2018-03-01

Jangan selesa dengan value yang sama.


Bila kita memilih untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, dah tentu ada halangan-halangan yang selalu menghadang.

Kenapa?

Kerana yang kita sedang kejar adalah jalan ke syurga Allah.
Dan syurga tu takkan dapat diraih separuh hati. Mesti sepenuh hati.
Nak jadi sepenuh hati perlu istiqomah dan istiqomah itu sangat susah.
Kalau senang namanya bukan istiqomah tapi istirehat.

Nak istiqomah ni perlu 'hati kering'.
Kering dari cakap-cakap orang, kering dari keinginan untuk follow the trend, kering bila hilang ramai kawan, kering dicop bajet alim, kering dikata ekstrim.
Kalau kita menetap di Mekah atau Madinah, insyallah jalan nak istiqomah itu lebih mudah sebab persekitaran kita cenderung melakukan perkara yang sama.
Tapi kita ni kat Malaysia.
Persekitaran kita tak sepenuhnya membantu melainkan kita keluar dari kelompok kebiasaan, mencari kekuatan untuk terus istiqomah melalui kawan-kawan yang misinya selari dengan kita.

Disebabkan kecederungan yang berbeza inilah yang buatkan istiqomah jadi berat.
Hijrah tak berat.
Buktinya, ramai yang memilih untuk jadi lebih baik tapi tak menjalankannya sepenuh hati kerana hati yang belum sepenuhnya istiqomah dan masih mengharap kebaikan separuh-separuh dari Allah.
Yang berat adalah istiqomah.
Nak tau berat dan tak berat, caranya, kita kena lalui sendiri baru kita tau.

Sesiapa pun boleh kata "Aku nak berhijrah jadi lebih baik" sebab itu hanya ucapan, memanglah bunyiknya senang.
Tapi bila dah mula melaksanakannya, hati akan mula rasa ragu-ragu.
Di sini lah bermulanya kata hati :

"Walaupun jeans aku sendat tapi at least tutup sampai buku lali".

"Walaupun tudung aku pendek, at least aku bertudung".

"Walaupun baju aku nampak bentuk pinggang at least baju ni labuh".

Tak ada yang salah pun pakai macam tu, walaupun belum syari'i tapi usaha tu kita appreciate.
Cuma kurang tepat je.

Bila kurang tepat, maknanya ada yang tepat, kan?

Yang jadi salah, bila kita pilih untuk terus berada di level "kurang tepat", dan selesa pulak di level itu dan menjadikan level ini benchmark untuk kita bandingkan diri dengan orang yang lebih bawah dari kita.
Itu yang salah.
Sepatutnya bila berada di level "kurang tepat", kita membandingkan dengan level "tepat" dan berusaha untuk naik ke level seterusnya.

Analoginya macam exam.
Kalau kita membandingkan pointer kita yang 2.5 tu (contoh) dengan kawan yang dapat 2.1, memanglah kita rasa kita dah bagus.
Patutnya banding dengan yang dapat 3.5, barulah kita ada drive untuk pergi lebih jauh.

Hijrah adalah tentang niat.
Niat dari seorang pendosa yang nakkan keampunan, rahmat dan taubatnya diterima Allah.

Hijrah adalah tentang konsistensi.
Konsisten untuk tak ulang dosa yang pernah dibuat sebelum tu.

Hijrah adalah tentang survive.
Survive to always be patient as the world begins to move away from you.
Survive bila kawan-kawan mula menjauh, bila diri jadi terasing dari masyarakat, bila diri terasa tak 'in' dengan trend semasa.
Survive untuk kekal pada niat dan tujuan kita berhijrah.

Hijrah adalah tentang ikhlas.
Ikhlas bila kawan-kawan dah tak seramai dulu.
Mungkin ini cara Allah tukarkan persekitaran kita agar istiqomah kita lebih lancar.

Hijrah adalah tentang sabar.
Sabar dengan kata-kata manusia.
Jangan marah kalau dengan cara berpakaian kita sekarang mereka kata kita nampak gemuk, nampak macam mak-mak, dah tak gojes, aliran sesat, etc.
Jangan marah, kerana kita dulu juga macam dorang juga.
Doakan hidayah sampai pada mereka biar mereka rasa indahnya hijrah ke jalan Allah.

Dan yang paling penting, hijrah adalah tentang istiqomah.
Istiqomah untuk lillahi ta'ala.

Aku faham betul rasanya the struggle to stay up dengan arus yang berbeza.
Susah betul nak lawan hawa nafsu.
Meluruskan niat that are sometimes forked, winding, never just straight, Allahuakbar susahnya Allah saja yang tahu.
Tapi boleh jadi susah ni Allah sengaja beri supaya setiap kali tangan berdoa, airmata turun macam air terjun bila mengadu betapa susahnya hijrah ni.
Kerana ada masanya, semangat ni pudar, kalah dengan macam-macam benda termasuk dengan pandangan manusia.

Macam yang pernah aku cakap dulu.
Hijrah ni bukan cerita tentang manusia yang berubah jadi malaikat tapi cerita tentang Hamba Allah yang nak jadi taat.
Bukan seberapa cepat dia menjadi baik tapi seberapa kuat dia bertahan.
Hijrah tu kan proses. Macamana nak sampai ke puncak kalau tak mula mendaki?
Dan lumrah semakin tinggi mendaki semakin banyak halangannya.

Bila kita kata kita nak berhijrah, itu adalah keputusan yang besar.
Keputusan yang besar datang dengan tanggungjawab dan ujian yang besar.
Kalau kita sendiri tak melaluinya, jangan mudah berkata seolah-olah ianya senang nak dilaksanakan.
Apetah lagi membanding-bandingkan orang A dengan orang B.

"Cuba tengok A tu, lepas hijrah dia tinggalkan semua benda-benda lagho. Tak macam si B tu."

Sebelum kita mengata si B, kita tanya dulu diri kita ni sama tak macam A?
Kalau kita pun tak macam A, lebih baik statement tu tujukan kat diri sendiri dulu.

Jangan merasa orang lain lebih rendah dari kita.
Kerana boleh jadi bukan kita yang tinggi, tapi kaki kita yang tak jejak ke tanah.

Jangan merasa diri kita lebih besar dari orang lain.
Boleh jadi yang besar tu adalah hati kita yang membengkak dek kerana busuk.

Nak tau samada hijrah kita ni menjadikan kita semakin baik atau semakin buruk, cuba tengok macamana kita menilai perubahan pada diri.

Kalau dengan bertudung menjadikan kita merasa "tapi aku bertudung, daripada dia tu..."
Kalau dengan bertudung labuh kita merasa "tapi tudung aku tutup dada, daripada dia tu..."
Kalau dengan mengaji kita merasa "tapi aku mengaji setiap hari, daripada dia tu...."
Kalau dengan bersedekah kita merasa "at least, sedekah aku tak tinggal, daripada dia tu...."

Hati-hati.
Kerana hawa-hawa statement macam tu kalau dalam Quran, pernah diucapkan oleh iblis.
Iblis kata "Kerana aku dijadikan dari api, dia dari tanah".

Orang kalau dah sombong, dia boleh cari macam-macam alasan.
Macam tu la jugak iblis punya alasan "Kau ciptakan manusia (Adam) dari tanah, Kau ciptakan aku dari api"
Sedangkan iblis tu bodoh.
Dia tak tau api tu sifatnya panas, membakar, bau busuk, asap yang hitam tu menyesakkan nafas.
Sedangkan tanah sifatnya lembut, subur dan mengeluarkan hasil.
Buktinya sekarang, harga tanah makin lama makin naik, kan? Eh.

Maksudnya kita ni jadi manusia, value tu kena terus naik.
Jangan selesa dengan 'harga' yang sama apetah lagi perasan 'harga' dah cukup tinggi.
Nanti kalah dengan harga tanah hujung simpang.





Offer ni masih dibuka sehingga 3 Mac.