walk on wings, tread in air: Orang jealous = Orang gila <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Orang jealous = Orang gila
2018-05-14

Penyakit hati ni boleh menjangkiti sesiapa je.
Jangankan dengan orang yang tak pernah bersua muka hanya kenal di alam cyber.
Alangkan adik-beradik yang duduk di rahim ibu yang sama pun boleh terkena penyakit hati.
Orang yang selalu sakit hati dengan orang lain ni sebenarnya terancam.
Always anggap orang lain punca dia hilang nikmat.
Kalau jumpa orang yang kuat mengadu, mengkritik, dan menipu, itu adalah antara ciri-ciri utama yang wajib ada.

Cubalah, selagi boleh elakkan dari berada dalam kelompok spesis macam tu.
Kalau envy takpe lagi, tapi kalau jealous memang jauhkan terus.

Orang yang envy, dia tak buat jahat kat kita.
Memang betul dia suka ambil tahu hal kita, tapi bukan untuk berdengki.
Kalau dia bengkek pun dia tak tunjuk.
Ia lebih kepada adore cuma dia taknak mengaku dia adore.
Apa yang dia cemburukan tentang kita akan membuatkan dia berusaha untuk jadi seperti kita.

Tapi kalau jealous lain. Ini sejenis penyakit.
Jealousy I would avoid, sebab ia lebih kepada masalah peribadi.
Tak ada keperluan untuk berlembut dengan orang jenis ni.
Sebab orang yang jealous akan sentiasa cari alasan untuk membenci.
Dan jenis ni dia tak cemburukan apa yang kita ada tapi the feeling of not being worthy dan gagal untuk jadi as good as us.
Kegagalan dorang tu menyebabkan dorang jealous pada thos yang lebih successful, whether in money, love or career.

Antara hint-hint yang paling senang untuk kita spot spesis jealous ni, dia selalu bagi backhanded compliments.
Tak kira apa yang kita buat, dia akan always bagi credit to someone else.
Contoh :

Caption gambar kita : "Just had a great photoshoot"
Komen dia : Pandai fotografer ambik angle, muka nampak berbeza sangat. Maybe sebab lighting and editing."

Caption gambar kita : "Alhamdulillah dapat kerja baru!"
Komen dia : "Untunglah orang kabel besar"

Caption kita : "Me with new tudung"
Komen dia : "Tudung ni baguslah. Muka awak nampak kurang tembam".

Caption kita "On my wedding day"
Komen dia : "Pandailah MUA kau mekapkan. Berubah habis muka".

Nampak tak hawa-hawa jealous kat situ?
Dia sebenarnya akui kita hebat, kita look good, tapi dia taknak dan takkan cakap.
Berbeza dengan orang envy, kalau dia cemburu, dia memilih untuk diam.
Puji tidak, kutuk pun tak.
Boleh jadi dia akan dengan senyap-senyap ikut apa yang kita buat.
Tapi orang jealous dia akan sentiasa kutuk tak kira apa pun kita buat.

So the best way to deal with it is to ignore.
Issyallah, dia akan senyap, maybe untuk beberapa ketika sebelum dia start balik.
But if the jealousy persist sampai ke tahap mengganggu hidup kita, you need to confront this person.
Tapi kena careful sikit sebab selalunya orang macam ni gila.

Ingat tak kes budak kolej yang bawak pistol and tembak randomly tahun lepas?
Kita ingatkan dia mental.
Tapi later they found out rupanya budak tu jealous.
Dia tak tembak randomly, tapi dia tembak orang yang dia jealouskan.
In other words jealousy can kill.
So baik-baik la confront dengan jenis ni. Dorang ni gila.

Zaman sekarang ni kalau orang kritik di media sosial, alasannya "Saya tegur sebab saya nak dia beubah jadi lebih baik."

TAHIK.

Tak kira siapa pun, samada kawan atau random person, kalau niatnya betul, dia akan kritik in private.
Hanya orang yang jealous will do it in public.
Aku yakin kita semua ada 'kawan' yang pernah kritik kita kat FB in front of everybody.
Please take care guys, most probably that person is jealous of you.
Because there is a difference between criticizing someone and putting her/him down.

Hassan Al-Basri pernah berkata "Sesungguhnya manusia sentiasa suka menghitung ujian dan musibah yang Allah berikan kepada mereka tetapi mereka sentiasa melupakan setiap kenikmatan yang Allah telah berikan kepada mereka".

Bila sentiasa menghitung ujian, di situlah punca segala penyakit hati.
Penyakit hati adalah penyakit yang lebih teruk dari segala penyakit fizikal lain.
Kalau kita tengok macamana maraknya api yang membakar sebuah rumah hingga setiap pelusuk ceruk dalam rumah semua dijilat api.
Kalau rumah sebelah kena tempias sikit je dari api tu, ada kemungkinan tempias yang sikit tu akan merebak membakar rumah sebelah pula.
Macam itulah umpama penyakit hati.
Salah satu punca yang boleh membuatkan hidup kita sia-sia dunia dan akhirat adalah ketika kita mempunyai penyakit hati.

Apa beza sakit hati dengan sakit badan?

Hati yang sakit Allah akan tambahkan lagi sakitnya kecuali dia bertaubat.

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta" (Al-Baqarah 10).

Boleh nampak tak kenapa orang yang ada penyakit hati payah nak jadi baik?
Sebab Allah dah berjanji akan ditambah lagi sakit tu.
That's why kalau perasan, orang-orang yang ada penyakit hati, yang selalu nak berdengki, nak berdendam, sentiasa mencari buruk dan salah orang, sentiasa cari peluang nak menyakitkan hati orang, - mereka ini payah nak berubah.
Dan kalau dia tak bertaubat, hati ini ada terus-terusan ditambahkan sakitnya hingga hati itu mati.

Berbeza dengan badan yang sakit.
Bila badan kita sakit, secara otomatik kita akan cari ikhtiar untuk sembuhkan.
Ada yang Allah sembuhkan dan ada yang Allah matikan supaya tidak lagi terbeban dengan kesakitan.
Tapi kalau penyakit hati, pesakit tak tau pun dia sedang sakit sedangkan Allah sengaja tambah lagi penyakit tu hingga dia menjadi lalai dan leka dan perasan dia sihat sehingga lupa nak cari ikhtiar merawat sakit.

Untuk dia si pesakit hati, biar dia handle his/her own sakit.
Untuk kita yang menjadi target, elakkan jadi too smart.

Yes, you read it right.

Because if you are too smart, you will attract jealous people.




Cerita pilihanraya dah habis kot, kan?
Bagi dorang buat keje dorang, kita jangan sibuk. Pikir siapkan keje sendiri dulu.
Baju raya dah beli?
KLIK SINI KALAU NAK TENGOK SIZE.


posted by aveo757 @ 10:12 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER