2018-04-04

Kita bukan Cinderella


Sorry, aku tak dapat nak respon to all email lagi regarding post yang lepas (post Perlis).
Ramai nau yang respond pada post tu.
Tapi semua aku dah baca, nak reply blom sompek-sompek lagi. Terima kasih.

Ada yang nampaknya surprise dengan cerita aku "Lega saya bila baca post Kak Di dengan En Wan. Rupanya Kak Di and En Wan pun bergaduh. Ingatkan tak pernah bergaduh".

Suami isteri kat celah mana yang tak pernah gaduh?
Kerat jari kalau tak pernah bertekak.
Alangkan Aisyah tu pun pernah hempaskan pinggan depan-depan tetamu Rasulullah saw dek kerana marah (cemburu dengan Rasulullah). Apetah lagi kita manusia yang banyak khilaf.
Bergaduh dalam rumahtangga tu biasa.
Yang membezakan cuma punca dan cara penyelesaiannya saja.

Kita kawen bukan untuk bahagia. Let alone happily ever after. No such thing.
Cuma kita dah terbiasa dengan cerita dongeng zaman Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty - yang semuanya berakhir dengan ending yang best-best.
Now, bila dah kawen baru kita tau yang nikah adalah permulaan, bukan pengakhiran.
Jadi lepas ni kalau kita bacakan cerita Cinderella kat anak, pastikan bahagian hujung cerita kita ubah.
Instead of "they live happily ever after", kita ubah kepada "they finally get married. Sometimes they are happy and grateful, sometimes they also go through difficult times but they are patient. They istiqomah in life and eventually die in husnul khotimah". Gituuuu.

Tapi kalau anak dah pandai baca sok dia tanya balik "Kenapa cerita dalam buku ni endingnya lain dari mama cerita dulu?"
Yang tu pandai-pandai la jawab.

Sebenarnya ini penting.
Kita kena start pasakkan dalam minda anak-anak yang life is not always beautiful but the journey is.
Supaya dorang tau it is a constant contradiction, tak selalunya happy.
Kat dunia ni takde yang bahagia selama-lamanya.
Bahagia selama-lamanya hanya ada kat sisi Allah, di syurga.
Kalau nak bahagia di syurga, then kena faham yang hidup ini perlu sacrifice.

Most of us, naturally as human beings selalu menganggap bila dah kawen, mesti pastikan rumahtangga tu dipenuhi dengan gelak-gelak, happy-happy and sweet-sweet things.
Kita lupa something.
Kalau redha Allah tak ada, kita hanya akan dapat bahagia saja tapi bukan barokah.
Bahagia tu adalah bila kita dapat apa yang kita impikan.
Barokah pula, belum tentu kita dapat apa yang kita nak tapi kita masih tenang dan tak kusut memikirkan apa yang kita belum ada.

Dulu, aku punya definition of marrying was to seek happiness too.
Sebab aku dengan En Wan long distance relationship.
Jadi aku membayangkan bila dah hidup bersama, barulah happy.
Turns out it was totally wrong.
When I was looking for a happy marriage, Allah showed His power.
I insist on being happy, then I suffer more.

Akan sampai ke satu tahap kita rasa exhausted sangat.
Letih tu wajar but if the exhaustion is so big and affect sincerity in living, this is not natural.

Bila dah letih, mulalah nak membebel. Semua benda nak komplen.
Komplen tu wajar tapi kalau dah asyik nak komplen je kejenya, kita akan lupa dengan word "gratitude".

Ujung-ujung muncul rasa kecewa.
Sedih wajar, tapi kecewa tak wajar wujud.
Kecewa akan membawa kepada hilang mood, muka mencuka 24 jam.
Bila salah sorang dah takde mood, it affects the attitudes of our spouse and children.

Definisi bahagia kita dan bahagia Allah tak sama.
Kita punya definisi bahagia tu murah sangat.

Masih ramai di antara kita yang menilai bahagianya sebuah rumahtangga tu dari kehidupan suami isteri yang tak pernah bertekak.
Sama jugak dengan bilangan anak.
Ada anak baru bahagia, kalau takde anak tak bahagia, kawen lain. Eh.

Orang kata kalau ada duit, rumahtangga bahagia.
Belum tentu.
Ingat tak dulu, masa kita baru-baru kawen, segalanya serba-serbi cukup-cukup makan je.
Kereta cuma satu (kadang-kadang ada motor je), rumah pun menyewa, perabot rumah pun tak complete. Tapi rasa content sangat.
Dan berapa ramai pulak orang yang rumahtangga jadi berantakan bila semakin kaya? Ramai.
Jadi, duit pun bukan ukuran kebahagian sebuah rumahtangga.

Jangan mintak kat Allah rumahtangga yang bahagia sebab kita takkan jumpa.
Mintaklah rumahtangga yang barokah.
Kerana bila ada barokah, maka bahagia akan ikut.

Rumahtangga yang barokah tu bila suami isteri bertengkar tapi dalam masa yang sama tak sampai hina-menghinakan di antara satu sama lain.
Ada husband and wife kalau bertekak habis 14 keturunan dia ungkit, dia hina, dia kutuk.
"Kalau saya tak kawen dengan awak, konfem takde sape nak awak!"
Ini semua point-point nak membawa kepada hancurnya rumahtangga, tanda-tanda tiada keberkahan.

Kadangkan bila aku terbaca status yang viral "Jangan pamerkan kebahagiaan rumahtangga dalam media sosial, kesian pada yang belum kawen"......aku macam dah kenapa tak boleh?
Memang semua orang percaya ke bila dah kawen kita takkan sedih-sedih lagi dan akan merasa bahagia 24 jam? Hahahahaha.

It's hard to find a couple who dare publicize masalah.
Memang tak perlu cerita kat dunia tentang masalah kita pun.
Aku pun jarang bercerita cuma hari tu aku rasa aku nak share something yang mungkin boleh diambil teladan.
Tapi tu la, disebabkan cerita-cerita tentang masalah dalaman ni jarang kedengaran berbanding cerita-cerita happy, this makes the news about marriage unbalanced.
Bila aku post entry yang lepas, barulah ada yang ke depan (email) cerita tentang masalah rumahtangga masing-masing.
See? Masalah tu wujud dalam mana-mana rumahtangga.
Mana ada happily ever after. Kita bukan Cinderella.

Perasan tak, sebelum kita kawen, kita diam-diam buat plan untuk membahagiakan pasangan and we promised will never hurt her/him.
Sebaliknya (please be honest), how many of us who are married managed to make our partner happy?
Sebenarnya kita juga diam-diam berharap kita akan dibahagiakan rather than membahagiakan pasangan, betul tak?

Kadang-kadang, the real reality of marriage should be publicized so that semorang dapat faham that it is not the "married" status that makes you happy.
Kebahagian itu mesti diusahakan, bukan datang dengan sendiri.
Kerana di sebalik sebuah kebahagiaan, there is always an unhappy effort to achieve it.

Hari tu masa post pasal Rayyan, ada reader email tanya tips aku didik anak-anak.
Dia kata anak-anak dia ada yang menjadi sangat.
Ada yang tak menjadi tu memang tak menjadi lansung.
Aku tanya anak berapa? Dia cakap 3.
Yang abang-abang semua ok, sukses.
Yang adik dengan malasnya, dengan degilnya, dengan kelas paling belakangnya.

Nak tau tak, ada sorang lelaki ni baik sangat. Keturunan orang baik-baik.
Aku tak kenal sangat, orang la yang cerita ni.
Lelaki ni ada anak 12 orang.
Yang nakal 10. Yang baik cuma sorang. Tapi yang sorang ni pulak hilang.

Nak tau siapa lelaki ni?
Itulah Yaakub bin Ishak bin Ibrahim.
Anak 12 tapi yang menjadi cuma sorang. Tapi yang sorang ni hilanglah pulak.
Yang hilang nilah namanya Nabi Yusuf.

Kesimpulannya, anak juga bukan petanda bahagia.
Jangan mengharap semua anak kita akan bagi kita bahagia.
Allah bagi kita anak bukan untuk kita happy happy and feeling proud dengan anak.
Tapi untuk kita jaga amanah saja.

Yang penting dalam sebuah marriage bukanlah bahagia tapi barokah.
Kerana bahagia boleh buatkan kita lalai, tapi barokah akan buatkan kita mendekatiNya.
Rumahtangga yang barokah, akan dijaga oleh Allah.




Hari ni special.
Hanya 4 April saja.
Semua yang nak beli GreenAard (promo) atau shawl (RM50 dan ke atas), dapat free pos.
Only for today.
Tak valid kat website.
Hanya valid kat Whatsapp.




KEYWORD : APRILFOUR

WHATSAPP SINI (Intan)