2018-03-28

Jangan push sangat.




Aku rindu Redza semalam, so aku up gambar ni kat IG.

Gambar ni tahun 2010, Gold Coast.
Waktu ni aku mengandung Rayyan baru 2 bulan. Redza 6 tahun.

Sejak duduk Langkawi tiap-tiap malam Redza akan call.
Sejak dia balik hari tu sampai Isnin (3 malam berturut-turut) dia call En Wan.
Tapi semalam dia call aku.
Naluri mak kan, mesti ada yang tak kena ni.
Betul pun, result exam dah keluar, tapi baru 2 paper.

Redza : Ma, Maths Redza tak dapat A+, Redza dapat A-.

Aku : Susah, ya?

Redza : Susah, Ma.

Sendu je suara dia.
Aku tau sebab apa.
Sebab apaknya mana boleh Maths tak dapat A+.
Kadang aku bengkek jugak dengan laki aku.
Naik takut budak tu nak bagitau result Maths dia.

En Wan sangat concern with Maths. Apa penyakit dia pun aku tak tau.
Tapi takde pun guna Maths time keje ni aku tengok.
Aku ni dulu mujur mak bapak aku pun tak berapa pandai Maths, rilek je aku bawak balik C3, kadang C4 (dulu sistem aggregat).
Walaupun dorang marah markah aku low, tapi takde la cekik darah sangat sampai nak paksa aku dapat A1.

Korang kalau ada anak-anak yang kecik-kecik lagi, janganlah ulang kesilapan aku dulu.
Redza ni dulu jadi bahan ujikaji aku.
Aku push dia seawal 3 tahun untuk kenal huruf.
Bayangkan dia baru umur 3 tahun tapi dia dah tau 'kewajipan' dia lepas Maghrib kena naik atas (dulu port dia main kat hall), bawak flash card and buku-buku ABC.
Terkedek-kedek dia naik tangga angkut buku-buku dia.

"Pa, study Pa".

Itulah ayat dia kalau dia dah ada depan kitorang (kitorang selalu lepak kat atas).
Nanti aku and En Wan akan train dia kenal huruf, kenal numbers, guna flashcard kenali nama buah, nama binatang, nama transport.

Waktu tu kitorang plan nak masukkan dia tadika at age 4.
That's why kena train membaca awal-awal.
Alhamdulillah masa masuk tadika, dia dah pandai membaca walau merangkak-rangkak sikit sebab ada certain words yang dia tak pernah jumpa lagi (tadika omputih).

Aku rasa lega bila dia boleh baca buku Adam and Dina.

"This is my penili. I love my penili (family)".

Penili pun penili lah. Janji lancar. Pelat tu takpe.

Macam yang aku tulis kat IG, aku dulu push Redza sangat-sangat.
Bukan aku nak dia jadi the best, tapi aku taknak dia dipandang lekeh macam aku pernah lalui zaman kecik dulu.
Sebab waktu Redza umur 4 tahun, aku cuma sales exec biasa. Bukan kerja profesional. Takde title.
Aku dah merasa macamana 'sakitnya' bila orang pandang lekeh kat aku waktu kecik dulu disebabkan mak bapak aku bukan golongan profesional.

"Ayah awak keje apa?"
Cikgu.

"Mak awak keje apa?"
Kerani.

Bila orang tau aku bukan anak orang ada-ada, terus downgrade perhatian.
Boleh dikatakan 90% aku berdepan dengan orang-orang jenis ni dulu.
Pekerjaan mak bapak, baju yang aku pakai, basikal yang aku naik ke skolah, kereta yang bapak aku pakai, rumah aku, sampaikan nama bapak aku pun orang main-mainkan.
Punyalah hinanya when we have nothing to offer.

Masa aku Darjah 6, balik dari tusyen hujan, kawan aku taknak tumpang kereta aku walaupun kereta bapak aku dah stop tepi dia (aku yang suruh stop). Rela dia menempuh hujan sebab malu naik kereta aku buruk (dulu bapak aku pakai kereta station wagon).

Masa aku sekolah menengah aku bawak basikal. Basikal tu ambik kat kampung. Memang tak cantik, basikal lama. Tapi aku pedulik apa cantik tak cantik, janji ketiak aku tak lecak menapak gi skolah hari-hari. Jauh kot rumah aku ngan skolah.
On the way ke skolah lalu depan rumah kawan, dia akan join sekali berjalan dengan aku.
Dia jalan kaki, aku ada basikal.
Tapi sebab nak gi sama-sama, halfway aku kena berjalan sambil sorong basikal sebab nak teman dia.
Beg-beg dia kemain lagi letak dalam bakul basikal aku.
Sampai je depan pintu gate skolah, belum masuk perkarangan lagi, dia dah ambik barang-barang dia and menonong je jalan ke depan tinggalkan aku.
Dia kata malu basikal aku buruk.
Tapi walau macam tu aku tak marah. Aku paham, sape je yang suka benda buruk kan.
Aku pun tak suka, tapi apa pilihan aku masa tu?
Walaupun aku tau dia malu jalan dengan aku, tapi sepanjang tahun tetap aku gi skolah dengan dia sebab aku nak berkawan.
Sampai macam tu sekali aku rendahkan diri aku asal ada orang nak kawan dengan aku.

Disebabkan tu, aku push Redza jadi the best.
Bukan aku nak berbangga dengan achievement dia.
Tapi sebab aku takde apa nak offer dia. Aku takde title, aku bukan keje besar.
Aku taknak orang pandang anak aku lekeh disebabkan siapa mak bapak dia.
Jadi aku nak dia berjaya.
Sebab aku dah lalui, the moment aku dapat masuk TKC, masa tu la yang tak pernah tegur aku, mula bercakap dengan aku.
Masa tu la jugak aku ramai kawan. Tetiba ramai pulak kenal aku.

Yang tak pernah lalui tak tau rasanya. Perit.
Aku kena mental torture macam ni menjak umur skolah tadika lagi.
Aku rasa bukan aku sorang je kena mental torture macam ni.
Maybe mak bapak aku pun, that's why dorang selalu pesan "Kalau cari suami, jangan yang klorga orang senang".
Agaknya dorang pun penah kena macam ni ngan orang kaya-kaya.

Aku punya aim sejak kecik cuma nak orang respect family aku. Tu je.
I do everything for my family.
Aku tak pernah rasa nak compete dengan sesiapa.
Sebab aku dah puas dipandang lekeh sampai aku rasa aku tak layak nak compete dengan sesiapa pun.
Apa yang aku buat cuma nak perbaiki hidup so that orang respect family aku.

Aku always pesan kat Redza "Mama bukan Prof Madya, mama bukan Dr yang boleh buatkan orang hormat Redza kerana siapa mama. Biar orang hormat Redza sebab Redza sendiri. Manners first, knowledge second".

Maybe aku push him too hard, Allah ubah cara aku bila aku mengandungkan Rayyan.
Mengandungkan Rayyan really an eye opener.
Masa aku tersadai kat hospital, waktu tu aku realized, betapa singkatnya masa aku dengan Redza.
Kalaulah ditakdirkan aku tak selamat dalam operation tu, Redza tak banyak sweet memories dengan mak dia.
Dia akan ingat mak dia sebagai someone yang suka torture dia untuk study.
Sebenarnya mengandungkan Rayyan ni banyak ubah aku.
Tempoh tersadai 28 hari kat wad tu memang banyak buat aku berfikir.

That's why sejak Redza masuk Darjah 1, aku dah tak push sangat dia untuk score.
Aku punya syarat - jangan bawak balik C.
Walau macamanapun, bapak dia kekal mem-push anak.
Takpelah, memang patut ada sorang yang push, jangan dua-dua.
Aku pilih jadi Miss Nice :)

Post IG yang ni aku dapat banyak DM dari mak-mak.
One of them tadi tanya aku anak dia dapat kelas hujung-hujung, dia selalu push anak dia untuk score.

Nasihat aku, kalau anak kita tak berapa bright, mula-mula kenal pasti kemampuan anak dulu.
Macam Rayyan dulu, masa dia disahkan disleksia, aku identify dulu how his ability and understanding in accepting knowledge.
Aku letakkan target.
Agak-agak latih tubi yang aku buat dia hanya boleh achieve level-level C, aku akan letak target C+ untuk Ujian Pertama.
Kalau dia hit C+, maknanya ada improvement. Next boleh letak target B- pulak for that subjek.

Same goes to anak-anak yang kelas hujung.
Jangan terus-terus nak dia dapat A.
Ada sebab kenapa dia ditempatkan di kelas hujung.
Kemampuan dia tak sama dengan budak kelas pertama.
Yang itu mak bapak kena terima.
Terima tak bermakna pasrah berserah semata-mata.
Terima bermaksud kita redha tapi dalam masa yang sama kena usaha perbaiki.

Yang anak masih merangkak-rangkak nak kenal huruf walau dah umur 6 tahun, jangan frust.
Itu tandanya kita kena usaha lebih untuk dia.
Rayyan dulu pun dah masuk tahun akhir tadika, masih tak boleh membaca.
Siapa follow FB aku mesti tau kegelabahan aku ask around mana nak cari buku-buku yang mudah budak baca.
Kena fokus lebih sikit.
Kesian nanti kat cikgu-cikgu nak mengajar susah kalau Darjah 1 anak kita masih tak pandai membaca.
Tak lancar takpe, tapi jangan sampai tak boleh membaca lansung.

Kena ingat apa pun yang berlaku, baik dan buruk, ianya masih lagi ujian Allah.
Untuk mak bapak yang anak-anak slow learner dan ada anak-anak istimewa, Allah nak bagi pahala sabar kat kita.
Kalau kita sabar, dapat pahala.
Untuk mak bapak yang ada anak-anak excel, Allah nak bagi pahala syukur kat kita.
Kalau kita syukur, dapat pahala. Kalau kita riak, sia-sia.




125g Makeup Remover (big bottle) untuk guna 3 bulan.
Maknanya 3 bulan sekali baru ada repeat order. Jenuh la aku tunggu gini. Hahaha.
Tapi takpe, asalkan puas hati dan jimat.