2018-06-08

Selektif


Siapa pernah rasa letih bila duduk bersembang dengan orang yang membawang hal orang lain?

Aku tak tau nak describe keletihan yang macamana.
Tapi konsep aura negatif memang macam tu.
Bila kita berada di kalangan orang yang sedang mengumpat hal orang, kau akan jadi cepat letih, malas, gelisah dan cepat sensitif (marah, senang nak sentap).
Ini memang konsep law of attraction.
Even kita hanya membaca lambakan komen membawang, tanpa kita sedar, aura negatif tu dah mengubah mood kita.

Aura manusia ni energy semulajadi tau, and it is ver unik macam cap jari kita juga.
Aura setiap orang tak sama.
Aura kita lebih kurang memanjang 3 kaki dari our physical form.
Bila emosi kita berubah, aura kita akan memanjang up to 20 feet!
That's why ada hikmahnya kenapa kita kena stay away dari aura negatif.

"Kawan-kawan yang akrab pada hari (kiamat) nanti sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa" (Az-Zukhruf, 67).

Jangan sampai kita rasa senang bersembang/bergaul dengan orang yang suka membawang.
Tak kira lah membawang berjemaah di alam nyata, di alam cyber atau sekadar mendengar/membaca komen-komen bawang.

Kenapa?

Kerana, kalau musibah tu turun, dia tak pilih-pilih.
Jadi boleh jadi yang membuatkan kita jauh dari Allah itu adalah kerana persekitaran dan lingkungan kita yang menjauhkannya.

Orang yang berkawan dengan orang yang meremehkan solat, akan ikut serta meremehkan solat.
Bergaul dengan yang tak pernah mengaji, akan ikut serta takkan mengaji.
Ketika orang-orang tu diberikan musibah, kita juga akan kena tempiasnya.
Bergaul dengan orang yang salah, akan jadi salah.

Bak kata ustaz, konsep berkawan di dunia ni, sebenarnya memilih siapa yang akan mendoa dan mensolatkan kita bila kita mati nanti.
Semasa hidup, dengan siapa kita bermuamalat, itu sebenarnya kita sedang pilih siapa yang akan doakan kita kelak.
Sebab itulah, smeasa hidup ni, banyakkan reference di kalangan orang-orang yang soleh.
Bukan nak bajet alim. Tapi, semakin ramai orang soleh yang kita akrab, semakin besar potensi untuk kita dikelilingi oleh doa-doa mereka bila mati esok.

Dulu, aku sceptical bila ada orang kata "nak tengok diri kita bagaimana perhatikan 5 orang kawan yang kita banyak habiskan waktu bersama-sama".

Aku tak percaya aku adalah seperti siapa aku berkawan.
Tapi bila dikenang-kenangkan balik, yes, ayat tu betul.

Kawan-kawan aku dulu semua baik-baik. Kitorang tak jahat kat orang lain, jahat kat diri sendiri je.
Free hair, pakai seksi, jenis huhahuha sendiri-sendiri.
We all support each other dan boleh diharap.
Tapi, kalau dah bersembang, sampai terlajak waktu solat dan takde sorang pun dalam group tu yang mengingatkan di antara satu sama lain tentang waktu solat.
Tapi kalau bab ada sale, memang saling update each other, siap tolong belikan lagi.

Memang betul, aku dan kawan-kawan aku kategori orang yang baik-baik di mata manusia, tapi jauh dari Allah.
Walaupun life ok, hakikatnya hidup dipenuhi dengan hal-hal yang tak bermanfaat sampai membuatkan hati semakin keras dan tak bercahaya.

Ramai kawan tu bagus.
Tapi kalau tak ada kawan yang berani mengingatkan kita tentang Allah, buat apa.
Kita sebagai kawan pun, kalau rasa kita tak kuat untuk mengingatkan dia tentang Allah, maka selemah-lemah iman, jauhkanlah diri.

Dulu, aku perasan juga, apesal those yang baik-baik ni taknak geng dengan aku.
Aku anggap dorang perasan baik, perasan alim.
Now baru aku faham kenapa.
Dorang bukan perasan alim, tapi dorang taknak memutuskan silaturrahim dengan aku.
Dorang hanya nak menjaga hati aku, taknak aku terasa hati dengan teguran dan nasihat.
Biasalah kan, nak mengingatkan orang tentang agama Allah ni bukan senang, boleh putus sedara kalau tak kena gaya.
Jadi dorang pilih untuk jauhkan diri.
Kalau terserempak, they will tegur say "Hai".
Tapi kalau tak terserempak, aku tak dicari.

Istidraj.

Istidraj tu tak payah tunggu kaya berlimpah harta.
Dalam keadaan kita diberi kesihatan, ada kerja, ada tempat tinggal, ada keluarga,ada ramai kawan, cukup makan pakai, tapi nikmat itu tak membawa kita dekat dengan Allah, solat masih lompong-lompong, aurat masih belum terjaga, makin galak bercakap pasal orang lain - itu namanya istidraj.

Rasulullah saw bersabda, "Apabila engkau melihat Allah mengurniakan dunia kepada seorang hamba sesuai dengan yang dia inginkan, dan dia tenggelam dalam kemaksiatan, maka ketahuilah itu hanya istidraj dariNya. Maka apabila mereka melupakan peringatan yang telah diberikan, Kami telah membuka pintu-pintu kesenangan bagi mereka; supaya apabila mereka bersuka dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami menyiksa mereka dengan tiba-tiba, maka mereka berdiam diri dalam keadaan putus asa."

Takde sebut pun istidraj mesti dalam keadaan berlimpah harta.
Istidraj adalah bentuk azab yang tak disedari.
Bila tak solat, tapi bisnes tetap lancar, itu namanya istidraj.
Bila berzina, masih diberikan kelancaran dalam urusan kerjaya, itu namanya istidraj.
Bila hari-hari membawang, tapi masih diberikan kesihatan, itu namanya istidraj.

Ini bukan nak mengajar untuk pilih-pilih kawan.
Tapi memang kita kena selektif dalam membuat kawan.

Dulu pernah ada satu email dari blog reader mengadu dia terpaksa berkawan dengan orang yang negatif kerana itu saja pilihan yang ada. Satu ofis kaki gosip.

Actually, dalam keadaan macam tu, kita masih ada pilihan, iaitu just dont join them.
Kalau terpaksa lunch sorang-sorang apa salahnya, asalkan tak terjebak dengan aura negatif.
Tapi selalunya kita yang pilih untuk join them sebab kita taknak rasa left out dan menjadi bahan umpatan.
Bagi kita, if we join them, at-least kita ter-protect dari kena umpat.
Tapi tau tak, once dah join set-set yang suka membawang ni, nak taknak, lama-kelamaan kita pun akan join membawang.
Silap-sila kita lebih over membawang dari dorang.

Kawan really can affect our life, cuma selalunya kita tak sedar kesan ini jauh lebih kuat dari yang kita bayangkan.
Dorang bukan je boleh mempengaruhi keputusan kita tapi boleh ubah pandangan kita, ubah persepsi kita malah boleh ubah kita jadi orang yang berbeza.
Contoh, kalau majoriti dalam grup tu cakap si polan sombong, keyakinan ni akan dipindahkan to the whole group.
Kerana secara psikologi, manusia cenderung ikut persekitaran.
Walaupun pada mulanya dia menolak apa yang difikirkannya salah dan kepercayaannya berbeza dari persekitarannya, tapi slowly, secara tak sedar dia akan ikut apa yang dilakukan oleh orang-orang di sekelilingnya walaupun dia tau apa yang mereka lakukan adalah salah.
Macam tu la kuatnya pengaruh kawan.
Boleh mempengaruhi pandangan hidup, kebiasaan, sifat-sifat seseorang malah boleh mempengaruhi agama.





Ini price GreenAard esok di Stadium Shah Alam.
Yang nak beli secara whatsapp, boleh start beli hari ni.
Refer pada price ONLINE. Harga sama macam website cuma dapat free pos.
Kecuali Nutrijuice RM100 (yang tulisan merah) ada caj pos sebab itu harga 2nd anniversary.
Kalau nak lebih jimat, esok & lusa datang stadium ok?