2018-04-02

Suami isteri kena redha to each other.



Gambar yang aku tunggu-tunggu sangat dari pihak Perbadanan Perlis.



Gambar ni aku pernah naikkan kat IG tapi in black and white.
Ramai yang mintak tunjuk color sebenar tapi aku taknak tunjuk sebab taknak spoilkan customer.
Bagi program dorang jalan dulu baru aku reveal.
So ini kombinasi warna yang dipilih. Dorang pilih kombinasi warna logo.

Aku tak pernah terbayang one day Fleur by Mrs Him akan buat baju korporat.
Ingatkan buat shawl secara kecil-kecilan je.
Tapi Allah's plan is always the best kan.
Yang kita tak mintak pun kadang-kadang Dia bagi.

Berbelah bagi sebenarnya untuk accept offer ni.
Walaupun Fleur by Mrs Him biasa buat mass production tapi ni kali pertama buat baju korporat.
Pulak tu tahun ni Perlis jadi tuan rumah untuk that program.
Dah la dia jadi tuan rumah, aku taknaklah spoilkan tuan rumah dengan baju yang serupa tak siap.

Tapi dalam pada contemplating tu, gigihkan diri gak buat a few design untuk present.
Aku cakap kat En Wan, "Takpelah orang dah offer maknanya dia percaya kat kita. Kita buat je design and propose. Kalau dapat, dapat. Tak dapat takpe. Ini experience. Paling tak pun, dapat makan laksa Kak Su dah tentu". Mbhahahahhha.

Ini tahun ketiga aku left Biotech business.
Bila aku buat presentation baju ni macam sebak pun ada.
Terasa macam tengah present biotech kit. Barulah terasa lamanya aku tak buat keje gini.





Inilah 7 design yang aku propose. 
Pihak Perbadanan pilih Design A untuk baju ladies.
Design yang lain tu aku takde plan nak produce untuk jual.
Aku nak simpan je drawings ni buat kenangan.

Lepas settle present, ok lega. Habis satu keje.
Boleh proceed untuk design raya pulak.

Sekali dapat offer letter.
Ok, mode gelabah activated.

En Wan tanya aku "Camne ni? Offer letter dah dapat". Hahahaha.
En Wan gelabah sebab dia tak pernah handle projek macam ni. I mean berurusan dengan orang-orang kerajaan.
Yang aku pulak gelabah sebab risaukan hasilnya. Jangan rosak majlis dinner orang dah.

Ok relax...relaxxx.
Apa-apa hal confirmkan dengan production dulu ada free slot tak.
Aku taknak replace slot raya sebab slot raya memang aku takkan tukar.
Tailor aku cakap ok ada slot lagi tapi kena confirm by Feb so that dia takkan terima new slot.
Good. Step 1 clear.

Step 2, cari kain.
Bab cari kain ni yang bersampuk-haruk.
Aku tak biasa beli kain kuantiti banyak kat sini. Lebih familiar dengan Bandung.
Tapi mujurlah tailor aku dah biasa terima arahan via phone calls, jadi dia dah tau mana nak check stok.
Aku bagitau aku nak sekian-sekian meter and pattern apa, once ada stok je, bagitau. Aku akan datang sana.



Logo sulam kat depan baju.



VVIP guna design yang sama tapi tak guna warna biru but hitam.


Actually kat step 2 ada cerita.
Ada hikmah yang aku blaja.

Honestly, walaupun aku tak berapa strict sangat berbanding En Wan, tapi ada certain prinsip yang aku dah develop semenjak aku setup company ni yang aku masih berpegang teguh.
Tapi kadang-kadang En Wan suka 'kacau' prinsip aku.
Tu yang aku bertekak selalu hal kerja dengan dia.

Dalam proses nak siapkan projek Perlis ni, sampai satu point tu aku cannot accept prinsip aku orang langgar. Jadi aku malas nak banyak cerita, aku back off.
Aku suruh dia take over, aku nak fokus kat GreenAard je.

Bertekak hal kerja ni benda biasa, jadi aku tak kisah sangat sebab aku tau nanti aku ok balik.
Tapi rupanya, aku tak sedar kali ni aku betul-betul frust.

Tak salah aku dalam 1-2 minggu jugak En Wan berurusan dengan tailor and factory untuk cari kain and pattern tapi tak jumpa-jumpa.
Jangankan kata kain bermotif, kain plain pun takde stok!
Padahal warna biru tu bukan warna rare. Lain lah kalau warna teal, memang payah nak cari.
Royal blue ni warna sepanjang zaman. Konfem ada punya.
Malangnya, for couple of weeks, tak jumpa.

Kesian aku tengok En Wan, dia nampak sangat penat and a bit serabut sikit.
Kitorang ok je tetap bercakap, bergurau macam biasa, cuma aku tak tanya lansung pasal projek ni.

One day tu masa dia masuk bilik aku, aku tergerak tanya "How's Perlis projek? Dah jumpa material?".

Dia tarik kerusi duduk depan aku "Kain plain pun takde".
Sedih nau muka dia aku tengok.

Aku diam je.

Pastu aku cakap kat dia dengan nada yang paling lembut, "Abang pernah terdetik tak benda ni jadi susah sebab Di tak redha?"

Dia senyum..

"Ya, Abang tau Di ada prinsip, tapi....bla bla bla bla".

Aku takde respond apa-apa. Aku dengar je.

Lusa, dia ajak aku makan Sushi.
Masa tengah makan tu dia cakap "Nak dengar tak satu cerita?"

"Ingat tak hari kita sembang tu? Pagi tu abang call factory tanya ada tak stok kain. Factory kata takde, warna tu dah banyak habis. Yang ada now 1 kayu je tinggal. Kalau nak print ambik masa at least 3 weeks sebab kena queue slot. Dia dah carikan merata. Takde stok warna tu. Lepas kita sembang tu, abang call lagi factory nak tanya kot-kot dia ada new update. Sekali dia kata ada! Awak tau tak, cun-cun 3 kayu. Dia cakap tadi ada orang kensel order".

Macam tak lojik pulak rasanya pagi call takde stok, tengahari call dah ada stok.
Cun-cun pulak tu dengan amount yang kita nak pakai.

Masa En Wan cakap tu, aku senyum.
Nampak bergenang airmata En Wan, then dia cakap "Sebab Di dah redha kan?"
Drama airmata kejap aku kat Sushi King.
Macam salam raya kat Sushi King hari tu.

Betul, masa bersembang dalam bilik tu aku dah redha.
In fact aku berharap petang tu dapat good news dari factory.
Alhamdulillah, kalau Allah kata ada, maka ada.

Cerita En Wan tu buatkan aku rasa sedih sangat.
Aku tak sedar pulak rupanya aku betul-betul frust bila dia langgar prinsip aku dan akibatnya, suami aku yang tanggung ujiannya.
Terbayang-bayang dia balik kerja dengan kepla serabut, migrain sebab masalah kain.
Rupanya puncanya bukan kain, tapi aku.
Barulah aku realize, syurga isteri memang pada suami tapi lancar tak lancarnya rezeki suami ada hubungkait dengan isteri.
Allah itu Maha Adil. Dia tak berat sebelah.

Pentingnya hubungan sesama manusia tu dijaga untuk dapat keberkatan Allah.
Kalau rezeki terasa sempit, cuba semak balik.
Kadang-kadang bukan usaha kita yang tak cukup, tapi boleh jadi ada salah dengan hubungan kita sesama manusia.
Boleh jadi dengan mak bapak, adik-beradik, ipar duai, suami isteri dan kawan-kawan.
Jangan buat something yang akan mengecilkan hati orang.
Kerana ada 2 benda yang Allah akan balas di dunia iaitu derhaka pada orang tua dan menzalimi orang lain.

Jadikan cerita aku sebagai teladan.

Isteri, redhalah pada suami setiap masa kerana dia mencari rezeki untuk keluarga. Jangan kerana kita, seluruh keluarga terasa tempiasnya.
Suami, jaga hati isteri. Banyak tak banyaknya rezeki kadang bergantung kepada sejauh mana kita memperlakukan isteri.