Ramai orang, termasuk aku, selalu letak harapan pada orang lain.
But the fact is, semakin letakkan harapan pada orang lain, semakin senang kita nak kecewa.
Contoh, kita masak macam nak rak bersilat kat dapur sambil membayangkan laki kita mesti makan bertambah jap lagi.
Sekali dia makan 3 suap je. Kenyang dah makan kat mamak kejap tadi katanya.
Dan kita pun sentap, "Ok fine. Lepas ni malas dah nak masak. Masak pun bukannya makan!".
Terus mogok 3 hari taknak masak.
Tapi rupanya mogok kita sia-sia sebab dia boleh je makan kat luar. Yang lapar? Kita lah.
Nak mintak tapau malu, maka 3 harilah kita makan nasik ngan telur mata.
Dulu masa aku bercinta dengan exbf, kesilapan aku adalah bila aku cuba ubah dia jadi macam yang aku nak.
Aku ubah dia dari segi penampilan.
Aku banyak shopping baju untuk dia supaya dia lebih presentable (walaupun aku berkerak jugak).
Tapi disebabkan dia tak cakap apa-apa pasal aku, jadi aku anggap aku ok lah di mata dia. Kalau tak ok, nasib kaulah sape suruh tak cakap.
Mula-mula tu bila dia dah nampak sedap mata memandang, aku happy.
Bila kawan-kawan pun bagitau bf aku nampak berbeza lepas couple dengan aku, wahhh, berbunga-bunga rasa.
Terasa macam akulah yang berjaya ubah dia jadi lebih macho.
Tapi akhirnya tak macam yang aku harapkan.
Pernah dengar ada orang berubah bila gaya berubah?
Ok my exbf salah satu daripadanya.
Tak semena-mena dia menjadi er....entahlah, malas nak cakap.
Cut story short, disebabkan perubahan tu, ahun kedua kitorang lagi banyak bertekak dari bercinta. Bertenet pun bertekak juga.
Eventually leading to our break up.
Masa tu aku dah semakin stress sebab aku gagal betulkan dia jadi macam yang aku harapkan.
Mula-mula rasa bengang, tapi lama-lama bertukar jadi geli.
Ada sesape pernah rasa macam tu?
Aku tak tau camana nak explain tapi aku rasa itu antara side effect terlalu lama berada dalam kebengangan.
Aku jadi sangat-sangat frust.
Frust sebab tak berjaya jadikan seperti yang aku nak, at the same time aku sendiri gagal yakinkan diri sendiri dia adalah the right man for me.
Sampai ke satu tahap, asik bertekak je keje, lama-lama habis macam tu je relation.
Aku bercinta dengan exbf ni tak lama mana, 2 tahun je tapi dia punya impak sangat besar.
Banyak pengajaran untuk diri aku sendiri.
Ada di antaranya aku serik dan benar-benar belajar dari kesilapan.
Ada antaranya yang aku repeat the same mistakes semata-mata nak see if I really can change people.
Tapi gagal dan gagal lagi.
Lama-lama, aku jadi makin yakin to keep expectations low is right.
Kerana meletakkan harapan yang tinggi hanya akan buatkan kita jatuh sejatuh-jatuhnya bila expectations kita tak meet.
Apetah lagi kalau meletakkan expectations pada manusia.
Berharap adalah fitrah manusia.
It's impossible to stop it just like that.
Tapi nampaknya ada yang kita perlu ubah.
Tak tepat kalau mengharapkan orang lain ikut telunjuk kita setiap masa kerana sebagaimana kita mahukan dia jadi lebih baik macam kita harapkan, dia juga ada pilihan sendiri.
Selalunya, we expect someone to make decisions as we see fit.
Kalau kau ikut cakap aku, kau perfect.
Kalau kau tak ikut, kau something wrong.
Inilah yang berlaku di zaman sekarang.
Apa yang ada pada orang, manjang je tak kena di mata kita.
We tend to 'advice' them to be macam yang kita nak.
Padahal semua orang ada pemikiran yang berbeza, keinginan berbeza and self interest yang tak semestinya selari dengan kehendak kita.
Dah sampai waktunya, kita belajar kenal seseorang dengan lebih dekat, appreciate their personality dan terima mereka seadanya.
Kalau rasa-rasa tak boleh accept, instead of kita beria-ia nak ubah dia, apakata kita je yang move.
Itu lebih senang dan tak menyakitkan hati sesape.
Tak semua orang sependapat dengan kita.
Bila kita paksa orang lain ikut apa kita kata, kita dah menafikan kebebasan pemikiran seseorang.
Walaupun apa yang kita cakap itu betul, but still they also have the rights.
Boleh jadi apa yang mereka fikirkan tu sangat dangkal, tapi dah sampai situ je tahap pemikiran dia kita nak buat camana.
Yang penting, tanya diri kita dulu, why did we decide to have such an opinion?
Kalau kita boleh identify apa yang menyebabkan kita berpendapat sebegitu, then approval others become unnecessary.
Kau ikut, alhamdulillah. Kau tak ikut, that's your call. I've done my part gitu.
Bila kita meletakkan harapan pada orang lain, we actually demand them to do something they may not be capable of.
Kita sebenarnya yang salah anggap kemampuan dia.
Dan bila tindakannya dissapointing, bukan dia sorang kita perlu salahkan. Kita pun salah juga.
Mungkin dari awal lagi kita yang salah baca perangai dia.
Just like some idola-idola di kalangan celebriti dan public figure.
Tak kira artis atau politician.
Kita tend jadikan mereka insan perfect.
Bila dorang buat silap, kita kutuk berjemaah sedangkan manusia tu tak lepas dari buat silap.
Dan selagi mereka belum perfect, kita cari kesilapan walaupun kecil.
Adakalanya silap yang mereka buat tu jelas nyata salah, tapi macam yang aku cakap tadi, kemampuan manusia mentafsir baik buruk perkara tu berbeza.
Ada kalanya mereka bertindak mengikut emosi, bukan akal.
Bukan ke kita kadang-kadang terbabas ikutkan perasaan jugak?
Tak semua orang bersedia memenuhi harapan kita.
Kadang-kadang dorang tak selesa bila kita harapkan dorang jadi perfect.
Bukan kerana they hate to be perfect tapi kerana dorang terbeban dengan permintaan tu.
Kemampuan orang kan tak sama, ada yang boleh berubah dengan cepat, ada yang lambat, ada juga yang perlu stimulant untuk berubah.
Dah sampai waktunya kita sedar tak ada orang yang dirancang oleh Allah tanpa kekurangan.
Kita hanya boleh menyampaikan apa yang kita rasa betul, selebihnya terserah.
Pernah tak dalam satu hari tu kita rasa blur yang amat, macam bodoh bengap je sepanjang hari?
Tak tau la if orang lain tak pernah, tapi aku pernah.
Selojik-lojik benda pun kadang aku tak terfikir. Macam benak sangat hari tu.
Ini yang dikatakan oleh Labu "Hari ni hari bodoh saya, mak encik!".
Dan "hari bodoh" ni boleh terkena pada siapa saja.
Bukan hari-hari kita bijak.
Pengalaman aku naik Brunei Airlines so far sangat terkesan (sebelum aku naik flight ke umrah).
Bukan saja stewardess advise penumpang ciri-ciri keselamatan yang mesti diambil kira but at the same time dia mengajak kita meletakkan pergantungan pada Allah, bukan semata-mata keupayaan mesin (flight) dan kapten kapal.
Sebelum fly, semua penumpang diajak berdoa.
Itulah sekali aku naik Brunei Airlines, that was year 2006, ada keje kat Brunei.
Aku tak ingat if ada flight lain yang buat prosedur yang sama, kecuali flight ke Madinah.
Flight ke Jeddah macam takde prosedur yang sama, maybe sebab Jeddah is commercial flight.
Takpelah, itu bukan isunya.
Cuma bila kita meletakkan harapan kita pada Allah melebihi manusia, konsep tawakkal tu lebih menenangkan fikiran.
Kalau terjadi apa-apa, kita lebih tenang, dan berlebih kurang. Sebab kita yakin itu takdir Allah.
Tapi bila keyakinan diletakkan lebih kepada sesuatu selainNya, kita cenderung untuk expect perfection.
Dan bila expectation tak meet, kita jadi lebih emotional.
Tak tau lah kenapa, tapi selunya macam tu lah. Ketenangan tu hilang.
Boleh jadi itulah rasa yang Allah campakkan everytime kita mengharap selain dariNya.
Pengguna setia Nutrijuice, kita ada Promo Bulan Mac.