"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (An-Nahl : 125).
Apabila kita nak bagi nasihat atau teguran, kita mesti pay attention to adab-adabnya kerana adab menentukan nasihat itu diterima atau tak.
Siapalah yang taknak hidayah sampai pada orang yang dinasihati?
Tapi mesti tau adab. Bukan main cakap macam tu je sebab yang kita berurusan ni dengan manusia bukan dengan tiang letrik.
Manusia ada perasaan.
Dakwah adalah rahmat Allah.
Nak menyampaikan rahmat Allah jangan sampai menghinakan.
Ada yang kata berdakwah kena tegas sebab kita menyampaikan kebenaran. Itu betul.
Dakwah kena disampaikan dengan hikmah, iaitu dengan bukti atau dalil yang menyokong statement dakwah supaya menampakkan kebenaran dan menghilangkan kekaburan.
Tapi, tegas tak perlu sampai menghina dan memalukan.
Kebanyakkan dari kita sekarang memang menyampaikan kebenaran, tapi tak ada adab sehingga memalukan orang yang dinasihati.
Itu bukan cara berdakwah.
Apa gunanya menyampaikan kebenaran kalau tak disampaikan dengan baik?
"Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya setiap orang itu hanya akan mendapatkan sesuai dengan apa yang diniatkannya." (HR Muslim 1907)
This hadith explains that every practice really depends on intention.
Dan kita hanya akan dapat sesuai dengan apa yang kita niatkan.
Kalau dakwah kita benar kerana Allah, insyallah Allah permudahkan dakwah kita, dilembutkan hati yang mendengar dan dilapangkan dada orang yang dinasihati untuk menerima nasihat dan ilmu.
Berbeza dengan orang yang menyampaikan dakwah dengan niat selain Allah.
Niat bermula dari hati. Dari hati akan pergi ke akal. Dari akal akan pergi kepada tindakan.
Kalau niat pun dah tak betul, dah tentu tindakan juga tak betul.
Bila niat kita nak memalukan orang yang dinasihati, cara penyampaian (tindakan) pasti tak berhemah.
Jadi, kalau apa yang kita tegur/nasihat tu dipandang sepi, jangan merasa orang yang dinasihati terlalu degil untuk menerima nasihat. Boleh jadi kita yang salah adab memberi nasihat.
Teguran/nasihat adalah cabang ibadah. Sama seperti solat.
Solat yang betul akan membawa kita ke jalan Allah.
Tapi kalau solat tak menjadikan kita lebih baik, maka ada yang salah pada solatnya.
Macam tu lah juga dengan dakwah. Dakwah yang betul akan membawa kepada hidayah.
Tapi kalau dengan dakwah tak menjadikan situasi lebih baik, maka periksalah adab kita dalam berdakwah.
Nak tegur penampilan orang, boleh.
Apa yang benar kita kena sampaikan.
Tapi menyampaikan kebenaran dengan hemah pun boleh kan? Tak perlu memalukan.
Try not to embarrass the person to be counseled.
This is a disaster yang selalu terjadi pada ramai orang bila nasihat disampaikan dengan kasar.
Nasihat takkan berbuah seperti yang kita harapkan dengan cara macam ni.
Kalau nak tegur in public, jangan tuju kepada orang yang nak dinasihati.
Tapi buatlah untuk umum contohnya, dalam buku, dalam ceramah, dalam status FB. General.
Bukan kat ruangan komen orang yang nak dinasihati. Itu namanya memalukan.
Lebih bagus, tegur secara rahsia.
Face to face, atau whatsapp dia, PM dia, DM dia.
Salah satu kewajiban seorang mukmin adalah to counsel someone when he makes evil.
But it is not our duty to force them sebab itu bukan bahagian kita.
Kita cuma penunjuk jalan.
Masalah kita ni, kita nak pastikan orang tu baca nasihat kita.
Bila kita nampak orang tu dah baca, kita check pulak orang tu ikut cakap kita ke tak.
Bila dia tak obey, kita kata hati dia hitam.
Sedangkan tugas kita menyampaikan dengan hikmah dan berhemah.
Dia nak terima atau tidak, itu bukan hak kita kerana hidayah milik Allah.
Bukan jam tu kita nasihat, jam tu hidayah sampai. Itu Allah punya part. Jangan kacau.
Yang penting we do our part, and do it strictly but politely.
Dan doa supaya dakwah kita Allah nilaikan sebagai ibadah.
Kerana selagi kita masih hidup, segalanya adalah ujian buat kita.
Cara kita menyampaikan nasihat juga merupakan satu bentuk ujian dari Allah. Jadi hati-hati.
Kita mesti ada perasaan sensitif dan beradab dalam menyampaikan teguran.
Kerana menerima teguran tu umpama bukak pintu.
Pintu tak akan terbukak kecuali dengan kunci yang betul.
Orang yang kita nak tegur ni adalah pemilik hati yang terkunci dari suatu perkara.
Tak ada kunci yang lebih baik kecuali teguran yang disampaikan dengan lemah lembut, dengan beradab dan penuh dengan kasih sayang.
Firaun tu manusia paling kejam dan bengis di zaman Nabi Musa tapi Allah tetap perintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun nasihatkan Firaun dengan lemah lembut.
Yang kita nak tegur sekarang ni adakah dia jahat macam Firaun juga?
Jangan sampai kita pulak yang nampak macam Firaun kecam-kecam and kutuk orang bila bagi nasihat.
Nak tegur pun kena tengok time juga.
Time dia nampak happy, nampak tenang tu, kita tegurlah baik-baik.
Tapi kalau rasa macam orang tu liat nak makan nasihat, lebih baik kita diam kerana ini lebih menjaga kita dari keluarkan perkataan-perkataan yang akan memburukkan keadaan.
Kalau kita tak berpeluang nak bagi teguran, anggap saja itu cara Tuhan jauhkan kita dari dosa lisan.
Banyak pintu hati yang tertutup disebabkan nasihat dan teguran yang ditujukan dengan sangat harsh.
Dan kerana itu juga ramai orang yang diberi nasihat tertutup pintu hatinya dari hidayah.
Ramai kawan yang menjauhi asbab kekasaran kita dalam menegur.
Banyak pahala yang terbuang macam tu je.
Dan terlalu banyak bantuan yang kita bagi kat syaitan untuk merosakkan persaudaraan.
Sayang sangat.
Jangan macam tu. Janganlah sampai menghina dan memalukan yang ditegur.
Tak rugi kita cakap baik-baik, secara rahsia, kerana amal yang baik akan kembali kepada kita juga.
Kalau kita benar nak dia dapat kebaikkan, kita sama-sama tolong dengan cara tegur baik-baik secara rahsia.
Kalau tak ada respond, takpe, kita tunggu, kita sabar.
Sebab kalau dipaksa, nasihat akan berubah jadi pisau yang tajam. Ada hati yang akan terluka.
Jangan dipaksa, jangan dimarah. Kerana sesungguhnya hidayah itu milik Allah.
Kita baru blasting 700 email untuk upgrade point.
Please check email masing-masing.
Kalau yang tak terima, please WHATSAPP SINI.