walk on wings, tread in air: Haid bulan puasa <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


TESTIMONI GREENAARD


Haid bulan puasa
2018-06-06

STATUS AKU HARI NI.

Sungguh, nikmat yang Allah bagi pada kita sangat banyak.
Tapi ramai orang, ketika Allah bagi ujian yang sikit, susah yang sikit, musibah yang sikit, dia lupa dengan nikmat-nikmat yang Allah bagi padanya.
Dia mengeluh, seakan-akan tunjuk protes dengan Allah.

Dia tu akulah, bukan orang lain.

Kadang-kadang setahun tak diuji dengan sebarang sakit.
Tahun berikutnya Allah uji dengan sakit 2 minggu, pun dah mengeluh, seakan-akan tak pernah diberi nikmat oleh Allah.

Kadang-kadang bisnes berjalan dengan lancar 20 tahun.
Sekali Allah uji bisnes dia dengan kesusahan selama 2-3 tahun, dah mengeluh.
Bukan setakat mengeluh saja, tapi siap mencabar Allah dengan tak mahu solat, tak mahu puasa.
Macamkan Allah hadap sangat ibadah dia.

Allah menciptakan apa yang Dia nak, dan Dia pilih apa yang Dia nak.
Allah berkuasa untuk mengutamakan sebahagian dari sebahagian yang lain.
Dia juga berkuasa memuliakan sebahagian manusia dari sebahagian yang lain.
Sebab itulah ada sebahagian manusia jadi Nabi, ada yang jadi shuhada, ada yang jadi orang soleh.
In fact, di antara nabi-nabi sendiri pun Allah muliakan satu di antara yang lain.
Maknanya, di kalangan nabi-nabi yang mulia, ada yang paling mulia, iaitu Ulul Azmi.
Di kalangan Ulul Azmi yang hanya 5 orang tu pun, ada yang paling baik, iaitu Rasulullah saw.

Dengan hikmah, Allah juga menjadikan sebahagian tempat lebih mulia dari tempat yang lain.
Maka Allah jadikan Mekah dan Madinah dua Tanah Suci.

Dengan hikmahNya juga, Allah pilih 3 masjid di antara berlambak-lambak masjid dalam dunia untuk menjadi masjid yang paling mulia.

Dengan hikmahNya, Allah muliakan sebahagian bulan dari bulan yang lain.
Dari 12 bulan, Ramadhan yang paling mulia.

Di antara 30 malam dalam bulan Ramadhan, Allah pilih malam terbaik, iaitu Lailatul Qadar.
Dan malam itu dah sangat dekat dengan kita sekarang.

Berbalik pada status aku kat FB tentang kedudukan wanita yang tak berpuasa di sisi Allah.

Salah satu nightmare untuk orang perempuan adalah datang haid pada bulan Ramadhan.
Sebab bila datang haid, bermakna tak boleh puasa, tak boleh solat, tak boleh mengaji.
Apetah lagi kalau yang period 10 malam terakhir, frustnya!
Maunya tak frust.
Just imagine, di bulan yang penuh berkah, penuh rahmat, bulan pengampunan, bulan di mana semua amalan dilipatgandakan, tapi kita tak dapat puasa dan solat.

Tapi, nanti dulu.
Jangan kecik hati.
Macam yang aku tulis tadi, Allah menciptakan apa yang Dia nak, dan Dia pilih apa yang Dia nak.
Yang kita tak boleh buat cuma solat, mengaji dan puasa.
Tapi pintu rahmat dan pintu pengampunan masih terbuka untuk yang datang haid.

Bila seorang wanita sedih kerana tak dapat puasa, tak dapat solat wajib, solat terawikh, solat malam, dan tak dapat mengaji, kesedihan itu adalah bukti dia beriman.
Itu point pertama yang Allah bagi.

Benda ni bukan jadi kat perempuan je.
Zaman Rasulullah saw dulu, ada sebahagian para sahabat yang sedih tak dapat ikut pergi berperang sebab modal untuk berperang tak cukup. Rasulullah tak dapat bawa semua.
Para sahabat balik dalam keadaan menangis.

Jadi, kalau kita (wanita) rasa sedih sebab tak dapat ikut solat dan puasa kerana haid, maka bersyukurlah kerana itulah tanda-tanda iman.
Tapi, kita boleh ubah hari-hari period kita menjadi hari yang penuh keberkatan.

Apa caranya?

Niat.

Kalau dah bertekad nak puasa penuh sebulan, bertekad nak terawikh penuh, bertekad nak khatam Quran bulan Ramadhan, bertekad untuk qiamulail 10 malam terakhir, tup tup datang period.
Maka dia akan dapat pahala amalan yang dia niatkan.
Kemudian, teruskanlah dengan amalan-amalan yang dibenarkan.
Pasang niat untuk tetap beramal walau datang haid.
Contoh, niat "bila orang lain solat Zohor nanti, aku nak baca tafsir Al-Quran".
Kemudian usaha untuk melaksanakan apa yang kita niatkan tadi.

Nak bangun solat malam?
Bangun boleh, cuma jangan solat, tapi gantikan dengan amalan lain.

Apa je amalan boleh buat semasa haid?

Ya ampun, banyak!

Bertahmid.
Bertahlil.
Bertasbih.
Beristighfar.
Baca tafsir boleh.
Baca Al-Matsurat.
Baca Ratib Al-Attas.
Baca Ratib Al-Haddad.
Bersedekah.
Berkhidmat pada ibubapa dan suami.
Yang paling mudah sekali, berdoa banyak-banyak.
Oi banyak. Antara larat dengan tak larat nak buat je ni.

Boleh jadi inilah hikmahnya kenapa Allah bagi haid pada kita.
Dulu kita kata lepas solat je tak sempat nak zikir terus bangkit nak masak, nak siapkan anak, nak macam-macam lagi kena buat.
So this is the time kita laksanakan apa yang kita tak sempat tu.
Gantikan waktu solat kita dengan zikir.
Buktikan yang kita sempat.
Kalau masih juga tak sempat, boleh jadi selama ni bukan kita tak sempat, tapi kita yang pilih untuk taknak buat.

Ibadah bukan hanya menjalankan perintah tapi juga mematuhi larangan Allah.
Dah Allah kata tak payah mengaji time haid, maka jangan mengaji.
Bila kita patuh pada larangan Allah, itu juga namanya ibadah.
Tak perlu sampai nak kena makan ubat stop haid semata-mata nak kejar ibadah di bulan puasa.

Kenapa?

Sebab no point.
Apa sebab kita nak ambik ubat tu?
Supaya boleh berpuasa dan bersolat penuh?

Tak perlu sampai macam tu.

Kerana ketika kita datang haid, kita stop berpuasa dengan niat kerana mematuhi larangan Allah, maka kita sebenarnya sedang beribadah.
Pahala yang sama dapat.

Itulah konsep dan ilmu yang kita mesti tahu.





Kita jumpa Jumaat-Ahad ni ok?
72 jam non-stop.
Booth 3173, Hall 3.


posted by aveo757 @ 10:59 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER