Last week aku terbaca kisah lelaki yang katanya dah bertahun berkahwin.
Dulu isterinya layan dia dengan baik, layan mak mertua dengan baik.
Tapi sejak akhir-akhir ni isteri jadi kurang ajar dengan mak and adik-beradik si suami.
Satu malam dia ceraikan isteri sebab isteri marah-marah mak mertua and adik ipar yang datang makan di rumah.
Bila dah cerai baru dia tau rupanya isteri dia tertekan sebab selama ini dia lebihkan mak and adik-adik.
Kalau tak salah aku isteri dia kata "Apa yang saya mintak semua abang suruh tunggu. Saya nak makan durian pun abang kata "Nantilah". Tapi bila mak and adik-adik nak, cepat je buat".
At the end of the story suami dia nak rujuk pun isteri dia taknak dah.
Kalau berdasarkan cerita aku yang satu perenggan ni, kita pun tak tau siapa yang betul dan siapa yang lebih betul.
Ada yang kata isteri tak boleh bertolak ansur, ada yang kata isteri tak reti bersabar.
Ada juga yang simply komen kat suami tu "Padan muka".
Benda-benda macam ni bukan benda luar biasa.
Dalam mana-mana perkahwinan mesti ada isu macam ni, antara boleh bersabar atau tak je.
Isunya tentang SABAR.
Sabar itu sebenarnya tak ada batas.
Kalau sabar ada batas, bermakna ketika sabar itu diam, yang muncul adalah putus asa. Bukan sabar lagi dah.
Yusuf Al Qaradhawi ada cakap "Sabar orang yang sakit itu berubat, sabar orang bodoh itu belajar dan sabar orang miskin itu bekerja dan berusaha.".
Maknanya, sabar tu bukan pasrah berserah. Sabar tu bertindak untuk memperbaiki keadaan.
Kalau ikutkan konsep sabar Al-Qaradhawi ni, dalam cerita singkat kat atas, aku tak sure siapa yang tak bersabar.
Samada suaminya tak bersabar sebab tak selidik dulu punca isteri mengamuk.
Atau isterinya yang tak cukup sabar dalam mengajak dan mengingatkan suami untuk penuhi hajatnya.
Imam Malik bahkan berkata "Wajib bagi seorang suami berusaha untuk menjadikan dirinya dicintai oleh isteri-isterinya hingga dialah yang menjadi orang yang paling mereka cintai.".
Aku suka kata-kata Imam Malik ni.
Sebab, ada sesetengah lelaki tak berusaha menjadikan dirinya lelaki the best untuk isteri.
Dia buat isteri dia ala kadar je.
Bila isteri suka kat lelaki lain, dia tuding puncanya pada orang lain.
Puncanya gathering skolah, puncanya media sosial, puncanya whatsapp group, puncanya wechat, etc.
Sikit pun dia taknak kaji kalau-kalau puncanya ada pada diri sendiri.
Sesetengah suami buat isteri ala kadar.
Bila dia tengok isteri boleh bertolak ansur, jenis tak berkira dan boleh tong-tong dalam banyak benda, dia jadi selesa.
Bila dah selesa, maka dia anggap isteri pun tak kisah.
Nanti satu hari bila isteri mula mengungkit, dia tuding puncanya pada orang lain.
"Ni mesti sebab berkawan dengan si Anu tu yang pandai berkira dengan saya sekaang!"
"Ni mesti mak awak yang hasut ni. Asal balik rumah mak awak je mesti perangai awak berubah!"
"Sejak bila awak dah tak pandai bersabar lagi ni?"
Tak dinafikan, kadangkala ada betulnya, akibat pengaruh persekitaran.
Tapi, ada lebih baiknya kita pun muhasabah diri and cari kot-kot semua ni berpunca dari kita.
Tak bermakna bila isteri akur, bermakna dia selesa.
5 tahun awal perkahwinan adalah tahun-tahun mencabar.
Tahun-tahun ni suami isteri dituntut banyak bersabar dalam banyak perkara.
Waktu ni isteri selalunya tak kisah share banyak benda.
Tak pergi bercuti pun tak apalah, tak belikan baju pun tak apalah, jarang makan di luar pun tak apalah.
Sebab masing-masing masih membina hidup.
Silapnya di sini bila 5 tahun pertama berkongsi segala benda, akan sampai satu tahap suami rasa ini dah jadi kebiasaan.
Dia merasa "bini aku pun tak kisah..."
That's why takde drive untuk buat lebih, sediakan lebih, let alone nak menjadikan dirinya orang yang paling dicintai oleh isteri.
Kerana dia merasakan isteri dah boleh terima segala benda seadanya.
Salah tu bang, salah!
Nak suruh isteri bersabar tara mana lagi?
3-4 tahun bolehlah dipanggil sabar.
Kalau dah masuk 10-15 tahun masih lagi nak kata isteri tu kurang sabar ke?
Bukan nak suruh abang-abang buat lebih sangat pun.
Cukuplah kalau 5 tahun pertama tu nafkah RM50, naikkan ke RM80/sebulan.
Tak pun, kalau selama ni tak pernah bawa isteri makan candle lite, apa salahnya tahun keenam ni bawak sekali. Sekali je pun bagi dia merasa.
Kalau selama ni isteri pegi keje semuanya dengan duit sendiri, apa kata mula tahun ke enam abang sponsor duit tol untuk isteri pergi kerja.
Bukan nak suruh lambakkan emas berlian, tapi patut padanlah.
Bersikaplah seperti manusia yang ada perasaan.
Setidaknya-tidaknya biar ada peningkatan.
Jangan belasah semua benda "isteri aku jugak paling best, dia tak kisah semua benda".
Ye lah, kau je la yang nak isteri best.
Isteri-isteri ni memang tak kisah dapat suami tak best macam kau, kan?
Tu pasal-pasal isteri-isteri abang rajin membawang kat page rumahtangga.
Tak cukup dengan tu isteri-isteri abang menjaki dengan isteri-isteri orang lain pulak.
Yang sebenarnya isteri abang bukan sakit hati dengan kelebihan orang lain, tapi kecewa dengan kekurangan abang.
Dorang nak cakap kat abang tak berani takut kena hempuk, jadi dorang menjoyahlah kat forum-forum mengumpat hal orang. Mencari secebis kebahagiaan gitewww.
Isteri-isteri ni kalau tak dapat nak reveal pada husband apa yang terbuku dalam hati, selalunya isteri akan pendam.
Ketika ni isteri menyangka dia bersabar atau cuba untuk bertolak-ansur.
Tapi bila sampai ke satu tahap dia pecah sabar, she can be very very nasty.
Inilah yang mempengaruhi mood dan kata-kata yang keluar dari mulut.
Aura negatif ni beransur-ansur jadi lebih besar dan dominan.
Aura dominan inilah yang nanti akan melambatkan rezeki, baik rezeki isteri mahupun suami.
Lagi satu hati-hati para suami.
Kalau betul isteri teraniaya oleh sikap suami (tanpa suami sedari), apa yang didoakannya ketika ini sangat mudah untuk diijabah.
Kerana doa orang yang terluka itu menembus langit.
Bukan sikit-sikit suami yang eksiden bila isteri terlepas cakap.
Dan bukan sikit jugak bisnes suami mereput bila isteri sakit hati lalu mendoakan biar suami tak lancar rezeki sebab duit lebih pun bukan ingat kat bini. Haaaa gitu.
Bukannya isteri abang tak kisah bila abang tak belikan soemthing special untuk dia.
Bukan isteri abang tak kisah bila abang tak bagi duit nafkah.
Tapi isteri bagi abang ruang untuk 'bernafas' sambil-sambil menunggu keajaiban muncul.
Jangan sampai isteri menunggu buah yang tak kunjung tiba.
Esok lusa kalau ada orang lain yang hulurkan buah, kau jangan menggelupur pulak bang.
Ni kadang-kadang aku tengok hat-hat lelaki bujang kalau mengomen kat page perempuan kaya and cantik, ayat tak lari dari "Alahh, cantik mekap je ni".
Ya, memanglah cantik mekap.
At least lepas mekap jadik gak cantik.
Kalau sepanjang hari kat rumah dia pakai mekap untuk nampak cantik pun apa salahnya, muka dia bukan muka kau.
Abang cakap macam tu kerana abang tak pernah pasang impian untuk ada isteri secantik tu sebab abang taknak bini mintak duit abang untuk beli mekap.
Tapi, bila dah masuk 5-6 tahun kawen, yang komplen bini tak pandai bergaya, yang komplen bini dah macam makcik-makcik ni pun set-set abang jugaklah.
Suami-suami sekalian, tolonglah buatkan diri korang lelaki yang paling hebat di mata isteri.
Bak kata Imam Malik "Wajib bagi seorang suami berusaha untuk menjadikan dirinya dicintai oleh isteri-isterinya hingga dialah yang menjadi orang yang paling mereka cintai.".
Tolong buat sampai isteri korang tak rasa lalu nak tengok lelaki lain.
Bila korang berjaya buatkan diri sendiri material hot di mata isteri, secara automatik isteri akan buat segalanya untuk jadi yang the best di mata korang.
Jangan ambil mudah perasaan isteri.
Suami ada kedudukan penting dalam keluarga.
Walaupun kedudukan suami sebagai ketua rumahtangga, tak bermakna suami boleh sesuka hati buat isteri macam takde perasaan, apetah lagi keganasan fizikal terhadap isteri.
Dia punya analogi macam ketua negara.
Kalau kau bagus, rakyat akan buat apa saja untuk kekalkan kau sebagai Ketua Negara.
1-2 perkara yang slack, oklah rakyat akan pejamkan mata je, anggap itu kekhilafan biasa manusia.
Rakyat akan kenang banyak lagi benda baik yang kau dah buat.
Tak payah disuruh-suruh, rakyat berbesar hati untuk buat lebih dari yang kau harapkan.
Tapi kalau kau hampeh, tak rasa malu ke nak mintak rakyat terus jadikan kau the best?
Suami juga macam tu.
Jadilah ketua yang disayangi oleh isteri dan anak-anak.
Bila ketua bagus, isteri dan anak-anak secara general juga akan jadi bagus.
Secara personally aku sangat percaya, kalau kita ada impian untuk beri lebih pada orang lain, Allah akan mudahkan kita untuk dapat lebih sebab Allah tahu kita nak buat benda baik.
Konsep yang sama dengan berhutang, kalau kita meminjam dengan niat tak nak bayar balik, memang sampai ke sudah la kau sentiasa ada masalah untuk kumpul duit buat bayar hutang.
Sebab niat membayar tu dari awal lagi memang tak ada.
Sama lah juga dengan memberikan lebih kepada isteri.
Kalau dah pasang niat, aku nak naikkan nafkah isteri aku dari RM200 ke RM300, insyallah Allah mudahkan. Lancar aje rezeki datang dari pelbagai arah.
Ni tak.
Niat pun takde, memang tak kemana le.
Isteri-isteri, lain kali apa benda nak, yang terbuku di hati, cakap pada suami.
Jangan pendam, melainkan ko jenis kuat sabar.
Jangan acah-acah sabar, bila hilang sabar kau membawang hal laki kau kat media sosial.
Hat ni yang tak betul. Laki ada depan muka kau taknak cakap, pastu kau cakap kat orang lain dengan harapan masalah tu setel. Tak setel dik, tak setel.
Segelintir suami akan counter balik "Saya dah sediakan rumah, duit belanja, bla bla bla, banyak dah saya korbankan untuk awak".
Bang, itu bukan berkorban. Itu memang tanggungjawab abang untuk sediakan.
Kalau nak kira korban, isteri juga berkorban urus anak, urus makan pakai abang dan anak-anak, balik keje bersilat pulak kat dapur nak siapkan makan malam, sedangkan tanggungjawab dia pun bukan itu.
Tapi takpelah, disebabkan isteri pun nak mencekik sama, jadi dia masak untuk abang sekali harung.
Kebetulan dia nak basuh baju, maka dia basuhkan sekali baju-baju abang.
Kebetulan dia nak gosok tudung, dia gosokkan sekali seluar abang.
So, jangan nak start dengan cerita korban-korban ya, bukan abang sorang je berkorban.
Karang kalau adik listkan semua benda yang adik dah korbankan pulak, mau terkorban abang dengar.
Tengok video tu sampai habis (kalau tak, rugi), pastu KLIK SINI.
Walaupun kat hujung tu kata please whatsapp, tapi sebenarnya tak boleh whatsapp. Hahaha.