2018-04-19

Doa memang makbul kat Mekah je ke?



Tak, ini bukan cerita pasal GC Plus.
Kebetulan tadi dapat gambar ni dari blog reader yang tengah buat umrah.
Kebetulan juga aku memang nak tulis pasal orang yang pergi Mekah sebab percaya di sana je doa makbul.

Sebelum tu, aku nak pesan baca entry ni dengan nada yang lemah-lembut.

Contoh yang biasa kita dengar - pergi Mekah sebab nak berdoa biar anak lulus exam, nak mengandung, nak bertemu jodoh dan nak kaya.

What if kalau anak tak lulus?
Sekali tu je la kot pergi Mekah, terus taknak pegi lagi sebab hasrat tak tercapai.
Kerana niat nak pergi tu pun semata-mata nak dapatkan sesuatu.

Kalau anak lulus pulak, maka lepas tu asal ada hajat je pergi Mekah, asal ada hajat gi Mekah.
Dah jadi macam satu kepercayaan keramat pulak.

Kalaulah betul Allah hanya tunaikan permintaan sesiapa yang berdoa kat depan Kaabah, bermakna Allah tak adil malah kejam untuk hambaNya yang tak mampu ke sana.
Tapi hakikatnya Allah tak kejam macam tu.

Takde yang salah nak ke sana untuk berdoa mengharapkan sesuatu.
Aku sendiri kalau boleh nak pergi lagi.
Tapi aku kesian kat orang-orang yang letakkan syarat makbul doa, kena berdoa di Mekah melebihi dari yakin kepada Allah tu sendiri.
Betul, memang ada tempat mustajab berdoa kat Mekah, tapi kalau kat situ je kita beria-ia, balik Malaysia solat tak jaga, doa asal sempat, apalah ertinya.

Kalaulah macam tu punya senang formulanya, dah tentu semua  orang Arab jadi manusia paling beruntung dalam dunia.
Paling kaya.
Paling pandai.
Paling banyak anak.
Paling sihat takde penyakit lansung.
Paling berjaya.
Takyah buat apa-apa, kejenya masuk Mekah, berdoa sebab asal mintak, dapat.

Tu pasal kalau pi Jabal Rahmah, kat tiang tu bersepah-sepah tulis nama.

Nor dan Junid
Heryanto dan Dewi
Ahmad dan Siti

Dah jadi syirik tanpa sedar.
Sebab percaya kalau berdoa kat atas tu boleh dapat jodoh.
Siap tulis nama sekali.
Lain kali ce tulis sekali nombor henfon mana tau cepat sikit jodoh tu sampai.

Betul cakap mutawwif masa aku ke sana dulu.
Dia kata di Mekah tu sendiri ada tanda-tanda kesyirikan.
Nak dapat jodoh, kena panjat bukit Jabal Rahmah tu untuk berdoa, cium kiswah, simpan cebisan kiswah, berebut-rebut nak solat kat dalam gua Hira’, etc.
Macam-macam.
Dan salah satunya kesyirikan adalah bila meletakkan keyakinan makbulnya doa pada Kaabah melebihi Allah itu sendiri.

Tu pasal dulu ada viral kejap bisnes servis berdoa depan Kaabah. Konfem makbul katanya.
Sebab apa muncul bisnes-bisnes pelik macam ni?
Sebab kita salah faham the whole concept.
Kita kata orang tu penunggang agama padahal kita pun jadi penunggang agama.
Kita sendiri gunakan agama untuk mencapai keinginan dunia kita.
Kan ke sama je dengan dorang tu semua? Takde beza.

Kadang bila aku dengar makcik-makcik umur 60-70 tahun bersembang "Saya nak pi Mekah tahun ni sebab anak nak exam besar”.

Kaitan...?

Alahai, kesian pulak aku dengar.
Nak dicakap karang kecik hati. Jadi, biarkan je lah.
Macam mak mertua aku cerita, arwah mak dia nak tengok TV dalam keadaan petir kilat.
Tegur sekali, tak dengar. Malas nak tegur kali kedua takut nanti kecik hati.
Sekali betul tv kena sambar kilat. Dia punya kuat meletup sampai terangkat bontot orang tua tu.
Terus lepas tu tobat lahum tak berani bukak tv walau hujan renyai.
Gitu jugak lah dilemanya bila kita nak menyampaikan ilmu kat orang-orang yang lebih tua dari kita ni, nak dicakap salah, tak cakap pun salah.
Last-last tulis je la kat blog. Hahahaha.

Betul, di Mekah memang ada tempat-tempat mustajab doa, contohnya Multazam (area antara pintu Kaabah dan Hajar Aswad).
Tapi, makbulnya doa tak semata-mata ditentukan oleh faktor tempat.
Banyak faktor, antaranya niat, dosa-pahala, kesolehan kita, serta hubungan kita dengan manusia dan Allah.
Ketenangan, keyakinan, keperluan, kesungguhan dan kerendahan hati sangat mempengaruhi hubungan dalaman dan aliran doa.
Berdoa di mana-mana pun sama cuma di tempat mustajab macam ni, selalunya kita jadi bersungguh-sungguh bila berdoa.

Sifat Allah tu sendiri Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Bermakna, di sudut mana pun kita berdoa, Dia tetap dengar.
Antara tanda kasih sayang Allah pada kita, Dia tak wujudkan barrier untuk kita mohon pada Dia.
Doa sentiasa diterima oleh Allah. Antara makbul dengan tak je.
Dan makbul tak makbulnya doa bukan kerana faktor lokasi semata-mata.
Kalau tak makbul, boleh jadi doa tu tak membawa kebaikan seperti yang kita sangkakan.
Allah kan Maha Mengetahui.
Contoh, kita nak kawen dengan si polan.
Lalu kita berdoa depan Kaabah.
Tapi takde jodoh jugak akhirnya.
Kerana Allah lebih tau kalau si polan tu tak sesuai untuk kita, nanti Dia pilih untuk kita pasangan yang lain.
Atau Allah memustajabkan doa orang lain yang lebih dikehendakiNya.
Atau Allah memustajabkan doa si polan yang nakkan orang lain, taknak kat kita.

Masa kat Mekah tu hari ada makcik dalam jemaah kitorang cakap "Orang Arab ni lepas solat takde doa-doa macam kita, kan? Patutnya doalah".

Ringan je mulut aku nak menjawab "Makcik ingat Islam tu turun kat kampung makcik eh?"

Eh, astagafarrrr kejap aku.

Islam tu jelas turun kat negara dorang.
Dorang follow apa yang Rasulullah buat. Apa yang Rasulullah tak buat dorang tak buat.
Disebabkan hadis ada kata berdoa tu lagi bagus dalam sujud, sebab tu lepas solat dorang tak tadah tangan.
Tapi boleh jadi doa dorang lebih dasyat dari kita.
Lagipun hajat imam dan makmum tak sama.

"Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)" (Al-Baqarah, 186).

Allah kata "Aku dekat".
Itu adalah komitmen Allah untuk sentiasa dekat dengan hamba-hambaNya, tak kira bila dan dimana pun kita berada.
Tapi, Allah akan lebih mendekat pada kita sekiranya kita beriman dan beramal soleh.
Maksudnya, dekatnya Allah dengan hambaNya adalah dekat yang bukan kosong sebab ia berkait rapat dengan doa dan perbuatan baik kita.

Di mana-mana pun kita berdoa walau depan Kaabah sekalipun, ada doa yang Allah terima di dunia, dan ada juga yang tak dimakbulkan.
Itu hanya Allah saja yang tahu kenapa.
Mungkin disimpan untuk diberikan pada hari akhirat dengan sesuatu yang lebih baik.
Atau doa itu ditukar dengan kebaikan lain seperti diselamatkan kita dari bahaya yang tak terduga.
Takde yang salah gabungkan niat untuk dunia dengan niat mencari redha Allah.
Menggabungkan kedua-dua niat adalah sah.
Tapi janganlah sampai kita pulak yang letak barrier makbul tak makbulkan doa tu bergantung pada lokasi.




Ini 48 jam je.
Aku dah start semalam at 9am, maknanya akan tamat 9am besok.