2018-03-17
Takde likes, takde komen, takde share.
Ada ke yang alami macam ni?
Jangan sedih kalau lingkungan kita (kawan-kawan) tak likes and komen post-post dakwah kita di FB.
Kerana syarat amal diterima tak bergantung pada berapa banyak likes and komen yang kita dapat.
Kena perli 'bajet alim' tu biasalah. Kita baru nak mula, dah tentu ada ujian-ujiannya.
Tak kena baling taik dah cukup bagus tau.
Rasulullah saw dulu Abu Jahal baling taik time Baginda berdakwah.
Kita ni setakat orang tak like post je, apa sangatlah ujiannya.
Tapi, jangan cepat sangat salahkan orang lain tak nak terima.
Selalunya yang frust macam ni adalah di kalangan orang-orang yang baru berhijrah.
Too eager orang kata. Semangat tengah berkobar-kobar.
Bersemangat tu bagus, tapi hati-hati sebab adakalanya bila terlalu bersemangat, dalam tak sedar merasa diri dah tinggi darjat, merasa dah bebas dari dosa dan merasa dah kenal Islam yang sebenar.
Terasa bangga dapat hidayah dan rasa dah selamat dunia akhirat.
Padahal ini baru phase bangun tido.
Semuanya kena berbalik pada niat.
Pasang niat kita nak menyampaikan rahmat Allah. Itu saja.
Diterima atau tak oleh manusia, bukan urusan kita. Urusan kita tunjukkan jalan.
Yang perlu dirisaukan samada dakwah kita Allah nilai sebagai ibadah atau tak.
Sebelum salahkan orang, tanya diri, adakah cara penyampaian kita betul.
Dek kerana terlalu bersemangat, dakwah kita nampak too kaku dan kasar.
Nampak macam mengarah, bukan menasihati.
Nak nasihat tu biar lembut dan bijaksana, berpegang pada prinsip Rasulullah saw :
"Mudahkan dan jangan susahkan, berikan berita gembira dan jangan buat manusia lari." (HR Bukhari 69).
Entah-entah kita ni sebenarnya bukan berdakwah tapi berdebat.
Ramai orang rajin berdebat bab-bab hukum sebab nak tunjuk ilmu siapa lagi tinggi.
Memang kita menang, tapi tujuan dakwah dan nasihat tu tak sampai.
Kadang-kadang bukan salah orang yang tak mendengar tapi Allah tahan sekejap dakwah kita dari dapat respond supaya kita lebih banyak belajar. Dia nak kita memperbaiki diri dulu.
Actually, bukannya orang tak suka dengar benda-benda baik.
Cuma ada certain people tak suka bila terasa bodoh dan jahil.
That's why benda-benda baik ni kurang sikit nak dapat perhatian.
Bila kita menyampaikan benda-benda baik, menjadi terkenal bukanlah sasaran.
Yang penting content tu sampai.
Kita bukan buat bisnes dengan manusia sampai kena create artikel provokasi, cerita kontroversi, buat video meraban tak tentu hala, asalkan dapat perhatian, dapat likes, dapat share dan dapat masyhur 15 minit.
We are doing bisnes with Allah, remember?
Dan boleh jadi low respond tu juga petunjuk dari Allah yang nakkan kita berhijrah ke lingkungan yang baru.
Kalau setiap post dakwah kita tu tak ada likes, tak apa.
Tapi kalau disertai dengan perli and sindiran kawan-kawan, maybe that's the sign for us to move to a new environment.
Kerana, setiap dari kita ada kekuatan iman yang berbeza-beza.
Ada orang baru sekali dua kena sindir dah rasa rendah diri dan give up.
Ada orang baru sekali kena kutuk, terus melenting.
Tapi ada juga yang walau diperli dikutuk berkali-kali, dia tetap wat lek wat pis je.
That's why, it is important for us to measure our own strength supaya kita tak putus asa.
Dan yang paling penting kita tak terpengaruh untuk kembali ke zaman sebelum kita hijrah.
Kalau kita berada dalam lingkungan yang kurang baik tapi kita boleh bagi pengaruh yang baik, then hang on there.
Tapi kalau berada dalam lingkungan tu buatkan kita pulak terikut-ikut rentak dorang, then move immediately.
Persekitaran mainkan peranan penting untuk yang baru berhijrah atau mahu berhijrah.
Tak percaya? Tunggu Ramadhan nanti boleh nampak everyone is dissolved in the mood of Ramadan.
Yang tak pernah bangun solat malam, jadi rajin bangun.
Yang jarang baca Quran, jadi rajin baca.
Yang payah ke masjid, jadi rajin ke masjid.
Lagi satu, time umrah/haji.
Bila dekat dengan rumah Allah (Kaabah), mudahnya menangis terkenang dosa, terbayang azab.
Jalan kaki jauh 1-2km takpe, janji dapat solat kat masjid.
Padahal kat rumah, surau kat tepi je, tapi merangkak nak pegi.
So what's the reason behind that?
Semuanya sebab the power of the environment.
Sebab tu Rasulullah saw kata, agama seseorang itu bergantung kepada pergaulannya.
"Seseorang itu akan mengikut agama teman rapatnya (lingkungan pergaulan). Oleh kerana itu perhatikan siapakah yang kamu jadikan sebagai teman rapat." (HR Abu Daud 4833).
Tapi kalau dalam dunia online, tak payah keluar cari new friends pun tak apa.
Kalau kita istiqomah share benda-benda baik, dengan sendirinya persekitaran baru akan wujud.
Yang tak berkenan slowly akan menjauhi kita, yang berkenan akan datang tanpa dipaksa.
Kalau rasa-rasa sakit mata, hide je post abis cerita.
No point nak kecik-kecik hati bila post takde respond.
Bak kata Saiful Apek ni semua small the pieces je.