Request dari reader pasal isu ni.
Aku tak sure ini isu bila sebab kita raya dah nak masuk 2 minggu.
Setahu aku dak Fazura ni memang pakai tudung every Ramadhan.
Boleh jadi dulu ramai yang tak aware pasal ni.
Sejak dia kawen dengan lelaki yang pernah tergila-gilakan I tu, baru orang ambik tau hal dia. Agaknya laaa...
FYI, yang tanya dia soalan tu (gambar) bukan haters.
Budak tu memang honest tanya soalan.
Ramai yang questioned kenapa dia bukak tutup, bukak tutup (kepala) seolah-olah boleh pilih-pilih hukum Allah.
Dan bila Fazura kata "dia belum bersedia", netizen cakap "hah esok cakaplah macam tu bila Allah tanya."
Aku rasa aku faham apa yang Fazura maksudkan.
Sebab aku pernah melalui phase tu.
Rasanya pakaian aku dulu lagi dasyat dari Fazura.
At least Fazura ni takdelah pakai baju sampai nak terkeluar tetek.
Bila orang tanya aku, "Sampai bila nak macam ni?"
Aku jawab "Belum ready".
Jawapan aku tu nampak macam sombong.
Sebenarnya wallahi aku takde niat nak sombong.
Sebab bagi aku, kalau satu hari nanti aku berhijrah, biarlah bukan sekadar tutup kepala.
Tapi benar-benar hijrah segalanya - penampilan dan akhlak.
Masyarakat memang susah nak terima benda ni.
Kerana bagi kita, kalau orang tu pakai tudung, maknanya dia dah berhijrah.
Selagi tak bertudung, belum berhijrah.
Sedangkan kita tak tau entah-entah dia sebenarnya sedang memperbaiki solatnya terlebih dulu.
Itu juga satu hijrah, tapi kita tak nampak semua tu.
Yang kita pentingkan, hijrah tu mesti nampak dek mata kita.
Kalau kita tak nampak, maknanya hijrah tak berlaku.
Ada yang masih tak puas hati juga.
Katanya, dah banyak kali ditegur tapi tak sedar-sedar jugak.
Ya, agak frust jugak kalau dah banyak kali kita cuba sedarkan someone untuk berubah tapi tak berjaya jugak.
Dan kita tertanya-tanya kenapa dia keras hati sangat susah nak terima hidayah.
Opsss, nanti dulu!
Sebelum kita salahkan orang lain, semak dulu cara kita.
Adakah kita mengajak dia dengan cara yang berhemah dan penuh hikmah?
Atau boleh jadi cara kita yang salah sampai buatkan dia tawar hati dengan ajakan kita.
Bukan sikit-sikit orang yang nak jadi baik akhirnya buat u-turn tak jadi nak berubah dek kerana mulut kita yang jahat.
Nak ajak orang buat baik kena berlemah lembut, jangan sampai memalukan.
Nabi Musa sendiri Allah hantar untuk bagi pentunjuk pada Firaun, masih berlembut.
Orang yang kita nak nasihatkan ni adakah lebih teruk dari Firaun?
Jadi kenapa kita menghentam teruk sangat?
Dah macam kita pulak yang Firaun.
Perlu kita faham, bahawa hidayah hanyalah milik Allah.
Semua orang dapat hidayah tapi hanya certain orang saja yang mengambil hidayah itu, dengan izin Allah.
Macamana usaha kita untuk ubah seseorang, tak akan jadi apa-apa kalau Allah tidak menghendaki.
Orang tu tetap tak akan berubah sampai Allah berikannya hidayah.
Yang diwajibkan ke kita adalah terus mengajak orang buat baik dengan hikmah.
Sedangkan hasilnya, samada orang tu akan berubah atau tak, kita serahkan kepada Allah.
Kita tawakal je. Kita dah usaha.
Kebanyakkan dari kita ni pun, once diri dah pakai tudung, kita rasa "Ok, I've done my part".
Dan kita selesa with that phase tak berubah-ubah.
Dah bertahun-tahun tudung masih takat leher.
Dah bertahun-tahun baju kita masih ketat sendat.
Mulut masih jahat.
Membawang makin banyak.
Dah 30 tahun hidup, hafalan masih 3 Qul tak bertambah-tambah.
Lepas tu bangga at least kita dah pakai tudung dan lebih baik dari si anu yang masih togel.
Sepatutnya kita kena lebih risau kalau setelah menerima hidayah pertama, kita tak ada peningkatan untuk menjadi lebih baik selepas tu.
Itu menunjukkan kita tak ada tambahan hidayah.
Atau boleh jadi, kita yang menolak tambahan hidayah sebab dah rasa diri cukup baik.
Ada yang tak mahu menerima hidayah walau hidayah tu dah ada depan mata.
Dan tak kurang juga yang tak mampu menjaga hidayah setelah mendapat hidayah.
Sesiapa yang Allah dah bagi hidayah, tak ada sorang pun boleh menyesatkannya dan sesiapa yang Allah dah sesatkan, tak ada sorang pun yang boleh bagi hidayah padanya.
Ni lagi sorang yang always dapat perhatian manusia-manusia perihatin.
Netizen kata dia tak mampu jaga hidayah.
Bila artis-artis ni jadi macam ni, mulalah netizen salahkan suami, salahkan mak bapak.
Katanya tak pandai menegur.
Mana kau tau laki and mak bapak dia tak bagi nasihat?
Boleh jadi suaminya menangis di setiap sujud mengharapkan isterinya berubah tapi apalah daya, hidayah itu milik Allah.
Boleh jadi mak bapak dah menangis airmata darah berdoa supaya anaknya jadi lebih baik, tapi apalah daya, hati kita Allah yang pegang.
Persekitaran dan lingkungan mereka (artis) ni tak sama dengan kita.
Lingkungan mereka tak mendorong mereka untuk berhijrah penampilan.
Hanya yang betul-betul kuat saja yang boleh istiqomah.
Kerana manusia dipengaruhi oleh persekitaran.
Umpama kalau spend time dengan makcik bawang, lama-lama kita membawang juga.
Kalau melepak dengan kaki tinggal solat, lama-lama solat kita hanyut juga.
Masa aku jadi the only Muslim di tempat kerja lama, penampilan aku dah macam kawan-kawan aku yang non-Muslim jugak.
Bila berada dalam lingkungan yang macam tu, aku tak nampak apa keperluannya untuk aku berubah.
Macam tu la jugak dengan selebriti.
Persekitaran mereka tak macam kita.
Dunia mereka memerlukan mereka tampil glamour.
Itu ujian untuk mereka.
Tapi kalau dalam persekitaran yang tak membantu macam tu masih lagi berusaha cover hair, cuba-cuba bertudung, bagi aku dorang ni strong.
Kerana walau dalam dunia limelight, masih ada usaha untuk mencari dan menjaga hidayah.
Belum tentu kita boleh jadi strong macam tu kalau kita ada di tempat mereka.
Alangkan tak berada dalam dunia glemer pun, walau dah kerja seopis dengan kakak-kakak yang bertudung, masih lagi kita tak terpengaruh untuk pakai tudung.
Acane tu?
Kita kerja seofis dengan kawan yang bertudung.
Itu hidayah la tu.
Allah dah bagi hint.
Tapi kita tak mahu peduli.
Ketika kita dengar azan, itu hidayah juga namanya.
Allah dah panggil, tapi kita yang buat dek, bertangguh.
Kat rumah ada Al-Quran, kan?
Itu pun hidayah juga.
Tapi kita simpan je buat perhiasan, tak rajin nak baca.
Kalau nak cakap pasal hidayah ni, kita pernah saksikan ramai yang berubah secara drastik setelah mengenal hidayah.
Dasyat-dasyat perubahannya.
Tapi tak kurang juga yang dah dapat hidayah, slowly kembali ke asal.
Kenapa jadi macam tu?
Itulah bukti bahawa Allah akan sentiasa menguji.
Bila kita nak naik satu level, akan ada ujian yang datang.
Macam nak naik kelas jugak, sebelum naik kelas, ada exam dulu.
Setiap ujian yang datang, percayalah, itu cara Allah melihat kesungguhan kita.
Kita yang menghentam mereka ni pun sebenarnya sedang sama-sama diuji.
Allah nak tengok kalau benar kita menjaga hidayah, bagaimana sikap kita dalam menegur.
Kita yang lulus menjaga aurat ni rupanya tak lulus ujian menjaga lisan, kan?
Susah, kan?
Itu sebenarnya Allah nak tunjuk bahawa perjuangan yang sebenar bukan ketika kita mengenal hidayah, tapi ketika kita istiqomah menjaga hidayah.
Aku secara peribadi akui menjaga hidayah dan berusaha istiqamah itu memang susah.
Sangat susah.
Ketika kita nak melangkah meninggalkan zaman-zaman jahiliyah kita, masa tu la banyak memori zaman silam yang datang.
Terbayang-bayang zaman-zaman hot dulu.
Ketika kita nak berpakaian syari'i, masa tu la macam-macam trend fashion bersusun depan mata.
Ketika kita nak melabuhkan tudung, time tu la macam-macam fesyen tudung singkat yang gojes-gojes berkeliaran.
Sungguh Ya Allah, dunia ni memang penjara.
Menjadi seorang yang istiqomah tu tak senang, tapi tak juga susah kalau kita sungguh-sungguh.
Istiqamah adalah bukti kesungguhan kita untuk tetap berada di jalanNya.
Esok kita cerita pasal ni.
Tapi kalau nak tau sekarang, WHATSAPP SINI.