Memang selalu pun macam ni.
100 kali jejak Langkawi pun masih lagi nak ambik gambar depan feri macamkan first time sampai.
Kitorang gerak dari rumah Rabu malam, 10.30pm.
Sengaja gerak malam so that sampai Langkawi pagi-pagi Khamis.
Agenda utama sebab nak attend mesyuarat Muafakat (PIBG) skolah Redza.
Gigih kan laki aku attend PIBG?
Disebabkan Rayyan bakal ponteng Khamis and Jumaat, En Wan decided gerak Rabu malam.
Nak gerak petang pun boleh tapi nanti sampai Kuala Perlis around 2pm jugak.
No point tido hotel 4 jam pastu esoknya nak catch early ferry.
Rabu tu, kitorang half day noon, balik rumah untuk tido, biar malam celik sikit mata ni.
Kali ni pi naik kereta sebab aku ada agenda lain kat sana. Nak mengangkuk kuali dan suku-sakatnya.
Bila bawak kereta, aku ajak Mak Aji and Pak Aji join sekali. Barulah meriah.
Port pertama, singgal RnR Tapah. Ini wajib. Walaupun dah kenyang, tapi tetap nak singgah.
Pekena teh tarik segelas and roti bakor.
Aku jeling-jeling jugak kaunter nasi lemak paru, tapi takut gak kalau terlajak kenyang, tertido pulak nanti kesian laki aku takde sape nak teman dia bersembang drive.
Settle pekena teh tarik, teruskan perjalanan sampai Juru, singgah Shell isi minyak.
Kat Juru dah around 2.40am.
Tapi biasalah Juru kan, takde tanda-tanda orang tido.
Shell penuh dengan orang benti isi minyak.
Then sambung lagi sampai RnR Gurun. Lepak tido sejam dari 3.30-4.30am.
Pastu jalan lagi cun-cun lagi 5 minit nak masuk Subuh, dah sampai Masjid kat jeti Kuala Perlis.
Lepas Subuh, terus gi breakfast depan jeti.
Then, En Wan simpan kereta kat IKBN Kuala Perlis.
Special kan parking space aku? Hahaha.
Thank you to blog reader, Rahimi, yang offer untuk letak kereta kat opis dia.
Siap dapat pakej mangga harum manis 5 ketul.
Naik feri pukul 8.30am.
Sampai Langkawi around 9.30am, kereta pun dah ready, terus zassssssssss pi skolah Redza.
Redza kata hari tu dia bertugas jaga booth.
Meriah betul meeting skolah dia. Siap ada booth bagai.
Berkilat muka anak aku jaga booth.
Just nice kitorang sampai tu dia baru benti tukar shift untuk pi makan.
Sempat la jumpa dia kejap kat booth.
Tanda sokongan yang tak berbelah bagi (hahaha), aku tapau setiap makanan tu satu.
Dengan air-air kotak sekali setiap satu aku beli.
Padahal aku tengah lapar wey.
Cream puff dorang jual ni sedap sangat. Tak manis.
Tetiba melompat ke gambar meja makan, kan?
Mesyuarat tu agenda En Wan je tau.
Aku memang tak pernah bercita-cita join mana-mana mesyuarat, tu pasal aku tak masuk dewan.
Mesyuarat PIBG Rayyan yang dekat tu pun aku tak pegi, lagikan skolah Redza.
Tapi memang mana-mana mesyuarat pun En Wan yang akan join, aku tak penah.
Aku cuma dengar penggulungan oleh En Wan je nanti.
Jadi, lepas En Wan masuk hall, aku bawak the rest pi Haji Ismail. Saja nak kill the time je ni.
Dah shopping cekelat segala, tak tau mana nak pegi dah.
Time ni baru pukul 11am. En Wan habis sebelum zoho.
Terus masuk Hotel HIG kat sebelah, lepak coffe house dia. Makan lagiiiiiii.
Aku cakap kat mak bapak aku, kita kena selamatkan perut sendiri sebab tadi aku nampak van hantar makanan masuk ke dewan meeting.
Dah sah-sah perut laki aku selamat dah kat dalam tu.
Yang tak selamat lagi perut kita kat luar ni.
Jadi, marilah selamatkan perut masing-masing.
Aku konfem laki aku ni once dah check in takkan keluar dah sebab dia kepenatan drive sepanjang malam, mesti nak tido punya.
Boleh tahan makanan kat hotel ni tapi lambat sampai.
30 minit gitu aku tunggu.
Seb baik ada henfon, dapat si Rayyan layan You Tube, kalau tak, jenuh la berkuntau kat situ.
Lepas makan, pukul 1pm, gerak ke skolah Redza semula.
Tapi lambat la pulakkkkk dorang ni keluar.
Sejam aku tunggu dalam kereta, sempat aku tido sejam kat dalam tu.
Habis meeting, Redza pun ikut outing sekali.
Terus ke kondo yang kitorang nak tinggal 2 malam.
Rupanya sejalan dengan HIG jugak. Tak jauh mana.
Bila kitorang sampai, owner terperanjat nampak baju outing Redza "Eh, MRSM ke? Wife saya cikgu MRSM".
Rupanya cikgu MRSM punya kondo.
Tapi Redza tak kenal cikgu tu. Anak aku tu kan sejenis "Tak pasti".
Kondo yang cantik and selesa.
First time kitorang tak duduk hotel datang Langkawi.
En Wan book kat Airbnb.
Tapi aku tunjuk gambar rumah kat sini sebab aku tau kalau aku tak tunjuk korang malas nak check sendiri kat Airbnb kan?
Master bedroom.
King size bed with bathroom.
Bilik tengah.
Queen size bed.
Bilik belakang, double decker.
Hall
Bilik mandi kat master bedroom.
Part ni paling best sekali.
Inilah punca kenapa aku singgah supermarket kat Langkawi beli sayur ikan bagai.
Mula-mula beli sardin and telur je.
Saja nak buat syarat rasmikan dapur.
Saja nak buat syarat rasmikan dapur.
Sekali esoknya naik syeh pulak. Terasa sedap pulak memasak sekali kat sini.
(memang la sedap sebab aku tak tolong. kahkahkah)
Don't worry, ada pool.
Boleh berendam juga kat sini.
Rasa macam kerap nau jejak sini semenjak ada Redza.
Kali ni datang sana pun sebab Redza boleh keluar bermalam.
Tapi memandangkan cuma 2 malam je, tak berbaloi pulak dia nak balik ke KL.
Sekejap sangat.
So, kitorang ambik peluang ke Langkawi. Boleh shopping sekali :).
Redza keluar bermalam berlenggang je sebab baju-baju semua kitorang bawak siap-siap dari rumah.
Taknak bagi dia bawak balik baju kotor ke skolah, kesian nanti kena basuh.
Jadi baju semua kitorang bawakkan, selipar bawakkan, smartfon dia pun bawakkan.
Dia cuma bawak bontot dan kertas exam yang lepas sebab bapak dia nak tengok apa kesalahan yang dia buat dalam ujian (seram oiiii).
Boleh dikatakan sekarang ni kalau pi Langkawi hanya nak berehat dari buat keje opis je.
Tempat-tempat lain memang tak pegi dah, hanya pi Haji Ismail and Idaman Suri je.
Itupun masih takde apa sangat nak beli sebab everytime Redza balik aku kirim coklat.
Esoknya Jumaat. Nak pi Idaman Suri pun tutup.
Jadi kita pi Haji Ismail (lagi).
Sebab semalamnya tu aku tak shopping cokelat pun, tak berani nak shopping sebab tak tanya En Wan dulu. Tapi aku dah aim dah cekelat apa aku nak beli. Kiranya hari Khamis tu aku jeling-jeling dulu apa coklat nak ambik esoknya.
Tapi kali ni pi sana, shopping yang best adalah shopping beli barang-barang nak masak :)
En Wan kata "Tengok cara pilih timun pun tau dah jenis tak biasa pegi pasar. Jari melentik-lentik".
Kahkahkah. Kantoi pulak kat situ.
Rupanya kat Langkawi ni kalau supermarket takde barang basah, yang ada frozen food je.
Kalau nak barang basah memang kena pi kedai barang basah.
Konfiden lah kitorang pi Billion ingatkan kat sana ada jual ayam, ikan and udang, sekali takde.
Mak Aji kata kalau Billion Bangi ada jual semua tu.
Entah, aku tak tau. Yang aku tau Giant memang ada.
So kitorang ask around kat mana boleh beli barang basah.
Orang kata kena pi pasar, tapi aku bukan nak beli untuk masak seminggu. Just nak masak cincai-cincai je.
Hari tu kitorang masak ikan siakap goreng garing-garing and tomyam ayam je sudah.
Takyah la beria sangat nak masak lebih-lebih kan, sebab utensils pun ada yang basic je.
Inilah first time aku pi bercuti tapi kena masak.
Selama ni, walaupun tempat tu ada kitchenette, tak pernah guna pun.
Takat nak bakar-bakar roti and masak maggi je. Kali ni siap siang ikan bagai.
Patutla ramai yang suka duduk homestay atau apartment berbanding hotel.
Rupanya inilah sebabnya. Boleh masak-masak sekali.
Dulu, aku terpikir gak apehal pegi bercuti nak masak-masak bagai?
Namanya pun bercuti, masak pun harus cuti. Makan je jangan cuti.
Sebenarnya ada kelebihan bila kita masak-masak time bercuti.
Kalau tak, kejap-kejap nak kena bersiap untuk gi makan.
Tu yang aku suka order room service je tu, sebab malas nak bersiap.
Bila kita masak-masak, at least tak terkejar-kejar nak pi breakfast, nak pi lunch pastu malam nak keluar balik untuk dinner pulak.
Contohnya pagi, selalunya tak dapat nak golek-golek lama sikit atas katil sebab nak kejarkan buffet habis pukul 10.30am.
Tapi kat Langkawi hari tu, bangun pukul 10am pun nasik lemak masih panas lagi. Hahaha.
Yang sebenarnya keje aku pilih je. Yang masak Mak Aji and mak.
Dapur kecik, tak muat ramai-ramai. Jadi, biarlah 2 orang je kat dapur tu.
(aci guna alasan ni?)
(aci guna alasan ni?)
Tapi aku rasa kalau aku bawak Mak Aji and mak je lah aku duduk kondo/apartment.
Kalau aku gi bercuti dengan anak-anak aku, aku akan duduk hotek jugak.
Bukan apa, mak-mak kita ni dah tak kuasa kejap-kejap nak bersiap hanya untuk keluar gi makan.
Kadang tu nak tapaukan dorang makanan pun dorang sendiri tak tau nak makan apa dah.
Selesa makan masak sendiri katanya.
Rayyan pagi petang berendam dalam kolam.
Puas berendam sebab tak ramai orang.
Mana taknya, orang lain semua skolah, dia je ponteng.
Sabtu, lepas hantar Redza balik, kitorang gerak ke Kuala Perlis semula.
Singgah jap makan makanan wajib - Laksa Kak Su. Tapau sekilo.
Then terus balik PH.
Maybe ni last kot aku cerita pasal Langkawi trip.
Disebabkan dah selalu sangat pi sana sampai takde aktiviti dah nak cerita.