walk on wings, tread in air: Cikgu Sabar <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Cikgu Sabar
2018-03-27


Status aku pagi ni.
Dapat dari group whatsapp.

Memang betul.
Buatlah baik dan betul banyak mana sekalipun, payah nak dengar orang puji.
Silap-silap kena tuduh bajet bagus.
Bila satu kali buat salah, is enough for others to laugh at you.
Ibarat seribu kebaikan takkan menjadikan kita malaikat, tapi satu kesalahan je terus jadi iblis dan ahli neraka.

Tapi itulah tujuan kita hidup di dunia.
Dunia ni sebagai ladang untuk kita berbuat amal.
Antara amalannya adalah sabar dengan kata-kata orang terhadap kita.

Orang kata, macamanalah hati nak tenang kalau kiri-kanan asik mengondem je kejenya?

Sebenarnya pemahaman tu kurang tepat. Tak salah, tapi kurang tepat.
Bukan saja kritikan yang membuatkan hati tak tenang, tapi semakin mengharapkan pujian juga boleh buatkan hati semakin tak tenang.
Bila mengharapkan orang puji, kita jadi tertunggu-tunggu ada tak sesiapa nak puji aku?
Berapa orang yang puji?
Siapa orangnya yang memuji aku?
Apa benefit aku akan dapat lepas ni?
Sama je...hati tak tenang jugak.

Kalau tak dapat pujian, hati akan kecewa. Lagilah tak tenang.

Jadi, formula hati tenang tu tak terletak pada respond sekeliling tapi sejauh mana kita terima kelebihan dan kekurangan diri.

Apa kritikan yang kita terima, jadikan panduan cukup.
Anggap itu caranya Allah ajar kita blajar sabar.

Kalau nak manusia baik kat kita, formulanya jaga akhlak.
Hanya dengan akhlak saja boleh tukarkan haters menjadi kawan baik.
Kalau kita sound balik haters, itu takkan boleh ubah dia jadi sahabat, hanya boleh tukar dia menjadi takut je.
Tapi kalau akhlak kita baik, jangankan kawan, musuh sekalipun boleh jadi orang yang paling setia kat kita.
Jadi, kalau kita nak dapatkan keajaiban dari both langit dan bumi, keajaiban dari langit dijemput dengan solat, manakala keajaiban dari bumi dijemput dengan akhlak yang baik.

And the most extraordinary character is patience.
Belajar sabar berdepan dengan perangai manusia.
Orang yang bercampur dengan ramai orang dan bersabar dengan karenah mereka jauh lebih baik dari orang yang tak bercampur orang sebab takut tak dapat sabar dengan karenah manusia.

Mempunyai orang-orang disekeliling kita yang selalu nak kondem apa kita buat, these are the people yang Allah jadikan medium untuk kita beroleh pahala sabar sekiranya kita bersabar.
Kita belajar sabar dari orang macam ni.

Ali bin Abi Talib masa jadi khalifah, pernah dia panggil pembantu dia.
2-3 kali panggil tak menyahut, then dia cari pembantu dia dalam bilik.
Sekali dia nampak pembantu dia elok je tengah bersantai-santai baring.

Ali : Kamu buat apa ni?

Pembantu : Tengah lepak-lepak.

Ali : Kamu tak dengar aku panggil tadi?

Pembantu : Dengar.

Ali : Kenapa tak menyahut?

Pembantu : Saje je, nak tengok sabar ke marah.

Just imagine pembantu kau cakap macam tu?
Ali masa tu dah jadi Khalifah, bukan tuan yang biasa-biasa.
Kalau kita (aku), terusssssssssssss aku bentikan keje. Takde cakap banyak.
Tapi Ali boleh gelak je.
Bila pegawai-pegawai yang lain tanya kenapa gelak, Ali ceritakan hal pembantu dia.
Yang pegawai-pegawai pulak naik hangin tapi Ali rilek je.
Dia kata dia seronok bila terima ujian macam tu kerana happy Allah masih peduli pada dia.
Pastu pegawai dia cakap "Buang saja dia. Tak apa, kami akan carikan pembantu lain yang jauh lebih baik".
Tapi Ali balas "Jangan, biarkan dia. Orang inilah yang akan jadi cikgu sabar untuk aku".

Kisah Ali ni boleh kita jadikan panduan.
Orang-orang yang annoying ni memang ada menjak zaman Rasulullah sampailah sekarang.
Dari pandangan mata kasar orang-orang macam ni menjengkelkan.
Tapi pandangan dari mata hati, orang-orang annoying macam ni adalah cikgu sabar kita.
Kita hanya boleh belajar jadi orang sabar dari spesis-spesis ni.

Cikgu sabar kita bukan ustaz.
Ustaz tu cuma ajar kita teori sabar,
Tapi orang-orang yang berperangai jahiliah di depan kita itulah yang mengajar kita practical sabar.
Kalau kita boleh sabar dengan orang macam ni, insyallah musuh pun akan bertukar jadi kawan.

Mungkin ada yang kata "Jangan sampai jadi bodoh semua benda nak sabar".
Yes, pada pandangan mata memang nampak bodoh.
Tapi kita kan boleh nilai mana satu kita perlu bertindak mana satu tak.
Kalau orang curi barang kita dan kita biarkan, yang ni baru betul bodoh.
Tapi kalau berdepan dengan orang yang berlagak, orang yang sengaja mencari aib kita, niat nak memalukan kita, yang 20 kali ajar tak paham-paham, yang kita suruh buat A dia buat B - ini namanya geng-geng cikgu sabar.

Ustaz aku ada cerita ni 2 tahun lepas.
Dia cakap ada satu kejadian berlaku depan mata dia.
Seorang budak remaja perempuan marah-marah kat driver (driver bapak dia).
Driver tu tunduk je sambil angguk-angguk.
Ustaz ni kenal driver tu, pastu ustaz ni tanya apesal budak tu marah-marah.
Driver ni kata sebab dia bawak kereta lambat, jalan jem.
Driver ni kata "Tak apalah, dia memang macam tu. Nanti saya minta maaf kat bapak dia (majikan)".

Rasa kesian sangat dengar cerita ni.
Driver tu tau budak tu tak boleh buat apa, paling kuat pun boleh marah-marah.
Yang penting, dia akan jelaskan pada majikan.

Pastu ustaz tanya kelas "Apa hikmahnya?"

Senyap. Takde jawapan.

Ustaz kata, "Driver tu yakin majikan akan membela dia sebab majikan kenal dia bagaimana.
Dan dia tau hanya majikan dia saja yang ada kuasa ke atas dia. Begitulah kita kalau kita kenal Allah. Kalau kita kenal Allah, maka apa orang lain anggap kita tak penting, yang penting Allah tau kita bagaimana. Masalahnya, kita selalu risaukan pandangan orang lain terhadap kita kerana kita tak kenal Allah. Itu problemnya".

Allahuakbar. Tersentak aku.
Menangis terus aku dengar.
Sampai sekarang aku ingat cerita ni walau dah 2 tahun.
Betul-betul membuka mata hati.

Untuk faham konsep hidup, belajarlah sifat Allah.
Kalau kita kenal sifat Allah, insyallah, perhatian manusia tak lagi penting.
Banyak masalah hidup kita terjadi kerana kita tak kenal Allah.
Akhirnya kita memikir ini, memikir itu, sumber kekalutan hidup, sumber kegelisahan, sumber ketidaktenangan hati semuanya bermula bila kita tak kenal Allah.

Aku menyampaikan dalam masa yang sama mengingatkan diri sendiri.
Segala apa yang berlaku, baik atau buruk, apa juga respond sekeliling pada kita, pasti ada sesuatu yang Allah nak ajar.
Semoga kita semua dibukakan hijab hati agar nampak hikmah disebalik setiap perkara.




GC Plus ni fungsi utama untuk weight loss.
Tapi sejak mid last year, ramai pulak yang beli untuk lancarkan period tersumbat.
Ni mesti ada big influencer yang guna GC Plus pastu share kat audiens dia.
Memang lancar pun tapi baik-baik lah ya, bila period dah lancar, maknanya makin subur.
Ramai pulak yang dapat new baby next year nanti.


posted by aveo757 @ 1:50 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER