2018-03-21

Calon pasangan kena reject.



PM ni buatkan aku teringat kisah sendiri, 20 tahun lepas.
Kali pertama aku jumpa En Wan, aku bawak Mak Aji and Pak Aji sekali. Terus bawak datang rumah.
Kedaaan masa tu dingin je, sampai aku terasa asing duduk dalam rumah sendiri.
Padahal semua pun ada kat hall, tapi takde orang pun nak mula bercakap dengan En Wan.
Mak aku lagi selamba, baca paper. Punyalah nak protes agaknya.

Tapi aku kan hati kering.
Taknak sembang dengan boifren aku takpe, aku boleh je cakap berdua je dengan En Wan.
Bernanah karang dengar aku sembang. Hahahah.

Masa tu pulak bulan puasa.
Kalau bulan tak puasa boleh je aku keluar berjalan dengan En Wan.
Tapi sebab puasa kan, tu yang aku prefer lepak kat rumah je.
Lagipun baru first time jumpa En Wan, lebih baik jumpa kat rumah.
Mana la tau kot-kot dah tengok aku sekali dia tak berkenan, takde la dia tinggalkan aku kat tepi jalan balik sendiri.

Lama juga tempoh Mak Aji nak accept En Wan.
Pernah satu malam tu, En Wan call dari Japan, aku bersembang dengan dia sejam lebih.
Kitorang bincang to proceed or not to proceed dengan relation ni.
Aku ingat lagi aku ajak dia lari "Kita lari, jom?".
Pastu En Wan kata "Tak boleh, Di. Kita ada mak bapak. Tak boleh buat macam tu".

Statement En Wan buatkan aku yakin he's the one sebab dia nak halalkan aku secara baik, mengikut adat.
Tapi aku tak tau macamana nak yakinkan mak bapak aku En Wan tak macam yang dorang bayangkan.

Aku rasa ketakutan Mak Aji ni sama macam ketakutan mak kepada follower kat atas.
Follower tu kata mak dia tak suka sebab calon suami kakaknya duda anak dua.
Mak aku pulak tak suka sebab En Wan study overseas dan orang Pantai Timur.

Follower tu cakap mak dia ada history dengan lelaki yang kawen lebih dari sekali.
Dan mak aku pulak ada history dengan orang Pantai Timur, plus dia berada dalam universiti, maybe pengalaman 2-3 orang student overseas yang perangai tak senonoh tu buatkan dia risau aku dapat boifren yang tak baik jugak.

Masa mula-mula dapat tau En Wan orang Tganu, aku dah jangka memang susah aku nak convince mak aku ni. Tapi takpe, kita redah je dulu.
Masa aku ajak En Wan lari, time tu aku dah in a state of giving up.
Aku dah takde jalan lain.
Tapi En Wan sangat gentle.
Dia ada history ahli keluarga yang kawen tanpa restu mak bapak, hidup jadi sangat susah.
Sebab itulah macamana sekalipun En Wan cuba usahakan dapat restu mak bapak dulu.

Antara usahanya, dia rajin email Mak Aji.
Aku tak sure mak aku reply ke tak, tapi dia selalu email, bertanya khabar, bagitau apa dia buat kat Jepun nun, sambil-sambil hint nak bertunang.

Kali pertama aku jumpa En Wan, mak bapak aku tak suka.
Lepas tu En Wan balik semula ke Jepun.
Kali kedua dia balik Malaysia, kitorang terus bertunang.
Maknanya, dalam tempoh 7 bulan, En Wan ambik hati Mak Aji dari emails and phone calls.
Aku tak tau apa dia jampi mak aku, tapi second time dia balik, terus kitorang bertunang.
Masa aku balik nak bertunang tu dah bersusun dah barang hantaran sampai 13 dulang.
Mak oiiii, yang dulu punyalah tak suka tu, sekali 13 dulang dia readykan. Nak suruh aku kawen terus ke apa ni? Aku ok jeeee. Kahkahkah.

So apa yang boleh aku cakap kat sini, kalau kita dah tau mak bapak tu tak suka, kita kena usaha lebih.
Dapat tak dapat lain cerita janji usaha dulu. Usaha kena maksimum.
Selagi kau tak kena ludah dengan mak bapak orang tu, berusahalah. Masih ada chance lagi.
Kalau dah sampai tahap ke ludah, ok back off. Cari orang lain.

Kadang-kadang punca mak bapak tak suka bukan kerana tak suka boifren/girlfren kita as a person, tapi kerana masing-masing ada bad experience dengan orang lain.
Kalau kita sungguh-sungguh nak, kita kena cari jalan untuk yakinkan mak bapak.

Macam mak aku dulu tak suka dengan orang Pantai Timur.
Pahit nau gamaknya pengalaman dia dengan some orang Pantai Timur sampaikan dia banned terus.
Siang-siang lagi dah cakap kalau boleh taknak anak-anak kawen dengan orang belah sana.
Tapi alhamdulillah, bila En Wan berjaya tukar persepsi tu, mak aku terus ok je sekarang.
Bukan sorang ya menantu pantai timur dia dapat, tapi dua! Rasakan. Hahahahaha.

Perkahwinan adalah one of the most historic moments in everyone's life.
Oleh itu, penting untuk kita jadi selektif dalam memilih bakal suami/isteri.
Bukan sekadar win his/her heart, tapi juga hati kawan-kawannya dan yang paling penting perlu dapat persetujuan orang tua.
Selalunya, bab nak dapatkan restu orang tua ni yang payah sikit.
Perbezaan backgrounds, incompatibility sikap, kebiasaan yang tak terbiasakan, taraf pendidikan - mainkan peranan.
Sebab tu ada petatah "enggang sana enggang, pipit sama pipit".
Kalau sekufu lebih senang. Kalau tak, kena extra effort sikit lah, tapi tak bermakna tak berjaya.
Ada usaha, insyallah ada jalan.

Kalau dah nampak mak bapak tu ada hawa-hawa tak suka pada boifren/girlfren, kita tenang-tenang je. Jangan melawan.
Bersikap tenang adalah senjata yang paling kuat untuk senyapkan kontroversi dan pertelingkahan. Kasik dorang lepaskan rasa kecewa dan marah-marah, kendian nanti bila keadaan dah ok, kita slowly bagitau kenapa kita pilih dia sebagai pasangan.

Dalam keadaan tenang, sambil-sambil bagitau kelebihan pada pasangan yang buatkan kita yakin padanya, insyallah mak bapak akan nampak yang anak dorang dah cukup dewasa dan rasional untuk berfikir dengan teliti.
Dorang boleh nampak yang keputusan kita untuk memilih bukan kerana perasaan cinta semata-mata.
Tak mustahil, sikap ni boleh buat hati mak bapak cair.
Waktu tu nanti mak bapak akan mula faham bahawa anak dorang adalah manusia yang matang yang keputusannya perlu dihormati.

Mana-mana parents will be extra selective dalam hal masa depan anak, especially bab pilih pasangan.
Malah, dorang tend to tetapkan kriteria untuk calon suami/isteri tu lebih tinggi dari diri dorang sendiri.

Contohnya, kalau boleh nak yang berkerjaya stabil.
Walaupun katanya "Tak kisahlah kerja apa janji kerja", tapi di sudut hati biarlah menantu tu kerja yang gaji sedap sikit.
Bukan apa, kalau kewangan stabil, kuranglah sikit masalah rumahtangga sebab kebanyakkan masalah rumahtangga puncanya dari kurang duit.

Lagi satu contoh, kalau boleh calon suami biarlah yang beragama.
Tak jadi imam pun takpe, yang penting solat 5 waktu jangan tinggal katanya.
Tapi kalau boleh lead bacaan doa selamat lagi bagus.
Ce kau try bawak pak imam umur 65 tahun jadi calon suami, tengok lulus ke tak.

Sesekali, try bawa calon ke family function.
Kalau sepupu kita kahwin, kita bawak sekali calon datang.
Kalau nenek kita buat kenduri, kita angkut calon datang.
Biasalah nanti mesti ada makcik-makcik bawang yang cakap "Nak menunjuk kat kita dia ada boifren la tu..".
Biorkan!
Bawang kat tangan tu tak cukup pedihkan mata dia agaknya, jadi kita tolong pedihkan mata dia dengan bawang bergerak yang kita bawak ni.
Orang nak cakap apa, biarkan. Janji kita tau apa tujuan.
Kita bawak calon join event-event keluarga bukan nak menunjuk yang kita ni laku, tapi kita nak biasakan dia dengan aktiviti keluarga.
Dalam masa yang sama kita nak tengok pasangan kita boleh blend ke tak dengan family yang besar ni. Ringan tulang ke tak. Peramah ke tak. Boleh dibawak bergurau ke tak.
Bila kita berani bawa dia ke majlis-majlis keluarga macam ni, mak bapak boleh nampak kita serius nak kawen dengan dia.

Mak bapak cuma taknak anaknya susah.
Itulah reason yang buatkan dorang risau kita dapat pasangan yang salah.
So now, tugas kita adalah untuk explain to them that your partner is the one who is the most capable of making your dreams come true.
Bagitau dorang apa tabiat pasangan masing-masing.
Tunjukkan yang partner korang tu jenis yang bertanggungjawab.

Tak perlu mengada-adakan cerita like boifren dan beli rumah, girlfren ada bisnes yang simpanannya ratusan ribu.
Jangan cuba-cuba nak tipu mak bapak sebab dorang akan selalu ingat apa yang kita kata tentang pasangan kita.
Nanti kalau mak bapak dapat tau pasangan kita belum ada rumah sendiri or tak ada simpanan sebanyak tu, dorang jadi anti pada pasangan dan menganggap pasangan kita jenis tak boleh dipercayai.
Mak bapak kita of course akan percaya apa anak sendiri cakap.
Dia takkan kata anak dia menipu.
Dah tentu dia akan cakap pasangan kita yang tipu anak dia. Padahalllll.
Jadi jangan nak create storyline yang merepek.
Your partner's good qualities are enough to impress your parents.

Tapi kau pun kalau bercerita janganlah exaggerate sangat.
Jangan sampai kaki tu tak pijak ke tanah.
There is never a perfect person.
Dalam masa yang sama mesti reveal kekurangan pasangan.
Kalau pengetahuan agama dia masih kurang, bagitau mak bapak, "Mana tau asbab perkahwinan ni ayah boleh bimbing dia, ayah kan orang surau?".
Haaaa...macam tu caranya. Up sikit bapak tu. Biar dia jadi seronok.

Salah satu cara untuk yakinkan mak bapak adalah ceritakan masalah yang korang berdua pernah hadapi dan macamana korang solve that problem together.
Dari situ mak bapak boleh nampak keserasian dan how responsible korang berdua bila berdepan dengan masalah.

Planning is another proof that you are serious.
Dalam masa yang sama menunjukkan yang you both ada goals dan ada usaha untuk accomplish the goals bersama-sama.
Macam aku dulu cakap kat Mak Aji "Wan kata dia dah pilih tempat kerja kat Shah Alam jadi Diana takyah duduk jauh-jauh sangat. 2 minggu sekali boleh balik tengok mama".
Pandai tak aku? Hahahaha.

Benda-benda macam ni nampak macam takde apa je, tapi kena explain.
At least mak bapak tau ohhh anak menantu aku dah plan nak kerja mana, nak duduk mana, maknanya ada perancangan masa depan.
Tapi pastikan itu memang perancangan ya, bukan angan-angan.
Kerana semua ni adalah bukti hubungan kita bukan hanya cinta sementara, tapi ada usaha untuk bina kehidupan.

Kalau semua usaha dah buat tapi masih tak berjaya nak lembutkan hati mak bapak, jangan menyerah dulu.
Tanyakan sebab kenapa dorang tolak pilihan kita.
Dengan cara ini, you can look for more specific arguments or explanations to convince them that you and he/she are better together.

Kalau alasannya pasangan kita belum stabil tahap ekonomi, kita explain apa kerja lain yang boifren/girlfren kita tengah usahakan.
Maybe part time muslimah model, agen produk sambilan, hujung minggu mengajar tusyen, tiap-tiap malam ajar budak mengaji, part time bilal ke (yang ni konfem lembut hati dengar).

Kalau alasannya pasangan kita selebet, kita bagitau sekarang masih gigih kumpul duit nak kahwin.
Insyallah lepas kawen dah ada yang jaga makan minum, hidup lebih teratur.
Ditambah lagi gaji meningkat, gaya pun akan berubah.

Setiap mak bapak mesti ada alasan kenapa dorang tolak pilihan kita, cuma dorang taknak cakap je. So, jangan putus asa untuk korek apa puncanya.
Jangan menyerah awal sangat.
Macam aku cakap tadi, selagi belum kena ludah, masih ada peluang.

Good luck!