2018-05-17

Buat saja dulu.


Ramai orang kata nak berhijrah sangat senang.
Betul, hijrah sangat senang.
Tapi, di sebalik kemudahan hijrah ada satu hal yang menunggu kita iaitu istiqomah.

Siapa yang pernah melalui moment-moment hijrah mesti setuju kalau aku cakap moment yang paling indah bila berhijrah adalah pada permulaan dapat hidayah.
Waktu ni tahap iman sangat tinggi.
Payah nak gugat iman waktu ni.
Iman tu tergugat masa mana?
Time kena tinggal dek boifren, time ada financial problem, bila hilang pekerjaan, fail exam/interview, bisnes menjunam.
Time ni lah istiqomah tergugat.
Selalunya macam tu lah.

Hati kita bukan di bawah kawalan kita.
Allah yang membolak-balikkan hati.
Dia menguji kita dengan hati yang tidak tetap pendirian.
Takkan terdaya kita nak pujuk hati untuk terus bertahan dengan hijrah kalau bukan dengan pertolongan Allah.
Rasulullah saw yang tak ada dosa dan yang dah dijamin syurga tu pun tak pernah sekali tinggalkan doa supaya Allah jaga hatinya agar terus berada di jalan agama.
Apetah lagi kita yang dosa sentiasa bertambah, syurga pun belum pasti.
Doa kita kena lebih lagi supaya Allah tetapkan hati dalam hijrah.

Sungguh, nak menjaga hijrah tu sangat susah.
Ujian datang silih-berganti.
Tapi bak kata ustaz, ketika hijrah kita diuji, itulah waktunya Allah beri perhatian kat kita.
Waktu ni lah Dia nak tengok sejauh mana kita ikhlas hijrah keranaNya.
Ujian yang Dia hantar sepadan dengan punca kita berhijrah.

Pernah tak kita jumpa orang yang dulunya rajin nasihatkan kita untuk berubah, tapi akhirnya kita tak nampak pun dia lagi kat tempat-tempat taklim walhal dulu dia lah yang beria ajak kita ke sana?

Pernah tak ada kawan yang dulunya ajak kita berubah tapi lepas kita berhijrah dia bukan lagi berada dalam laluan yang sama?

Hilangnya seseorang daripada ketaatan (istiqomah) selalunya kerana asas keikhlasan tidak kuat.
Allah sangat mementingkan keikhlasan.
Kerana ada orang berubah/berhijrah kerana dunia sedangkan ibadah tidak boleh bercitarasakan dunia.
Kalau kita berhijrah kerana niat habuan dunia, nanti Allah akan uji kita dengan itu.
Kerana paling tak, kita semua ada at least 3 kekurangan yang melekat kat hidup ni sampai mati.

Yang pertama, kita ni bodoh.
Apa yang kita tau sekarang adalah kerana Allah izinkan.
Kalau Dia tak izinkan, sampai ke sudahlah kita tak tau.
"Sesungguhnya aku tak memiliki apa-apa melainkan apa yang Allah beri pada aku" - tagline kat cover provile FB aku.

Yang kedua, kita ada nafsu.
Nafsu ni sampai mati pun takkan boleh kita hilangkan, hanya boleh jinakkan sekejap je.
Bila-bila masa dia boleh mengganas balik.

Yang ketiga, kita ni sentiasa dikelilingi oleh setan.
Anytime kita boleh hanyut.

Tiga benda ni membuatkan kehidupan manusia tak pernah sempurna.
Tapi, Allah bukan saja-saja hantaq 3 benda ni kat kita.
Dia tau dengan 3 benda ni kita akan buat kerosakkan atas dunia tapi Allah tetap ciptakan kita sebab Dia nak tengok siapa di antara manusia yang Dia cipta ni akan pulang kepadaNya dalam keadaan berhijrah dan bertaubat.

Actually nak decide whether or not to hijrah is difficult tapi tak sesusah istiqomah.
Nak ubah kebiasaan lama menjadi kebiasaan yang baik need komitmen yang ikhlas.
Akan ada perasaan takut, bimbang, at the same time terfikir apa respon orang lain tentang hijrah kita.
Tak apa, hijrah je dulu.
Jalan hijrah memang tak mudah, tapi jangan kerana tu menjadikan iman kita goyah.
Kalau orang sok sek sok sek pun biarlah, itu semua adalah bukti bahawa kita berada di tengah-tengah kebaikan.

Of course selepas hijrah lebih banyak ujiannya.
Malah lebih teruk daripada ujian-ujian yang kita tempuh sebelum kita berhijrah.
Yang ni standard. Jangan risau.
Dia umpama baca buku cerita.
Buku-buku yang betseller tu semua sebab jalan cerita turun naik.

Jangan takut bila dengar perkataan hijrah.
Hijrah sebenarnya adalah pilihan dalam hidup semua orang, takde yang terkecuali.
Kerana hijrah bermaksud bergerak dari satu tempat ke tempat lain atau dari satu situasi ke tempat lain.
Maknanya hijrah ni semua orang boleh buat, baik tua atau muda, baik yang kuat atau lemah.

Tapi istiqomah lain.
Tak semudah putar tapak tangan.
Kerana istiqomah maksudnya tegak lurus.
Tak mudah untuk kita kekal tegak dan lurus kecuali dengan niat dan kesungguhan.
Itu pun masih tak cukup.
Tak cukup setakat bersungguh saja.
Mesti ada ilmu.
Dan "ilmu tidak dapat diraih dengan bermalas-malasan" (H.R Muslim).
That's why bila dah hijrah, usahakan belajar agama.
Cari kelas agama, cari ustaz/ustazah/mentor.
Bukan nak kata masuk kelas tu kita zero knowledge in agama, tapi nak taknak kita kena blaja.
Kerana bila kita ada ilmu barulah mudah untuk istiqomah.

Bulan puasa ni sesuai sangat kalau sesiapa nak mulakan hijrah.
Mana-mana yang belum bertudung tu, ni waktu paling sesuai.
Sebab orang kata kalau kita nak ubah diri, kena konsisten lakukan perubahan selama 21 hari.
Kalau sepanjang bulan puasa ni 30 hari pakai tudung, insyallah lepas puasa nanti mesti rasa segan nak free hair.

Hijrah saja dulu, istiqomah kemudian.
Sebab kita takkan tahu sampai bila Allah bagi kita kesempatan dan berapa lama lagi masa untuk kita tinggal di dunia.
Maut sentiasa mengintai, maka hijrah saja dulu, ok?

Selamat Berpuasa to All.




Ada 10 warna boleh pilih termasuk warna yang model pakai.