2018-05-16

Mak bapak pun boleh derhaka kat anak


Redha Allah bergantung kepada redha orang tua dan kemurkaan Allah bergantung pada kemarahan orang tua - (HR Al Baihaqi).

Hadis kat atas ni cukup jelaskan betapa hebatnya kedudukan mak bapak dalam Islam.
Tapi, ramai yang suka exaggerate dalam mentafsirkan hadis ni.
Ramai menganggap apa pun terjadi, anak tetap kena taat pada mak bapak termasuk kalau anak yang sedang berusaha melakukan syariat sedangkan orang tua melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat, anak tetap wajib taat pada orang tua.
Pemahaman ini salah. Salah besar.

Bak kata pepatah "Ada asap, ada api".
Maksudnya, sesuatu yang terjadi mesti bersebab.
Dalam kes ni, boleh jadi derhakanya anak terhadap orang tua salah satu penyebabnya adalah kerana orang tua derhaka kepada anak.

Ada kisah sorang lelaki (bapa) yang datang berjumpa dengan Umar Al-Khathab untuk mengadu hal akhlak anaknya yang tak bermoral.

Then, Umar panggil anak tu dan tegur apa yang dilakukan olehnya.
Anak lelaki itu kemudian tanya, "Wahai Amir Mu'minin, tidakkah anak itu ada hak kepada ibu bapanya? Ayah memanggil saya dengan nama "tikus" dan dia tak mengajar saya satu ayat pun dari Quran."

Umar pandang si lelaki tadi (bapa) dan berkata, "Kamu datang untuk mengadu hal anak kamu tapi kamu telah berlaku tak adil kepadanya sebelum dia berlaku tak adil kepada kamu. Kamu telah derhaka kepadanya sebelum dia berbuat derhaka kepada kamu."

Seorang suami adalah pemimpin dalam keluarga dan akan diminta bertanggungjawab di akhirat nanti. Isteri juga adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan terhadap anak-anaknya dan dia akan diminta untuk bertanggungjawan nanti - (HR Bukhari).

Secara tersiratnya kita dapat faham yang sikap anak boleh jadi berpunca dari sikap ibubapa.
Kadang-kadang kita as mak bapak pun banyak tak betul.
Kita tuntut anak-anak jadi sempurna tapi kita sendiri hanyut.
Kita suruh anak blaja mengaji tapi kita sendiri tak rajin mengaji, setakat tahu mengaji je tapi mengajinya tak.
Kita suruh anak solat tapi kita sendiri dah azan Maghrib masih melekat depan tv tak gerak-gerak.
Kita ajar anak bangun pagi terus mandi sedangkan kita sendiri mandi pukul 11 pagi.

Simple-simple things like this create negative images pada anak-anak.
Kita sebagai makbapak ni pun tak konsisten between our command and our behaviour, abis camno?

Zaman kita dulu lain, anak-anak tahun 1900an lain.
Anak-anak zaman sekarang ni cenderung membantah, mengkritik dan demand penjelasan.
Kita dulu tak berani nak question balik apa makbapak kita suruh.
Kalau disuruh pi mandi, takde de kita nak tanya balik "Mama dah mandi ke?"
Memang kena libas dengan tuala la jawabnya.

Kadang tu, bila anak sulung dah meningkat remaja, mak bapak tuntut anak ni jadi teladan pada adik-adik. Jadi role model.
Sedangkan semua orang pernah lalui zaman remaja dan seharusnya tahu zaman remajalah zaman yang paling tak mudah.
Zaman remaja adalah waktunya anak-anak mencari diri sendiri.
Tapi waktu ini jugaklah mak bapak nak bagi beban supaya anak sulung tu jadi teladan pada adik-adik pulak.
Yang betulnya, mak bapak kena jadi teladan, tak kira berapa pun umur anak.

In some cases, mak bapak hanya jadi pengkomen.
Kalau anak tu blaja agama, dan ketika dia buat salah, mak bapak cakap "Nama je blaja skolah agama...."

Samalah macam ayat yang biasa kita nampak kat media sosial "Sia-sia je pakai tudung kalau perangai...."

Statement-statment macam ni lah yang berpotensi untuk break down spirit anak-anak.
Elok-elok anak tu seronok skolah agama, dah jadi tak seronok.
Elok-elok orang tu dah bertudung, terus malu nak pakai tudung dah.
Sibuk semua nak suruh orang jadi perfect, yang kita sendiri taknak usaha jadi role model.

Ibubapa yang menyakiti (bukan untuk mendidik) anak ditafsirkan sebagai telah berdosa pada anak-anak.
Sebagai ibubapa, kita tak boleh beranggapan kita boleh memperlakukan anak sesuka hati hanya kerana kita melahirkannya.
Ibubapa memiliki tanggungjawab lebih besar sekadar dari melahirkan.

Ibubapa yang berkasar dengan anak-anak baik dalam bentuk fizikal mahupun psikologi menjadi bukti jauhnya ibubapa tersebut dengan iman dan taqwa.
Ibubapa yang beriman takkan terlintas di hati untuk sengaja menyakiti anak hanya untuk melepaskan rasa marah apetah lagi untuk menghancurkan karakter dan personaliti serta membunuh perasaan anak melalui kata-kata negatif.

Belum tentu anak berdosa jika menyebabkan ibubapanya menitiskan airmata.
Kalau perkara yang dibuat tidak menyalahi syarak, tak ada masalah.
Tapi kalau apa yang dilakukan anak adalah salah sehingga menyebabkan ibubapa menangis, barulah anak berdosa.

Ibubapa jangan jadikan gelaran 'ibubapa' sebagai tiket untuk buat sesuka hati pada anak kerana semuanya akan ditanya depan Allah nanti.
Cuma, ada beberapa kelebihan pada ibubapa.
Contoh, kalau kita buat salah, mak bapak boleh marah kita tinggi suara. Ok yang ni tak berdosa.
Tapi kalau mak bapak buat salah, sebagai anak boleh memegur cuma tak boleh tinggikan suara.
Itu bezanya.

Samalah juga dengan suami isteri.
Belum tentu kita suami maka kita betul semua.
Cuma bezanya, suami boleh tinggikan suara pada isteri kalau isteri buat salah tapi kalau suami buat salah isteri boleh tegur tanpa meninggikan suara.
Tapi suara aku memang high pitch dah dari azali, kira halal lah. Eh.

Nowadays, banyak cerita-cerita kat TV, kat paper, kat media sosial tentang anak yang derhaka pada ibubapa.
Kita yang membaca ni pun rasa seriau apesal lah sampai macam ni sekali anak buat kat mak bapak.
Yang mak bapak pulak, bila anak ingkar pada perintah je, terus labelkan as anak derhaka.

"Ini ke balasan kau pada mak bapak? Ini ke yang kau balas pada kami?"

Such statements sometimes build an unbalanced understanding of parents.
Kita selalu tuntut hak agama ni terpenuhi dan bila tak terpenuhi selalu anak yang disalahkan.

Memang betul, berbakti pada orang tua adalah kewajiban anak dan derhaka pada ibubapa adalah salah satu dosa besar yang terbesar.
Tapi jangan lupa bahawa Islam tidak melihat satu sisi saja dan mengabaikan sisi lain.
Islam juga mewajibkan orang tua berbuat baik pada anak-anaknya, dan tidak derhaka kepada mereka.




Khas untuk pengguna GreenAard.
Sila pilih nak bawal warna apa.