2018-06-14

Pandang dulu diri sendiri sebelum cakap orang.



Kesian artis ni, kena kecam dek kerana bayar zakat dengan pakaian yang tak menutup aurat, terdedah bahagian dada (tapi tak nampak cleavage).

Ok, meh sini aku nak bagitau kenapa artis ni seolah-olah "takde perasaan" pakai macam tu semasa bayar zakat.

Aku pernah ada dalam situasi tu.
Bukan situasi bayar zakat ni, tapi situasi tak cover aurat di depan orang-orang alim.

Aku pernah masuk masjid bersolat dengan pakai pencil skirt belah depan sampai pangkal peha.
Aku pernah masuk Masjid Kowloon untuk jamak Zohor dengan pakai seluar jeans 3 quarter.
Aku pernah singgah solat surau area Kota Bharu dengan free hair, tak pakai selendang.

Bukan bukak aib sendiri apetah lagi berbangga.
Tapi, aku perlu ceritakan bagaimana aku dulu, so that aku dapat sampaikan maksud seterusnya.

Bagi orang jahil macam aku, dulu aku anggap perkataan "seksi" tu hanya apabila dada aku nampak cleavage (atau dalam bahasa senang paham separuh tetek terkeluar) atau bila skirt aku terlampau pendek sampai nampak seluar dalam.
Selagi baju yang aku pakai tak nampak cleavage, aku tak anggap itu seksi.

That's why dulu aku pelik kenapa orang pandang aku semacam bila aku masuk masjid dengan pakai skirt pendek.
Waktu tu aku tak faham apa yang salahnya pakai macam tu kerana bagi orang macam aku (dulu), pakai blouse ketat tapi berbutang cover sampai atas with skirt pendek belah depan tapi tak sampai nampak spender atau bentuk spender, itu bukan seksi. Itu adalah pakaian aku ke ofis.
Lainlah kalau aku masuk masjid dengan pakai bikini.

Jadi, bila aku tengok gambar artis ni pakai topi, spek itam and baju yang terdedah bahagian dada (tapi tak nampak cleavage), aku terbayang aku yang dulu.
Honestly, masa aku nampak gambar ni, yes, aku rasa agak janggal sikit.
Sebab tak manis bila kita tak menutup aurat bila berurusan dengan orang-orang agama.

But itu pendapat aku yang sekarang.
Kalau tanya pendapat aku yang dulu, the old Diana Ishak, aku tak nampak apa yang salah pun kat pakaian artis ni.
Aku rasa dia dah cover "aurat".
Aurat adalah tetek, bontot and cikpek.
Itulah istilah aurat untuk aku dulu.
Sebab tu dulu baju-baju kurung raya aku see thru.
Kerana aku tak nampak apa yang seksinya berbaju kurung see thru because aku pakai tube kat dalam.
Setakat nampak dada, lengan, apetah lagi bentuk badan/pinggang, that's not sexy pun.

Jangan kecam dia.
Dia belum tau.
Dia belum faham.
Kalau kita dah tau dan dah faham, patutnya kita tau cara yang lebih baik untuk guide orang-orang macam ni.
Kecam takkan boleh memperbaiki keadaan.

Aku ingat lagi dulu aku pernah mintak readers doakan aku di blog ni.
Waktu tu aku buka ruangan komen.
Ada orang komen "Jangan harap orang berdoa je kalau diri sendiri takde usaha nak berubah".

Aku baca pun macam, seriously ada orang macam ni?
Kalau aku takde usaha nak berubah, aku takkan terfikir pun nak mintak orang doakan aku.

Kadang aku pelik dengan orang melayu Islam.
Dengan orang kafir kemain lagi berlembut.
Katanya biar mencerminkan Islam itu lembut dan hikmah
Tapi, dengan sesama Islam bukan main kasar.

Tapi one thing for sure, aku tau ada orang yang doakan aku.
Dan asbab doa mereka ni lah hidayah itu sampai ke hati.
Besar saham mereka ni.
Teruskan doakan aku, sebab nak menjaga hidayah tak semudah menerima hidayah.

Tak semua orang diberikan keistimewaan dapat ilmu agama yang cukup dari kecil.
Tak semua orang diberikan kemudahan memahami agama Allah.
Dan tak semua orang diberikan istiqomah dalam mempraktikkan hukum Allah.

Setiap kali nampak kejahilan dalam masyarakat, the least we can do is berdoalah untuk mereka.
Dan bersyukurlah kita tak diuji sebegitu.
Boleh jadi kita akan jauh lebih hanyut kalau berada di tempat dia.
Anggap Allah nak bagi kita pahala mudah bila kita mendoakan mereka.
Kalau hidayah itu sampai pada mereka, mudah-mudahan pahala yang sama kita dapat.
Tak rugi pun.

Orang-orang macam ni tak jahat. Mereka jahil.
Boleh dibentuk tapi gunakan jalan yang betul.
Insyallah, bila dia dah faham dan dah tau nanti, kita akan nampak bezanya.
Silap-silap pakaian dan akhlak dia jauh lebih baik dari kita.

Kerana apabila seseorang benar-benar faham, dia akan tau aurat bukan setakat cover rambut.
Aurat bukan sekadar cover dada tapi tetek terbonjol juga.
Aurat bukan sekadar pakai baju tutup dari leher sampai buku lali tapi sendat mendat kat pinggang dan bontot terjojol.
Aurat bukan setakat cover sampai buku lali tapi cover habis sampai hujung kuku kaki.

Kadang-kadang, Allah nampakkan kat mata kita dengan benda-benda macam ni bukan suruh kita kecam.
Tapi Allah test samada kita ni berfikir dulu tak sebelum berkata-kata.
Samada kita ni pandang diri sendiri dulu tak sebelum bercakap hal orang.
Kerana selalunya kita tak sedar terpalit ludah sendiri.
Hakikatnya kita pun tak boleh istiqomah menjaga aurat dengan sempurna.
Cuma merasa diri lebih baik dari dia je.

2 x 5.



SELAMAT HARI RAYA SEMUA.
Yang nak makan rendang lemang lodeh segala tu, make sure ambil GC Plus dulu, ok?

Offer ni kita lanjutkan sampai hari raya ke-3.