Sabtu lepas wedding cousin aku kat Bangi.
Macam biasa la kalau bab kawen-kawen ni selalunya yang terlajak excited adalah the makciks and cousins. Padahal semua pun pakai catering, tapi tetap gak masing-masing ambik cuti nak berkumpul berhimpit-himpit meriuhkan suasana.
Hari Jumaat pengantin pakai inai.
Sibuk kitorang semua sama naik berkumpul nak hulur tangan jugak. Aku ni pakkal En Wan 'geli' tangan berconteng. Kalau tak, dah lama aku tadah tangan aku sekali.
Yang best bila berkumpul ni bukan apa, sebab selaluya ada pesta perut sekali.
Tengahari Jumaat tu, aunty aku (mak pengantin) dah ajak semua makan kat rumah. Dia masak asam pedas. Pastu Mak Aji buatkan daging salai lemak cili api.
Pastu aku hantar puding raja, kuih cara berlauk and bergedil tauhu.
Sampai aku pun konfius, ni nak tengok pengantin pakai inai ke nak mencekik?
Tapi takpe, makan biar banyak. Keje sikit takpe.
Ini paling mendapat perhatian, aku sampai terlupa nak snap rupa dalam camana.
Kalau dapat perhatian maknanya memang sedap.
Semua orang yang makan kata just nice not too sweet sebab selalunya Puding Raja ni manis gila.
Yang Puding Raja Kak Nowa ni elok je lalu kat tekak.
Semua orang yang makan kata just nice not too sweet sebab selalunya Puding Raja ni manis gila.
Yang Puding Raja Kak Nowa ni elok je lalu kat tekak.
Yang aku order ni dalam bekas bulat, RM10/pack. Order 20 pack.
Sesiapa nak order boleh whatsapp/call : 012-3030035 (Nowa)
Sesiapa nak order boleh whatsapp/call : 012-3030035 (Nowa)
Kuih cara berlauk ni bukan saja cantik, tapi lauknya pun banyak.
Sedap dah memang pasti.
Macam biasa la, aku order kat kawan aku Aisyah.
Aku tak tau pun sebenarnya dia boleh buat kuih ni. Mula-mula aku order tauhu bergedil je.
Pastu aku saje jek-jek dia "Apa lagi kuih sesuai nak bawak pi rewang?".
Dia suggest a few, pastu aku tanya boleh tak buat cara berlauk.
Dia kata kena check ada lagi tak bekas cara tu kat rumah.
Pastu lepas check dia kata ada. Apa lagiiiiiii. Silakan buat.
Ni kali ketiga aku order bergedil tauhu dari Aisyah.
Dia punya sambal memang pijar. Letak wasabi ke hape kat dalam ntah.
Tapi tauhu bergedil konfem sedap.
Kalau nak order, call Aisyah : 012-9372886.
Ni Mak Aji punya daging salai lemak cili api. Pun berpinau mata aku makan.
Tak dapat nak meratah walaupun sedap sebab pedas sangat.
Berangkut periuk ke rumah aunty aku nak makan ramai-ramai.
Hidang pun dalam periuk ni jugak. Tak sempat dah nak salin ke mangkuk.
Lepas mencekik, aktivitinya ini pulak.
Ini tangan pengantin lah, of cos bukan tangan aku.
Halus sangat tangan ni kalau nak banding dengan tangan aku.
Ramai lah cousin-cousin yang join hulur tangan.
Aku masa ni gi tengok progress dewan.
Halus sangat tangan ni kalau nak banding dengan tangan aku.
Ramai lah cousin-cousin yang join hulur tangan.
Aku masa ni gi tengok progress dewan.
Ya, walaupun aku bukan mak pengantin, tapi aku tetap nak sibuk-sibuk tengok orang setup dewan.
Di kala cousin-cousin sibuk berinai, makcik-makcik dan aku yang dah masuk level makcik ni bersidai kat dewan untuk check orang buat keje.
Masa ni pelamin dah siap sikit, tinggal nak susun meja and balut kerusi je.
Malam tu sambung melepak kat rumah aunty aku lagi, takde buat apa dah.
Tapi saje je la kan nak kumpul-kumpul membingitkan rumah.
Ni gambar snap waktu malam. Dewan dah ready.
Masa ni pelamin dah siap sikit, tinggal nak susun meja and balut kerusi je.
Malam tu sambung melepak kat rumah aunty aku lagi, takde buat apa dah.
Tapi saje je la kan nak kumpul-kumpul membingitkan rumah.
Ni gambar snap waktu malam. Dewan dah ready.
The next day, Sabtu.
Nikah pukul 10am. Pak Aji wakil tuan rumah, jadi dia kena berucap sikit pagi tu.
Kereta Pak Aji jadi kereta pengantin.
Dah pagi tu baru terpikir, laaa kereta Pak Aji jadi kereta pengantin tapi kenapa kita tak hiaskan kereta ni semalam?
Dah pagi tu baru terpikir, laaa kereta Pak Aji jadi kereta pengantin tapi kenapa kita tak hiaskan kereta ni semalam?
Menggagau nak cari riben pagi tu. Aku call En Wan suruh datang awal sebab ingat nak pi cari riben kejap kat mana-mana kedai buku tepekkan je sudah kat setiap pintu.
Rupanya bapak aku lagi kreatif.
Diam-diam dia pi cabut bunga-bunga telur yang lama-lama and pintal jadikan bunga kat pintu kereta.
Diam-diam dia pi cabut bunga-bunga telur yang lama-lama and pintal jadikan bunga kat pintu kereta.
Ya ampunnnn, aku nak gelak tak sampai hati pun sebab gigih sangat dia pintal bunga tu.
Kita redha je lah. Siap bangga lagi tu bergambar tepi pintu.
"Ok squad, dari kiri kita bergerak bertiga-tiga, ok?"
Begitulah ketua perbarisan memberikan arahan.
Dulang girls pun baru nak prepare pagi tu.
Boleh lah pulak tak terpikir pasal siapa nak pegang dulang.
Menggagau kakak pengantin whatsapp kat group "Kita perlukan lagi 2 orang dulang girls".
Boleh lah pulak tak terpikir pasal siapa nak pegang dulang.
Menggagau kakak pengantin whatsapp kat group "Kita perlukan lagi 2 orang dulang girls".
Nasib baik cousin ramai, sauk je la mana-mana pun. Konfem cukup punya.
Nikah dan sanding di tempat yang sama.
Pagi nikah around 10am, then pukul 1pm bersanding.
Tengah siap-siap kat rumah sekali aunty aku call pukul 9.15am "Pengantin lelaki dah sampai".
Meloncat masing-masing kat rumah. Nasib baik semua dah ready, tinggal tunggu Mak Aji bersiap je.
Kelam-kabut la mak aku pakai tudung.
Sebab Pak Aji kan ketua tuan rumah, sekali ketua pulak yang takde kat dewan, mau tak cuak?
Nasib baik rumah memang dekat je dengan hall.
Kelam-kabut la mak aku pakai tudung.
Sebab Pak Aji kan ketua tuan rumah, sekali ketua pulak yang takde kat dewan, mau tak cuak?
Nasib baik rumah memang dekat je dengan hall.
Hantaran from lelaki.
Hantaran from perempuan.
Aku suka sangat dengan pelamin dia.
Sementara itu di suatu sudut kelihatan kelibat makcik aku and menantu Haji Sahak tengah menceduk roti jala.
Mentang-mentang famili kan, dia makan dulu sebelum majlis start.
Untuk makan-makan after nikah, makcik aku sediakan kuih-kuih.
Aku pun tak sure apa kuih lagi ada sebab aku tak makan pun.
Pak Aji sedang beraksi.
Pagi tu aku ingatkan Pak Aji berkali-kali "Nama pengantin Syafiqah tau, bukan Nadiah. Bukan Atikah."
Sebab bapak aku ni suka main sebut je nama-nama anak sedara dia.
Pakcik and makcik aku semua dah ready untuk dengar akad nikah.
Kehadiran makhluk yang ingin mencaras limelight pengantin pagi tu.
Aku panggil dia mak nenek sebab bubbly sangat.
Alhamdulillah, satu kali lafaz je.
27 kali prektis agaknya si Raf pagi tu. Tu pasal success.
Syafiqah and Rafael.
Dulu si Pikah ni masa umur 9 tahun pernah tusyen kejap dengan aku hujung minggu saje nak mengisi masa lapang.
Very interesting to note that bila masing-masing dah kawen sekarang.
Mak Aji and adik-adik beliau.
Yang sebelah dia tu adik nombor 3.
Yang tudung kuning adik nombor 4.
Mak pengantin yang baju dusty pink, adik bongsu.
Yang kanan sekali adik nombor 5.
Adik nombor 2 tak dapat datang sebab clash dengan wedding anak sedara suami.
Tapi semua akan kumpul balik Sabtu ni di masa bertandang ke Kluang, Johor.
Dah settle nikah, apa lagiiii, sesi bergambar la kan.
Bukan bergambar dengan pengantin, tapi dengan anak-beranak sesama sendiri.
Pengantin takpe, kita bior je dia atas pelamin tu.
Ni lagi seketul atas meja door gift.
Seb baik door gift cukup, kalau tak, aku bagi je seketul ni.
Gift untuk pihak pengantin lelaki lepas nikah berupa perfume.
Kakak pengantin tokey perfume, jadi kita bagi perfume lah.
Selalu lepas nikah orang bagi bunga rampai.
Kita up satu level, bagi perfume terus. Yang penting wangi.
Yang best tu boleh pilih nak perfume mana satu.
Yang best tu boleh pilih nak perfume mana satu.
Lepas pengantin balik ke hotel untuk siap-siap, kita susun door gift sementara guest belum sampai.
Tukang jaga meja door gift ni En Wan. Cara susun kotak pun dia nak QC-kan.
Semua kotak akhirnya dia susun sticker menhadap ke depan. OCD.
Yang baju biru ni kita upgrade jadi tukang susun door gift kat meje VIP.
Siapa pernah makan muffin choc chip Gardenia yang sedap gila tu?
Dalam kotak ni ada muffin tu.
Aunty aku gi tempah terus kat kilang Gardenia.
Maka berbahagialah sape yang dapat sekaligus 4 kotak.
Dia jugakkkkk yang susun tiang bunga ni.
Alasannya, sempit sangat laluan untuk pengantin jadi dia alihkan sikit so that jalanraya ni besar sikit.
Sementara tengah free time ni, meh la ambik gambar berdua.
Bukan selalu ada background cantik gini.
Ni lah baju yang aku tempat siap sehari je kat Bandung.
Baju kurung pesak je.
Mak nenek in action.
Ibal and Siti return the favor sebab masa dorang kawen dulu Syafiqah jadi pengapit.
So this time time Ibal and Siti jadi pengapit merangkap driver kereta pengantin sekali.
Actually masa pengantin berarak, aku and En Wan balik rumah solat dulu.
Jadi tak dapat lah aku ambik gambar banyak-banyak. Ni pun ihsan cousin-cousin.
Tapi dorang pun tak sempat nak ambik gambar sebab seronok membahan si Raf.
Masa sekatan 'tol', pengantin kena paksa menyanyi.
Dengan coolnya pengantin petik lagu "Jampi".
Wajah-wajah yang membahan pengantin di sekatan 'tol'.
Welkam to the family Raf. Itu hanya permulaan.
Banyak lagi yang akan kau tempuh dengan makcik-makcik kau ni.
Welkam to the family Raf. Itu hanya permulaan.
Banyak lagi yang akan kau tempuh dengan makcik-makcik kau ni.
Aku tak tau la berapa round si Siti ni tapau apam balik.
Yang pasti, aku bedal 4 keping.
Tiap-tiap minggu aku beli apam balik kering ni kat pasar malam.
Kelmarin kat kenduri ni puas aku makan.
Take turn. Bila ketua meja nak benti makan, staff sokongan akan take over.
Jauh ni, import from Singapore.
Dalam pada yang sama beliau tukang jaga dan promote eskrim Malaysia.
Budak : Yang kuning ni apa bang?
En Wan : Jagung.
Budak : Yang coklat?
En Wan : Milo.
Budak : Yang oren?
En Wan : Asam boi.
Budak : Yang putih?
En Wan : Susu with coki-coki.
Budak : Yang jernih ni?
En Wan : Air putih.
Tengkorak anggggg.
Itu laici lah!
Sedut asam boi.
Part ni la yang selalu aku syahdu ni.
Part pengantin potong kek.
Apesal aku dulu takde kekkkkkkkkk????
Dalam family kitorang, setiap kali pengantin nak makan, masalah paling besar adalah nak suruh wakil famili makan with pengantin. Masing-masing taknak sebab masing-masing seronok berjimba depan pintu masuk with sedara-mara. Selalunya, asalkan ada orang wakil je jadiklah.
Kali ni, cousin-cousin yang teman pengantin perempuan makan.
Again, tahniah Raf & Pikah.
Sabtu ni bertandang ke Kluang pulak.
Aku tak ikut sebab mak mertua aku (yang nombor 2) nak ke Mekah.
Jadi aku lambai-lambai pengantin dari sini je lah.
FOLLOW LANGKAH INI :
✔ SELFIE GAMBAR anda bersama dengan produk GreenAard.
✔ UPLOAD GAMBAR di ruangan KOMEN atau WHATSAPP ke SINI.
✔ SHARE POST tersebut di FB/IG masing-masing.
✔ Dan anda bakal dapat harga sama seperti harga Y.E.S untuk produk tersebut.
Harga Y.E.S tersebut SAH digunapakai untuk bulan MAC 2018 sahaja!