2018-03-13

Cerita paling stress setakat ni.



Aku tengok cerita ni awal Feb lepas, tapi baru teringat nak cerita pasal ni.
This is a another 2017 movies, tak berat sangat.

Ni cerita tentang sorang doktor, yang accidentally killed his patient on the table, pembedahan jantung. Dr ni memang ada minum 1-2 gelas alkohol sebelum operation but clearly bukan itu penyebab kematian pesakit tu tapi dah nama etika kan, kau pi langgar etika tu so memang boleh je nak guna point tu untuk bash kau balik.

This pesakit ada sorang anak laki nama Martin.
Martin macam ada super power sikit.
So this Martin bagi Dr tu pilihan samada untuk mengaku membunuh bapak dia atau Dr tu kena bunuh salah sorang ahli keluarga (isteri atau anak-anak). Kalau Dr tu refuse untuk mengaku,  Dr tu akan saksikan sendiri everyone in his family gets paralysis, lepas tu stops eating, pastu mata keluar darah, pastu slowly mati.

Dipendekkan cerita, this doktor dah tak tau nak buat apa sebab anak dia makin lama makin sakit, last-last dia bunuh (tembak) salah sorang anak dia. Then things get better.
Yang si saiko tu kekal hidup di akhir cerita. Selalunya orang jahat mati kan? Or paling tak pun get punishment. Tapi yang ni tak.
Macam bangang jugak la jalan cerita macam ni.
Like apa benda sampai nak terpaksa bunuh anak sendiri? Seolah-olah si Martin tu macam Tuhan pulak takde sape boleh matikan superpower dia.

Cerita ni rating dia 7.1/10. Not a bad rating.
Kalau aku tengok movie pun aku akan tengok yang rate 7.0 ke atas je.
So this movie is considered good. But a good movie is not always comfortable to watch.
This is one of them. Very uncomfortable viewing experience!
Aku tak seronok lansung tengok cerita ni walaupun pelakon dia hebat-hebat - Colin Farrel and Nicole Kidman.

Cerita ni antara lainnya nak tunjuk bahawa tak semua yang berduit dan berkedudukan tu berkuasa.
Walaupun dokter ni kaya, seorang pakar jantung yang disegani, tapi dia tersepit dengan satu rahsia yang akan menjejaskan reputasi dia dan terikat dengan pilihan yang susah nak dipilih.

Secara amnya, hidup kita semua macam dokter ni juga.
Ada kerja hakiki, ada family, ada urusan yang nak disettlekan, dan dalam masa yang sama kita semua ada rahsia masing-masing.
Adakalanya kita buat satu keputusan yang bodoh demi nak menjaga reputasi dan airmuka.
Macam dokter ni, dia terpaksa bunuh anak dia, bukan kerana dia tak sanggup tengok anak dia merana tapi dia nak jaga reputasi dia sebagai seorang dokter. Dia taknak mengaku sebagai pembunuh.
Walaupun alkohol bukan punca sebenar patient dia mati, tapi itu boleh jadi punca dia kena buang kerja. That's why dia rasa jaga reputasi itu lebih penting dari anak sendiri (???).

Tapi mesti ada yang pernah tersepit dengan situasi macam ni, kan?
Terpaksa korbankan sesuatu untuk jaga sesuatu yang lebih penting untuk jangka masa panjang.
Walaupun kita diajar untuk dahulukan orang lain sebelum diri sendiri, but adakalanya, selamatkan diri lebih penting.
What's the point of being born if you can sacrifice your life anyway.
Tak adil rasanya kalau setiap masa kena korbankan kepentingan sendiri demi orang lain.
This might seem a bit selfish but your own life is valuable as the person your sacrificing for.
Tak segala benda kita kena korbankan.
Kalau apa yang kita perlu korbankan tu berbaloi untuk perkara yang jauh lebih besar, kita kena buat jugak.

Macam kes dokter ni, seboleh mungkin dia bertahan dan usaha macam-macam cara supaya anak dia recover. Kalau ada pilihan, dia memang taknak bunuh anak dia.
Tapi kalau dia tak bunuh salah sorang anak, dia berdepan dengan possibility untuk kesemua ahli keluarga mati dengan cara yang sama.
Kalau dia pilih untuk mengaku salah menyebabkan kematian (yang sebenarnya kematian tu accident je), kes dia akan disiasat.
Maybe dia tak bersalah menyebabkan kematian tapi bila orang tahu dia ada ambik alkohol sebelum operation tu bermula, ada kemungkinan tauliah dokter dia akan ditarik balik.
Dan kemudian dia hilang pekerjaan.
Then rumahtangga akan jadi huru-hara sebab tak boleh support anak isteri.
Maybe, macam-macam lagi benda jauh lebih buruk akan berlaku.

Bukanlah maksudnya kita kena pentingkan diri sendiri.
Yang penting kita kena usaha dulu untuk bantu jadikan situasi lebih baik. We say it's the effort that counts.

Dalam cerita ni Martin si saiko ada bagi certain period of time untuk dokter tu buat keputusan.
Dia dah warned dokter ni the clock is ticking.
Mula-mula anak lelaki dokter jatuh sakit, lumpuh.
Lepas tu anak perempuan pulak lumpuh.
Then anak lelaki dia start bleeding.
Masa memang tak banyak tinggal dah.
Memang suspen sangat. Aku pun sama naik menggelabah nak buat keputusan.
Kalau kita berada di tempat dokter tu, kita nak confess minum alkohol atau bunuh je salah sorang ahli keluarga? Kalau nak bunuh, siapa pulak yang nak dibunuh?

Kalau kita, mesti kita akan cakap "Alah mengaku je lah. Kerja boleh cari lain. Anak takde ganti".

But wait!
Letakkan diri kat tempat dokter tu. Atau mungkin relate-kan dengan hidup kita sekarang.

Umur dah 40an.
Kerja stabil dah ada.
Maybe pangkat pun dah tinggi.
Anak-anak dah meningkat remaja.
Perbelanjaan keluarga dah fixed.
Boleh jadi menanggung ibubapa juga.
Dan kita pun bukan hidup sorang - ada jiran tetangga, kawan-kawan, keluarga dan ipar duai.
Kalau kita mengaku salah, bukan air muka kita sorang je nak dijaga. Banyak air muka yang nak dijaga sama.
Tak senang nak buat keputusan dalam keadaan macam ni.

Aku tak suka sebenarnya cerita ni.
Tapi cerita ni buatkan otak aku berpikir banyak perkara.
Aku kesian kat dokter tu.
Kalau dia mengaku salah, hidup dia akan ruin.
Tapi kalau dia tak mengaku, dia akan hilang sorang anak.
Bukan senang nak teruskan hidup dengan hakikat kita dah bunuh anak sendiri.

Betapa manusia ni ada gabungan ego, fear, and pride.

Ego.
Kita nak terus dipandang baik oleh orang sekeliling.
Taknak statement kita nanti diguna against us, maka kita bertahan untuk tak mengaku salah.

Pride.
Walaupun kita berani untuk face the consequences, dek kerana maruah, kita akan cuba lindungi diri dari kelihatan lemah di mata orang. Disebabkan sibuk nak menjaga maruah, kita protect diri kita from getting hurt, akhirnya kita tak nampak salah kita di mana.

Fear.
Kita takut dihakimi.

Kita semua ada gabungan tiga-tiga ni.
Kalau kita buat salah, dan kalau kesalahan tu boleh menjejaskan reputasi yang selama ni dah membuatkan kita dipandang baik dan dikagumi oleh ramai orang, rasa-rasa mudah tak untuk kita mengaku salah?

Kalau jawapannya yes, then it's good for you.
Tapi kalau jawapannya tak, maka janganlah kita bersorak gegak gempita macam hilang akal memalukan orang lain bila ada yang terima musibah macam ni.
Boleh jadi kita pun akan buat benda yang sama kalau terkena kat diri sendiri.
Ambik teladan je cukup.

'The Killing of a Sacred Deer' memang masterpiece of discomfort.
Tapi aku taknak tengok lagi.






FOLLOW LANGKAH INI :

✔ SELFIE GAMBAR anda bersama dengan produk GreenAard.

✔ UPLOAD GAMBAR di ruangan KOMEN atau WHATSAPP ke SINI.

✔ SHARE POST tersebut di FB/IG masing-masing.

✔ Dan anda bakal dapat harga sama seperti harga Y.E.S untuk produk tersebut.

Harga Y.E.S tersebut SAH digunapakai untuk bulan MAC 2018 sahaja!