walk on wings, tread in air: Kenapa haters wujud <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Kenapa haters wujud
2018-03-22

Dalam dunia ni, apa saja yang kita buat, walau macamana baik sekalipun (kalau jahat lagilah kan), akan ada orang yang tak suka.
Tapi itu lojik.
Kerana Rasulullah saw yang dilantik Allah sebagai Rasul, orang yang paling baik dan sempurna pun, masih ada orang yang nak buat musuh.
Lagikan kita yang sah-sah banyak dosa dan selalu buat silap.
Maka lojiklah kalau tak semua orang suka.

Dengan segala kekurangan yang kita ada, serta cara pemikiran yang berbeza, it is impossible if you want to be loved by all human beings.
Walaupun kita berusaha sampai mati nak bagi orang suka kat kita, percayalah, ada je yang tetap tak suka.
Even if it's just one person, but still namanya tetap tak suka.
Punca orang tak suka tu macam-macam.
Boleh jadi our attitude, habits, behavior, gaya hidup atau boleh jadi takde sebab pun.
Saje je suka-suka nak menghencap to kill the time.

Yang tak suka kita tu, takpelah. Nothing much we can do about it.
Tapi kita boleh control how we respond to it.

Bila dapat tau ada orang tak suka tanpa alasan yang kukuh, terus mental break down.
Ada juga yang respond dengan cara balas jahat dengan jahat.
Padahal dah tau kalau balas dengan cara jahat, makin bertambah orang tu benci kat kita. Yang kau balas balik buat apa?
Bila dah bertambah-tambah orang benci, kita jadi apa. Jadi lega?
Takde maknanya. Jadi tambah depress lagi ada.

Bila dah makin depressed, kita akan jadi curiga dengan semua orang as if semua orang tak suka kita.
Bia dah start curiga dengan semua orang, lama-lama akan effect mental attitude and behaviour.
Lepas tu kita jadi sinis, sarkastik, ujung-ujung rasa kesian dan simpati pun hilang, last sekali kita pun jadi buta perut sama macam orang yang tak suka kita awal-awal tadi.

So, boleh nampak tak cycle dia macamana?

Dah boleh faham dah kat mana bermulanya haters yang benci kita tanpa sebab?

Dah boleh faham apa penyakitnya?

So, kalau dah faham, lepas ni jangan question apesal ada orang masih tak suka walau kita buat baik.
Sometimes it is not about you, it is about them and their sickness.

Boleh je kalau nak troll dorang balik. Saje, nak hilangkan boring, kan.
Tapi what's the point wasting your time and energy for them?
Kalau kau troll balik pun bukannya dia akan sedar diri.
Formula "jahat dibalas dengan jahat" tak pernah berkesan menjadikan orang jahat lebih baik.
Tapi terbukti berkesan menjadikan orang baik bertukar jadi jahat.

Unfortunately, kita selalu 'pandang tinggi' kat komen-komen negatif orang pada kita.
Kalau ada 100 positive comments, 1 komen yang negatif tu la yang kita dok mikir dari pagi sampai ke petang.
Kita dok ulang baca komen tu berkali-kali.

Manusia memang ada kecenderungan untuk ingat kritikan negatif lebih daripada pujian.
That's why bad info orang suka share dari good info.
Tapi tak lah bermakna kita kena jadi kemaruk Likes.

Aku membesar dalam persekitaran di mana orang suka ejek nama bapak aku, ejek aku pakai baju Milo, ejek basikal aku buruk, ejek kulit aku hitam.
Bila semakin besar, semakin aku realized takde apa yang aku boleh ubah pada orang lain.
Yang aku boleh ubah adalah respond aku je.
Because there will be always someone who is against you.
Akan ada je orang yang spread negativity for no particular reason.
Orang kata, kalau tak nak sakit hati, jangan buat apa-apa yang mengundang sakit hati orang.
No, formula tu tak valid.

Contoh, masa sekolah dulu, ada brader tu tetiba je jerit "Coklatnya kulit dia. Macam Milo!".
Padahal aku kenal dia pun tak.
Apa yang dia sakit hati nau pun aku tak tau.
Aku cuma lalu je depan group dia.
To some, itu namanya usik-mengusik. Seronok-seronok.
Tapi to me, itu namanya memalukan. Kau dah buat aku sakit hati.
Tapi nasib baik hati aku je yang sakit, bukan mental. Kalau tak, takde beza aku dengan kau.

Haters ni bukannya orang yang jahat. Jangan salah sangka.
Dorang tak jahat. Dorang cuma tak ada rasa rendah diri saja.

Dalam diri manusia mesti ada perasaan rendah diri.
Terlalu tinggi rasa rendah diri akan menyebabkan kurang keyakinan.
Terlalu rendah rasa rendah diri akan menyebabkan rasa sombong. Haters adalah golongan ini.
Disebabkan tinggi rasa sombong, dia tak boleh terima lansung kelebihan yang ada pada diri orang lain.
Sebab apa tak boleh terima?
Kerana kelebihan yang ada pada orang lain tu tak ada dalam diri dia.

Haters adalah golongan yang proud dengan diri sendiri.
Dia bangga dengan apa yang dia ada, which is good. Cuma mereka kurang rasa syukur.
Bila kurang rasa syukur, maka apa yang mereka ada serba-serba rasa tak cukup.

Dorang bukan tak cantik, bukan tak boleh jadi kaya, bukan tak boleh berjaya.
Tapi dorang nak lebih kaya dari orang lain tanpa usaha.
Nak jadi lebih pandai dari orang lain tanpa study lebih masa.
Nak lebih berjaya dari semua orang tanpa kerja kuat.
That's why bila they hate us for non-logical reason, itu bermakna ada sesuatu yang mereka kagum pada diri kita yang mereka belum ada, tapi nak.

So bila ada orang question "Saya buat baik pun ada orang tak suka".

That's because you have improved!
Nak buat benda baik ni bukan kerja sehari dua. Ambil masa yang lama.
Some people nak buat benda baik, tapi they don't know how to start atau tak nak start.
Ingat tak, haters tak suka ada orang lebih baik dari dia?
They actually want to do good too, tapi tak sempat nak buat, takde masa.
Jadi cara yang paling mudah, they drag you down.
Walaupun dengan drag you down tak menjadikan mereka lebih baik, tapi at least kau dan dia sama level.
Kau buat tak berjaya. Lebih baik macam dia tak buat lansung, tak penat. Gitulah konsepnya.

Your improvement may bother some people.
Some people tak suka kita improve bukan kerana dorang tak suka kita jadi lebih baik untuk diri kita sendiri tapi dorang taknak nampak diri dorang tu teruk sangat bila kita improve.
That's why aku cakap awal-awal tadi, sometimes they hate you not because of you but because they feel tired of being loser.
Jadi cara paling senang, dorang akan sentiasa ingatkan kita dan orang sekeliling things we did dan bagaimana kita dulu dengan harapan kita kembali jadi seperti sebelum kita improve dulu.

Let me be straight with you.
Aku belum jumpa lagi successful hater.
Boleh jadi itulah puncanya.
Bila tertekan dengan hidup sendiri, dia mula susahkan hidup orang lain.
Biar sama-sama tertekan konsepnya.

Tapi apa-apa pun hidup kita kena ada check and balance.
Dalam mana-mana negara mesti ada kerajaan dan pembangkang.
Kalau takde pembangkang, takde saper nak buat check and balance kat kerajaan.
Same goes to kita.
Tak boleh sentiasa ada admirer, mesti kena ada haters.
Kalau kita ada haters bermakna we are doing something that has an impact, that's why they care.
Orang yang paling kuat benci kita adalah orang yang paling mempengaruhi kita untuk improve.
They put a lot of effort telling others about us.

Secara peribadi, setiap orang yang pernah membenci aku pushes me even harder to improve and work more.
Every piece of unfair critiques buatkan aku usaha lebih kuat, kerja lebih kuat, lebih memperbaiki diri and prove them wrong.

The thing yang aku sangat admire dengan haters adalah their energy.
Aku join group dakwah.
Nak mengajak orang kepada kebaikkan sangat gunakan banyak energy.
Bukan energy jasmani je tapi rohani. Sometimes sangat letih.
Tapi energy haters ni bukan calang-calang.
Dorang punya semangat nak membawang tu dari mula celik mata sampai 1-2 pagi dok membawang lagi.
Aku pelik mana dorang dapat energy. Adekah bawang sejenis energy booster?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Promo Mac starts today sehingga 7 April.
Kali ni konsepnya "Beli apa pun dapat diskaun".
Pilih produk apa nak beli, pastu pilih diskaun korang.

Kalau beli Makeup Remover 50g, maknanya dapat diskaun RM2.
Kalau beli 2 set Basic Value Pack, maknanya dapat diskaun RM30.
Kira sendiri korang layak dapat diskaun yang mana.





Nama
Email
Produk pilihan : 1 x GC Plus
1 x Nutrijuice
1 x Cleansing Gel
1 x Basic Value Pack
1 x Makeup Remover 50g
1 x Makeup Remover 125g
Alamat penuh beserta poskod
No Tel
Nota tambahan (jika ada)

posted by aveo757 @ 12:02 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER