Kadang-kadang bila kita rasa selesa dan yakin that someone adalah calon terbaik untuk kita, suddenly keyakinan tu berakhir dengan perpisahan.
Dah bercouple lama 4-5 tahun, dah kenal in and out orang kata, dah rasa serasi, dah boleh bertolak-ansur dengan kekurangan dan kelebihan, tau-tau terpisah (berpisah). Padahal kita dah yakin ni dia yang terbaik.
Perlu faham, apabila perhubungan tu dipisahkan oleh Allah, mungkin itulah jalan terbaik dariNya untuk kita.
Boleh jadi dia tak cukup baik untuk kita atau kita bukan yang terbaik untuk dia.
Jika reasonnya adalah point yang pertama, maka bersyukurlah kerana telah dijauhkan dari orang yang tak baik. Mudah-mudahan dapat pengganti yang lebih baik.
Boleh jadi kalau hubungan tu dipertahankan juga, akan menzalimi diri sendiri.
Jika reasonnya adalah point yang kedua, kita perlu bersyukur lebih lagi kerana itu peluang untuk kita jadi orang yang lebih baik dari sekarang.
Pernah terbaca satu cerita benar 10 tahun lepas (dari Mastika kalau tak salah).
Cerita tentang orang laki ni yang bercinta macam nak rak, hari kawen tinggal tak sampai sebulan, kad semua dah edar, barang semua dah tempah, sekali tunang mintak putus.
Frust gila lelaki tu sampai jatuh sakit berbulan-bulan. Macam kemurungan.
Tak lama lepas tu perempuan tu kawen dengan lelaki lain, yang jauh lebih kaya.
So makcik-makcik bawang keluarga bekas tunang ni mulalah buat andaian yang perempuan tu kejar lelaki kaya, mata duitan, materialistik, bla bla bla bla.
Lepas perempuan tu bersalin, dia disahkan akan cancer.
3 bulan lepas tu this lady meninggal.
Bekas tunang tu kata barulah dia nampak hikmah kenapa di saat-saat akhir Allah pisahkan dia dengan perempuan tu.
Dari mata kasar nampak macam perempuan tu gila harta kejar lelaki kaya.
Tapi hikmahnya perpisahan tu rupanya sebab Allah tau dia (lelaki) takkan kuat untuk terima kematian isteri sekiranya perempuan tu jadi isterinya.
Alangkan tak jadi kawen je pun dah kemurungan sakit berbulan-bulan apetah lagi kalau berpisah ajal. Agaknya dengan dia-dia sekali mati beragan.
Dan hikmah yang keduanya, setidak-tidaknya suami perempuan tu orang kaya.
Masa isteri dia sakit, dia mampu usahakan dapat rawatan dari pakar. Walaupun ajal itu pasti, tapi usaha juga perlu. Kalaulah perempuan tu jadi isteri dia, mesti dia tak mampu nak bayar duit rawatan dia kata.
Then, anak pulak.
Suami perempuan tu kaya. Anak insyallah terjaga, boleh upah pengasuh untuk jaga.
Sedangkan kalau dia ditinggalkan dengan anak yang masik kecik, dah tentu huru-hara jadiknya.
Untungnya lelaki tu sebab dia nampak hikmah disebalik ujian. tak sewenang-wenangnya jatuh hukum.
Biasalah kan, orang-orang kita ni ada yang cukup seronok kalau dapat cerita macam ni.
Ada chan dia pulang paku buah keras.
"Hah tu semua balasan la tu. Nak sangat hidup senang last-last duit yang banyak tu pun tak boleh sembuhkan kau!", begitulah kata makcik bawang sambil kunyah bawang goreng.
Asal musibah menimpa orang lain je, semuanya dia kata balasan.
Padahal hikmah yang Tuhan nak kita pelajari tu berbeza dari apa yang kita sangkakan.
Macam tu jugak dengan perceraian.
Bercerai, sebaik-baiknya tak payahlah berlaku.
Tapi kalau ikatan perkahwinan tu tak boleh dipertahankan lagi, nak buat macamana.
Untuk kita yang tak berada dalam situasi tu, kita mengandaikan bercerai adalah tindakan yang sangat zalim. Padahal belum tentu.
Untuk wanita yang teraniaya dalam rumahtangga, bertahan sebenarnya jauh lebih zalim.
Apalah ertinya berkahwin kalau hati merana, kebajikan tak terjaga, memendam rasa sehingga menyebabkan diri sendiri teraniaya?
Sedangkan tujuan perkahwinan tu adalah ladang amal agar setiap apa yang kita buat dinilaikan sebagai ibadah.
Dah kalau hati menderita, boleh ke kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan terhadap suami?
Silap-silap menanggung banyak lagi dosa.
Untuk lelaki yang memilih untuk berpisah, please jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak.
Apa pun punca perceraian, jangan sampai anak-anak dizalimi.
Dalam mana-mana perceraian, yang ada cumalah bekas suami dan bekas isteri, tapi tak ada bekas anak.
So, anak please jaga macam biasa.
Kalau kebajikan anak tip-top, insyallah rezeki akan terus lancar sebab Allah tahu kita salurkannya pada yang berhak.
Kalau duit asik tak cukup je, periksa balik nafkah anak dah settle ke belum.
Untuk yang berpisah kerana nak kawen lagi satu, buatlah keputusan yang tidak akan membebankan diri sendiri dan menzalimi isteri-isteri.
Ada juga suami yang decided untuk bercerai setelah berpoligami. Dah berjuang habis-habisan sampai berjaya ada 3 bini, kenapa nak diceraikan salah satunya?
Kes macam ni selalunya complicated sikit.
Yang pertama, kadang-kadang punca isteri diceraikan bukan kerana salah isteri tapi boleh jadi orang-orang di luar rumahtangganya - keluarga mertua, ipar duai, kawan, kawan.
Tekanan yang diterima dari luar.
Cemuhan dan kutukan orang luar boleh buatkan pressure pada diri dan bila dah tak tahan lagi, jalan paling mudah adalah bercerai kerana taknak ada kaitan lansung dah dengan keluarga isteri.
Yang kedua, sebenarnya dari sebelum tambah isteri lagi dia nak bercerai dah dengan isteri tua.
Tapi dek kerana nak menjaga kebajikan isteri dan anak-anak serta cuba untuk belajar berlaku adil maka dia decided untuk berpoligami.
Rupanya-rupanya bila dah berpoligami dia sedar yang dia tak boleh berlaku adil baik dari segi perasaan, perhatian dan nafkah zahir batin.
Jadi, untuk taknak menganiaya isteri dan taknak menambahkan dosa kerana menzalimi hak isteri, maka dia ceraikan salah satu.
Nampak macam zalim di mata kita tapi ada baiknya juga buat macam ni.
Yang ketiga, boleh jadi juga isteri diceraikan kerana hasutan isteri baru.
Tapi yang ni very unlikely.
Kerana selalunya, isteri akan diceraikan dulu sebelum kawen lain.
Tapi kalau bercerai selepas poligami, jarang suami ceraikan isteri pertama.
Kalau isteri pertama diceraikan setelah poligami, aku punya instict lebih kepada reason nombor dua tadi.
Apa pun ceritanya, kita orang luar ni jangan over sangat cari punca perceraian.
Punca bercerai tu biar dorang laki bini yang cari.
Kita yang tak tau apa-apa ni patutnya cari hikmah di sebalik perceraian.
Ini tak, asal ada cerita orang bercerai je semua sibuk nak cari punca pastu hentam beramai-ramai.
Padahal punca sebenarnya blom tau lagi ni. Yang penting kasi hantam dulu.
Kalau nak dijadikan alasan bercerai, punca boleh macam-macam.
Ada yang sebab ada bf baru, gf baru, masalah kewangan, penderaan, etc.
Hakikatnya, semua tu berpunca kerana hilangnya rasa cinta.
Kalau cinta dah hilang, punca kecik pun boleh diperbesarkan.
Kuah gulai termasin sikit pun boleh jadi hal.
Terkentut pun jadi hal. Isteri tuduh bau busuk sebab suami kentut. Suami kata bukan, isteri yang kentut. Tuduh-menuduh pastu bercerai.
Kan ke pelik tu puncanya kentut je? Tak elit lansung.
Tapi tu lah dia, kalau cinta dah hilang, gitulah.
Jadi, takyahlah kita-kita ni nak cari punca apesal orang tu bercerai.
Kita cari hikmah cukup.
So apa hikmah dari penceraian?
Hikmahnya adalah jagalah rumahtangga kita dengan penuh kasih sayang.
Jangan sibuk hal rumahtangga orang.
Dalam rumah tangga, cinta saja memang tak cukup, tapi cinta adalah asas utama.
Hidup memang tak makan cinta. Tu semua orang tahu
Cinta tak boleh mengenyangkan, nasik juga yang bagi kenyang.
Tapi cinta adalah asas dalam rumahtangga.
Kalau asasnya kukuh, the other is just adjusting.
Bila asas cinta firmly planted, the tiang, dinding and atap insyallah kukuh.
Tapi kalau perpisahan tetap tetap terjadi walau dah cuba sehabis-habisan, tak ada alasan untuk tak mensyukuri apa yang dah berlaku sebab setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.
Memang kita diperintahkan untuk berusaha tapi setelah berusaha ada perintah untuk bertawakkal.
Tawakkal mengajar kita satu konsep hidup di mana kita percaya ketentuan Allah adalah yang terbaik.
ESOK LAST DAY.
Boleh klik di bawah ni untuk order atau bertanya :
WHATSAPP 1 (8.30am-10pm)
WHATSAPP 2 (8.30am-5pm)