2018-02-27

Cara


Salam from Bandung.

Ya, aku ada kat sini since pagi semalam lagi.
Biasalah kan, awal tahun je aku terpacak la kat sini untuk projek raya.

Hari ni (Selasa) aku bangun dikejutkan dengan whatsapp bertalu-talu dari kawan-kawan aku.

"Oi Diana, Sri Devi dah mati la"

Gitu berita tergempar aku pagi ni.
Little that I know rupanya kat Malaysia ada berita jauh lebih gempar.

Kes Neelofa buat product launching kat club.

Meriah PM and DM aku tanya bila aku nak update blog pasal Neelofa.

Eh, aku tengah busy kerja kat sini sampai tak sempat nak tengok tv kat bilik. Nak update status FB pun tak sempat lagikan nak update blog. Tapi sementara tunggu next meeting ni, aku update la sikit gune henfon. Mohon kalau ada typo abaikan.

Aku tak tau sangat kes cerita Neelofa ni.
Aku tau pun dari link-link yang follower bagi untuk aku baca.
Katanya dia buat majlis kat club malam sebab faktor logistik, bajet and tema.
Dan setahu aku melalui apa yang aku baca, club tu telah dichartered oleh team Neelofa khas untuk buat product launching.
Maknanya, tiada aktiviti kebiasaan kelab malam berlaku pada malam tu.
Cuma tempat je kelab malam.

Not sure kenapa tempat tu dipilih.
Mungkin ada kaitan dengan props dan tema yang dipilih.
Boleh jadi dia perlukan lampu-lampu neon yang kelip-kelip, boleh jadi dia perlukan stage seperti dalam kelab tu, boleh jadi kalau book hotel lebih banyak props and electrical accesorries yang nak diangkut yang akan merenyahkan kerja dan melibatkan bajet yang lebih besar.
Entah, I don't really know.
Jadi sebagai orang yang tak tau cerita sangat, aku beranggapan macam tu saja.

Pemilihan tempat memang kurang tepat.
Tapi sekiranya betul kelab itu disewa khas untuk majlis pelancaran dan segala aktiviti kebiasaan dihentikan untuk that night only, aku tak nampak kat mana yang salah.
Sedangkan ada sebuah bekas gereja di negara mana ntah aku lupa yang diubahsuai menjadi masjid.
Kalau boleh disamakan, club tu telah 'diubahsuai' for 1 night untuk majlis pelancaran produk Neelofa.

Yang jadi salah di mata aku adalah kerana ada aktiviti hiburan yang tak sepatutnya ada.
Kalau ikut dari video-video berdurasi 1 minit yang viral tu nampak macam ada tarian ala-ala tarian tiang.
Walaupun bukan Neelofa yang buat tapi yang menari ada wanita bertudung.
But again, mengikut kata salah seorang saksi di sana, itu bukanlah hiburan yang dirancang (yang dah melalui rehearsal berhari-hari).
Itu adalah video semasa pertandingan menari. Pertandingan.

Boleh jadi pihak pengurusan pun tak sangka pertandingan tu akan diparcipate oleh contestant yang betul-betul daring boleh menari.
Kalaulah ia betul pertandingan, aku agak team Neelofa mesti terkejut juga dengan ke-daring-an contestant.
Tapi kalau aktiviti menari terkinja-kinja tu memang dah direhearsal berhari-hari dan memang dah dirancang dalam program, itu dah tak betul. Apetah lagi untuk launch produk tudung.

Tapi apabila sesuatu yang kita buat tu dapat feedback yang negatif dari ramai orang, boleh jadi itu teguran dari Allah supaya kita perbaiki keadaan di masa depan.
Boleh jadi itu masalah yang Allah turunkan supaya kita terselamat dari buat perkara-perkara yang jauh lebih besar yang bagi mudarat pada dir dan mengundang kemurkaanNya.
Kadang-kadang kalau tak jadi macam ni, kita pun tak nampak samada kita di track yang betul atau sebaliknya.
Maka bertuahlah sesiapa yang menerima nasib yang sama, yang kemudiannya berfikir dan mencari hikmah disebalik ujian.

Dan sangat malang bagi sesiapa yang menggunakan musibah yang menimpa orag lain untuk kepentingan diri tanpa mahu berfikir dan mencari hikmah.
Jangan ingat ujian orang lain hanya untuk dia saja.
Kalau kita mahu berfikir, boleh jadi ujian dia adalah ujian untuk kita juga.

Minta maaf ya.
Tadi aku nampak ada sorang buat status "Kaya tapi tak berkah buat apa. Marketing pelik-pelik nak viralkan bisnes la tu. Sebab tu perangai makin lama pun makin pelik. Takpelah kalau bisnes aku tak rancak macam dia, janji berkat".

Amboiii, tau mana bisnes kita berkat ni.

Kita ni kan bila tengok orang kaya yang caranya tak selari dengan tuntutan Islam, mudahnya kita kata rezeki dia tak berkat. Istidraj.
Lalu kita anggap rezeki kita walaupun tak banyak tetapi berkat sebab kita tak buat perkara-perkara macam dia buat.

Senyum je aku baca.

Bukan apa, kita ni kalau bab evaluate orang memang cepat, tapi diri sendiri taknak evaluate.
Kalau bisnes dah 1-2 tahun, tapi masih gitu-gitu je hasilnya, masih lagi yakin itu berkat?
Pernah tak terfikir entah dosa apa yang kita dah buat sampai macam tu sekali Allah tahan rezeki kita?
Jangan ingat itu bukan petanda ya.
Boleh jadi itu juga satu petanda ada yang salah pada kita.

Boleh jadi hubungan kita dengan Allah yang ada salah.
Boleh jadi hubungan kita dengan manusia ada salah.
Boleh jadi hati kita ni yang banyak karat.

Samada bisnes kita gitu-gitu je, atau bisnes kita ada masalah atau rezeki kita sangkut-sangkut, pernah tak kita terfikir bagaimana hubungan kita dengan Allah?
Memanglah kita tak buat benda-benda pelik, tapi bukan kerana benda pelik-pelik je yang membuatkan kita jauh dari rahmat Allah.
Ada banyak benda yang boleh buatkan kita jauh dari rahmat Allah.
Hubungan dengan suami/isteri.
Hubungan dengan adik-beradik.
Hubungan dengan mak bapak dan mertua.
Hubungan dengan kawan-kawan.
Hubungan kita dengan rakan media sosial.

Analoginya gini je lah.
Kalau kerja kita tak pernah memuaskan, perangai menyakitkan hati dan hubungan dengan majikan pun tak smooth, agak-agak senang tak naik pangkat?
Begitu jugalah dengan bisnes/kerjaya/urusan dunia kita.

Kita selalu nampak yang tak betul pada orang tapi tak pernah perbaiki banyak yang tak betul yang ada pada kita.
Macamana nak perbaiki kalau rajin evaluate orang je kejenya?

Bukan tak boleh menasihati, tapi nak tegur orang ada cara.
Sebagaimana kita kata "niat tak menghalalkan cara", quote yang sama mesti diaplikasikan pada diri sendiri.
Betul ke cara kita menegur?
Betul ke cara kita menasihati?
Hukum yang kita sampaikan tu memang jelas betul. Hukum Allah.
Yang tak betulnya cara kita.
Sebagaimana kita kondem cara dia salah, cara kita menegur juga salah.
Musibah bukan untuk dia sorang tapi ada ujian untuk kita juga. Itu pun kalau kita mahu berfikir.

Dengan mata kasar kes Neelofa ni sangat mendukacitakan.
Tapi ada yang jauh lebih menyedihkan.
Yang paling sedih bila isu macam ni timbul, ada yang mengambil kesempatan untuk gunakannya for personal interest.

“Aku yang tak pergi umrah lagi pun tak buat macam tu. Ini bukti bukan semua yang pergi umrah tu balik jadi baik. Pergi sebab nak menunjuk je”.

“See? Pakai tudung pun terkinja-kinja masuk kelab. Lagi elok aku yang tak bertudung”.

Kalaulah begitu cara kita berfikir, maka sebenarnya kita dan orang yang kita kata tu, tak ada beza.
Kita ambil kesempatan dari situasi ini untuk merasa lega dan merasa selamat tak perlu berubah menjadi lebih baik.

Berapa ramai orang yang pergi umrah/haji tapi bila balik menjadi jauh lebih baik?
Berapa orang yang berhijrah menurup aurat dan menjadi semakin baik?
Kenapa taknak bandingkan diri kita dengan yang jauh lebih baik tapi membandingkan dengan yang kurang baik?
Bukan ke itu menunjukkan bahawa kita sebenarnya yang tak mahu jadi lebih baik, dan happy pula bila ada orang lebih buruk dari kita so that kita akan nampak baik?

Nampaknya ujian macam ni pun belum mampu menjadikan kita berfikir.
Sedangkan kalau kita mahu mencari hikmah dari kejadian ini boleh saja kita fikir alangkan yang berusaha untuk taat (menurup aurat) lagikan diuji Allah, apetah lagi kita yang tak menutup aurat. Entah-entah kita ini sebenarnya sedang diuji.
Buktinya, terjadinya ujian sebegini tak sedikitpun membuatkan kita terfikir malah kita merasa lega pulak kita tak ‘sejahat’ dia.

Alangkan orang yang kerap ke Tanah Suci lagikan diuji, inikan kita yang masih tak ada usaha untuk ke sana.
Boleh jadi tertutupnya gerak hati kita untuk ke Tanah Suci (bertangguh-tangguh sedangkan mampu) juga merupakan ujian Allah.

Jadi jangan merasa lega bila terselamat dari aib begini.
Entah-entah ujian kita itu sebenarnya jauh lebih besar tanpa kita sedari.

Allah tegur kerana Dia peduli.
Tapi risaulah jika kita tak taat tapi kita bebas dari diuji Allah.
Boleh jadi Allah dah tak peduli.

Tepuklah dada tanyalah diri. Kita akan jumpa jawapannya.





p/s : Jangan lupa bulan ni ada 28 hari je so offer Basic Value Pack ada lagi OMPEK hari lagi. Jangan terlepas peluang nak grab double point and kod diskaun. KLIK SINI.