, niat di hati nak buat pahala tapi rupanya lagi banyak buat dosa.

Oh ada satu cerita from ustaz tentang salah sorang bekas studentnya.
Belajar agama sampai menyinggung hati parents sendiri.
Mentang-mentang blaja agama, apa yang mak bapak dia buat semua dia salahkan.
Sampai bapak dia jumpa ustaz bagitau "Anak saya sejak blaja agama, kami ni dia anggap jahil. Segalanya dia berhujah tentang hukum".

Ni kalau dapat kat aku, memang aku bagi siku.
Kita ni blaja agama untuk perbetulkan diri, bukan dengan ilmu kita tu buatkan kita perati orang lain dan jatuhkan hukum.
Mak bapak kita ni boleh jadi tak sepandai kita, boleh jadi dorang jahil.
Tapi, dorang jahil sebab apa?
Sebab masa muda dulu tak sempat nak attend kelas agama kerana menjaga kita yang 24 jam berkepit celah tetek taknak lepas!
Dorang tak sempat nak tambah ilmu sebab sibuk buat OT dek kerana nak beli makanan supaya kau tak kebulur.
So kau jangan biadap sangat dengan mak bapak ya.
Elok-elok Tuhan dah bagi peluang blaja agama sesuka hati kau nak cakap mak bapak kau jahil.
Kalau betul pun jahil, bimbing baik-baik.
Elok-elok dapat pahala, karang terus junjung dosa.





Khamis lepas aku up video kat FB kan.
Hari ni aku cuba ambik se-close yang boleh untuk tunjuk beza sebelum and selepas.
Masih ada jeragat yang belum clear lagi, tapi dah banyak improvement dari dulu.
Klik gamba kalau nak kira berapa banyak jeragat yang dah hilang :)
Gigih la aku ambik gamba naked face pagi-pagi tadi.