2018-03-23

Online dengan Allah



Kadang-kadang, bila berdepan dengan masalah membuatkan kita hilang semangat.
Yang membuatkan masalah tu nampak berat selalunya bukan masalah tu sendiri tapi sikap kita bila berdepan dengan masalah tersebut.
Selalunya bila ada masalah kita akan mengeluh, menangis, marah, dan kecewa.
Semuanya bukan je tak menyelesaikan masalah, malah menambah burukkan lagi keadaan.

Kalau kita melihat semua masalah sebagai ujian, mesti kita faham rupanya masalah lah yang akan membuatkan kita improve.
Tak ramai orang memandang ujian dari sudut pandang yang berbeza.
Ramai ingat ujian dan musibah datang dalam bentuk malapetaka. Kalau yang best-best, itu namanya nikmat.
Padahal benda yang best-best yang membuatkan kita semakin jauh dari Allah, itu bukan nikmat tapi musibah.
Sedangkan benda yang tak best yang membuatkan kita mengadu berlama-lama atas sejadah, itu namanya nikmat.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan kematian serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" (Baqarah, 155)

Kalau tak ada ujian, dari mana kita nak dapat pahala sabar? Ce cerita.

Makin berat ujian, makin besar pahalanya. Syaratnya sabar.

Hikmah ujian ada banyak.

Yang pertama, bila kita ditimpa ujian, ujian itu akan memaksa kita supaya dekat pada Allah.
Bila kita dekat dengan Allah, maka kita semakin jauh dari maksiat.
Tak ada peluang untuk syaitan hasut kita buat dosa dalam keadaan kita dekat pada Allah.

Contoh, bila tengah ada masalah, tiba-tiba kawan ajak "Jom la lepak weiii".
Mesti kita rasa takde mood, "Takpelah, aku nak rest la. Kepala tengah serabut. Next time lah".

Nampak tak macamana Allah jauhkan kita dari sesuatu yang sepatutnya kita jauhkan?
Allah tau boleh jadi kita akan habiskan masa dengan mengumpat orang bila melepak nanti, jadi Dia jauhkan dengan cara ini.

Dan selalunya, dalam keadaan kita ada masalah, solat dan doa kita lebih khusyuk.
Masa ni lah airmata jatuh tanpa dipaksa-paksa.
The moment angkat takbir je dah berderai airmata.
Ini namanya nikmat.
Nikmat khusyuk begini, jarang kita dapat dalam keadaan takde masalah.
Nikmat begini lah yang patut kita cemburukan, malangnya kita jarang nak jeles dengan nikmat yang ni.

Hikmah yang kedua, ujian datang untuk mengampunkan dosa kita.
Kita takkan mampu nak tanggung semua balasan atas dosa-dosa kita serentak kat akhirat esok.
Jadi, Allah turunkan sikit demi sikit ujian.

Kata some ulamak, setiap ujian ada darjat kat syurga yang manusia tak dapat tebus kecuali dengan 100 tahun solat, 100 tahun puasa, 100 tahun haji, 100 tahun jaga mak bapak (ni ulamak nak tunjuk besar mana pahala ujian).
Sedangkan umur kita ni jauh mana sangat boleh pergi. Maybe 60 tahun.
Tapi disebabkan Allah sayang, Dia nak kita sampai ke darjat itu.
So macamana caranya?
Dia uji dengan sakit 10 tahun.
Dia uji hilang pendapatan tetap 10 tahun.
Dia uji dengan 5 kali buat bisnes, 5 kali bankrup.
Diuji dengan mertua cerewet.
Diuji dengan ipar duai yang selalu buat masalah.
Diuji dengan suami/isteri yang buruk perangai.
Dengan syarat, sabar.
Kalau hari-hari diuji membuatkan hari-hari kita merempan kat status FB, maka tak dapatlah pahala tu. Dapat ujian je.

Kita semua tengah buat wayang atas dunia.
Standard mana-mana filem pun, kalau dari awal sampai akhir semuanya ok, happy, takde masalah, cerita tu jadi tak sedap.
Tapi kalau di pertengahan cerita tiba-tiba ada ada gengster, ada tembak-menembak, kereta terbalik, rumah meletup - ni baru best tengok.
Sebab tu aku suka layan cerita Tamil. Complete rencah dia. *tetiba*

Hidup kita pun macam tu lah juga.
Seseorang yang ada pengalaman merasa susah kemudian senang, pernah jatuh kemudian bangkit, pernah gagal kemudian berjaya, pernah sakit kemudian sembuh, pernah kecewa kemudian bahagia - pengalaman ni sangat mahal.
Orang ini selalunya lebih tenang bila berdepan apa juga masalah.

Hikmah disebalik ujian sebenarnya banyak lagi.
Ibarat murid kat skolah kalau lulus cemerlang dapat masuk kelas yang lebih baik.
Macam tu lah Allah akan uji kita semua.
Ujian tu membuatkan kita memperbaiki diri barulah darjat diangkat.

Allah bagi ujian sebab nak latih kita biasa dengan sabar.
Secara logiknya, kalau every week cikgu bagi test, walaupun pada awalnya susah dan rimas kejap-kejap ada test, tapi lama-lama dah terbiasa sehingga nanti ada exam besar, kita tenang je buat soalan.

Kadang-kadang kita terfikir apa lagi salah kita, kat mana silap kita, sampai tak putus-putus terima ujian, kenapa berat sangat ujian yang Allah bagi.
Ya, aku pun pernah rasa macam tu juga dulu.
Bak kata ustaz, kalau kita betul-betul beriman dengan rukun iman yang pertama, takkan ada question untuk rukun iman ke enam.
Tapi kalau kita masih lagi persoalkan kenapa, why this, why that, why me, itu tandanya rukum iman pertama masih goyang.

Lagi satu, nak selesaikan masalah, jangan over sangat.
Maksudnya jangan berlebih-lebihan menampakkan seolah-olah masalah itu besar.
Tak kisahlah nak mengadu kat kawan baik ke, kat kaunselor ke.
Yang akan buatkan masalah tu jadi lebih ringan adalah sikap kita.
Kawan boleh bagi nasihat macam-macam tapi kalau kita always anggap masalah kita sangat besar, malah lebih besar berbanding nasihat yang diberi, then the masalah takkan settle.

That's why, sebelum kita cari jalan nak selesaikan masalah, langkah paling penting adalah mintak tolong Allah dulu.
Takde apa yang dapat halang kita kalau Tuhan tak izinkan.
Dia yang hantar masalah, hanya Dia juga yang boleh ambik balik.
Kalau Allah izinkan masalah tu berlalu, dengan sendirinya masalah akan hilang.
Pertolongan akan sampai dari arah yang tak disangka-sangka.
So, meminta Allah tolong bukanlah sebagai pelengkap langkah kita, tapi itu step paling awal kita kena buat.

Allah kalau bagi ujian, itu tandanya Dia rindu.
Oleh sebab itu, kalau boleh, biarlah setiap kali Allah rindu, Dia bagi kita nikmat bukan ujian.

Allah online 24 jam. Tak penah offline.
Dia nampak kita online sampai tengah malam.
Dia nak kita bercerita padaNya, mengadu padaNya, bermanja-manja denganNya.
Tapi kita pi sembang ngan orang lain.

Allah tahu kita semua ni hanya PM Dia bila dalam keadaan susah.
Jadi hanya dengan membagi ujian je caranya untuk buat kita PM Dia.
Lepas ni kita kena ingat, bila terima ujian Allah, itu tandanya Allah nak ajak kita chat.

So malam ni kita set jam.
Online dengan Allah pukul 4 pagi.





Ada yang tanya Cleansing Gel GreenAard tu tak buatkan muka tumbuh bulu ke?
Ok tu kat atas aku bagi jawapannya.
Jangan lupa kita sedang ADA PROMOSI MAC.