Tak lama lagi bulan Ramadhan. Tak sabar rasanya.
Harap-harap ada la rezeki kita jumpa Ramadhan tahun ni.
Aku tak tau if cerita ni aku sorang je yang pernah dengar atau memang semua orang pernah dengar.
Cerita tentang katanya bulan puasa roh orang yang mati akan balik ke rumah.
Biasa dengar macam tu?
Tahun 1988 bulan Mac, atuk meninggal.
Aku kesian sangat nenek tinggal sorang so aku ajak nenek duduk Bangi.
Nenek kata "Tak boleh, bulan puasa nenek takleh tinggal rumah nanti atuk balik tengok rumah". Hahaha.
Aku rasa nenek aku trick aku je so that aku tak berhenti mengajak dia ke Bangi.
Tapi aku tetap berpegang pada jawapan nenek aku tu sampai aku umur 20 tahun!
Aku yakin atuk akan balik tengok anak cucu bulan puasa.
Macam tu sekali impak cerita orang tua kat diri kanak-kanak. Sampai dah besar pun masih percaya lagi.
Kalau cerita pasal mati ni, masih banyak kebiasaan yang masyarakat buat yang tak connected dengan lojik.
Dari kecik lagi aku dah dengar dan lihat kebiaasaan ni, tapi masa tu kecik lagi, tak tau apa pun.
Dah tua ni, bila dah blaja sikit-sikit barulah satu, satu, satu kemuskilan terjawab.
Contoh, tanam pokok atas kubur.
Katanya pokok tu jadi indicator soleh tak solehnya si mati.
Kalau tumbuh elok, maknanya tanah kubur sejuk. Arwah orang beriman.
Kalau pokok tu mati, maknanya tanah kubur panas, orang mati kat dalam tu kena seksa.
Masa aku dengar orang cakap macam ni aku jadi percaya.
Ye lah, kita budak-budak kan. Apa orang tua cakap kita percaya je lah.
Dan aku terussssssssssssss percaya sampailah aku ke umrah tahun 2012.
Masa aku tengok perkuburan Baqi', aku tertanya-tanya, apesal takde sebijik pokok pun dia tanam kat kawasan kubur ni padahal elok je ha kat tepi sinun ada taman bunga?
Baqi' tu penuh dengan makam keturunan Rasulullah and sabahat.
Teringin gak aku nak tengok keajaiban pokok tumbuh segar-bugar atas kubur.
Bukan apa, kalaulah betul pokok adalah indicator keimanan si mati, bukan ke lebih baik ditanam supaya jadi pengajaran dan teladan untuk yang masih hidup ni?
Tapi perkuburan Baqi tetap sederhana sampai ke hari ni. Lapang, takde pokok.
Perkuburan Uhud lagi simple.
Yang sebenarnya tanam pokok tu harus.
Tapi yang jadi salah bila kita ni dah putarkan fakta.
Rasulullah saw pacakkan pelepah tamar atas kubur sebab orang dalam tu tengah diseksa.
Jadi pelepah tamar akan berdoa dan berzikir supaya ringan seksa kubur Hamba Allah tu. Itu tujuannya.
Tapi kita ni tanam pokok dengan tujuan nak bagi redup, nak bagi kubur jangan panas, nak jadikan indicator sejuk atau panasnya tanah, beriman atau tak berimannya si mati. Itu yang salah.
Lagi satu kalau masuk kawasan kubur nampak kubur bersemak, "Sapelah punya kubur ni, kesian mak bapak kubur macam ni. Manalah anak-anak tak datang bersihkan".
Membersihkan kubur tu tak salah, silakan dengan niat supaya kubur lapang, bersih dan untuk keselesaan yang datang menziarah.
Tapi ada certain masyarakat kita menyamakan kubur dengan rumah.
Tak cukup dengan tu, melabelkan pulak soleh tak solehnya anak berdasarkan bersih tak bersihnya kubur mak bapak.
Ingat orang kat dalam tu kisah ke kubur dia semak ke tak?
Orang kat dalam tu tunggu doa anak-anak, bukan tunggu anak-anak datang kemas kubur.
Jadi kalau ada kubur yang bersemak, jangan menyalahkan warisnya tak dapat kemas kerana ahli kubur tak dapat apa-apa manfaat dari kubur yang bersih.
Kita yang hidup ni digalakkan selalu ke kubur supaya kita yang dapat manfaat selalu mengingati kematian.
Dah alang-alang pergi tu cabutlah sikit rumput-rumput kat tepi, itu je.
Berbakti pada orang tua semasa hayat tak sama dengan berbakti pada orang tua setelah mati.
Bersihkan nisan, cabut rumput, susun batu sungai atas kubur - ini bukan namanya berbakti pada orang tua.
Cara berbakti pada mak bapak yang dah meninggal adalah dengan menjadi anak yang soleh.
Kalau kita tak fokus untuk jadi soleh/solehah setelah mak bapak meninggal, doa kita pada mereka takkan sampai.
Kerana doa terhalang oleh dosa.
Kalau dosa kita banyak, doa takkan menembus langit.
Rasulullah saw bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalannya terputus kecuali tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya." (HR Muslim).
Jelas kat situ Rasulullah saw sebut anak soleh. Bukan anak semata-mata.
Ada anak-anak nak makbapak dikebumikan satu tempat, kalau boleh sebeleh-menyebelah.
Yang ni pun aku percaya jugak dulu.
Rasa macam kalau dapat kebumi sebelah-menyebelah they will be together again.
Sebenarnya tak perlu susah hati kalau tak dapat kebumikan mak bapak dekat-dekat.
Sebab kalau mereka beriman, dorang akan berjumpa juga.
Dia punya analogi macam kita gerak ke JB sama-sama.
Tapi kita satu kereta lain, mak bapak kita satu kereta lain.
One the way, mak bapak overtake kereta kita and hon, "Abah jalan dulu".
Kita tak risau pun bila dia jalan dulu sebab kita tau akan jumpa jugak nanti kat JB. Takkan terpisah.
Lainlah kalau kita ke KB, dia ke JB. Itu baru betul-betul berpisah.
Macam tu lah jugak dengan kematian.
Mak tu pergi dulu, lagi 3 tahun ayah pulak ikut.
Tak dapat kebumi setempat pun takpe, sebab dorang satu jalan. Kita semua satu jalan.
Nanti akan berjumpa semula.
Dulu pun aku sedih bila nenek kebumi kat Ampang, sedangkan arwah atuk kat Tampin.
Sebab aku menyamakan urusan kubur sama macam urusan dunia, nak nenek duduk dekat dengan atuk sebab they have been apart for more than 20 years.
Kalau dapat kebumi sebelah-menyebelah lega rasanya when they are together again.
Gitulah pemahaman aku dulu.
Alhamdulillah now dah faham. Urusan kubur dan dunia lain, jangan disamakan.
Bersembang.
Bersembang kat kubur lain.
Yang aku nak cerita ni bersembang dengan ahli kubur.
Kadang-kadang dalam drama atau filem selalu tunjuk ni "Mah, ini anak kita dan menantu. Mah tak sempat nak tengok anak kita besar, kawen dan ada cucu. Kalaulah lah Mah ada..."
Pastu kita pun buat jugak bersembang dengan kubur.
Pergi kubur kenalkan anak.
"Mak, ini anak saya. Comel. Mata macam mata mak. Mak tak sempat nak tengok".
Karang kalau dia jawab "Ya nak, comel anak kau" tak cukup tanah kau lari.
Bukan tak boleh nak bersembang macam tu, tapi apa manfaatnya.
Penghuni kubur tak dapat manfaat apa-apa pun dari situ.
Kubur tu fungsinya bagi manfaat pada kita yang hidup sedangkan ahli kubur takkan dapat apa-apa manfaat dari ziarah kita melainkan kalau kita berdoa. Kalau bersembang lagi tak dapat apa.
Dan lagi, kalau kubur mak kita jauh, jangan sedih sangat kalau tak dapat jenguk kubur mak di pagi raya.
Ini ada yang bergaduh laki bini balik beraya semata-mata nak ziarah kubur punya pasal.
Mak bapak kita bukan tau pun kalau kita datang ziarah.
Daripada memikir sempat ke tak ziarah kubur, lebih baik bersedekah atas nama mak bapak yang dah mati, atau sambung silaturahim dengan kawan-kawan mak, atau praktikkan ilmu yang mak bapak dah ajar pada kita serta berusaha jadi anak soleh.
Kalau yang ni, manfaatnya sampai ke arwah.
Bezakanlah kubur dengan barzakh.
Kubur tu tempat bersemadi. Barzakh dunia orang yang dah mati.
Namanya Barzakh sebab ada benteng penghadang yang halang orang yang dah mati untuk kembali ke dunia.
Jadi takde cerita bulan puasa nanti roh balik ke rumah tengok-tengok rumah, "Kotornya rumah saya, dah nak raya tapi anak-anak tak balik kemaskan rumah".
Takde maknanya.
Roh semuanya dah diatur oleh Allah, takde roh yang berlegar-legar.
Kalau kita kata roh berlegar-legar maknanya kita menuduh Allah tak pandai menguruskan roh.
Semua roh ada tempat sendiri sesuai dengan amalannya ketika hidup.
Ada yang di letak dalam kubur.
Ada yang dihimpit dengan tanah. Ini those yang masa hidup suka menzalimi manusia.
Ada roh yang diletak dalam periuk panas. Ini roh mereka yang berzina dah tak pernah bertaubat.
Ada roh yang tak diterima bumi dan tak juga naik ke langit. Ini those yang masih ada hutang.
Ada yang berlegar-legar disekitar syurga waktu siang dan petang balik ke bawah arasy Allah. Ini roh orang yang syahid.
Maknanya semua roh ada tempatnya, dia tak berlegar-legar macam yang kita sangka.
Yang kita nampak berlegar tu bukan roh, tu setan.
Takde roh yang balik ke dunia.
Urusan dia dalam alam barzakh tu jauh lebih besar dari urusan dunia ni.
Lagi satu bab mimpi.
Dulu masa arwah atuk baru meninggal, aku kerap mimpi atuk.
Masa tu mak aku cakap "Tu atuk nak tengok kau mengaji untuk dia ke tak".
Maka hari-hari aku mengaji untuk arwah atuk.
Aku rasa mak aku saje je cakap macam tu sebab nak suruh aku mengaji.
Tapi aku percaya trick ni dah jadi kepercayaan zaman berzaman untuk semua orang, betul tak?
Kita percaya kalau bermimpi mak datang dalam keadaan senyum, tu tandanya dia ok dalam kubur.
Kalau dia datang dalam keadaan menangis, tu maknanya kena azab.
Kalau dia datang dalam keadaan muka masam, tu maknanya wasiat dia kita tak penuhi.
Kalau balik-balik sorang anak je mimpi mak dan anak-anak lain tak mimpi, tu maknanya anak-anak lain banyak dosa sebab tu mak taknak jumpa.
Sebenarnya takde riwayat pun cakap macam tu.
Kalau kita mimpi arwah, itu hanya sebahagian dari takdir Allah untuk kita ambil hikmah.
Contoh, Rasulullah saw pernah bermimpi sahabat dia yang dah mati.
Sahabat ni mati masa perang dalam keadaan tangan kedua-dua tangan putus.
So malam tu Baginda mimpi nampak tangan sahabat diganti dengan sayap-sayap malaikat (lebih kurang macam tu lah ceritanya).
Mimpi Rasulullah saw setakat itu saja.
Dalam mimpi tu sahabat tak senyum pun kat dia, bercakap atau apa-apa.
Jadi adakah itu roh sahabat?
Tak, itu bukan roh.
Itu hanya sebahagian dari perkara yang Allah nampakkan pada kita untuk kita cari hikmah.
Maksudnya mimpi itu memberi hikmah bahawa orang yang syahid di jalan Allah akan Allah pelihara dengan lebih baik. Itu saja.
Berbeza kalau kita bermimpi Rasulullah.
Sebab Rasulullah saw dah kata "Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya setan tidak boleh menyerupai bentukku. Barangsiapa yang berbohong atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka". (HR Bukhari dan Muslim).
Hal-hal kubur sebenarnya mesti didahulukan dengan akidah.
Kita dah terlalu lama disogokkan dengan cerita-cerita yang menyimpang dari akidah sehingga masih menganggap hal kubur tu sama dengan hal dunia.
Sebab itulah kita kadang memperlakukan kubur tu macam kita lakukan urusan dunia.
2 hari je lagi tinggal.