2018-06-27

Rezeki



Setiap orang ada cara sendiri nak melariskan produk.
Ada yang perlukan duta, ada yang perlukan khidmat public figure untuk promote produk, ada juga yang terpaksa 'menjual' diri sendiri supaya produk go viral.
Apa tujuannya, itu hak masing-masing.
Kalau mereka rasa itu cara berkesan, terpulang.

Produk GreenAard lebih kepada health.
Nak carry produk health ni perlukan kesungguhan bukan hanya bersungguh cari customer tapi memahami produk tu sendiri.
That's why GreenAard tak ramai agen.
Aku pun tak berminat nak kumpul agen sebab aku faham misi agen.
Kebanyakkan yang jadi agen of course lebih fokus untuk buat duit and kejar reward.
Tak ramai yang nak spend time blaja tentang produk.
Especially produk macam GreenAard requires a lot of reading and basic understanding of human biology.

Bukan boleh asal jual je.
Orang yang beli produk GreenAard ni semuanya ada masalah.
Ada masalah berat badan, masalah kolesterol, masalah ekzema, period tak teratur, senggugut, sembelit...macam-macam.
Jadi, kita membantu mereka selesaikan masalah.
Bukan jadikan mereka sebagai penyelesai masalah stok kita yang tak jalan-jalan.
Jangan semua benda kita taram boleh boleh boleh semata-mata nak habiskan stok.

Dulu, aku pernah kerja as Medical Underwriter kat Prudential.
Kat situ aku bertanggungjawab untuk luluskan polisi insurans berdasarkan maklumat umur, pekerjaan, tinggi, berat badan dan medical history client.
Aku banyak settlekan kes rejected policy untuk berat badan.
Berat badan ni bawak banyak penyakit.
Bukan senang insuran nak luluskan insuran dengan premium rendah kalau berat badan kat tak ideal.

Here I am, doing the same thing.
Now, aku identify semua maklumat ni untuk 'luluskan' siapa boleh guna produk aku.

Then aku jumped into biotech business.
Teringin rasanya nak join them masuk lab, kaji tumbuhan, kaji binatang.
Aku masih berangan nak jadi saintis walaupun aku troma tersadai dalam lab berjam-jam.
The feeling wearing lab coat, pegang pipette, extract DNA, prepare solution - wahh, macam budak-budak bijak je rasanya.

Helping researchers find suitable kits/solution/instrument untuk projek dorang buatkan aku banyak dapat ilmu secara tak lansung.
Contoh, aku pernah assist customer untuk prepare reagents and kits untuk projek bactericidal effect on saffron.
Berbekalkan kefahaman tu, aku produce Nutrijuice dengan extract saffron.

Semua ni Allah dah susun cantik sebenarnya.
Takde lansung pun atas usaha aku. Kalau ada pun alahai sikit sangat.
Semuanya Dia yang lorongkan supaya aku berada di tempat itu, kemudian di tempat sekarang.
Itulah yang buatkan aku berkira-kira nak menfemeskan diri sendiri.
Bukan takde yang nak interview, tapi aku segan pulak nak bercerita pasal ni.
Kebanyakkannya nak tanya pasal tips and kejayaan.
Sedangkan segala-galanya Dia yang tolong, aku cuma jalankan aje apa yang dah ada je.
Terasa macam aku sejenis "lembu punya susu, sapi dapat nama" pulak nanti.

Tak dinafikan marketing memang penting.
Apetah lagi style marketing sekarang ni buat video viral, buat launching besar-besaran, bagi gift gempak-gempak, tabur duit (eh!) - buatlah.
Masing-masing ada cara tersendiri.

Cuma, kadang-kadang ini juga ingatan untuk diri aku sendiri.
Usaha la dengan sungguh-sungguh tapi jangan sampai terkeluar dari jalan kebenaran.
Kita bukan sekadar cari rezeki tapi cari keberkahan.

Rezeki ni ada 4 :

1. Rezeki yang dijamin Allah.
2. Rezeki yang dibahagi-bahagi oleh Allah.
3. Rezeki yang menjadi milik sendiri.
4. Rezeki yang diberi Allah secara tak terduga.

Yang pertama tu semua orang dapat.
Tak kira kafir atau orang beriman.
Sebab Allah tu sifatnya Ar-Rahman (pemurah).
Selagi bernyawa, dapat.

Yang kedua tu, rezeki yang kita dapat selepas berusaha.
Yang inilah yang kita selalu usaha bermati-matian.
Keje 24 jam, siang ke malam, malam ke siang.
Sedangkan apa yang kita kejar tu dah ada, cuma tinggal mencari saja.
Kalau Allah dah sedia sejemput, usahalah banyak mana sekalipun, yang bakal dapat takkan bertambah selaras dengan usaha kita sebab Allah dah sediakan banyak tu je.

Yang ketiga tu adalah kesinambungan dari yang kedua.
Sejenis rezeki yang kita dapat setelah berusaha tapi belum tentu jadi milik sendiri.
Contoh, dapat gaji beli KFC.
Elok je nak suap, ada orang langgar bahu kita, jauh bersepai KFC atas lantai.
Kucing berlari ambik ayam yang jatuh.
So, itu rezeki kucing.
Rezeki kita cuma boleh beli KFC tapi tak dapat makan.

Yang keempat ni yang best tapi selalunya kita tak fokus pada yang ni.
Rezeki yang dibagi Allah secara tak terduga.
Jenis ni, ada kaitan dengan sesuatu amalan like berbuat baik, jujur, amanah, bersyukur, redha, sedekah, memaafkan, bertakwa, tawakal, istighfar.
Selalunya kita kata ia datang secara 'kebetulan'.
Padahal bukan kebetulan.
Memang Allah dah plan nak bagi, cuma Dia nak bagi secara mudah tanpa kita perlu berusaha bermati-matian dan berhabis-habisan.

Rezeki ni kalau salah cari boleh jadi malapetaka untuk diri sendiri.
Kalau salah guna boleh jadi bencana.

Adakah rezeki akan bertambah kalau kita kerja 24 jam?
Adakah rezeki akan berkurang kalau kerja 2 jam?

Tak.

Imam Ghazali cakap, "Usaha anda tidak akan menambahkan rezeki anda, dan tidak juga akan mengurangkan rezeki kerana rezeki telah ditetapkan di Loh Mahfudz, sudah dihitung secukupnya untuk anda".

Yang sebetulnya, usaha sikit atau banyak, rezeki memang dah tetap.
Tapi rezeki yang kita dapat boleh berubah ke point nombor 3 (refer point tadi) sekiranya kita curi tulang atau tak jujur.
Elok-elok dah dapat duit gaji sekali kena curik (contoh).
Dan rezeki boleh juga berubah ke nombor 4 (refer point tadi) sekiranya kita beramal soleh.

Apa je yang kita buat adalah sebahagian dari takdir Allah.
Usaha takkan menambah atau mengurangkan hasil perniagaan kita.
Kalau dah ditakdirkan kita jadi jutawan tahun depan, usaha atau tak, tetap akan jadi jutawan.
Masalahnya kita tak tau apa yang bakal jadi tahun depan.
Itu yang jadi misteri bagi kita.
Sebab tu kita kena usaha, seadanya.

Ni karang ada yang cakap "Ha, kalau macam tu takyah solat lah. Sebab tak solat, kalau dah ditakdir syurga, masuk jugak syurga!"

Eh, kita tahu ke kita memang akan masuk syurga?
Tak ada yang tau dengan pasti nasibnya nanti.
Rasulullah saw yang dah tau, dah dijamin masuk syurga pun makin kuat ibadahnya.
Kita yang blom jelas hala tuju ni pulak nak sombong taknak solat segala.
Padahal yang pertama dihisab adalah solat.
Kalau solat bagus, maknanya amalan lain konfem bagus.
Masalahnya, yakin ke solat kita dah bagus?

Jadi, untuk ingatan diri sendiri juga, tak perlulah berlebih-lebihan dengan marketing yang merepek-repek bila mencari rezeki.
Cari apa yang Allah redha.
Dia tak suruh kita bermati-matian mencari duit.
Apa yang depan mata ni, jalankan dengan sungguh-sungguh dengan cara yang betul dan baik, insyallah segalanya akan kembali pada kita dengan baik-baik saja.

By the way, semalam kat post IG aku semalam ramai pulak yang tanya pasal GC Plus.
Ok ni aku tepek reply aku to them.
Kalau masalah korang sama macam soalan yang dorang tanya ni, harap dapat pencerahan sedikit sebanyak.











Sebarang pertanyaan lanjut nak order, WHATSAPP SINI.